Ninetology melancarkan Siri telefon pintar di Malaysia

Isnin lepas (12 November 2012), aku di jemput ke Majlis Sidang Media pelancaran telefon pintar dari Ninetology, satu syarikat telefon bimbit baru di pasaran Malaysia dan Asia. Walaupun Ninetology masih baru, tapi katanya mereka bukan baru di dalam industri telefon bimbit dan telefon pintar. Ninetology mempunyai 3 buah kilang telefon bimbit & pintar di Shenzen, China sejak beberapa tahun lepas dan mengeluarkan telefon bimbit & pintar pelbagai jenama.

Telefon pintar keluaran Ninetology sebenarnya sudah berada di pasaran Malaysia dan Indonesia sejak bulan Ogos yang lalu. Di Malaysia, sebanyak 20,000 unit telefon pintar dan 8,000 tablet keluaran Ninetology telah berjaya dijual manakala di Indonesia, 15,000 unit telefon bimbit dan 6,000 unit tablet telah terjual.

Ke semua telefon bimbit dan tablet keluaran Ninetology menggunakan sistem operasi Android, mempunyai pelbagai size pada harga mampu milik. Malah, Ninetology menawarakan jaminan tukar satu dengan satu (1-to-1 warranty) jika telefon pintar atau tablet keluaran mereka mempunyai masalah atau kerosakkan dalam tempoh tertentu. Bagi aku, ini satu tawaran yang berani dan nampak mereka sangat komited dengan kualiti produk mereka.

Black Pearl II - (RRP) RM599

Black Pearl II – (RRP) RM599

Black Pearl II – ukuran 127mm X 65.6mm  X 9.9mm, mempunyai kelebihan untuk menampung dual sim dengan 1Ghz Dual Core Processor. Size skrin sentuh 4.0 inci dan tawarkan dalam warna hitam. Menggunakan sistem operasi Android 4.0 (Ice Cream Sandwich).

Stealth II - (RRP) RM 899

Stealth II – (RRP) RM 899

Stealth II – Didatangkan dengan kebolehan menampung dual SIM dan 5.2 inci skrin sentuh. Menggunakan sistem operasi Android 4.0 (Ice Cream Sandwich) dan memunyai kamera belakang (8.0MP).

Outlook Express - (RRP) RM499

Outlook Express – (RRP) RM499

Outlook Express – Tablet dari Ninetology bersaiz 7.0 inci dengan skrin sentuh ratio 4:3 mempunyai sambungan Wi-Fi sahaja. Boleh menampung sehingga 32GB Micro SD untuk storan luar dan mempunyai 8GB storan terbina didalam (ROM) dan 512MB RAM. Tablet ini beroperasi menggunakan Android 4.0 (Ice Cream Sandwich) dengan 1Ghz Processor.

Outlook Tablet - (RRP) RM699

Outlook Tablet – (RRP) RM699

Outlook – Satu lagi tablet keluaran Ninetology dengan resolusi skrin 1024 X 768 XGA dan saiz skrin 8 inci. Menggunakan operasi Android 4.1 (Jelly Bean) dengan 1Ghz Processor. Kapasiti memori sebanyak 8GB (ROM) dan 1GB (RAM).

Palette - (RRP) RM399

Palette – (RRP) RM399

Palette – Telefon pintar paling mampu milik yang ditawarkan oleh Ninetology mempunyai paparan skrin sentuh bersaiz 3 inci dan menggunakan Android 2.3 juga mempunyai kelebihan menampung dual SIM. Palette di tawarkan dalam 2 warna, hijau dan merah jambu dimana kedua-dua warna ini ton warnanya sangat berbeza dari warna-warna yang ada pada telefon bimbit & telefon pintar yang ada di pasaran.

Amacam? Produk2 ni semua pada harga mampu milik kan? Terutama bagi pelajar.

Aku masih menunggu kalau-kalau dapat review unit sebiji. In sha Allah, akan aku cuba tulis review tersebut.

Penafian!


  • Semua pendapat/pandangan yang tertulis di blogpost adalah pandangan peribadi pemilik blog melainkan jika diterangkan pendapat/pandangan tersebut datang dari pihak lain.
  • Semua pendapat/pandangan yang tertulis di komen adalah pendapat peribadi pemiliknya dan tiada kaitan dengan pemilik blog.
  • Segala apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan majikan atau clients pemilik blog.

Sponsor




Comments

  1. chaqhafiz says

    Bqu beli 1 minggu model black pearl ll memang x puas ati..
    Battery cas pnuh pakai tak sampai 1 hari dah 0 ( batry habis )
    Pkai hp sony x8 ok ja btry tahan la dalam 2 hari..
    Lagi 1 masalah bnyak app tak boleh buka.. tak puas ati.
    Nak tukar hp len plak

    [Reply]

    chaqhafiz Reply:

    Terbaru tambah lgi 1 masalah gps tak function.
    Pegi kedai beli hp cek gps tokey kedai ckap
    Software papago x5 dah exp.. install yang baru M9
    tetap gps tak function jugak.. tension2 dah meluat
    hp black pearl ll aku ni..

    [Reply]

    Nan Reply:

    Meh jual kt aku..! hrge bwh dri pkej belia 2.. ok? email- hfawzan@yahoo.com

    [Reply]

    Juan Reply:

    Bukan ke ninetology ni ada M-Warranty? Yang jaminan tukar satu dengan satu (1-to-1 warranty) dalam masa 3 bulan lepas pembelian. Aku tengok dekat website diorang pun ada tulis.

    “What’s the M-Warranty? It’s a one-to-one device exchange program which allows you to exchange your faulty unit to a
    brand new one without hassle! This policy is valid for the first three months from the date of product purchase and all you need to do is to register yourself via the application in your new device.”

    9 care hotline : +603 5569 3233

    Ps: Kalau dapat tukar hp baru boleh la inform kat sini. Nak tahu juga betul ke macam yang diorang tulis tu.. :)
    Post terkini dari Juan ..3 Sebab Anda Perlu Dapatkan P1 MiFi MX230.

    [Reply]

  2. shah says

    baru 3 minggu pakai black pearl 2.. ok jer hp ni bateri tahan 3 hari.. pelik jugak ada org kata bateri cepat habis.. masa beli ada cas 24hrs tutup hp tak? normal la semua hp kene cas 24hrs dulu.. bg bateri dia tahan lama.. android program semua sama.. no problem.. sama mcm samsung S2.. kene pilih program yg support. yg penting hp ni murah.. brand malaysia.. boleh lawan samsung..

    [Reply]

    maya Reply:

    btol..sy pun guna black pearl..dah hampir 4 bulan guna…so far, sy sarankan semua…drpd beli s2/s3 memahal…baik beli phone nih…function, setanding ngan s2/s3…yg battry xtahan lama tuh, sy asa..dia bnyk pakai internet..so..better, beli power bank.

    [Reply]

  3. says

    hey there and thank you for your information – I’ve certainly picked up
    something new from right here. I did however expertise a few technical issues using this site, since I experienced to reload the web site a lot of times
    previous to I could get it to load properly. I
    had been wondering if your web host is OK? Not that
    I’m complaining, but slow loading instances times will sometimes affect your placement in google and can damage
    your high-quality score if advertising and marketing with Adwords.
    Anyway I’m adding this RSS to my email and could look out for much more of your respective interesting content.

    Ensure that you update this again soon.
    Post terkini dari Concepcion ..Concepcion

    [Reply]

Trackbacks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge