Archive for the ‘kerja’ Category

Keyword (Search Engine)

Search Engine sudah menjadi satu medium untuk menaikkan trafik ke blog. Rakyat Malaysia pun semakin pandai menggunakan search engine. Tapi tak kurang juga yang menyalah gunakan search engine. Mencari sesuatu yang tak sepatutnya dan menggunakan search engine untuk menyiapkan kerja sekolah/assignment dengan teknik copy paste (Sila kurangkan/tinggalkan tabiat itu adik-adik).

Sebenarnya aku tergerak untuk wujudkan entry ni untuk menyenaraikan dan menjawab beberapa keyword yang pelik, lawak dan paling banyak digunakan untuk masuk ke blog ni. Aku mengambil data bagi tempoh 1 Jun 2008 sehingga 31 Oktober 2008. Google Analytics aku mencatatkan 1971 keyword telah digunakan untuk sampai ke blog ni. 51.88% pengunjung ke blog ini dibawa dari search engine bagi tempoh tersebut!

Nah! Aku pilih beberapa keyword “bertuah”.

  1. Sajak Merdeka (305 pengunjung) & Sajak kemerdekaan (128 pengunjung)
    Jika usaha kau untuk mencari dan menambah koleksi sajak kau untuk lebih menghayati kemerdekaan, aku berasa bangga. Tapi, jika usaha kau mencari untuk di plagiat, copy paste dan memudahkan kerja kau (kerja sekolah / pertandingan), niat kau sangat busuk! Sila hentikan perbuatan ini!
  2. Kes anwar
    Aku cuma ada satu saja entry berkaitan kes anwar (DSAI).
  3. Kad Hari Raya
    Kenapa kau cari kad hari raya? Kau tak dapat kad raya yang cukup tahun ni? Mungkin kau boleh mintak dengan chika tahun depan. Selamat berusaha!
  4. Kes Anuar
    Encik menggunakan ejaan yang salah ni.
  5. Orange4kay
    Aku tak pasti apa yang kau cuba cari sebenarnya. Mungkin kau terlupa url blog aku. Duh! Susah ke nak ingat url ni?
  6. Kapasitor
    Ada 2 kemungkinan untuk keyword ni. Sama ada kau mencari informasi berkenaan komponen elektronik yang menyimpan dan membuang caj atau kau mencari portal yang mengumpulkan novel dari penulis yang bakatnya masih terpendam.
  7. Tazkirah / Tazkirah Jumaat
    Alhamdulillah. Ada juga orang yang mencari ilmu sampai ke sini.
  8. (more…)

Entry Rojak #8

Ini adalah entry rojak versi Quick Update.

Stress
Aku masih dibelenggu stress kerja. Minggu ni saja dah beberapa hari aku balik kerja pukul 1-2pagi. Masih banyak yang belum siap. Jangkaan untuk roll-out projek hujung minggu ni dengar kata dah ditunda. Aih. Letihlah bulan puasa kena kerja sampai lewat pagi. Macam mana dengan terawih? Entahlah. Macam-macam benda menyakitkan hati yang jadi. Kalau aku geram sangat nanti, aku mengadu domba di sini.

Salam Merdeka
Memandangkan ini mungkin entry terakhir aku bulan ni, aku ingin ucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan kepada semua rakyat Malaysia. Jangan sambut Merdeka dengan laungan dan kibaran bendera semata-mata. Renungkan keperitan orang terdahulu memperjuangkan kemerdekaan dan kita sebagai generasi penyambung teruskan untuk mengekalkan kemerdekaan.

Sejak kebelakangan ni, hits blog aku melambung-lambung. Ramai datang mencari sajak kemerdekaan. Aku terfikir untuk ke publish semula sajak 2 tahun lepas dalam entry baru. Tapi tak ada masa. Kau-orang pergi la cari sendiri dalam fail arkib tu. Tapi ini amaran aku, jangan sewenang-wenangnya menggunakan sajak tu dalam apa jua keadaan, terutama dalam pertandingan menulis sajak. Mungkin amaran ini sedikit terlewat. Tapi kau-orang faham-faham sendirilah. Minta kebenaran aku dulu dan aku akan beritahu tuan empunya sajak itu nanti. Jangan lupa linkkan ke blog aku jika kau letak sajak itu di blog kau.

