Author Archive

Penting Sangat Ke “A” Dalam Keputusan Peperiksaan?

Semalam, Khamis – 11 Mac 2010, keputusan SPM 2009 telah diumumkan. Tahniah diucapkan pada yang berjaya mendapat keputusan cemerlang. Yang kurang cemerlang, jangan bersedih. Gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya. Gagal peperiksaan tidak bermakna anda gagal dalam hidup. Jadikan kegagalan sebagai pemangkin kejayaan. Bak kata @tekong, “SPM tu duniawi je”.

(more…)

Tulis Dan Menang! Jumlah Hadiah Bernilai RM250!

Kontest Tulis & Menang adalah anjuran bersama sitikus.com, orange4k.com & ariffshah.com. Hadiah wang tunai ditaja oleh kujie2.com, mrs.kay.my & myliriklagu.com

Sebagai salah seorang penganjur bersama, memang aku agak terlewat untuk umumkan kontest ni. Sibuk dengan hal kerja dan hal peribadi. Nak sentuh laptop masa kat rumah pon tak berapa ada masa. Sebelum aku umumkan kontest ini, ada pesanan peribadi dari aku untuk mereka yang terfikir untuk sertai kontest ini.

(more…)

DiGi bakal menjadi pesaing Maxis untuk iPhone?

Semalam aku terbaca di blog amanz.my tentang berita ini. DiGi akan membawa masuk iPhone ke Malaysia dan seterusnya menjadi pesaing Maxis. Banyak persoalan yang timbul dalam fikiran aku lepas mengetahui berita ini. Aku pasti ramai lagi yang terfikir antara soalan-soalan yang aku terfikir ini.

Adakah DiGi mampu menawarkan harga yang lebih murah dari Maxis untuk iPhone?

(more…)

Jodoh Oh Jodoh

Jodoh

Pernah dengar orang kata “Kalau ada jodoh, tak ke mana”, “tak ada jodoh”, “jodoh tak panjang” dan sebagainya? Sejauh mana kita faham apa itu jodoh? Dulu aku selalu guna salah satu ayat tu. Tapi mungkin dulu aku tak berapa paham secara mendalam maksud jodoh tu.

Orang kata ajal maut, jodoh pertemuan semua di tangan Allah. Aku setuju. Pada aku jodoh setiap orang telah di tetapkan. Kita cuma perlu berdoa supaya jodoh kita itu adalah yang terbaik untuk kita dan berusaha untuk mencari di mana jodoh kita. Bila waktunya sampai, kahwin la kita.

(more…)

Tips Keselamatan Blog

Kebelakangan ni banyak blog wordpress yang diserang oleh penggondam. Jadi aku nak kongsikan 2 tips keselamatan untuk wordpress.

Kebelakangan ni, beberapa cubaan serangan kepada blog/website yang menggunakan wordpress dikesan menggunakan serangan melalui URL. Penyerang menggunakan URL untuk memanipulasi database sesebuah blog/website. Jadi, untuk menghalang serangan melalui URL, satu simple plugin telah di tulis oleh perishablepress.com dan di tambah baik oleh pengunjung-pengujung blog tersebut.

(more…)

Berkenalan dengan pembaca blog. Mari!

Setiap orang ada citarasa tersendiri. Bagitu juga dalam memilih blog mana yang ingin di baca. Aku pasti, setiap orang ada blog yang mereka gemar baca setiap hari. Kadang-kadang ada yang sampai marah-marah kalau blog yang di gemari tidak di update dalam satu tempoh masa tertentu. Tahap ketagihan tegar tu. Parah sangat. Haha.

Setiap orang juga ada cara tersendiri untuk memastikan mereka akan sentiasa mendapat alert jika blog yang mereka gemar telah update. Ada yang menggunakan Google Reader, RSS reader di telefon bimbit, RSS email alert, follow blog tersebut di NetworkedBlogs (facebook app), senaraikan RSS reader di satu page blogspot khas (contohnya seperti http://thelinkies.blogspot.com/) dan macam-macam lagi.

Pembaca blog juga ada pelbagai jenis. Ada yang memilih untuk menjadi silent reader, ada yang baca blog untuk mencari point bergaduh dengan owner blog (aku tak paham manusia macam ni), ada stalker dan ada yg rajin meninggalkan komen.
(more…)

Special
Wazy84
The Zestful IcedNyior
Ariff Shah
hyprobulksms