Archive for the ‘Sambutan Kemerdekaan Malaysia’ Category

Cabaran Twitter Merdeka!

Lagi 3 hari kita akan menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 52. Tapi apa jadi pada kempen Twitter Merdeka? Ramai yang masih tidak menyahut seruan kempen Twitter Merdeka. Aku terfikir untuk melancarkan cabaran kempen Twitter Merdeka, tapi itu aku akan terangkan di hujung entry nnt.

Aku pelik dan hairan. Masih ada rakyat Malaysia yang mengucapkan “Happy Birthday Malaysia”. Merdeka bukanlah sambutan kelahiran Malaysia. Semasa 31 Ogos 1957, Malaysia masih belum wujud dan masih dikenali sebagai Tanah Melayu (semenanjung Malaysia). 16 September 1963 barulah gagasan Malaysia di umumkan dengan kemasukkan Sabah dan Sarawak. Jadi, 31 Ogos adalah ulangtahun kemerdekaan dan 16 September adalah ulangtahun kelahiran Malaysia. Sedih bila tengok rakyat Malaysia tidak sensitif dengan perkara ni.

Oh ya, aku sedar tiap kali menjelang bulan Ogos dan sepanjang bulan Ogos banyak yang masuk ke sini dengan keyword “sajak merdeka”. Jika masih ada yang mahukan sajak merdeka, boleh dapatkan di entry “Sajak Merdeka…” yang dah berusia 3 tahun. Tapi jangan mengaku anda buat sendiri. Penulis sajak tu ada komen di entry tersebut.

Ok. Untuk Cabaran Twitter Merdeka, aku ada sediakan sedikit hadiah untuk mereka yang menyahut cabaran aku ni. Tapi aku akan memilih mereka yang bertuah secara rambang. Apa hadiah yang aku sediakan? 2 keping voucher McD bernilai RM5 setiap yang bertuah. Voucher ada 4 keping, jadi akan diberi kepada 2 orang yang bertuah. Dan satu hadiah istimewa, topup prepaid (nilai akan di confirmkan kemudian).

Apa yang anda perlu lakukan? Mudah sahaja.

1. Tweetkan ayat dibawah (mesti 100% sama)

Sahut Cabaran Twitter Merdeka! Makan McD Free atau dpt topup percuma! http://is.gd/2CNaB #merdeka #malaysia

2. Nyatakan username twitter ada di ruangan komen. Pastikan anda memasukkan email yang betul di ruangan email ketika komen bagi memudahkan kerja aku jika kau yang bertuah.

Setiap tweet akan mendapat satu tiket cabutan. Bagi yang follow aku di twitter (@mrkay2911), akan mendapat extra 2 tiket (jumlah, 3 tiket) cabutan untuk setiap tweet. Jadi, follow aku dan tweet banyak2. Eh, nanti dulu! Bagi mengelakkan spam di twitter, setiap orang hanya boleh tweet perkataan tersebut sejam sekali. Jika lebih, hanya satu yang akan dikira.

Cabaran Twitter Merdeka dibuka sehingga 31 Ogos 2009, jam 11.59 Malam. Dan selepas itu cabutan akan dibuat dan aku akan hubungi mereka yang bertuah. So, tunggu apa lagi? Ada berani sahut cabaran ni?!

P/s : Aku dah enablekan page Mp3 raya. Sesiapa yang nak mendownload mp3 raya, silakan.

UPDATE 28 OGOS, 10.05PM!

1. Aku ingin ubah sikit syarat pertandingan. Anda boleh tweet dengan perkataan anda sendiri tetapi ada beberapa perkara yang wajib ada dalam tweet anda. Perkataan-perkataan ini akan digunakan sebagai search keyword untuk aku trace tweet masing2. Perkataan wajib :

http://is.gd/2CNaB #merdeka #malaysia

2. Untuk hadiah topup, aku akan beri topup RM10 kepada 3 orang. Bermakna 5 orang bertuah akan menerima hadiah (2 orang akan dapat 2 X Rm5 voucher McD & 3 orang akan dapat topup RM10).

3. Setiap orang boleh tweet seberapa banyak dalam masa yang ditetapkan (dengan interval sejam sekali) tetapi setiap orang hanya boleh menang 1 (satu) hadiah SAHAJA.