Cinta pejabat
Dalam sibuk-sibuk, aku terfikir sesuatu. Bagaimana keadaannya kalau bercinta dengan rakan sepejabat? Susahkah? Haha. Aku tak ada jawapannya sebab aku tak pernah lalui. Tapi kalau nak dipanjangkan persoalan ini, bagaimana pula kalau si dara di naikkan pangkat? Adakah akan semakin menyenangkan atau semakin merunsingkan semua pihak? Haha. Sekali lagi aku tidak punya jawapan. Kita tambah komplikasi dalam permasalahan ini. Bagaimana kalau si teruna di letakkan dibawah projek dan pengawasan si Dara? Bagaimana ye? Err.. kenapa mesti aku terfikir semua ini? Hahaha. Sah! Aku sudah weng dengan kerja!

Kerja Sampai Mati?

Worker Dead at Desk For Five Days

Keratan akhbar ni aku dapat dari seorang kawan aku melalui e-mail. Masa mula-mula aku baca, aku tak tau nak terkejut atau tak. Mungkin ada la sedikit terkejut. Tapi aku terasa lebih kesian pada si mati. Seorang pekerja yang sangat rajin dan workaholic, tapi tak ada rakan sekerja mahu pun superior yang sedar bahawa pekerja ni dah tak bernyawa. Err, tidakkah itu kejam? Seorang pekerja yang rajin, pasti sentiasa menjana keuntungan pada syarikat dan poket bos, tapi tidak dapat perhatian tentang kondisi-nya oleh pihak yang sepatutnya. Sungguh tidak adil.

Selain moral of the story yang tertulis dalam keratan (Don`t work too hard. Nobody notices anyway.), apa lagi pengajaran yang dapat diambil dari kisah benar ni? Mari aku senaraikan mengikut pendapat aku.

-Tak perlu susah-susah kerja? Err.. itu alasan orang malas. Lain-lah kalau kau seorang peniaga atau Pro-blogger.
-Jadi seorang yang happy-go-lucky dan sentiasa menceriakan suasana pejabat. Jika kau tiba-tiba senyap, pasti terasa janggal dan orang akan sedar “kehilangan” kau.
-Bekerja berpada-pada. Dapatkan rehat yang cukup. Tahukah kau bahawa mereka yang bekerja lebih dari waktu yang sepatutnya (kalau tak silap aku 8 jam sehari) merupakan seorang yang tidak produktif dan kerja-kerja yang dibuat biasanya tak berkualiti?  (Err, tolong jangan sama-kan dengan kes aku. Aku diarahkan bekerja lewat. Bolehkah aku membantah?)

Aku sudah kehilangan idea. Kau ada? Jom kongsi!

P/s: Aku MUNGKIN akan update kisah percutian di Krabi. Aku cuba cari masa untuk update. Tapi aku tak janjilah. Haha.

Stress

StressBulan ni adalah bulan stress aku. Kawan -kawan aku juga ramai yang stress. Ell cakap bulan ni baru berapa hari, takkan dah stress. Tapi itulah hakikatnya.

Beberapa hari lepas aku diberitahu yang aku tidak dibenarkan membuat apa-apa perancangan untuk malam merdeka dan hari merdeka. System Architect kata ada parti di client site. Ketua Projek aku pula kata ada parti buih. Tak logiklah bukan parti buih di HQ sebuah bank terkemuka di Malaysia. Haha. Aku sedikit kecewa kerana aku baru nak buat perancangan untuk hari tersebut. Esoknya baru aku diberitahu bahawa 29 Ogos sehingga 1 September aku kena kerja. Ya, kerja. Proses pemindahan projek dari server development ke server live (internet) akan dilakukan pada tempoh tersebut.

Sebelum tu aku memang tahu UAT dijadualkan pada 11 Ogos sehingga 22 Ogos. Bermakna projek mesti disiapkan sebelum 11 Ogos dan tidak ada kerja-kerja development boleh dilakukan semasa UAT. Masih banyak yang belum siap sebenarnya. Ada bahagian yang baru dapat pengesahan dari client untuk development. Serangga (bug) juga masih banyak bersarang. Aku dan seorang lagi developer akan bercuti dari 3 Ogos hingga 6 Ogos.

Hah! Cuti disaat-saat akhir. Kami akan ke Krabi, Thailand untuk percutian yang ditaja oleh Syarikat. Syarikat dah buat perancangan dan beli tiket sejak bulan Mei. Jadi, tidak ada pilihan lain selain meneruskan saja percutian tersebut. Tapi balik saja dari bercuti, kami mungkin kena kerja pada hari minggu dan tidak mustahil sehingga lewat malam. Ergh!~

Dalam tempoh kesibukkan aku ni, mungkin blog ni akan terbiar bersawang. Tapi aku akan cuba sedaya upaya aku untuk update. Aku cuba ok?

Wazy84
Special
Sembang Komputer
The Zestful IcedNyior
GambarHehe
Ariff Shah