Awas IPhone Tiruan!

iphone clone

Kebelakangan ni aku asyik dengar orang cerita IPhone murah yang di jual di Mobile Fair. Harga yang ditawarkan kononnya promosi 70% dan mereka dakwa IPhone tersebut adalah original! Kebanyakkan mangsa penipuan yang aku nampak adalah perempuan dan rata-rata tidak pernah melihat IPhone yang sebenar secara lansung.

IPhone klon ni di jual sekitar RM299 sehingga RM400++ sedangkan harga IPhone yang sebenar dijual sekitar RM2000 hingga RM3000++ (sorryla, aku tak ambil tahu sangat harga IPhone. Tak minat).

IPhone klon ini adalah produk dari negara China. Biasalah, negara yang paling hebat membuat dan mengeluarkan barang-barang tiruan. Mungkin bagi sesetengah orang, tidak kisah menggunakan barangan tiruan kerana tidak mampu membeli yang asli. Orang kata janji nampak sama. Tapi aku nasihatkan pada semua, barang-barang tiruan seperti ini tidak akan tahan lama. Komponen yang digunakan di dalam telefon terbabit tidak akan tahan lama. Apatah lagi kalau kau orang jenis yang lasak dan selalu terjatuhkan barang-barang.

Telefon-telefon yang memang di akui dari China seperti CSL dan iMobile pun aku tengok jangka hayat paling lama adalah setahun jika di jaga rapi (di simpan dalam beg khas dan tidak digunakan dengan lasak). Dan kebanyakkan komponen (seperti keypad, touchscreen) hanya tahan beberapa bulan. Ini adalah berdasarkan pengalaman dari kakak dan isteri aku yang pernah menggunakan CSL dan iMobile.

Kalau telefon yang ada jenama (buatan China) seperti itu pun tak tahan lama, apatah lagi telefon IPhone tiruan yang didakwa original ni? Bak kata Nabil, “Lu pikir la sendiri“. Ini aku bagi tips bagaimana mahu mengenal pasti sama ada IPhone tersebut adalah tiruan atau original.

  1. Ada stylusStylus adalah pen kecil yang digunakan pada PDA. Tapi tu PDA dulu je. Zaman sekarang orang pakai jari je.
  2. Boleh guna 2 sim kad serentak – Mana-mana telefon yang boleh guna 2 sim kad serentak, pasti guna teknologi dari China. Belum ada syarikat telefon bimbit berjenama keluarkan features ni.
  3. Warna tidak terang/sharp – warna pada skrin telefon tiruan ni tak sharp seperti yang original. Maklumlah, komponen murah.

So, aku nasihatkan kau orang semua supaya berhati-hati ketika beli telefon bimbit terutama sekali IPhone. Banyak dah telefon tiruan sekarang. Bukan IPhone sahaja. Bagi yang pernah tertipu dan baru menyedari IPhone tu adalah tiruan selepas baca artikel ni, aku nasihatkan bawa pergi Tribunal Tuntutan Pengguna dan ambil tindakkan sewajarnya. Jangan biarkan orang lain pula tertipu.

Edit (Selasa – 19 Jan – 10:48AM)
Nampaknya aku tersilap fakta tentang Dual Sim. Dah ada telefon bimbit berjenama keluarkan features Dual Sim ni. Aku tak berapa aware sebab jenama-jenama tu memang ada dalam list jenama yang aku tak suka. Terima kasih pada DD yang menegur.

Penafian!


  • Semua pendapat/pandangan yang tertulis di blogpost adalah pandangan peribadi pemilik blog melainkan jika diterangkan pendapat/pandangan tersebut datang dari pihak lain.
  • Semua pendapat/pandangan yang tertulis di komen adalah pendapat peribadi pemiliknya dan tiada kaitan dengan pemilik blog.
  • Segala apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan majikan atau clients pemilik blog.

Sponsor




Comments

  1. says

    You can certainly see your skills within the work you write.

    The sector hopes for more passionate writers like you who are not afraid to mention how they believe.

    All the time go after your heart.
    Post terkini dari raconteurs ..raconteurs

    [Reply]

Trackbacks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge