Archive for the ‘Orange4k’ Category

Widget HTML Waktu Berbuka bagi Blogspot

Minggu lepas, aku dan isteri telah melancarkan plugin WordPress Waktu Berbuka sempena bulan Ramadhan yang baru bermula ini. Sejak dari pelancaran, banyak permintaan di terima untuk aku menjadikan plugin tersebut dalam bentuk HTML yang boleh di guna pakai di Blogspot dan web-web lain.

Setelah beberapa hari mencari-cari cara terbaik untuk menyediakan widget ini, akhirnya aku mengambil keputusan untuk membuat widget ini dalam bentuk iFrame. Bagi aku, ini bukan solution terbaik. Tapi solution tercepat untuk menyediakan widget ini.

(more…)

Blogger, tolong hormat blog orang lain

Lama sangat aku tinggalkan blog ni tak berupdate. Kali terakhir pon postnya di update oleh penulis jemputan. Terlalu sibuk dengan urusan di dunia nyata. Dunia blog dan (kadang-kadang) twitter terpaksa di tinggalkan. Namun, atas beberapa sebab, aku cuba update malam ni.

Yang sebenarnya aku tidak tahan dengan perangai segelintir blogger yang boleh di katakan gila trafik.

Sebelum itu, pernahkah anda (yang sering datang bertandang ke blog ni) tertanya-tanya kenapa blog ni tak ada shoutbox?  Sebenarnya sejak blog ni beroperasi beberapa tahun lalu, aku mmg ada letak shoutbox. Aku gunakan shoutbox buatan anak Malaysia, Msjbox. Namun sejak penghujung 2008 atau awal 2009 (tak berapa ingat), aku buang shoutbox tersebut. Ramai pengunjung blog lebih cenderung untuk memberi komen mengenai perkara yang di bincangkan di dalam entry di shoutbox tersebut. Akibatnya, komen-komen tersebut tidak dapat di simpan dalam arkib blog ini. (more…)

Aku dan Orange 4 Kay

Sejak kebelakangan ni, banyak pula blog yang membincangkan soal kata ganti diri di blog. Ada yang kata pengunaan “aku” sebagai kata ganti nama di blog agak kasar. Dan ramai yang nampaknya memilih untuk beralih menggunakan “saya” yang lebih nampak sopan. Rasanya, aku akan tetap terus menggunakan kata ganti diri “aku” dalam blog ini. Aku ada alasan yang tersendiri.

Dari awal berblog beberapa tahun lepas, aku memang membahasakan diri aku dengan kata ganti diri “aku”. Tak pernah bertukar dan tak pernah terfikir untuk bertukar. Pada aku, secara peribadi, bila aku sudah rasa rapat dengan seseorang, aku akan gunakan kata ganti diri “aku” dan “kau”. Bila gunakkan kata ganti diri yang lain seperti “saya”, “awak”, “I” dan “you” serasa seperti ada jurang antara aku dengan orang tu. Kalau ada perbezaan umur dan pangkat (kakak, abang, pakcik, makcik dan sebagainya), memang aku terasa seperti ada jurang yang terbina dan aku akan bahasakan diri aku dengan “saya”.

(more…)

Berkenalan dengan pembaca blog. Mari!

Setiap orang ada citarasa tersendiri. Bagitu juga dalam memilih blog mana yang ingin di baca. Aku pasti, setiap orang ada blog yang mereka gemar baca setiap hari. Kadang-kadang ada yang sampai marah-marah kalau blog yang di gemari tidak di update dalam satu tempoh masa tertentu. Tahap ketagihan tegar tu. Parah sangat. Haha.

Setiap orang juga ada cara tersendiri untuk memastikan mereka akan sentiasa mendapat alert jika blog yang mereka gemar telah update. Ada yang menggunakan Google Reader, RSS reader di telefon bimbit, RSS email alert, follow blog tersebut di NetworkedBlogs (facebook app), senaraikan RSS reader di satu page blogspot khas (contohnya seperti http://thelinkies.blogspot.com/) dan macam-macam lagi.

Pembaca blog juga ada pelbagai jenis. Ada yang memilih untuk menjadi silent reader, ada yang baca blog untuk mencari point bergaduh dengan owner blog (aku tak paham manusia macam ni), ada stalker dan ada yg rajin meninggalkan komen.
(more…)

Sepanjang Jalan Kenangan 2009

Tiba-tiba tergerak nak buat satu lagi entry untuk penutup 2009. Walaupun sekarang dah melangkah masuk 2010, tapi tak salah untuk keluarkan entry begini. Lebih tepat segala angka-angka yang untuk statistik. Mari aku senaraikan semua statistik penting untuk blog ni. Statistik bermula 12 tengah malam, 1 Januari 2009 sehingga 11.59 malam, 31 Desember 2009. Aku bukanlah nak menunjuk-nunjuk sebab aku tau blog aku tak sepopular blog orang lain. Dan harus di ingat, aku banyak mengabaikan blog aku sejak penghujung tahun 2007 (aku mula bekerja) dan baru beberapa bulan lepas aku mula memberi perhatian pada blog aku ni. Aku senaraikan 15 teratas untuk setiap kategori. Statistik di ambil dari Google Analytics.

Referring Sites (Terima kasih)

1. Google (Organic) – 12,882 visits
2. (direct)/(none) – 2,025 visits
3. Yahoo (Organic) – 972 visits
4. nurulism.com518 visits
5. Search (Organic) – 262 visits
6. Twitter.com – 259 visits
7. Facebook.com - 233 visits
8. feedburner (feed) – 204 visits
9. images.google.com.my – 166 visits
10. nuruloveme.blogspot.com115 visits
11. iidiarikuii.blogspot.com106 visits
12. tranungkite.net – 90 visits
13. networkblogs.com – 76 visits
14. justkhai.com – 72 visits
15. nesya.shutterpix.net – 69 visits

Entry Paling Hangat!

1. Doa akhir tahun dan awal tahun hijrah6,647 views
2. Home3,444 views
3. Tips dari Dr. Fadzilah Kamsah1,117 views
4. Sajak Merdeka1,083 views
5. Tips dari Dr. Fadzilah Kamsah789 views (aku tak paham kenapa 2 kali entry ni)
6. MP3 Raya543 views
7. Kenapa Lelaki Suka Buah Dada538 views
8. Lebih besar buah dada lebih pandai413 views
9. Tazkirah Jumaat245 views
10. Jemputan Majlis Perkahwinan230 views
11. Sajak Merdeka223 views
12. Tazkirah Jumaat211 views
13. Cabaran Twitter Merdeka207 views
14. Selamat Hari Ibu (2)178 views
15. Entry Rojak #7164 views

Keyword hangat!

1. doa akhir tahun – 1,710 carian
2. doa awal dan akhir tahun – 1,047 carian
3. dr. fadzilah kamsah – 682 carian
4. doa awal tahun hijrah – 571 carian
5. sajak merdeka – 530 carian
6. fadzilah kamsah – 400 carian
7. tazkirah jumaat – 363 carian
8. doa akhir tahun dan awal tahun – 298 carian
9. koleksi sajak kemerdekaan – 296 carian
10. johari window – 273 carian
11. doa akhir dan awal tahun – 178 carian
12. doa awal tahun dan akhir tahun – 129 carian
13. doa awal tahun – 123 carian
14. doa akhir tahun hijrah – 117 carian
15. nurulism – 115 carian

Sempena tahun baru, aku dah onkan plugin commentluv untuk pengunjung blog ni. Kau orang dah biasakan dengan plugin tu? Hehe. Aku juga tengah kumpulkan balik link kawan-kawan blogger yang ada sebab database wordpress aku rosak beberapa bulan lepas. Yang mana nak buat link exchange, bolehlah isi borang atau tegur aku di twitter. Yang nak mintak link exchange tu, pastikan kau orang dah link kat aku dulu tau!

P/s : Aku terfikir nak buat pengiklanan terus dekat blog ni. Layak ke ek? Hehe. Nanti nak buat percubaan la. ;-)

Jemputan Majlis Perkahwinan

Kad kawen (depan)

Alhamdulillah. Dah lama aku nantikan saat ni. Aku dah tunda untuk buat entry ni beberapa hari dan akhirnya semua dah check list dah lengkap untuk aku publish entry ni.

InsyaAllah, cukup-cukup sebulan dari sekarang aku akan diijab kabulkan. Ramai yang bertanya-tanya. Mungkin agak terlambat aku umumkan tarikh. Maafkan aku. Banyak benda yang terpaksa aku uruskan terlebih dahulu sebelum aku umumkan tarikh. Kad jemputan pun baru siap ahad lepas. Itu pun lepas seminggu aku bambu budak-budak kedai kad ni. Habis pahala puasa aku.

P1010796

Korang boleh tolong aku tak? Tolong sikit je. Tolong berikan alamat korang kat sini. InsyaAllah, akan aku poskan kad jemputan sejurus selepas aku dapat alamat korang.

Oh ya, aku belum umumkan tarikh Majlis Resepsi di sebelah aku. Ini detailnya.

Tempat : Kampung halaman aku di Segamat, Johor
Tarikh : 25 Okt 2009
Hari : Ahad

Memang dah tak berapa lama. Jadi aku harap sangat korang boleh tolong bagi alamat korang secepat mungkin. Okay?

P/s : Bagi yang tak nampak link untuk bg alamat, korang boleh pegi ke http://khairul.mywalimah.com . Sila jangan tinggalkan alamat anda di bahagian komen.

P/p/s : Mesti teruk aku kene kutuk pasal kaler kad ni. Eh, tp jangan main-main, kad ni cuma ada kat kedai kad kawen tu cuma sejam je dah ada orang tempah kaler yg sama (sebelum ni takde orang tempah kad kaler oren kat kedai tu). Warna yang aku sendiri cari dan pilih. Hehe.

Wazy84
The Zestful IcedNyior
Ariff Shah