Kejayaan tidak datang pada percubaan pertama

Charles FormanSiapa dia yang tersenyum sampai ke telinga dalam gambar diatas? Apa yang membuatkan dia boleh tersenyum sebegitu rupa? Dan apa maksud perkataan yang ada dalam gambar tersebut?

Lelaki di dalam gambar ini dikatakan bernama Charles Forman (tapi aku search muka dia macam lain sikit; tak tau sengih dia tu ke yang buat nampak lain). Pada bulan Feb 2012, Charles dikatakan telah merancang untuk menutup perniagaan beliau kerana kehabisan duit. Tetapi pada bulan Mac 2012, syarikat beliau telah dibeli dengan harga US$ 180 juta. Sebab itu dia boleh tersenyum sampai ke telinga. Bagaimana ceritanya?

Charles telah mencuba untuk membuat applikasi permainan iPhone selama 6 tahun. Sepanjang 6 tahun tersebut, dia telah membuat percubaan sebanyak 35 kali sehingga akhirnya permainan iPhone keluaran terbaru syarikatnya menjadi hit selepas di lepaskan pada Feb 2012. Sejak di lancarkan pada 6 Feb 2012, permainan tersebut telah di muat turun sebanyak 35 juta kali bagi tempoh hanya kira-kira sebulan! Permainan tersebut adalah “Draw Something” dan syarikat Charles bernama “OMGPOP“. Biasa dengar kan? hehe.

Setelah 35 kali percubaan yang gagal, akhirnya Charles berjaya. Bagaimana kalau Charles mengaku kalah lebih awal? Mungkin pada percubaan ke 34? Betul kata pepatah – Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tak siapa yang tahu. Dan ini bukan cerita kejayaan pertama setelah banyak kegagalan. Thomas Edison juga dikatakan telah gagal lebih 1000 kali sebelum beliau berjaya mencipta bulb mentol!

Aku juga sedang berperang dengan emosi. Gagal mendapatkan apa yang di sasarkan dalam masa yang aku sendiri tetapkan. Mungkin kerana sasaran aku ada dua dan aku tidak fokus. Keadaan aku masih tidak mengizinkan untuk aku fokus pada satu. Mungkin aku akan ambil sahaja risiko yang besar untuk fokus pada satu sasaran. Risiko besar, impak besar. Tetapi bukan kah kegagalan sebenar adalah apabila kita gagal untuk mencuba? Dan aku masih menjadi motivasi untuk mengambil risiko besar itu.

Jadi diri sendiri atau orang yang kita kagumi?

Mark Zuckerberg

Selepas tonton filem The Social Network, aku dapat motivasi dari jalan ceritanya. Aku jadi ketagih untuk menonton lagi dan lagi terutama ketika semangat menjunam. Memang boleh boost sedikit semangat aku. Dan aku dah terlepas kira berapa banyak kali aku menonton filem ni sehingga aku mampu untuk hanya mendengar sahaja (sambil mata fokus pada kerja) dan aku boleh banyangkan scene tersebut. Ya, sampai macam tu sekali.

Pernah aku katakan pada isteri aku “I want to be the next Zuckerberg“. Dan aku tidak menjangka isteri aku akan berkata “Kenapa nak jadi Mark Zuckerberg? Jadilah diri sendiri supaya lepas tu orang lain akan kata – I want to be the next Khairul“. Ada benar juga kata-kata isteri aku tu bila di fikir-fikirkan balik.

Apa pulak kata anda?

 

 

Penafian!


  • Semua pendapat/pandangan yang tertulis di blogpost adalah pandangan peribadi pemilik blog melainkan jika diterangkan pendapat/pandangan tersebut datang dari pihak lain.
  • Semua pendapat/pandangan yang tertulis di komen adalah pendapat peribadi pemiliknya dan tiada kaitan dengan pemilik blog.
  • Segala apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan majikan atau clients pemilik blog.

Sponsor




Comments

  1. says

    Motivation is what makes you start
    Habit is what keeps you going

    Nak dapat motivation susah. Nak bagi jadi habit pon susah. Make a decision, and then commit. Bagi full commitment. Set target dan jangan give up sebelum dapat target. Maybe delay sikit tapi ok lagi la dari tak dapat langsung.
    Post terkini dari OrangAkaun ..The Ninja Cat Who Can Open The Freezer

    [Reply]

    Mr Kay Em Why Reply:

    ada betulnya kata2 bro tu. Thanks bro! Akan set target dan kuatkan semangat untuk capai target. ;-)

    [Reply]

    livonia19 Reply:

    Manusia jd pandai krana blajar.. tp manusia jd kaya kerana nasib..Tdk ada ilmu d dunia ni yg mnjamin kan manusia tu blh jd kaya. Blajar dulu ilmu rezeki yg tuhan turunkan tu, nanti baru anda akn tahu, apa yg mnyebabkan seseorg tu jd kaya…dlm qraan tuhan dah bgtau ‘REZEKI TU HAK AKU,AKU BERIKAN PD SIAPA YG AKU INGINKAN’ Fahamkan betul2 ayat tu..”reziki tu hak dia; Bila blajar ilmunye nanti baru awk akn tahu segala2nye.. stakat blajar ilmu kafir tu,xpayah la nak berangan gerrenti kaya..hanya nasib je yg mnungu..hanye dgn ilmu yg tuhan sediakan shj seseorg tu blh d jamin gerrenti kekayaannye..Hanye ada 3 org shj dlm m’sia ni yg tahu tentang ilmu rezeki ni.yg lain2 tu smuanye tmberang je..
    smuanye hnya pandai brcakap je.kluar hadis la..ayat2 qraan la..tp bila suruh buktikan,,dia bg mcm2 alasan.

    [Reply]

  2. says

    setuju gk ngn kata2 wife kay…kita xperlukan mark lgi..tp org baru yg boleh bersaing dgn mark =)

    err..x berkesempatan pun nk tgk filem tu
    Post terkini dari chii ..Mengkritik

    [Reply]

    Mr Kay Em Why Reply:

    betul jugak tu. mula dari sekarang, nak cuba jadi pesaing mark :D

    [Reply]

  3. says

    Btol tu..
    yang penting jangan berputus asa..
    sama seperti internet marketing jugak..
    bukan 1-2 minggu jer dah boleh dapat untung..
    sampai 2-3 bulan kekadang baru ada nampak membuahkan hasil.

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge