June 7th, 2010 missnurull 25 Komen | Dibaca sebanyak 140 kali
Sudah mencuba produk keluaran TM iaitu TM iTalk Whoa?! Bagi mereka yang masih atau belum tahu apakah dia TM iTalk Whoa, penerangan secara terperinci boleh didapati dari entri lepas ; TM Memperkenalkan TM iTalk Whoa! tetapi secara ringkasnya mengenai salah satu produk keluaran TM ini ialah.. ia merupakan satu portal yang membolehkan anda berhubung dengan rakan-rakan tanpa perlu membuka banyak halaman contohnya; twitter, emel hatta untuk bersms sekalipun boleh digunakan melalui perkhidmatan ini.
May 21st, 2010 Mr Kay Em Why 26 Komen | Dibaca sebanyak 105 kali
Tengah hari tadi waktu lunch, aku terserempak dengan seorang kawan. Penah bekerja bersama di satu syarikat. Berborak pasal ORM. Biasalah, geek jumpa geek, topik mesti geek juga. Aku ni kalau bab database memang kurang. Balik office, aku google la pasal ORM untuk PHP. Sekali aku jumpa satu projek ORM opensource untuk PHP. Nama projek sungguh tak boleh blah. Haram wo!
P.O.R.K yang membawa maksud PHP on Rails (kinda). Aku pon tak faham apa perlunya nama sedemikian rupa. Terjadilah perbualan lawak peringkat geek antara aku dengan kawan aku tu.
Siap ada babi keriangan lagi
Kay: http://www.schizofreend.nl/pork.dbobject/ Kay: jumpa ni Kay: tak haram pakai kan? Kay: haha rakan: ni simple rakan: pakai tak haram..tapi kene samak la rakan: hahah Kay: hahaha Kay: ari2 nak samak server Kay: payah ah rakan: buat la cron Kay: oh rakan: set samak setiap masuk waktu semayang rakan: schdule rakan: hahaha Kay: buat class samak, method air tanah dgn air mutlak Kay: haha rakan: haa rakan: ok jgak pork nih
Bila aku cerita dengan wife aku pasal perbualan ni, dia cakap “tak payah buat method air tanah. buat aje method sabun taharah“. Haha!
*Cron juga dikenali sebagai cronjob adalah penjadual kerja berdasarkan masa dalam sistem komputer seperti operasi Unix. Cron nama berasal dari kata “chronos”, bahasa Greek untuk “masa”. Cron membolehkan pengguna untuk jadual kerja (perintah skrip shell atau skrip programming) untuk berjalan secara berkala pada waktu-waktu tertentu atau tarikh. Hal ini umumnya digunakan untuk menjalankan penyelenggaraan sistem atau pentadbiran secara automatik.
May 20th, 2010 Mr Kay Em Why 48 Komen | Dibaca sebanyak 358 kali
Aku rasa ramai yang dah baca entry Staff @TMCorp Tak Tahu Buat Kerja Ke? Malah ada yang sampai ke blog ini kerana entry tersebut. Seperti yang aku janjikan, aku update apa yang terjadi selepas entry tu di postkan di blog ni.
Alhamdulillah, entry tersebut berjaya menarik perhatian ramai dan paling penting, ada staff TM yang kata entry tersebut hangat di kalangan staff dan berjaya membuka mata pihak atasan TM. Sejauh mana kebenarannya, aku tak pasti. Entry tersebut juga merupakan entry paling popular di blog ini setakat ini. Ada lebih 100 komen dan aku tak larat nak reply satu persatu (maafkan aku). Ramai juga yang bagi nasihat macam mana nak atasi masalah ni. Terima kasih banyak-banyak. Tak lupa jugak, entry tu menjadi semakin panas bila seseorang yang menggunakan nama “You Know me right!!” dan menggunakan e-mail help@tm.com.my bila komen di blog ini dan meninggalkan komen yang lansung tak membantu malah membuatkan ramai pengguna Streamyx dan pelanggan TM menjadi sakit hati kerana perlu berterima kasih pada TM sebab sponser banyak event di Malaysia tanpa sedar yang duit tu datang dari pelanggan jugak.
May 8th, 2010 Mr Kay Em Why 23 Komen | Dibaca sebanyak 181 kali
*Update terkini mengenai masalah dengan TM akan di update kemudian. Tolong jangan tanya entry ini*
Ibu, Umi, Emak, Mama, Mommy, Bonda dan mungkin banyak lagi gelaran-gelaran lain di dunia ni yang merujuk pada seorang insan yang sangat istimewa dalam hidup setiap manusia. Insan yang merupakan anugerah dari Allah untuk setiap orang. Insan yang bertarung nyawa untuk melahirkan kita.
Beberapa tahun kebelakangan ni, banyak promosi-promosi dan kesedaran untuk menyambut hari ibu. Tapi berapa ramai antara kita yang betul-betul tahu bilakah hari ibu di sambut? Dan berapa ramai yang sedar bahawa satu keunikkan tentang hari ibu, ianya di sambut pada tiap-tiap bulan (kecuali Jun) di setiap negara yang berbeza di dunia ini?
Ya! Hari ibu bukannya di sambut serentak di seluruh dunia seperti hari pekerja dan beberapa hari peringatan yang lain. Di Malaysia, Hari Ibu di sambut pada setiap hari ahad kedua pada bulan Mei. Jadi tahun ini, kita akan sambut hari ibu pada hari esok, 9 Mei 2010. Bagaimana dengan negara lain?
Bermula dari awal Mac 2010, aku telah menjadi penganjur bersama untuk kontest Tulis Dan Menang! Jumlah Hadiah Bernilai RM250! Tarikh tutup telah pun lepas (25 April 2010) seperti yang di umumkan Ariff pada 29 Mac 2010. Ariff juga ada mengumumkan penaja hadiah yang baru iaitu denaihati dan juga hadiah tambahan untuk kategori “Entri Paling Popular“.
Sengaja aku letakkan twitter TM di tajuk entry supaya dapat perhatian dari mereka. Kalau anda adalah pegawai atasan TM, sila baca aduan ini dengan teliti! Ini adalah aduan serius dari pelanggan TM! Jangan asyik nak butakan mata dan pekakkan telinga dengan aduan-aduan kami. Pendapatan anda bersumberkan duit kami!
Semua pendapat/pandangan yang tertulis di blogpost adalah pandangan peribadi pemilik blog melainkan jika diterangkan pendapat/pandangan tersebut datang dari pihak lain.
Semua pendapat/pandangan yang tertulis di komen adalah pendapat peribadi pemiliknya dan tiada kaitan dengan pemilik blog.
Segala apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan majikan atau clients pemilik blog.