
Kebelakangan ni aku asyik dengar orang cerita IPhone murah yang di jual di Mobile Fair. Harga yang ditawarkan kononnya promosi 70% dan mereka dakwa IPhone tersebut adalah original! Kebanyakkan mangsa penipuan yang aku nampak adalah perempuan dan rata-rata tidak pernah melihat IPhone yang sebenar secara lansung.
IPhone klon ni di jual sekitar RM299 sehingga RM400++ sedangkan harga IPhone yang sebenar dijual sekitar RM2000 hingga RM3000++ (sorryla, aku tak ambil tahu sangat harga IPhone. Tak minat).
IPhone klon ini adalah produk dari negara China. Biasalah, negara yang paling hebat membuat dan mengeluarkan barang-barang tiruan. Mungkin bagi sesetengah orang, tidak kisah menggunakan barangan tiruan kerana tidak mampu membeli yang asli. Orang kata janji nampak sama. Tapi aku nasihatkan pada semua, barang-barang tiruan seperti ini tidak akan tahan lama. Komponen yang digunakan di dalam telefon terbabit tidak akan tahan lama. Apatah lagi kalau kau orang jenis yang lasak dan selalu terjatuhkan barang-barang.
Telefon-telefon yang memang di akui dari China seperti CSL dan iMobile pun aku tengok jangka hayat paling lama adalah setahun jika di jaga rapi (di simpan dalam beg khas dan tidak digunakan dengan lasak). Dan kebanyakkan komponen (seperti keypad, touchscreen) hanya tahan beberapa bulan. Ini adalah berdasarkan pengalaman dari kakak dan isteri aku yang pernah menggunakan CSL dan iMobile.
Kalau telefon yang ada jenama (buatan China) seperti itu pun tak tahan lama, apatah lagi telefon IPhone tiruan yang didakwa original ni? Bak kata Nabil, “Lu pikir la sendiri“. Ini aku bagi tips bagaimana mahu mengenal pasti sama ada IPhone tersebut adalah tiruan atau original.
- Ada stylus – Stylus adalah pen kecil yang digunakan pada PDA. Tapi tu PDA dulu je. Zaman sekarang orang pakai jari je.
- Boleh guna 2 sim kad serentak – Mana-mana telefon yang boleh guna 2 sim kad serentak, pasti guna teknologi dari China. Belum ada syarikat telefon bimbit berjenama keluarkan features ni.
- Warna tidak terang/sharp – warna pada skrin telefon tiruan ni tak sharp seperti yang original. Maklumlah, komponen murah.
So, aku nasihatkan kau orang semua supaya berhati-hati ketika beli telefon bimbit terutama sekali IPhone. Banyak dah telefon tiruan sekarang. Bukan IPhone sahaja. Bagi yang pernah tertipu dan baru menyedari IPhone tu adalah tiruan selepas baca artikel ni, aku nasihatkan bawa pergi Tribunal Tuntutan Pengguna dan ambil tindakkan sewajarnya. Jangan biarkan orang lain pula tertipu.
Edit (Selasa – 19 Jan – 10:48AM)
Nampaknya aku tersilap fakta tentang Dual Sim. Dah ada telefon bimbit berjenama keluarkan features Dual Sim ni. Aku tak berapa aware sebab jenama-jenama tu memang ada dalam list jenama yang aku tak suka. Terima kasih pada DD yang menegur.
Anda mungkin juga berminat dengan post:
January 19th, 2010
Mr Kay Em Why | Dibaca sebanyak 415 kali
Posted in
Tags: 












[...] This post was mentioned on Twitter by mrkay2911, mrkay2911. mrkay2911 said: New blog post: Awas IPhone Tiruan! http://bit.ly/4L21ym #orange4k [...]
samsung dah lama keluarkan dual sim lah.. banyak model lak tu…
motorola ve75 dual sim…
lg ks660
acer dx900
[Reply]
Mr Kay Em Why Reply:
January 19th, 2010 at 11:23 pm
oh. sorry ah. aku tak amik tau jenis2 telefon tu sebab semua tu dalam senarai yg aku takkan beli. aku dah update
thanks for info
[Reply]
aah. tu yg nak kata tu. samsung dah ada dual sim
ejon´s last blog ..HP Mini 110 Pink Chic
[Reply]
Mr Kay Em Why Reply:
January 19th, 2010 at 11:49 pm
sorry ah. aku tak penah minat dengan samsung. sebab tu tak tau
[Reply]
im looking for nexus one.. apa barang iphone, handphone utk budak2 jer iphone ni
[Reply]
Mr Kay Em Why Reply:
January 20th, 2010 at 7:44 pm
hahaha. ayat tak boleh blah. Actually aku pon tak suka iphone. bagi aku iphone overprice. cuma aku marah dengan peniaga yang menipu orang. adik aku pon hampir nak kena tipu. nasib baik dia call aku sebelum beli.
nexus one? fuh! kalau ko dapat beli, boleh aku tumpang2 godek. haha. aku baru beli HTC Hero ari tuh. so mmg takkan tukar telefon lain dalam masa terdekat la. hehe
[Reply]
hmm…. penah nampak iphone ori ngan yg made in china….beza giler…memang boleh nampak beza….bro leh buat entry pasal jenama CSL tak…
[Reply]
Mr Kay Em Why Reply:
January 20th, 2010 at 7:45 pm
pasal jenama CSL? nak tulis pasal apa tu ye?
