Tiba masa untuk ucapan selamat tinggal TM

TM - Merintis kemungkinanTahun 2010, blog aku menjadi panas dengan post “Staff TM tak reti buat kerja ke?“. Masalah waktu itu selesai.

Januari tahun lepas, tanpa sebarang perancangan, aku dapat tawaran kerja sebagai leasing staff di salah sebuah anak syarikat TM. Sebenarnya, masa aku apply, aku tak tahu kekosongan tu di anak syarikat TM. Bila dipanggil temuduga baru aku tahu. Dan aku terus dapat tawaran ketika temuduga tu juga.

Di anak syarikat TM, aku hanya terlibat dengan satu projek yang boleh aku katakan, sesuatu yang aku harapkan TM lakukan untuk mengatasi masalah yang aku ceritakan dalam post aku pada tahun 2010. Ada orang kata “padan muka”, ada orang kata karma sebab aku memaki hamun dan sekarang aku kena fix. Tapi pada aku, aku gembira dan teruja kerana aku terlibat dengan projek yang boleh membantu sebuah syarikat ISP milik rakyat Malaysia (baca: GLC) untuk meningkatkan taraf perkhidmatan pada pengguna (rakyat Malaysia). Dan dengan harapan, tidak ada lagi pengguna yang mengalami masalah seperti yang aku alami dulu.

Aku tak tahu kenapa aku dari dulu berharap TM akan terus meningkatkan mutu perkhidmatan sampai ke tahap hampir tiada aduan negatif berkenaan perkhidmatan TM. Mungkin juga sebab TM adalah syarikat dimana Abah aku berkhidmat selama lebih 18 tahun. Dan mungkin juga kerana MMU, Universiti milik TM yang menjadi satu-satunya U yang menawarkan aku untuk mengambil Diploma dan seterusnya Ijazah (walaupun tak habis). Mungkin juga, atau mungkin ada sebab lain.

Yang aku pasti, menerima tawaran untuk berkhidmat di TM adalah satu peluang keemasan bagi aku. Sekurang-kurangnya aku berpeluang untuk menabur bakti untuk pembangunan ICT negara secara tak lansung. Itu yang ada dalam fikiran aku. Dan sekurang-kurangnya aku nampak sinar gembira Abah sebab aku menjadi generasi kedua di TM walaupun sejak kecil Abah nak aku jadi usahawan.

Namun, setelah setahun 2 bulan berkhidmat di sini dengan kontrak pendek bersambung-sambung, aku rasakan aku perlukan kerja tetap. Apatah lagi aku sudah punya anak. Aku terpaksa tinggalkan projek yang masih banyak berbaki ini untuk masa depan keluarga.

Projek ini boleh berjaya mencapai matlamat untuk meningkatkan mutu perkhidmatan TM, insyaAllah. Namun, masih banyak yang boleh di perbaiki dalam pengurusan dan perjalanan projek ini. Andai aku diberi peluang untuk memberi pendapat apa yang aku nampak sepanjang setahun dua bulan ini, memang aku akan kongsikan, terutama pada Tan Sri Zam, CEO TM.

Terima kasih TM dan semua yang terlibat untuk peluang yang diberikan untuk aku berbakti. Semoga TM terus sukses. :-)

Terima kasih untuk farewell party yang super sedap dan kenyang ini.

Terima kasih untuk farewell party yang super sedap dan kenyang ini.

P/s : Teruja untuk bergelar “Allstar”.

Penafian!


  • Semua pendapat/pandangan yang tertulis di blogpost adalah pandangan peribadi pemilik blog melainkan jika diterangkan pendapat/pandangan tersebut datang dari pihak lain.
  • Semua pendapat/pandangan yang tertulis di komen adalah pendapat peribadi pemiliknya dan tiada kaitan dengan pemilik blog.
  • Segala apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan majikan atau clients pemilik blog.

Sponsor




Comments

  1. says

    TM memang mempunyai kekurangan. Tapi banyak yg telah diperbaiki jika dibandingkan dengan tahun2 yg lalu.

    p/s: i m not TM staff..hanya pengguna sejak dulu.

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge