Serius, aku rasa aku tak cukup layak jadi Web developer lepas baca statement ini

phytoscience ICT expertBeberapa minggu lepas screenshot ni tersebar meluas di Facebook dan jadi bualan hangat di forum Lowyat. Memang kelu lidah aku bila membaca statement adik ini. Tapi hari ini tersebar lagi satu statement dari seorang lagi Pakar ICT phytoscience.

image

Yer, statement yang penuh keyakinan tahap 300%. Ya, yakin itu perlu. Dan bila aku baca statement dia ni, aku tertanya-tanya, kenapa selepas 6 tahun aku bekerja sebagai web developer tak tahu lansung yang https tu kena dapat kan dari Bank Negara Malaysia? Jelas, aku gagal menjadi seorang web developer sebab perkara basic begini pun aku tak tau. Rasa macam nak berhenti jadi web developer, balik kampung, tanam anggur dan supply pada Phytoscience ni.

Tolong la adik-adik sekalian. Sebelum ni phytoscience ni kecoh sebab mereka yang aktif ni berlagak lebih Pakar dari doktor Pakar. Siap ada yang kata “Alah, setakat belajar 3 tahun nak gelar diri tu doktor pakar lepas tu berlagak pandai pada hal menghafal je”. Hello, doktor pakar tu bukan boleh suka-suka bagi gelaran pada diri sendiri dan bukan setakat belajar 3 tahun dah boleh jadi doktor pakar. Yang awak tu belajar ilmu sesat dalam sejam dua dah berlagak genius mengalahkan professor kenapa? Punya la senang nak check info tu betul ke tak zaman sekarang ni, cuma Google je dan berderet jawapan keluar. Kenapa malas sangat? Kenapa sanggup membodohkan diri percaya bulat-bulat pada ilmu sesat? Yang upline pun kenapa bagi ilmu sesat? Sebab nak memperbodohkan downline atau kau sendiri pon dah diperbodohkan dengan ilmu sesat?

Memang salah satu syarat untuk website yang ada handle transaksi duit di Malaysia ni adalah menggunakan https. Tapi tak bermaksud semua website yang ada https tu berdaftar dengan Bank Negara Malaysia. Itu cuma satu protokol komputer untuk memastikan data di website tersebut selamat sebab dah di encrypt. Nak setup https tak susah pun tapi leceh. Perlukan sijil sahaja. Boleh dapat free (tapi keselamatan data tidak terjamin) dan ada yang sehingga beratus ribu dollar amerika (dengan jaminan keselamatan data). Tak perlu pun berdaftar dengan BNM.

P/s : Facebook, Google dan banyak website lain pun daftar dengan Bank Negara Malaysia juga yer? :-p

Penafian!


  • Semua pendapat/pandangan yang tertulis di blogpost adalah pandangan peribadi pemilik blog melainkan jika diterangkan pendapat/pandangan tersebut datang dari pihak lain.
  • Semua pendapat/pandangan yang tertulis di komen adalah pendapat peribadi pemiliknya dan tiada kaitan dengan pemilik blog.
  • Segala apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan majikan atau clients pemilik blog.

Sponsor




Comments

  1. says

    Aku senyum je baca statement tu, lucu menggelegak dalam dada. hahaha.. aku tau la juga pasal https tu walaupun tak terer pasal web dev ni. :P

    [Reply]

  2. says

    Okay yang ni memang berlambak kat media sosial. menyampah dengan orang macam ni sampai kita pulak yang dibodoh dia. Padahal info berlambak kot kat tenet yang mana betul x betul. dia orang yang malas selidik, kita pulak disalahkan x cari info. kadang2 malas layan diaorg ni pastu sentap. haish. doakan je la yang baik2….
    Post terkini dari Shayyidah.Syuhadaa ..Some words to remember.

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge