Tengah hari tadi waktu lunch, aku terserempak dengan seorang kawan. Penah bekerja bersama di satu syarikat. Berborak pasal ORM. Biasalah, geek jumpa geek, topik mesti geek juga. Aku ni kalau bab database memang kurang. Balik office, aku google la pasal ORM untuk PHP. Sekali aku jumpa satu projek ORM opensource untuk PHP. Nama projek sungguh tak boleh blah. Haram wo!
P.O.R.K yang membawa maksud PHP on Rails (kinda). Aku pon tak faham apa perlunya nama sedemikian rupa. Terjadilah perbualan lawak peringkat geek antara aku dengan kawan aku tu.
Kay: http://www.schizofreend.nl/pork.dbobject/
Kay: jumpa ni
Kay: tak haram pakai kan?
Kay: haha
rakan: ni simple
rakan: pakai tak haram..tapi kene samak la
rakan: hahah
Kay: hahaha
Kay: ari2 nak samak server
Kay: payah ah
rakan: buat la cron
Kay: oh
rakan: set samak setiap masuk waktu semayang
rakan: schdule
rakan: hahaha
Kay: buat class samak, method air tanah dgn air mutlak
Kay: haha
rakan: haa
rakan: ok jgak pork nih
Bila aku cerita dengan wife aku pasal perbualan ni, dia cakap “tak payah buat method air tanah. buat aje method sabun taharah“. Haha!
*Cron juga dikenali sebagai cronjob adalah penjadual kerja berdasarkan masa dalam sistem komputer seperti operasi Unix. Cron nama berasal dari kata “chronos”, bahasa Greek untuk “masa”. Cron membolehkan pengguna untuk jadual kerja (perintah skrip shell atau skrip programming) untuk berjalan secara berkala pada waktu-waktu tertentu atau tarikh. Hal ini umumnya digunakan untuk menjalankan penyelenggaraan sistem atau pentadbiran secara automatik.
May 21st, 2010
Mr Kay Em Why
Posted in
Tags:










