Archive for the ‘Abstrak Kehidupan’ Category

Fakta Menarik Mengenai Hari Ibu

*Update terkini mengenai masalah dengan TM akan di update kemudian. Tolong jangan tanya entry ini*

Ibu, Umi, Emak, Mama, Mommy, Bonda dan mungkin banyak lagi gelaran-gelaran lain di dunia ni yang merujuk pada seorang insan yang sangat istimewa dalam hidup setiap manusia. Insan yang merupakan anugerah dari Allah untuk setiap orang. Insan yang bertarung nyawa untuk melahirkan kita.

Beberapa tahun kebelakangan ni, banyak promosi-promosi dan kesedaran untuk menyambut hari ibu. Tapi berapa ramai antara kita yang betul-betul tahu bilakah hari ibu di sambut? Dan berapa ramai yang sedar bahawa satu keunikkan tentang hari ibu, ianya di sambut pada tiap-tiap bulan (kecuali Jun) di setiap negara yang berbeza di dunia ini?

Ya! Hari ibu bukannya di sambut serentak di seluruh dunia seperti hari pekerja dan beberapa hari peringatan yang lain. Di Malaysia, Hari Ibu di sambut pada setiap hari ahad kedua pada bulan Mei. Jadi tahun ini, kita akan sambut hari ibu pada hari esok, 9 Mei 2010. Bagaimana dengan negara lain?

(more…)

Aku dan Orange 4 Kay

Sejak kebelakangan ni, banyak pula blog yang membincangkan soal kata ganti diri di blog. Ada yang kata pengunaan “aku” sebagai kata ganti nama di blog agak kasar. Dan ramai yang nampaknya memilih untuk beralih menggunakan “saya” yang lebih nampak sopan. Rasanya, aku akan tetap terus menggunakan kata ganti diri “aku” dalam blog ini. Aku ada alasan yang tersendiri.

Dari awal berblog beberapa tahun lepas, aku memang membahasakan diri aku dengan kata ganti diri “aku”. Tak pernah bertukar dan tak pernah terfikir untuk bertukar. Pada aku, secara peribadi, bila aku sudah rasa rapat dengan seseorang, aku akan gunakan kata ganti diri “aku” dan “kau”. Bila gunakkan kata ganti diri yang lain seperti “saya”, “awak”, “I” dan “you” serasa seperti ada jurang antara aku dengan orang tu. Kalau ada perbezaan umur dan pangkat (kakak, abang, pakcik, makcik dan sebagainya), memang aku terasa seperti ada jurang yang terbina dan aku akan bahasakan diri aku dengan “saya”.

(more…)

Wang Hantaran – Kesian Tunang Aku

Hantaran perkahwinan

“Aku kesian dengan tunang aku, ayah aku mintak duit hantaran RM15K, Mas Kahwin pulak separuh dari duit hantaran. Barang-barang hantaran semua mahal, handbag je dah RM2K”

Ingat lagi dengan entry Kenapa Lelaki …? Salah satu soalan yang terdapat dalam entry tersebut adalah “Kenapa lelaki suka alasan untuk bertunang”. Entry ini mempunyai kaitan dengan soalan tersebut. Mungkin tidak 100%, tapi ada kaitan bagi aku. Apa yang bakal aku kupas adalah salah satu sebab utama lelaki selalu mengelak bila perempuan mula bercerita nak kahwin.

Bila bercerita soal wang hantaran, KEBANYAKKAN perempuan akan berfikir dan mengatakan itu tugas lelaki. Itu tanggungjawab lelaki. Ramai perempuan yang merasakan mereka patut wang hantaran tinggi. Kadang-kadang ada yang sampai berlawan sesama sendiri. Mahu menang siapa paling tinggi. Cuba lawan standard para artis. Tanpa berfikir panjang tentang baik buruknya.

(more…)

Penting Sangat Ke “A” Dalam Keputusan Peperiksaan?

Semalam, Khamis – 11 Mac 2010, keputusan SPM 2009 telah diumumkan. Tahniah diucapkan pada yang berjaya mendapat keputusan cemerlang. Yang kurang cemerlang, jangan bersedih. Gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya. Gagal peperiksaan tidak bermakna anda gagal dalam hidup. Jadikan kegagalan sebagai pemangkin kejayaan. Bak kata @tekong, “SPM tu duniawi je”.

(more…)

Jodoh Oh Jodoh

Jodoh

Pernah dengar orang kata “Kalau ada jodoh, tak ke mana”, “tak ada jodoh”, “jodoh tak panjang” dan sebagainya? Sejauh mana kita faham apa itu jodoh? Dulu aku selalu guna salah satu ayat tu. Tapi mungkin dulu aku tak berapa paham secara mendalam maksud jodoh tu.

Orang kata ajal maut, jodoh pertemuan semua di tangan Allah. Aku setuju. Pada aku jodoh setiap orang telah di tetapkan. Kita cuma perlu berdoa supaya jodoh kita itu adalah yang terbaik untuk kita dan berusaha untuk mencari di mana jodoh kita. Bila waktunya sampai, kahwin la kita.

(more…)

Erti Hidup Pada Memberi

Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima

Pinjam sekejap tagline blog saifulislam milik Ustaz Hasrizal untuk entry aku kali ini. Ini saja tajuk yang aku rasakan sesuai untuk entry ini. Kau orang faham maksud “Erti hidup pada memberi”? Err, tak. Aku bukan nak terangkan atau bincang mengenai maksud kata-kata tu. Sekadar tanya je sebab aku rasa apa yang aku cuba untuk sampaikan dalam entry ni ada berkaitan dengan kata-kata tu.

(more…)

The Zestful IcedNyior
Wazy84
Ariff Shah