Archive for the ‘Tazkirah & Motivasi’ Category

Penting Sangat Ke “A” Dalam Keputusan Peperiksaan?

Semalam, Khamis – 11 Mac 2010, keputusan SPM 2009 telah diumumkan. Tahniah diucapkan pada yang berjaya mendapat keputusan cemerlang. Yang kurang cemerlang, jangan bersedih. Gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya. Gagal peperiksaan tidak bermakna anda gagal dalam hidup. Jadikan kegagalan sebagai pemangkin kejayaan. Bak kata @tekong, “SPM tu duniawi je”.

(more…)

Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun Hijrah

Jumaat ini, kita akan melangkah ke tahun baharu hijrah. Aku kongsikan Doa Akhir tahun dan Doa Awal Tahun Hijrah untuk di baca petang esok (Khamis, 17 Dec 2009). Semoga semua amalan kita di terima dan semua dosa di ampunkan oleh-Nya. Dan semoga kita menjadi insan lebih mulia, lebih bertakwa dan berhijah menjadi lebih baik dari sebelum ini. Amin…

Doa Akhir Tahun. Dibaca 3 kali pada penghujung waktu Asar, sebelum masuk waktu Maghrib.
doa-akhir-tahun

Doa Awal Tahun. Dibaca sebanyak 3 kali selepas solat Maghrib.
doa-awal-tahun

Sumber : Mutiara Hikmah

Impian

Beberapa hari lepas bos aku mengadakan satu slot motivasi di pejabat. Sesi motivasi yang berkisar tentang topik “Dream” atau Impian. Aku tak pernah menulis tentang Impian aku di blog. Kenapa tidak aku tulis sekarang, ya tak?

Satu ketika dulu, aku sangat banyak impian. Tapi impian hanya tinggal impian kalau kita tak mengambil langkah untuk mencapai impian kita. Betul tak? Impian aku yang banyak tu bukan dari satu aliran atau bidang. Sebab tu impian-impian aku kebanyakkannya hanya tinggal impian. Kadang-kadang keadaan yang menghalang impian aku. Apa yang aku pernah impikan ya? Erm..

  1. Berlakon teater di Istana Budaya.
  2. Berkahwin pada umur 22 tahun!
  3. Mempunyai Software House sendiri.
  4. Membeli rumah yang selesa (atas tanah, tak nak sarang burung merpati!)

Banyak yang aku dah lupa. Haha. Tinggal 4 je yang aku ingat.

Impian aku yang pertama tu memang aku nak sangat-sangat untuk capai. Tapi aku rasa dah sampai masa untuk aku lupakan. Aku dah pon dalam industri IT dan dah lama tinggalkan teater. Tapi kalau satu hari nanti ada peluang yang datang, kalau kene dengan masa dan keadaan, kenapa tidak aku terima saja kan? ;)

Haa.. Impian aku yang kedua dah terang-terang tak tercapai. Mesti ramai tertanya-tanya kenapa aku nak kahwin pada umur yang agak muda. Erm. Aku tak nak sentuh tentang tu dalam entry ni. Lain kali mungkin. Tapi apa pun, tak lama lagi aku akan menamatkan zaman bujang aku. Moga dipermudahkan semuanya. Amin…

Aku tak ingat sejak bila timbul impian aku yang ketiga ni. Aku dari kecil tak minat bidang perniagaan. Tapi dari kecil lagi aku dah di heret dan di suruh membantu abah aku untuk menguruskan perniagaan. Aku tak ingat dah berapa banyak perniagaan yang abah aku buat. Banyak aku belajar tentang selok belok perniagaan sampaikan kadang-kadang aku boleh berfikir seperti seorang businessman walaupun hakikatnya aku tak minat berniaga. Sekarang sudah timbul minat untuk berniaga. Lagipun sampai bila aku nak bekerja untuk orangkan? Dan sekarang ini aku dan seorang kawan aku sedang mengusahakan untuk menjadikan impian ni satu kenyataan. InsyaAllah. Doakan la ya!

Impian ke empat ni aku benar-benar rasa nak realisasikan secepat mungkin. Tapi keadaan kewangan aku belum mengizinkan lagi. Ramai juga kawan-kawan aku menghentam aku kerana aku “memilih” sangat tentang rumah. Tak mahu tinggal di rumah tinggi-tinggi. Sebenarnya aku tak suka tinggi. Ya, aku malas nak turun naik. Aku paling benci dengan situasi lif rosak. Dan bagi aku lebih banyak masalah tinggal di rumah tinggi-tinggi ni.

Apa pula impian kau-orang? Aku teringin nak tau impian Mael, Yonna, anot, lyana, ynaa dan diane. So, anggap ni macam taglah. Listkan impian kau-orang dan nyatakan kenapa. Boleh? Tak boleh pon bolehkan saja! :p

Adakah Kau Ketagih Terhadap Stress?

Semalam aku berjalan-jalan di Pavilion. Sudah menjadi kebiasaan pada aku bila berjalan-jalan di shopping mall, aku pasti singgah di mana-mana kedai buku. Di kedai buku semalam, aku terjumpa sebuah buku yang mengandungi perkataan “Addicted to stress“. Aku tertarik. Namun aku tak sempat untuk membaca lebih lanjut.

Pagi tadi aku cuba mencari di google. Aku terjumpa satu artikel yang sangat menarik bertajuk “Are you addicted to stress?“. Tajuk sahaja sudah membuatkan kita tertanya-tanya bukan?

Didalam artikel ini tertulis bahawa Rob Sands, seorang Pakar Psikologi Klinikal dan penulis bersama “Counselling and Coping (Oxford University Press 2002)” berkata, “Being under stess means being in a highly charged state, both physiologically as well as emotionally. This state can be highly exciting and it becomes a feeling that people crave.

Sands juga berkata “being on a stress high can help a stress junkie forget about other problems such as low self-esteem or depression. Some people literally feel that living in a continual state of stress is the only way to not fall apart. So, in a way, the stress is used to avoid confronting other sorts of feelings.

Kebanyakkan kita juga mula belajar menjadi seorang yang ketagih terhadap stress sejak kecil lagi. Jika idola anda seorang yang sudah terbiasa dalam keadaan stress, anda akan rasa stress adalah sesuatu yang normal. Malangnya, tubuh badan manusia tidak mampu menanggung begitu banyak rembesan adrenaline dalam sehari. Berada di dalam keadaan terlalu stress dalam tempoh yang berlarutan boleh memudaratkan kesihatan fizikal dan mental.

Sistem imunisasi yang lemah, tekanan darah tinggi, radang usus dan kegagalan fungsi jantung adalah antara penyakit yang boleh menyerang mereka yang mengalami stress yang teruk dalam satu tempoh yang berlarutan. Mereka ini juga boleh terganggu dari segi psikologi, mudah marah dan menjadi murung. Sands juga percaya mereka ini akan berhadapan dengan masalah perhubungan.

Stress addicts often feel that secretly they are a failure and a fraud, and that it’s only a matter of time before they are exposed. This can cause them to be on their guard, which can lead to relationship problems.

Adakah kau ketagih terhadap stress?

Cuba jawab beberapa soalan dibawah dan lihat sama ada kau adalah seorang yang ketagih terhadap stress atau tidak.

  • When you consider taking a three-day weekend, do you dread the idea or worry that you can’t take so much time off from work?
  • Do you often create unnecessary challenges for yourself, like promising to do 10 things in one day?>
  • Do you believe that you work better under pressure and that the more pressure you are under, the better?
  • Do you feel better about yourself when you are very busy?
  • After completing a difficult task, do you feel physically high?
  • Do you leave things until the last minute and find it difficult to motivate yourself unless the pressure’s on?

Jika jawapan kau adalah”ya” untuk kebanyakkan soalan diatas, kau perlu mengkaji semula gaya hidup kau. (Ya, aku juga perlu mengkaji semula gaya hidup aku. Duh!).

Bagaimana untuk kau dan aku menjadi seorang yang tidak ketagih terhadap stress?

Langkah pertama adalah menjadi seorang yang peka dan berlaku jujur terhadap diri sendiri. Tanya diri anda sama ada anda mendapat tidur yang cukup, pemakanan yang teratur dan mempunyai masa untuk bersendirian dan menenangkan fikiran yang mencukupi. Jika tidak, beberapa perkara yang perlu kau dan aku ubah :

  1. Melatih diri untuk mengatakan “tidak”.
    Kurangkan perkara didalam “to do list“. Beri keutamaan kepada benda yang penting dan ketepikan dahulu perkara yang tidak terlalu kritikal.
  2. Belajar untuk merehatkan fizikal.
    Perhatikan corak pernafasan anda dan kenal pasti bahagian badan anda yang mengalami tekanan. Amalkan senaman seperti yoga dan meditasi.
  3. Kurangkan jumlah toksin yang diambil.
    Alkohol (haram!), kopi dan rokok mungkin dapat mengurangkan stress untuk sementara waktu, tetapi untuk jangka masa panjang, ia akan menambah stress kau!
  4. Bersenam! (erk?!)
    Aktiviti fizikal boleh membantu kau relaks dan mendapat tidur yang lena.
  5. Menenangkan fikiran.
    Luangkan masa sekurang-kurangnya 10 minit sehari untuk menenangkan fikiran.
  6. Mencari teman untuk berbicara.
    Cari seorang teman berbicara untuk bercerita dan mendalami gaya hidup kau disamping mencari gaya hidup yang lebih sihat.

Tazkirah Jumaat #2

Buat santapan rohani kita semua.

6 perkara Allah sembunyikan
Allah SWT sel esai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan
Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara
timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

“Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.”

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. “Tidak”

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud.
“Wahai Jibrail, ka! mu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.’ Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.”

Kemudian Jibrail as berkata: “Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?”

Lalu Allah berfirman yang bermak! sud. “Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma’waa sebagai tempat tinggal…”

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma’waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh men empuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbangla malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

“Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? ”

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. “Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap
imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan…. .”

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan… Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iai tu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam.

Tazkirah Jumaat

Tazkirah 1.

Di riwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat. Kemudian datang pemuda Arab masuk kedalam masjid dengan menangis. Apabila Rasulullah S.A.W melihat pemuda itu menangis, maka baginda pun berkata, “Wahai orang muda, kenapa kamu menangis?”

Maka berkata orang muda itu, “Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya. ” Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.a. mendapati ayah orang muda itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam. Maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, “Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam.”

Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi kerumah orang muda itu dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T. Kemudian mayat itu pun tukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut. Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam. Maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, “Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia didunia dulu?”

Berkata orang muda itu, “Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat.” Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, “Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Dihari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam.”

Tazkirah 2.

Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya, tiba2 kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu, mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu. Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, “Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat.”

Lalu para sahabat bertanya, “Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?” Berkata ular, “Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya;
1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang
2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama. Maka inilah balasannya”.

Wazy84
The Zestful IcedNyior
Ariff Shah