Archive for the ‘Perjalanan Hidup Si Oren’ Category

Ku Kenang Setahun Yang Lalu

Sepatutnya entry ni aku siapkan awal-awal dan publish awal pagi Isnin, 28 Dec 2009. Tapi sebab busy, niat tersebut tak terlaksana. Tapi aku cuba juga siapkan entry ni dan publish. Hehe.

28 Desember 2008, adalah salah satu tarikh bermakna. Tarikh yang keramat kerana berlakunya satu perkara yang ajaib dalam hidup aku. Hari dimana 2 keluarga bersetuju untuk satukan 2 jiwa dalam tempoh kurang setahun. Hari pertunangan aku dengan isteri aku. Ayat tak boleh blah. Haha.

Mungkin ada yang tertanya-tanya, kenapa aku kata pertunangan aku satu perkara yang ajaib dalam hidup aku. Lagi pon aku penah janji dengan beberapa orang untuk cerita macam mana 2 orang geek ni boleh berkahwin, jadi aku ambil kesempatan hari yang bermakna ni untuk cerita.

1 April 2008 – Hari pertama aku bekerja dengan satu syarikat IT di Kelana Jaya. Hari pertama perkenalan dengan isteri aku yang bekerja di syarikat tersebut. Hari pertama memang aku takde la tertarik ke apa kat isteri aku ni. Nama dengan rupa pun tak masuk dalam otak. haha. Lagi pun aku dah berpunya waktu tu. Tapi 2-3 hari lepas tu, aku mula sedar kewujudan awek programmer sejati kat pejabat tu. Maksud aku yang melayu lah. Bangsa lain aku tak hairan sangat.

Susah nak cari programmer perempuan terutama yang melayu yang betul-betul faham apa yang dia orang buat. Minggu pertama kat opis tu ada la beberapa kali wife aku mintak pendapat aku untuk task dia. Agak terkejut bila wife aku ni paham apa yang aku cakap sebab bila aku dah bercerita hal programming dan komputer, ayat aku agak complicated dan orang susah nak paham. Aku tak reti nak terangkan hal-hal komputer ni dalam bahasa melayu mudah. Jadi bila orang yang mendengar apa yang aku cakap tu faham, maknanya dia at least sama level dengan aku atau lebih hebat dari aku.

bangan lalang

Cuma 2 minggu aku lepak kat pejabat. Minggu ketiga aku dah kena kerja dekat client site. Tapi aku selalu gak chat dengan budak-budak ofis aku termasuklah wife aku ni. Masa tu ada budak-budak ofis aku bagitau aku yang wife aku ni di gosipkan dengan sorang lagi programmer. Dia orang sendiri tak dapat pastikan kesahihan gosip tu. Tapi masa tu wife aku ada cerita yang dia baru putus cinta. Jadi aku terasa istimewa sebab baru kenal tapi tahu lebih pasal wife aku ni dari budak-budak ofis. Haha.

Hujung bulan pertama aku kat syarikat tu, kelab rekreasi buat BBQ kat Bangan Lalang. Mula-mula tu aku tak berapa reti nak bergaul dengan bebudak ofis sebab baru sangat kenal dan ada yang aku tak penah jumpa. Masa BBQ tu aku ada la tolong-tolong bakar makanan-makanan yang ada. Sebab aku tak ada pengalaman, aku dok buat eksperimen itu ini untuk mempercepatkan makanan tu semua masak. Masa tu wife aku datang dan join aku buat eksperimen. Masa tu boleh pulak kita orang tak sedar budak-budak ofis dok snap gambar kita orang dan buat gosip terbaru. Siap ada yang keluar ayat “Kau orang memang sepadanlah. Ada jodoh kot kau orang ni”. Tak sangka ayat tu betul-betul jadi kenyataan.

Sejak tu aku semakin rapat dengan wife aku. Ada la keluar makan, tengok wayang beberapa kali. Perasaan tu belum betul-betul wujud. Tapi aku seronok  bila boleh bercerita pasal programming dengan dia. Tak ramai kawan aku yang boleh di ajak borak pasal programming. Masa bujang aku tinggal sorang-sorang je. Tak ada roommate ataupun housemate. Dapat teman borak pon dah cukup seronok. Tapi ada satu masa tu, aku dapat rasa macam wife aku cuba jauhkan diri dari aku. Aku tak tau kenapa. Aku cuma buat bodoh saja.

(more…)

Selamat sudah akhirnya…

Agak letih nak menjawab semua ucapan tahniah dari kawan di twitter, facebook, live blog dan blog ni sendiri (blog ni lansung aku blom jawab komen). Ampun maaf dipinta sbb aku terlalu busy dengan kerja. Yer, kerja. Isnin hingga hari ni (jumaat) aku dan *ehem!* wife aku tak bercuti. Kami akan mula bercuti esok (sabtu) selama seminggu. Ahad ni majlis di Segamat. Jangan lupa datang tau!

Tok Kadi dok confirmkan butir-butir dalam borang

Tok Kadi dok confirmkan butir-butir dalam borang

Hari tu aku rasa banyak benda aku nak cerita kat sini. Tapi sekarang semua dah terbang melayang. *adeh* Penyakit biasa aku. Sebab tuh aku dah jarang nak update blog.

Mungkin ada yang tak tau lagi. Aku bernikah jumaat malam sabtu minggu lepas. Pagi jumaat aku bangun pagi dengan jantung yang berdegup kencang. Dah mula takut. Dah mula seram sejuk. Takut kena soal macam-macam dengan tok kadi. Risau tak dapat jawab sbb gugup dan menanggung malu 7 keturunan. Fuh. Aku punya risau sampai mak aku pon naik risau. Masa acara tukar hantaran dan sementara tunggu tok kadi sampai (dia boleh pulak tak jumpa rumah. Lewat 30 minit), aku tak tau berapa banyak dosa aku dok pikul sebab cuba baca ayat kursi tapi jadi tunggang langgang. Aku punya takut masa tu macam tengah tunggu nak kene hukum bunuh. Hahaha!

Upacara batal air sembahyang

Upacara batal air sembahyang

Alhamdulillah, tok kadi tu sampai je, dia terus bukak fail dia. Check borang nikah, confirmkan nama pengantin dan semua butir-butir yang ada. Lepas tu dia terus start khutbah nikah. Aku dah agak lega masa tu. Lepas selesai khutbah, tok kadi teruskan dengan nikah. Bapak mertua aku sendiri yang nikahkan. Sebelum nikah, 2 kali tok kadi suruh aku cuba jawab lafaz. 2-2 kantoi. Sasul-sasul. Berpeluh gak la aku time tu. Bila dah mula bersalam dengan pak mertua aku, aku lagi gugup. Alhamdulillah, satu lafaz dan semua selesai. Selesai je akad, aku terpinga-pinga “hah? dah selesai? dah sah jadi suami isteri? Dah pikul tanggungjawab? Hah? berapa saat je?”. Satu akad yang betul-betul ajaib. Terasa berat bahu aku. Lebih-lebih lagi masa tok kadi cakap “semua tanggungjawab pakcik dah selesai dan dah pun berpindah pada menantu pakcik”. Ya Allah. Tak tau nak kata macam mana perasaan masa tu.

potong kek

Sekarang aku sudah pun bergelar suami. Alhamdulillah. Aku rasa macam banyak yang aku nak coretkan untuk isteri aku. Tapi macam tak terluah kat sini. Haha. Takpelah. Jadikan simpanan peribadi je la yek.

P1010880 P1010886

Aku tak banyak gambar utk di upload. Siapa yang add aku kat facebook, tengok la kat sana yek. Bagi korang semua, jemputlah datang ke majlis kawen aku di segamat ahad ni. Kad kawen korang boleh tengok edisi scan kat http://kay.my/jemputan/luar.jpg dan http://kay.my/jemputan/dlm.jpg .

Minggu depan aku akan ber honeymoon. Mungkin aku akan update live blog. Selalu2 la melawat live blog aku ye :D

2 Hari saja lagi!

Beberapa bulan lepas, tunang aku ada cakap dia cuba-cuba agak apa yang aku akan tulis kat blog beberapa hari sebelum kahwin. Aku jawab tak payah susah-susah nak fikir sebab aku susah nak update blog. So, aku mungkin takkan update blog lansung. Haha. Tapi tiba-tiba aku rasa macam nak update juga. Kali ni aku nak tulis je apa yg terlintas. Err.. boleh ke? haha.

Masa aku nak umumkan aku nak kahwin hari tu banyak respon-respon yg terkejut. Memang tak berapa ramai yang tau aku dah bertunang. Siap yang tanya “Kenapa tiba-tiba je nak kahwin ni? ada apa-apa ke?”. Soalan memang tak boleh blah. Bagi yang belum tahu dan baru tahu, aku dah bertunang pada penghujung bulan 12 yang lepas. Aku tak umumkan kat sini sebab masa tu aku dan tunang aku masih bekerja di tempat yang sama. Pihak pengurusan ada yang tak berapa suka kalau staff bercinta sesama staff. Kebetulan masa tu ada budak opis aku yang kaki penyebuk sentiasa datang ke blog ni. Jadi untuk langkah keselamatan, aku tak umumkan kat blog ni, tapi aku umumkan di blog aku lagi satu.

Lebih kurang 2 hari lagi aku akan bertukar status “bujang” kepada “berkahwin”. Masih ada rasa macam tak percaya. Cepat betul masa berlalu. Pada hari pernikahan kami, usia perkenalan baru berusia Setahun, 7 bulan dan 16 hari. Usia perhubungan yang akan mencapai usia Setahun, sebulan dan 22 hari. Memang langkah kami agak cepat dan pantas. Benda yang elok memang tak patut di lambat-lambatkan ye tak? Hehe.

Beberapa minggu lepas aku seperti terkena penyakit orang nak berkahwin. Aku tak tau la semua orang kena atau tak. Tapi ramai juga kawan-kawan aku yang terkena. Masa tu aku belum beli kasut untuk dipakai ketika majlis perkahwinan. Kasut hitam yang ada pon dah koyak-koyak. Al maklumlah, sekarang ni pegi keje pon pakai selipar je. Aku bermimpi pada hari aku nak bernikah, aku masih belum beli kasut. Aku terus pegi ke kedai kasut, pelbagai perkara yang tak masuk akal berlaku kat kedai kasut tu. Bila dah selesai beli kasut, baru aku sedar yang aku dah terlewat beberapa jam dari waktu yang dijanjikan untuk bernikah. Akibatnya semua orang buat tak tahu dengan majlis aku. Haha.. Berpeluh juga aku masa terbangun dari mimpi tu. Nasib baik mimpi je.

Pagi tadi pula aku terbangun dengan satu soalan “Aku dah nikah ke?”. Rasa-rasa macam aku ada mimpi bernikah malam tadi. Hahaha.. Parah! Excited sampai bermimpi. Agak kecewa bila aku sedar yang aku belum bernikah lagi. Haha. Tak apa, lagi 2 hari saja! :p

Aku dah tak da idea. Aku tak tau bila lagi aku akan update blog ni. Tapi insyaAllah, selepas majlis dan waktu honeymoon, aku akan update live blog aku. InsyaAllah. Korang rajin-rajin la jengah live blog aku ye. :-D

P/s: aku ingat nak buat review filem PAPADOM. Tapi asyik bertangguh. Entah bila aku akan buat.

Aku pelupa, Maafkan aku…

Enam bulan lepas aku tinggalkan blog ni macam tu saja. Lansung tidak berupdate. Aku jengah kadang-kadang sahaja. Sekadar melihat kalau-kalau ada pesanan buat aku di MsjBox. Kadang kala aku jengah bila ada yang tanya kenapa blog aku tak dapat di akses.

Selama enam bulan itu juga aku meninggalkan kawan-kawan blogger ku. Jarang-jarang menjengah blog kawan-kawan. Terlalu sibuk dengan kerja dan tiada akses internet di rumah. Hanya berpeluang surf di pejabat.

Beberapa minggu lepas aku mula aktif berblog semula. Aku mula aktif menjengah blog-blog yang semakin banyak muncul semenjak aku tinggalkan dunia blog untuk seketika. Aku rajin-rajinkan diri untuk komen di blog-blog yang aku lawati. Tetapi ada masanya aku menerima kejutan dari blogger-blogger yang blognya aku lawati.