[Reply]
ahaha ekceli masa kt Beijing..adik & ayah aku dah beli ‘IPhone’ ciplak dgn harga RM175 sebuah. Bkn main lagi sales person tu ckp hset tu IPhone original. Buktinye dia tnjuk kt bahagian belakang casing yg tertulis ‘IPhone’. Tapi for sure yg ktorang tau tu cuma tipu je tp memandangkn harga pn yg agak murah..just beli je. Harap2 bley pkai lama.
Onkan je hset tu..check hset info. Nmpknye dia bkn tulis IPhone tp Sciphone huhu.
fadh´s last blog ..Announcement
[Reply]
Mr Kay Em Why Reply:
January 24th, 2010 at 12:26 pm
haha. bapak mertua aku cakap, masa dia pegi beijing, tour guide tu dah pesan jangan beli apa2 barang elektronik. ada sorg dalam rombongan tu pegi beli kamera digital. setiap kali off kamera tu, bila on balik, gambar2 yang dah di ambil semua hilang. macam kena format. haha
[Reply]
ikut pengalaman laa ni aku cter & kongsi dengan u’oulz.. hehe..
aku pernah g satu enset fair.. baik punya fair.. konon nya harga enset murah sehingga 70-80%.. tapi, aku tgk model2 cam Sony Ericsson, Nokia, Motorolla & seumpamanya, harga standard je.. xde turun mane nye..
pastu aku tertarik dgn 2 model ‘HEBAT’ nie.. iPhone dan Blackberry.. (Blackberry, bukan Blueberry keluaran CSL tu OK..)
1st aku try 2 bijik enset Blackberry ori dgn china copy.. memang sebijik kaw2.. tapi ade 2 menda yg buat aku gelak kaw2 masa kat fair tu.. “MANA ADA BLACKBERRY BOLEH ADA DUAL SIM DAN TV..???????” hahahahahahahahahah~!!!!!!! yg lain, Ok laa.. ade laa ciri2 blackberry.. ni dan2 plak ade tV.. lawak betul.. aku tanya laa kat apek tu.. dia cakap, tu model china copy punya.. huhu~
iPhone china copy pun sama jgak.. cuma ade 2 jenis.. utk harga RM200-RMm300 (saiz kecil dan besar boleh pilih) tapi TANPA wiFi..
kalau RM400-Rm600 plak (Saiz besar cam iPhone) ada WiFi.. yg pelik ade 2 jenis saiz tu.. ada TV dan Dual SIM.. hadoi2..
mmg diakui, model2 berjenama lain ada yg guna DUAL SIM.. tapi, model keluaran China lagi banyak.. hehe~
moral:
hati2 kalau nak beli Blackberry & iPhone.. OK..???
azmie´s last blog ..UMW Toyota Tidak Terjejas
[Reply]
Mr Kay Em Why Reply:
February 8th, 2010 at 9:38 pm
thanks sebab kongsi pengalaman kat sini. aku harap tak ada orang akan tertipu lagi.
[Reply]
Selalunya orang yg tertipu ni melayu, suka benda murah tapi nak gaya hebat, kalau diorang rajin surf website lelong sure tak terpedaya dengan Iphone lookalike ni
[Reply]
Mr Kay Em Why Reply:
February 8th, 2010 at 9:51 pm
tu la. kadang2 aku kesian. tapi kadang2 tu menyampah tgk perangai dia orang ni pon ada.
[Reply]
ello..
td aku baru balik dari phone fair kat medan idaman gombak..
pergh.. Penipuan Besar besaran…ada iPhone.. ada BlackBerry, ada Sony Erricsson pon ada…
utk iphone.. mcm2 feature ada , TV, java, ada yg siap detech qwerty keyboard pon ader.. bila tanya “ni china ke? .. dia jawab bkn.. ni semua dari singapore..” (sejak bila ada singapore buat telefon??) ada lg menarik.. ada iPhone flip.. ada logo apple menyala mcm macbook… giler la…
utk b1ackberry. pon sama .. ada tv.. ada radio.. .. skali tanya “bkn ke blackberry x de TV ke..?” “utk market singapore ADA ” gila ke aper diorg ni..
utk sony erricson.. lg best.. diorg imitation walkman model… dier offer “Buy 1 free 1″.. model yg sama pulak tu..dier punya skrin.. WIDE… tp slack kat charger.. pakai soket mcm nokia..pelik la.. bila tanya…. “Ni untuk market singapore”… abis tu handfree, charger, aksesori lain, mcm speaker sony original nk connect mana?? mmg gila..
yang menariknya.. semua model SE, Blackberry, iPhone, DUAL SIM dan ada sticker sirim kat dlm tu..
kesimpulanya.. aku sedih dgn org yg dtg ke situ.. ditipu mudah2 jer dgn BUKAN BUMIPUTERA di situ..ikutkan hati aku, nk je aku call KPDNHEP dan POLIS..
Kepada rakyat Malaysia janganlah di tipu mudah2.. buatlah carian model2 telefon di internet seperti gsmarena.com..dan buatlah pembelian dari pengedar yg sah..
Anda mungkin kata “alah telfon murah biasalah.. ” sedarlah bahawa telefon tersebut berisiko untuk meletup.. x kira semasa digunakan..(rapat di telinga) mahupun poket.. `Telinga dan mata anda TIDAK dijual dikedai2…
Kepada pihak berkenaan, sila post artikel mengenai iphone tiruan dan bahaya telefon tiruan.,. di akhabr2 utama untuk menyedarkan rakyat malaysia..
More info go google type – fake iPhone , explode handphone
tgk lah ,..
Sekian,
~Real iPhone Owner~Apple Fan ~
[Reply]
Mr Kay Em Why Reply:
February 8th, 2010 at 9:54 pm
pergh. imitation pon makin canggih sekarang ye. kalah yg original. kenapa ko tak report je KPDNHEP? benci aku tengok manusia2 penipu tu.
BTW, thanks sebab share pengalaman kat sini
[Reply]
Kebanyakkan dari member2 aku yang guna Iphone, sekadar nak berlagak je.. then guna untuk call, main game n sms.. ape jadah.. hahaha.. lawak2..
[Reply]
Mr Kay Em Why Reply:
February 8th, 2010 at 9:57 pm
masing2 ada cara tersendiri nak buang duit. hahaha. aku beli Hero sbb aku nak internet on go, twitter dan email 24 hours. haha.
[Reply]
ala ape nak sebok sebok… bia la orang nak beli tiruan ke ape…
aku rase ade jugak orang yg mmg nak beli hanpon ciplak sebab tak mampu nak bli yg ori… gile ape… hp sampai 2-3 ribu… ikot macam aku… kalo tak mampo beli aje nokia murah… janji boleh call boleh sms… balik kat dinding pon blom tentu rosak lagi… hehehe
[Reply]
Mr Kay Em Why Reply:
February 13th, 2010 at 1:04 pm
aku bukan nak menyibuk. tp aku cuma nak bg kesedaran bg mereka yg masih tak sedar. kebykkan yg jual enset tipu ni bukan melayu dan yg biasa tertipu adalah melayu. aku bercakap pasal orang yg tak tau benda tu tiruan. bukan yg mmg tau benda tu tiruan tp nak beli jugak. yg tu aku tak kesah pon.
aku kesian bila tgk org beli iphone tiruan ni tp dia igt yg original. punya bangga dan seronok. tp sebulan dua jahanam buat apa kan? Rm200-300 tu kira byk untuk aku. cuba kau pk, sanggup ko tgk adik beradik ko atau keluarga ko yg teruja gila sbb igt dia dah dapat pakai iphone betul padahal dia dah kena tipu. itu yg aku cuba sampaikan.
[Reply]
Aku baru je plan nak amik phone iMobile yg macam Balckberry tu.. dah baca entry hang ni rasa tak jd plak.. terpaksa la angkat blackberry je.. hee
MediaHehe´s last blog ..Raja Lawak 4: Minggu ke 6 – Part 8
[Reply]
aku pakai dopod 838 pro… skang aku nak cari sciphone dream g2 china… aku dgr hp tu ada wifi… aku tgk review kat youtube pon best gak hp tuu… ingat nak buat second hp ke… rate harga die dlm 2-3rat… kat mane nak cari hp china kat malaysia ni? nak order trus dari china aku tak reti plak… ade sapa sapa tau mana nak cari hp china kat msia ni? kalo ada bgla tau ye… thanks
[Reply]
abg saye da beli blackberry tuk sy n iphone tuk dia buatan china…abg sy tau tu buatan china…tp yg jual tu cakap ini singapore mali laa.hahaha..dia beli je nk wat bergaya..hahaha
nak buat cmne pakai je la ,,,,,,,Aish….igt kan bole facebooking via berry,,,,,xbole……….aish,,,,,,,,da la berat hp…lenguh pgg…
T……..T
[Reply]