Archive for the ‘geek’ Category

Lawak Geek : P O R K


Tengah hari tadi waktu lunch, aku terserempak dengan seorang kawan. Penah bekerja bersama di satu syarikat. Berborak pasal ORM. Biasalah, geek jumpa geek, topik mesti geek juga. Aku ni kalau bab database memang kurang. Balik office, aku google la pasal ORM untuk PHP. Sekali aku jumpa satu projek ORM opensource untuk PHP. Nama projek sungguh tak boleh blah. Haram wo!

P.O.R.K yang membawa maksud PHP on Rails (kinda). Aku pon tak faham apa perlunya nama sedemikian rupa. Terjadilah perbualan lawak peringkat geek antara aku dengan kawan aku tu.

Siap ada babi keriangan lagi

Kay: http://www.schizofreend.nl/pork.dbobject/
Kay: jumpa ni
Kay: tak haram pakai kan?
Kay: haha
rakan: ni simple
rakan: pakai tak haram..tapi kene samak la
rakan: hahah

Kay: hahaha
Kay: ari2 nak samak server
Kay: payah ah
rakan: buat la cron
Kay: oh
rakan: set samak setiap masuk waktu semayang
rakan: schdule
rakan: hahaha

Kay: buat class samak, method air tanah dgn air mutlak
Kay: haha
rakan: haa
rakan: ok jgak pork nih

Bila aku cerita dengan wife aku pasal perbualan ni, dia cakap “tak payah buat method air tanah. buat aje method sabun taharah. Haha!

*Cron juga dikenali sebagai cronjob adalah penjadual kerja berdasarkan masa dalam sistem komputer seperti operasi Unix. Cron nama berasal dari kata “chronos”, bahasa Greek untuk “masa”. Cron membolehkan pengguna untuk jadual kerja (perintah skrip shell atau skrip programming) untuk berjalan secara berkala pada waktu-waktu tertentu atau tarikh. Hal ini umumnya digunakan untuk menjalankan penyelenggaraan sistem atau pentadbiran secara automatik.

TM Memperkenalkan TM iTalk Whoa!

TM iTalk Whoa! ? Bunyi pun sangat gempak bukan? Terus terang aku mengatakan, pertama kali aku membaca keterangan tentang produk baru TM ini, perkataan “Whoa!” terkeluar dari mulut aku. Apatah lagi bila aku mencuba sendiri produk ni. Memang sangat Whoaaaaaa!

TM iTalk Whoa ni sebenarnya adalah portal yang membolehkan anda berhubung dengan rakan-rakan anda tanpa perlu bersusah-payah mendaftar masuk beberapa halaman berlainan. Pengguna boleh menghantar email, cek status rakan-rakan di twitter, berchatting, mengirim SMS dan juga membuat panggilan jarak jauh di portal yang sama dengan menggunakan iTalk Whoa! Hebat bukan?

(more…)

MyEBuzz.net – Site blog ping/buzz terbaru!

MyEBuzz.net, Dari Blogger Untuk Blogger (From Bloggers For Bloggers) – website untuk blog ping/buzz terbaru di lancarkan untuk blogger Malaysia. Walaupun tak semudah dan sehebat GengBlogger, tetapi kewujudannya untuk membantu blogger juga. Bukan untuk berlawan sesama sendiri. Aku pasti ramai blogger yang suka dengan kewujudan site-site sebegini. Biar pun kewujudannya boleh jadi seperti cendawan tumbuh selepas hujan, tetap memberi manfaat pada blogger.

(more…)

Pengalaman Pembaca – Telefon Tiruan

Masih ingat dengan entry “Awas IPhone tiruan!“? Ramai pembaca yang memberi respons. Malah ada yang berkongsi pengalaman mengenai telefon bimbit tiruan. Mungkin ramai yang tidak berkunjung semula untuk membaca respons-respons dari pembaca. Jadi, aku terfikir, ada baiknya aku kumpulkan respons yang menarik, bermanfaat dan boleh memberi kesedaran pada mereka yang lain untuk di jadikan satu entry khas. Dan pastinya aku membetulkan ayat-ayat pasar untuk memudahkan pembaca memahami apa yang ingin di sampaikan.

(more…)

Susah nak on YM guna Pidgin

Minggu lepas, 3-4 hari aku tak dapat nak on Yahoo Messenger. Agak resah gelisahh jugalah aku dibuatnya. Rasa macam terputus hubungan. Sebenarnya aku gunakan Sistem Operasi (OS) Ubuntu Linux. Yahoo pula tak ada develop YM untuk Linux. Jadi aku gunakan application Pidgin IM.

(more…)

DiGi bakal menjadi pesaing Maxis untuk iPhone?

Semalam aku terbaca di blog amanz.my tentang berita ini. DiGi akan membawa masuk iPhone ke Malaysia dan seterusnya menjadi pesaing Maxis. Banyak persoalan yang timbul dalam fikiran aku lepas mengetahui berita ini. Aku pasti ramai lagi yang terfikir antara soalan-soalan yang aku terfikir ini.

Adakah DiGi mampu menawarkan harga yang lebih murah dari Maxis untuk iPhone?

(more…)

The Zestful IcedNyior
Ariff Shah
Wazy84