May 20th, 2010 Mr Kay Em Why 48 Komen | Dibaca sebanyak 391 kali
Aku rasa ramai yang dah baca entry Staff @TMCorp Tak Tahu Buat Kerja Ke? Malah ada yang sampai ke blog ini kerana entry tersebut. Seperti yang aku janjikan, aku update apa yang terjadi selepas entry tu di postkan di blog ni.
Alhamdulillah, entry tersebut berjaya menarik perhatian ramai dan paling penting, ada staff TM yang kata entry tersebut hangat di kalangan staff dan berjaya membuka mata pihak atasan TM. Sejauh mana kebenarannya, aku tak pasti. Entry tersebut juga merupakan entry paling popular di blog ini setakat ini. Ada lebih 100 komen dan aku tak larat nak reply satu persatu (maafkan aku). Ramai juga yang bagi nasihat macam mana nak atasi masalah ni. Terima kasih banyak-banyak. Tak lupa jugak, entry tu menjadi semakin panas bila seseorang yang menggunakan nama “You Know me right!!” dan menggunakan e-mail help@tm.com.my bila komen di blog ini dan meninggalkan komen yang lansung tak membantu malah membuatkan ramai pengguna Streamyx dan pelanggan TM menjadi sakit hati kerana perlu berterima kasih pada TM sebab sponser banyak event di Malaysia tanpa sedar yang duit tu datang dari pelanggan jugak.
May 8th, 2010 Mr Kay Em Why 23 Komen | Dibaca sebanyak 200 kali
*Update terkini mengenai masalah dengan TM akan di update kemudian. Tolong jangan tanya entry ini*
Ibu, Umi, Emak, Mama, Mommy, Bonda dan mungkin banyak lagi gelaran-gelaran lain di dunia ni yang merujuk pada seorang insan yang sangat istimewa dalam hidup setiap manusia. Insan yang merupakan anugerah dari Allah untuk setiap orang. Insan yang bertarung nyawa untuk melahirkan kita.
Beberapa tahun kebelakangan ni, banyak promosi-promosi dan kesedaran untuk menyambut hari ibu. Tapi berapa ramai antara kita yang betul-betul tahu bilakah hari ibu di sambut? Dan berapa ramai yang sedar bahawa satu keunikkan tentang hari ibu, ianya di sambut pada tiap-tiap bulan (kecuali Jun) di setiap negara yang berbeza di dunia ini?
Ya! Hari ibu bukannya di sambut serentak di seluruh dunia seperti hari pekerja dan beberapa hari peringatan yang lain. Di Malaysia, Hari Ibu di sambut pada setiap hari ahad kedua pada bulan Mei. Jadi tahun ini, kita akan sambut hari ibu pada hari esok, 9 Mei 2010. Bagaimana dengan negara lain?
Bermula dari awal Mac 2010, aku telah menjadi penganjur bersama untuk kontest Tulis Dan Menang! Jumlah Hadiah Bernilai RM250! Tarikh tutup telah pun lepas (25 April 2010) seperti yang di umumkan Ariff pada 29 Mac 2010. Ariff juga ada mengumumkan penaja hadiah yang baru iaitu denaihati dan juga hadiah tambahan untuk kategori “Entri Paling Popular“.
Sengaja aku letakkan twitter TM di tajuk entry supaya dapat perhatian dari mereka. Kalau anda adalah pegawai atasan TM, sila baca aduan ini dengan teliti! Ini adalah aduan serius dari pelanggan TM! Jangan asyik nak butakan mata dan pekakkan telinga dengan aduan-aduan kami. Pendapatan anda bersumberkan duit kami!
April 9th, 2010 Mr Kay Em Why 25 Komen | Dibaca sebanyak 263 kali
TM iTalk Whoa! ? Bunyi pun sangat gempak bukan? Terus terang aku mengatakan, pertama kali aku membaca keterangan tentang produk baru TM ini, perkataan “Whoa!” terkeluar dari mulut aku. Apatah lagi bila aku mencuba sendiri produk ni. Memang sangat Whoaaaaaa!
TM iTalk Whoa ni sebenarnya adalah portal yang membolehkan anda berhubung dengan rakan-rakan anda tanpa perlu bersusah-payah mendaftar masuk beberapa halaman berlainan. Pengguna boleh menghantar email, cek status rakan-rakan di twitter, berchatting, mengirim SMS dan juga membuat panggilan jarak jauh di portal yang sama dengan menggunakan iTalk Whoa! Hebat bukan?
April 1st, 2010 Mr Kay Em Why 19 Komen | Dibaca sebanyak 143 kali
MyEBuzz.net, Dari Blogger Untuk Blogger (From Bloggers For Bloggers) – website untuk blog ping/buzz terbaru di lancarkan untuk blogger Malaysia. Walaupun tak semudah dan sehebat GengBlogger, tetapi kewujudannya untuk membantu blogger juga. Bukan untuk berlawan sesama sendiri. Aku pasti ramai blogger yang suka dengan kewujudan site-site sebegini. Biar pun kewujudannya boleh jadi seperti cendawan tumbuh selepas hujan, tetap memberi manfaat pada blogger.
Semua pendapat/pandangan yang tertulis di blogpost adalah pandangan peribadi pemilik blog melainkan jika diterangkan pendapat/pandangan tersebut datang dari pihak lain.
Semua pendapat/pandangan yang tertulis di komen adalah pendapat peribadi pemiliknya dan tiada kaitan dengan pemilik blog.
Segala apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan majikan atau clients pemilik blog.