Keyword (Search Engine)

Search Engine sudah menjadi satu medium untuk menaikkan trafik ke blog. Rakyat Malaysia pun semakin pandai menggunakan search engine. Tapi tak kurang juga yang menyalah gunakan search engine. Mencari sesuatu yang tak sepatutnya dan menggunakan search engine untuk menyiapkan kerja sekolah/assignment dengan teknik copy paste (Sila kurangkan/tinggalkan tabiat itu adik-adik).

Sebenarnya aku tergerak untuk wujudkan entry ni untuk menyenaraikan dan menjawab beberapa keyword yang pelik, lawak dan paling banyak digunakan untuk masuk ke blog ni. Aku mengambil data bagi tempoh 1 Jun 2008 sehingga 31 Oktober 2008. Google Analytics aku mencatatkan 1971 keyword telah digunakan untuk sampai ke blog ni. 51.88% pengunjung ke blog ini dibawa dari search engine bagi tempoh tersebut!

Nah! Aku pilih beberapa keyword “bertuah”.

  1. Sajak Merdeka (305 pengunjung) & Sajak kemerdekaan (128 pengunjung)
    Jika usaha kau untuk mencari dan menambah koleksi sajak kau untuk lebih menghayati kemerdekaan, aku berasa bangga. Tapi, jika usaha kau mencari untuk di plagiat, copy paste dan memudahkan kerja kau (kerja sekolah / pertandingan), niat kau sangat busuk! Sila hentikan perbuatan ini!
  2. Kes anwar
    Aku cuma ada satu saja entry berkaitan kes anwar (DSAI).
  3. Kad Hari Raya
    Kenapa kau cari kad hari raya? Kau tak dapat kad raya yang cukup tahun ni? Mungkin kau boleh mintak dengan chika tahun depan. Selamat berusaha!
  4. Kes Anuar
    Encik menggunakan ejaan yang salah ni.
  5. Orange4kay
    Aku tak pasti apa yang kau cuba cari sebenarnya. Mungkin kau terlupa url blog aku. Duh! Susah ke nak ingat url ni?
  6. Kapasitor
    Ada 2 kemungkinan untuk keyword ni. Sama ada kau mencari informasi berkenaan komponen elektronik yang menyimpan dan membuang caj atau kau mencari portal yang mengumpulkan novel dari penulis yang bakatnya masih terpendam.
  7. Tazkirah / Tazkirah Jumaat
    Alhamdulillah. Ada juga orang yang mencari ilmu sampai ke sini.
  8. Cinta pandang pertama
    Aku percaya! Kau percaya tak? Mungkin kau tak percaya tapi kau telah terkena cinta pandang pertama. Sebab tu kau tanya Pak Cik Google kan?
  9. www.orange4k.com
    Adik-adik, ini cara penggunaan search engine yang salah. Jika kau tahu url, taipkan terus di ruangan address di bahagian atas browser kau. Faham?
  10. Perasaan lelaki
    Keyword ni menimbulkan kemusykilan. Apa yang kau cari sebenarnya? Kau nak tahu perasaan lelaki tentang apa? Apa kata kau isi borang Hubungi Kay. Mungkin aku boleh buat entry khas untuk jawab soalan kau.
  11. Ayam
    Kau cari ayam di search engine? Mana kau belajar? Sila cari di pasar. Terima kasih.
  12. Gaduh dalam LRT
    Aku belum pernah menjadi saksi kejadian sebegini. Kalau ada nanti aku entrykan.
  13. Bayar hutang
    Jangan berhutang dengan ah long untuk bayar hutang!
  14. Masalah teknologi
    Aku dah cakap. Jangan ambil jalan mudah untuk siapkan kerja sekolah! Budak-budak zaman sekarang makin malas berfikir. Duh!
  15. Pecah kepala
    Err, kau nak pecahkan kepala siapa ni? Lebih baik kau pergi pecah kelapa di Batu Cave sana.
  16. Aku bukan lilin
    Ya, aku bukan lilin. Aku manusia.
  17. Anggota badan manusia
    Sedikit ragu-ragu aku dengan apa yang kau cari. Aku berfikiran positif. Mungkin kau sedang siapkan kerja sekolah subjek biologi. Jangan copy paste!
  18. Hack ptptn
    Haha! Kau nak delete data pinjaman kau ke? Kau doa sahaja kakitangan PTPTN yang pemalas tu terdelete data pinjaman kau. (Aku masih berharap data pinjaman aku antara data peminjan yang hilang beberapa tahun lepas. Duh! Kenapa data aku masih ada?)
  19. Keje di TPM
    Technology Park Malaysia? Aku pernah bekerja di sana selama 2 minggu.
  20. Kisah dalam kelambu
    Satu contoh penyalahgunaan search engine. Cuba cari sesuatu yang lebih ilmiah sikit.
  21. Mayat wanita mati kena bunuh
    Err, maaf. Tak ada orang mati kena bunuh disini.
  22. Pembunuh bersiri
    Duh! Apa yang kau cuba cari? Seram aku dibuatnya.
  23. Rompakkan meru
    Apsal banyak sangat keyword berunsur jenayah ni?
  24. Seks ganjil
    Maaf, anda sampai di tempat yang salah.
  25. Sham Kamikaze gay
    Hah? Ye ke? Aku tak tau. Tapi kalau betul pun apa kaitan dengan kau?
  26. “http://*: *@”cimbclicks password
    Apa yang kau cuba cari sebenarnya? Cuba hack cimbclicks? Haha. Kau memang pandai buat lawak!
  27. Akad nikah melalui emel
    Orang sekarang makin malas kah? Akad nikah pun nak guna emel? Duh!
  28. Aku nak keje
    Ini bukan cara yang betul untuk cari kerja. Sila gunakan keyword “vacancy”, “career” atau nama jawatan yang kau inginkan. Lebih mudah kalau kau gunakan khidmat Jobstreet.com dan beberapa forum yang wujud di Malaysia ni.
  29. Aku nak tgk blue
    Tak ada blue disini.
  30. Allah tidak akan turunkan kan ujian jika mampu
    Salah tu. Allah tidak akan turunkan ujian jika kau tidak mampu menanggungnya.
  31. anggota badan seks manusia
    Aku harap kau sedang siapkan kerja sekolah Sains/Biologi.
  32. answer assignment programming with c+random
    Ini punca budak IT tak tahu buat programming. Belajar sendiri! Bukannya susah. Jangan bikin malu budak IT!!
  33. apa itu diane 35
    Aku tak tahu. Kalau kau dah dapat jawapan, bagitahu aku.
  34. apa yang best tentang krabi
    Krabi tak best! Setakat pantai dan pulau-pulau. Malaysia pun banyak kawasan macam Krabi. Officemate aku kata Redang lebih best dari Krabi.
  35. arrghh
    Kau sedang tertekan?
  36. artikal kegagalan pelajar
    Kau juga akan gagal kalau niat kau untuk copy paste!
  37. aslah anuar, aslah*mmu
    Aslah, ni cubaan kau mencari nama sendiri di google ke? Atau ada stalker yang admire pada kau?
  38. awas dengan orang ini
    Siapa?
  39. bangsawan “tun perak” serina
    Serina Chef Wan berlakin Bangsawan Tun Perak sebagai Tun Teja untuk pementasan di Melaka pada Desember 2006.
  40. berapa kena bayar balik ptptn
    Periksa semula surat perjanjian PTPTN kau.
  41. berblog cool atau tidak?
    Tentu sekali cool! Itu pun jika kau tak menyalahgunakan blog. Lebih cool bila kau boleh jana pendapatan dengan blog!
  42. betul ke,tema hari kebangsaan perpaduan teras kejayaan
    Betul.
  43. bila nak dapat duit ptptn, bila ptptn masuk duit?, bila ptptn masuk
    Aku tak tahu. Tanya PTPTN.
  44. blog kehidupan bermadu
    Aku belum berkahwin, apatah lagi bermadu. Duh!
  45. blogspot klcc
    KLCC pakai blogspot? Kesian! Boleh aku hantar kertas kerja untuk bangunkan blog KLCC guna WordPress. Harga boleh runding. Haha!
  46. blue film
    Maaf, destinasi anda tersasar!
  47. boston sejuk gile
    Aku tak tahu. Tak pernah sampai ke boston.
  48. budak sekolah buli
    Hentikan buli di sekolah!
  49. cabaran semasa bertunang
    Aku belum pernah bertunang. Cuba kau tanya Chika.
  50. cerita seks kanak 12 tahun perempuan
    Ya Allah. Betul-betul akhir zaman. Budak 12 tahun pun jadi? Aku harap keyword ni bukan digunakan oleh budak berumur 12 tahun juga.
  51. curi duit dari atm
    Kan lebih baik jika kau cara kerja dan rezeki yang halal?
  52. datin kesunyian
    Tiada datin kesunyian disini.
  53. enset oren
    Belikan aku satu sebagai hadiah hari lahir aku. Haha.
  54. gmail phishing script
    Jangan menyusahkan orang lain. Cari kerja yang halal.
  55. hive hosting kuching downtime, hive hosting sedang update, hivehosting sucks
    Hive Hosting memang sucks! Jangan jadi mangsa penipuan Albert dan Hive Hosting!
  56. incik sayam diane
    Err, kakak diane, apa ni? Aku musykil.
  57. kesan bunuh diri
    Mati.
  58. langkah mengelakkan pengguguran
    Jangan berzina!
  59. manusia dimakan oleh manusia
    Rasanya tak ada kisah kanibal di blog ni.
  60. nurul haizum wordpress, nurul haizum
    Chika, ada stalker cari kau! Ngeri!
  61. orang buta guna atm
    Tolonglah dia. Jangan pula kau curi duit dia.
  62. preempuan
    Kau menaip sambil menggigil? Typo tu dik.
  63. ptptn atau ptptipu?
    PTPTipu!
  64. ptptn code for mmu
    Aku tak ingat. Tanya Admission Unit MMU.
  65. rawatan rambut patah
    Rambut patah? Rambut gugur pernah la aku dengar.
  66. sebab pak lah nak turun harga petrol
    Sebab harga petrol dunia dah turun.
  67. seorang pekerja mati terkejut
    Serangan sakit jantung mungkin? Kau sergah dia ke?
  68. siapa makan cili dia terasa pedasnya
    Betul! Jadi siapa takut pedas, jangan makan cili.
  69. teknik buka kereta tanpa kunci
    Jangan curi kereta!
  70. tempat romantik kat kl
    Ada sesiapa tahu? Aku pun nak tau juga.
  71. bermadu bermaksud?
    Err, Poligami?

71 keyword yang larat aku senaraikan dari 1,971. Aku pelik. Kenapa banyak sangat keyword berunsur jenayah masuk ke sini? Aku tak ada sediakan apa-apa tips untuk melakukan jenayah. Aku tak mahu check-in ke Kem Tahanan Kemunting. Keyword berunsur lucah sangat banyak. Ini masalah kritikal negara kita. Patutkah aku klasifikasikan blog aku sebagai 21SG?

Chika pun senaraikan keyword ke blog dia. Pergilah bergelak ketawa disana pula.

Penafian!


  • Semua pendapat/pandangan yang tertulis di blogpost adalah pandangan peribadi pemilik blog melainkan jika diterangkan pendapat/pandangan tersebut datang dari pihak lain.
  • Semua pendapat/pandangan yang tertulis di komen adalah pendapat peribadi pemiliknya dan tiada kaitan dengan pemilik blog.
  • Segala apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan majikan atau clients pemilik blog.

Sponsor




Comments

  1. says

    adoii td baca keyword kat blog chika.
    ni blog bro pulak!

    hahahahakalau blog chika byk org google fahrin ahmad.
    ni pulak byk org google pasal bunuh diri wahahahah.
    seramm :p

    padahal blog ni sgt comel dengan ke-orenannya

    [Reply]

  2. ast3 says

    gaduh dlm lrt tu aku tau satu..
    tp gaduh dlm telepon je la.. har har har..
    tp mmg klaka kan..dlm banyak2 die tulis..sampai ke blog korang gak.. er.. k ngan chika la.. hoho

    [Reply]

  3. Mr. Kay Em Why says

    hahaha.. itulah.

    tp sebenarnye byk keyword berunsur blue.. tp malas nak listkan byk2 yg unsur blue tu.. masalah moral tol budak2 zaman skang.. ade ke carik blue sampai ke blog orange ni.. ampeh!

    [Reply]

  4. Mr. Kay Em Why says

    aku rasa gaduh dalam telepon tak thrill pada org yg mencari tu.. mungkin die cari yang sampai berdarah2.. tak mustahil org yg sama yang guna keyword “pecah kepala”, “mayat wanita mati kena bunuh” dengan “kesan bunuh diri..

    kat sini kite boleh jadikan cerita bahawa si X (bukan nama sebenar) ingin/telah melakukan aksi bergaduh dalam LRT, kemudian ingin/telah memecahkan kepala pihak lawan.. die carik gambar mayat wanita kena bunuh sbb die nak tgk ngeri atau tak dan kalo die berdepan dgn mayat tu, die bleh tahan atau tak.. kemudian die takut dipenjarakan, die cuba bunuh diri.. tp die tak tau ape kesan bunuh diri..

    hah! siap satu jalan cerita.. hahaha..

    *sebenarnye ade satu lagi keyword.. perempuan gaduh dalam lrt.. malas aku nak listkan.. haha

    [Reply]

  5. says

    haha… banyak gak yang kelaka…

    psstt… aku sebenarnya dah lama kumpul.. siap wat snapshot.. haha..
    tinggal publish..
    semuanya kelakar2.. huhu…

    [Reply]

  6. says

    hahahaaa… lawak dan kelakar sekali cariannya…

    itu baru 71 keyword. berapa banyak entry yang boleh dihasilkan dengan keyword2 yang lain lagi… maka gunakan keyword dengan lebih mantap dan bergaya dan tersendiri…

    [Reply]

  7. Mr. Kay Em Why says

    aku dah agak mesti ada salah faham.. hehe..
    aku cuma keje kat one of company yg ada kat inkubator tuh.. bukan under TPM.. ko keje TPM ke? ada keje kosong tak? huhu

    [Reply]

Trackbacks

  1. Keyword (Search Engine) | ([| Orange 4 Kay |])…

    Apa keyword yang membawa pengunjung ke blog kau? Aku senaraikan 71 keyword yang pelik dan popular yang membawa pengujung ke blog aku sejak 1 Jun 2008 sehingga 31 Okt 2008….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge