
Keratan akhbar ni aku dapat dari seorang kawan aku melalui e-mail. Masa mula-mula aku baca, aku tak tau nak terkejut atau tak. Mungkin ada la sedikit terkejut. Tapi aku terasa lebih kesian pada si mati. Seorang pekerja yang sangat rajin dan workaholic, tapi tak ada rakan sekerja mahu pun superior yang sedar bahawa pekerja ni dah tak bernyawa. Err, tidakkah itu kejam? Seorang pekerja yang rajin, pasti sentiasa menjana keuntungan pada syarikat dan poket bos, tapi tidak dapat perhatian tentang kondisi-nya oleh pihak yang sepatutnya. Sungguh tidak adil.
Selain moral of the story yang tertulis dalam keratan (Don`t work too hard. Nobody notices anyway.), apa lagi pengajaran yang dapat diambil dari kisah benar ni? Mari aku senaraikan mengikut pendapat aku.
-Tak perlu susah-susah kerja? Err.. itu alasan orang malas. Lain-lah kalau kau seorang peniaga atau Pro-blogger.
-Jadi seorang yang happy-go-lucky dan sentiasa menceriakan suasana pejabat. Jika kau tiba-tiba senyap, pasti terasa janggal dan orang akan sedar “kehilangan” kau.
-Bekerja berpada-pada. Dapatkan rehat yang cukup. Tahukah kau bahawa mereka yang bekerja lebih dari waktu yang sepatutnya (kalau tak silap aku 8 jam sehari) merupakan seorang yang tidak produktif dan kerja-kerja yang dibuat biasanya tak berkualiti? (Err, tolong jangan sama-kan dengan kes aku. Aku diarahkan bekerja lewat. Bolehkah aku membantah?)
Aku sudah kehilangan idea. Kau ada? Jom kongsi!
P/s: Aku MUNGKIN akan update kisah percutian di Krabi. Aku cuba cari masa untuk update. Tapi aku tak janjilah. Haha.
Bulan ni adalah bulan stress aku. Kawan -kawan aku juga ramai yang stress. Ell cakap bulan ni baru berapa hari, takkan dah stress. Tapi itulah hakikatnya.


