Posts Tagged ‘telefon 2 sim kad serentak’

Pengalaman Pembaca – Telefon Tiruan

Masih ingat dengan entry “Awas IPhone tiruan!“? Ramai pembaca yang memberi respons. Malah ada yang berkongsi pengalaman mengenai telefon bimbit tiruan. Mungkin ramai yang tidak berkunjung semula untuk membaca respons-respons dari pembaca. Jadi, aku terfikir, ada baiknya aku kumpulkan respons yang menarik, bermanfaat dan boleh memberi kesedaran pada mereka yang lain untuk di jadikan satu entry khas. Dan pastinya aku membetulkan ayat-ayat pasar untuk memudahkan pembaca memahami apa yang ingin di sampaikan.

(more…)

Awas IPhone Tiruan!

iphone clone

Kebelakangan ni aku asyik dengar orang cerita IPhone murah yang di jual di Mobile Fair. Harga yang ditawarkan kononnya promosi 70% dan mereka dakwa IPhone tersebut adalah original! Kebanyakkan mangsa penipuan yang aku nampak adalah perempuan dan rata-rata tidak pernah melihat IPhone yang sebenar secara lansung.

IPhone klon ni di jual sekitar RM299 sehingga RM400++ sedangkan harga IPhone yang sebenar dijual sekitar RM2000 hingga RM3000++ (sorryla, aku tak ambil tahu sangat harga IPhone. Tak minat).

IPhone klon ini adalah produk dari negara China. Biasalah, negara yang paling hebat membuat dan mengeluarkan barang-barang tiruan. Mungkin bagi sesetengah orang, tidak kisah menggunakan barangan tiruan kerana tidak mampu membeli yang asli. Orang kata janji nampak sama. Tapi aku nasihatkan pada semua, barang-barang tiruan seperti ini tidak akan tahan lama. Komponen yang digunakan di dalam telefon terbabit tidak akan tahan lama. Apatah lagi kalau kau orang jenis yang lasak dan selalu terjatuhkan barang-barang.

Telefon-telefon yang memang di akui dari China seperti CSL dan iMobile pun aku tengok jangka hayat paling lama adalah setahun jika di jaga rapi (di simpan dalam beg khas dan tidak digunakan dengan lasak). Dan kebanyakkan komponen (seperti keypad, touchscreen) hanya tahan beberapa bulan. Ini adalah berdasarkan pengalaman dari kakak dan isteri aku yang pernah menggunakan CSL dan iMobile.

Kalau telefon yang ada jenama (buatan China) seperti itu pun tak tahan lama, apatah lagi telefon IPhone tiruan yang didakwa original ni? Bak kata Nabil, “Lu pikir la sendiri“. Ini aku bagi tips bagaimana mahu mengenal pasti sama ada IPhone tersebut adalah tiruan atau original.

  1. Ada stylusStylus adalah pen kecil yang digunakan pada PDA. Tapi tu PDA dulu je. Zaman sekarang orang pakai jari je.
  2. Boleh guna 2 sim kad serentak – Mana-mana telefon yang boleh guna 2 sim kad serentak, pasti guna teknologi dari China. Belum ada syarikat telefon bimbit berjenama keluarkan features ni.
  3. Warna tidak terang/sharp – warna pada skrin telefon tiruan ni tak sharp seperti yang original. Maklumlah, komponen murah.

So, aku nasihatkan kau orang semua supaya berhati-hati ketika beli telefon bimbit terutama sekali IPhone. Banyak dah telefon tiruan sekarang. Bukan IPhone sahaja. Bagi yang pernah tertipu dan baru menyedari IPhone tu adalah tiruan selepas baca artikel ni, aku nasihatkan bawa pergi Tribunal Tuntutan Pengguna dan ambil tindakkan sewajarnya. Jangan biarkan orang lain pula tertipu.

Edit (Selasa – 19 Jan – 10:48AM)
Nampaknya aku tersilap fakta tentang Dual Sim. Dah ada telefon bimbit berjenama keluarkan features Dual Sim ni. Aku tak berapa aware sebab jenama-jenama tu memang ada dalam list jenama yang aku tak suka. Terima kasih pada DD yang menegur.

Ariff Shah
The Zestful IcedNyior
Wazy84