“Kay, lama tak dengar cerita kau”, “Eh? Kay, mana kau pergi? Lama kau hilang” antara ayat-ayat yang membuatkan aku terkejut. Aku terkejut kerana aku rasa aku tidak mengenali blogger tersebut sebelum ni. Tak, aku tak se-popular Encik Mael kita. Mungkin aku pernah mengenali blogger tersebut. Tetapi aku terlupa. Ya, aku pelupa. Tahap pelupa yang sangat kronik bagi tahap umur aku sekarang ini. (more…)

Protected: Aku kembali… (Part One)

Aha! Taraaa! *sambil buat aksi muncul di pentas, mengangkat tangan dan tunduk hormat pada crowd sambil melambai2 peminat* Hahahahahahaha.. intro yg sgt tak perlu.

Aku mintak ampon bebyk pada korang semua sbb dah lama tak update blog ni. Kalo ikut kat dlm entry yg last tuh pon aku dah ckp awal2 tak tau sampai bile aku akan biarkan blog ni tak berupdate kan? Mmg ade ura2 nak buat entry yg last tuh as entry utk raya taun ni, tp aku terpk kebenaran kata2 ejon, “Ini satu contoh pembaziran hosting”. Baheklah, ari ni aku update ye wahai rerakan.

Aku rasa ramai yang dah tau aku dah melangkah ke alam pekerjaan. Cewah. Aku dah tinggalkan zaman blaja aku. Keputusan yg aku buat lepas lebih setaun berpikir. Kira kalo org ckp “pk la masak2 dulu”, aku dah bleh jawab, “dah hangus pon ni, terlebih masak dah”. Huhu. Aku dah quit dari MMU dgn rasminya. Dah 6 bulan aku merantau ke kota metropolitan ni. Kota yg penuh warna-warni. Merantau utk mencari rezeki. Ahaks. Meh la aku concludekan 6 bulan punye cerita dlm satu atau dua entry ni..

Al-kisah bermula, masa bulan ramadhan ari tuh aku dah tekad nak mula bekerja lepas abes sem 1 2007/2008 (sem abes beberape ari sblm raya). So dlm bulan ramadhan tuh aku giat cari kerja. Ramai gak kawan2 yg tolong aku. Aku bgtau pada org2 yg aku rasa takkan bg aku nasihat utk aku tidak meninggalkan dunia pengajian ku (aku penat berpk wei). Aku byk fokus pada pencarian guna Jobstreet.com (iklan ini tidak ditaja mahupun dibayar). Ada gak lecturer dan kengkawan aku yg tolong pass2 kan resume aku kepada pihak2 yang tgh carik staff. Dengan hanya diploma aku pon berusaha mencari kerja.

1st interview offer aku dpt beberapa hari sblm raya. Dengan selambanya company tuh setkan tarikh dan masa dgn memberitahu aku 24 jam sblm masa interview melalui e-mail. Gilos. Kat Damansara. Aku takut kang kalo pegi, takde tiket bas plak nak balik since mmg tiket bas dah abes hampir ke semua destinasi sbb dh dkt raya kan. So aku cuba call company tuh utk discuss balik time yg sesuai. Yg geram nye, aku call company tuh, mesin yg angkat, die suh aku masukkan extension number yg mana si penghantar e-mail takde tulis pon dlm email. Lepas beberape second aku tak respon pada mesin tuh, mesin tuh memutuskan talian. Berapa ribu kali aku cuba, tp hasilnya tetap sama! Aku cuba reply e-mail tu. Hampeh, takde balasan. Akhirnya aku redha, itu bukan rezeki aku.

Dalam 5 atau 6 syawal, aku dpt fon call dari satu company. Opis nye kat Plaza Damas, Sri Hartamas. Die mintak aku dtg interview esok nye, tp aku mintak delay sebab masa tuh pakcik aku meninggal. So dpt la aku delay beberapa hari. Pada hari yg ditetapkan tu aku pon pergi ke KL dgn bas. Dalam perjalanan, aku dpt lagi satu fon call utk interview. Company based kat Cheras tp yg panggil aku tuh cawangan kat Melaka (ini bantuan dari lecturer aku). Die mintak aku dtg interview keesokkan harinya. Aku setuju aje.

Dari Pudu Raya, pakcik aku amik dan anta ke Plaza Damas tuh. Hati dup dap dup dap je. 1st job interview dlm idup aku. Tak byk sgt soalan. Tp yg buat aku tak cukup napas tu, aku kene berlari naik 6 tingkat tangga sbb aku sampai terlewat 5 minit. Yang interview aku 4 org. Bunyik napas aku mmg kuat time tuh. Cam org semput (mmg aku ade semput pon :p;) Masa interview tuh Project Manager (PM) asik tanye aku pasal refree aku dlm resume (lecturer aku masa diploma). Last2 baru die ckp lecturer aku tu ex-classmate die masa kat MMU. Lepas soal jawab semua, dierang cakap dierang akan respon pada aku dlm masa yg terdekat. Abes je interview tuh, aku tros gerak gi Pudu Raya balik. Cuba dptkan bas utk balik sgmt (dh kol 6 lebih time tu).

Esok nye tuh pepagi aku dah siap2 nak gerak ke Melaka. Aku pinjam keta bapak aku. Saja gerak awal sbb nak carik lokasi pejabat tuh. Aku tak dpt imagine kawasan pejabat tuh dari peta yg company tuh bg. So lama gak aku berpusing2 kawasan tuh nak carik pejabat tuh. Lepas 2-3 kali tawaf baru jumpe. Masa interview tuh jumpe la sorg member aku. Ex-student mmu gak. Aku cam tertekan je tgk kawasan opis tuh. Dah tu siap ade Personality Test (aku benci test ni!). Abes je test, bos cawangan Melaka tuh interview aku. Dia ckp ikut dari resume aku, die cdgkn aku based kat Cheras (bhgn Development) sbb kat Melaka cuma bahagian QA (Quality Assurance). Aku ckp aku lebih prefer dok Melaka, tp terpulang pada pihak company nak tentukan. Dia ckp kalo aku setuju nak based kat Cheras, aku kene gi interview kat Cheras plak. Aku just ckp terpulang pada pihak atasan. Aku ikut saja.

Tapi dalam hati aku, aku mmg harapkan keje kat melaka. Sebab aku dah sebati dgn Melaka. Aku malas nak berpindah randah lagi dah. Tapi tu je la satu software house kat melaka yg ade vacancy time tuh. Abes je interview aku tros balik segamat.

Esok nye tuh aku dapat call dari company kat Sri Hartamas. Alhamdulillah, dah tertulis rezeki aku kat situ. Aku tak pk panjang terus terima je. 1 Nov 2007 aku start keje. Agak menakutkan jugak la sbb company ni anak syarikat kepada sebuah company yg berpangkalan kat Los Angeles, US dan President nye adalah si mamat ini! Dierang sgt demanding dan cerewet. Mintak macam2 and output nye mesti 100% mcm yg dierang bygkan. Sikit je beza, REJECT! Giler?

Masa interview aku ckp kat dierang yg aku tak tau CSS. Penah try blaja tp outt..(tgk je la blog ni nye layout pon out) tp masuk2 ari 1st, aku di assign dlm satu group, yang mana group ni buat backend part (code php, mysql). Tapi aku adalah org pertama yg diberi kelainan. Masuk dlm group backend sebagai frontend ( css, template, ajax and a bit php). Aku dah pening. Terang2 aku ckp aku tak reti css, nape nak suh aku buat css gak?? Team Leader aku ckp aku bleh blaja. Dierang bg time utk aku self trainning. Team Leader aku bg assignment utk membantu aku trainning css. 2 minggu lepas aku masuk semua team leader & Project Manager fly gi LA (dem! aku nak ikut!) So start time tuh dierang tak cukup tangan utk run testing and debug (time tuh byk gile bug). So time tuh la aku mula dpt task sbnr. Tapi as debugger! ergh.. Aku still blaja. Tapi bengang gak kdg2 sbb aku buang masa 2-3 hari nak debug tp prob cuma salah tutup condition! Dem!

Masuk bulan 12 aku dpt core task. Kene buat function baru. Salah satu nye mmg dinantikan sgt2 oleh user site tuh (user nye 99% US people). Sebab still baru and still cuba pahamkan selok belok structure site tuh, (dah la AJAX sesaje) aku amik masa dlm 2 minggu utk settelkan satu function tuh. Menurut kata mereka yg lebih pakar, dierang bleh siapkan dlm 2-3 hari dan yg lebih hebat dlm masa sehari. Ergh?!!

Masa keje kat Sri Hartamas tu aku dok kat umah pakcik aku kat AU2 Keramat. Aku gi keje pinjam moto kazen aku. Itu pun bile kazen aku shift malam. Kalo shift siang, die pakai moto tuh, aku kene la gi keje naik teksi. Pergi balik kene RM22++!! Giler?! Nak naik LRT, LRT tak sampai ke situ. So pengangkutan awam yg sampai ke situ cuma teksi. Dah la masa tuh musim hujan. Pegi naik teksi ke, naik moto ke, tetap lencun. Memang byk dugaan. Dan byk gak pengalaman manis masa keje kat situ.

1 Jan 2008, aku berjaya gak dpt keta idaman aku. Hepi bukan main. Alhamdulillah. Satu lagi impian aku tercapai. Tp gembira aku tak lama. 3 Jan, aku kembali ke ofis dgn hati gumbira. 10 minit lepas aku sampai opis, aku dpt berita yg aku adalah salah sorg yg terpaksa dibuang kerja. Aku terduduk. Hati yg riang gumbira jadi suram tiba2. Dierang ckp company takde profit. (Yeah, company aku kat Malaysia ni buat website utk company US tu semata-mata. Company US tu plak buat bisnes Mixed Martial Arts) Dierang ckp management kat US potong bajet company Malaysia byk gile dan dierang tak berpuas ati dgn performance site (user dah 100,000+ org, traffic mencanak tiap2 ari pon tak puas ati lagi). Aku diberi peluang sebulan utk tros dok dalam opis tanpa kerja. Dierang bg pilihan kat aku utk pilih hari yg aku nak as last day kat opis. Team Leader aku bg recommendation letter utk aku bawak ke interview2 akan dtg. Bile baca kandungan surat tu, aku sangat terkembang kuncup. Kata nya itu adalah dari ape yg die nampak kat aku. Huhuhu..

Tak sampai tengah bulan, aku decide utk tinggalkan opis buat selamanya. Aku cepatkan sbb aku rasa lebih mudah utk aku pergi interview. Tak payah nak apply2 cuti lagi dah walaupun dierang ckp confirm lulus cuti tuh.

Aku rasa aku sambung next entry la. Panjang2 gini korang bukan nak baca sgt kan? Haha. Lagi pun aku ade keje yg nak disettelkan. Last aku letak pic fakta tentang otak aku skang. huhu.

Mind of developer

P/s : Tot, u komen pasal gambarrajah ni. :p

Selamat Hari Raya!

Saya pelajar jurusan Teknologi Keselamatan, Universiti Multimedia Kampus MANCHESTER ingin mengucapkan selamat hari raya aidil fitri maaf zahir dan batin pada kawan2, sanak-saudara dan juga pembaca blog tak kira berada dimana. Dengan ucapan, makan ayam tu ingat-ingat la aku.

 

Hahaha. Saja nak feeling2 belajar kat oversea. Padahal kat Melaka je. Gi tuka jadi Manchester. Okeh, ini ada satu pengumuman. Bersempena cutinya tuan punya blog ini (tidak kira ape juga nama panggilan yang anda berikan pada beliau) maka blog ini akan bercuti sekali. Mungkin sehingga awal Novermber atau sehingga beritahu kelak.

Memandangkan tahun ni aku tak sempat nak edit2 kad raya, jadinya, tahun ni recycle kad tahun lepas tu dah la kan? hehe.

Sekian…

Kad utk kronikus…

Kad utk kengkawan…

Klik untuk menjadi kacak
WeddingKami
Ariff Shah
GambarHehe
Wazy84
Sembang Komputer
Qiilans87
Special
The Zestful IcedNyior