4. Aku akan gunakan List Randomizer untuk memilih pemenang. Mereka yang tersenarai pada nombor 1 & 2 akan menerima voucher McD dan nombor 3 hingga 5 akan menerima topup. Sekiranya nama yang sama tersenarai untuk kali kedua dalam senarai 1 hingga 5, nama itu akan disingkirkan dan nama yang seterusnya yang akan menerima hadiah tersebut. Contoh :

  1. notAsenpai
  2. fez_inc
  3. luthtextile
  4. notAsenpai
  5. blowie
  6. pge46

List kat atas cuma CONTOH ok. Jika list yang dikeluarkan oleh random.org adalah seperti diatas, notAsenpai hanya akan menerima voucher McD dan pge46 akan dipilih untuk menerima topup Rm10. Faham? Kalau ada kemusykilan sila tanya di ruang komen ;)

Percubaan theme baru dan tweet dengan tag #merdeka

Agak lama aku guna theme yang sebelum ni. Tapi aku perhatikan setiap updates bukan memantapkan theme tersebut, malah membuatkan theme tersebut semakin rosak dan cacat. Aku cuba mencari-cari theme yang memuaskan hati aku. Terfikir untuk beli. Tapi tak ada yang berkenan dan poket juga tak berkenan dengan niat aku untuk beli theme. Haha.

Setelah puas aku mencari-cari, akhirnya aku tertarik untuk mengunakan theme yang agak tua dari BOB (BlogOhBlog). Theme tahun 2007. Aku rasa theme ni dibuat oleh BOB yang asal sebelum bob menjual domain tersebut pada tuan empunya sekarang. Aku tweak sikit-sikit supaya serasi dengan keadaan sekarang.

Al-kisah tentang tag #merdeka di twitter pulak. Beberapa bulan lepas Encik Mael meluahkan idea untuk menjadikan ‘merdeka’ sebagai topik terhangat di twitter sekurang-kurangnya untuk 24 jam. Mari kita sama-sama menyokong kempen ini. Err, tak tahu macam mana nak sokong?

Mula-mula tambah #twibbon “Support I Love Malaysia” pada avatar twitter anda di sini. Kemudian, setiap kali anda tweet, pastikan anda tidak meninggalkan tag #merdeka. Mudah bukan?

P/s : Aku asyik terlupa nak tambah tag #merdeka setiap kali tweet. *sigh*

P/s/s : Aku terfikir untuk buat simple contest di twitter. Tapi nak bagi hadiah apa ye?

Keyword (Search Engine)

Search Engine sudah menjadi satu medium untuk menaikkan trafik ke blog. Rakyat Malaysia pun semakin pandai menggunakan search engine. Tapi tak kurang juga yang menyalah gunakan search engine. Mencari sesuatu yang tak sepatutnya dan menggunakan search engine untuk menyiapkan kerja sekolah/assignment dengan teknik copy paste (Sila kurangkan/tinggalkan tabiat itu adik-adik).

Sebenarnya aku tergerak untuk wujudkan entry ni untuk menyenaraikan dan menjawab beberapa keyword yang pelik, lawak dan paling banyak digunakan untuk masuk ke blog ni. Aku mengambil data bagi tempoh 1 Jun 2008 sehingga 31 Oktober 2008. Google Analytics aku mencatatkan 1971 keyword telah digunakan untuk sampai ke blog ni. 51.88% pengunjung ke blog ini dibawa dari search engine bagi tempoh tersebut!

Nah! Aku pilih beberapa keyword “bertuah”.

  1. Sajak Merdeka (305 pengunjung) & Sajak kemerdekaan (128 pengunjung)
    Jika usaha kau untuk mencari dan menambah koleksi sajak kau untuk lebih menghayati kemerdekaan, aku berasa bangga. Tapi, jika usaha kau mencari untuk di plagiat, copy paste dan memudahkan kerja kau (kerja sekolah / pertandingan), niat kau sangat busuk! Sila hentikan perbuatan ini!
  2. Kes anwar
    Aku cuma ada satu saja entry berkaitan kes anwar (DSAI).
  3. Kad Hari Raya
    Kenapa kau cari kad hari raya? Kau tak dapat kad raya yang cukup tahun ni? Mungkin kau boleh mintak dengan chika tahun depan. Selamat berusaha!
  4. Kes Anuar
    Encik menggunakan ejaan yang salah ni.
  5. Orange4kay
    Aku tak pasti apa yang kau cuba cari sebenarnya. Mungkin kau terlupa url blog aku. Duh! Susah ke nak ingat url ni?
  6. Kapasitor
    Ada 2 kemungkinan untuk keyword ni. Sama ada kau mencari informasi berkenaan komponen elektronik yang menyimpan dan membuang caj atau kau mencari portal yang mengumpulkan novel dari penulis yang bakatnya masih terpendam.
  7. Tazkirah / Tazkirah Jumaat
    Alhamdulillah. Ada juga orang yang mencari ilmu sampai ke sini.
  8. (more…)

Entry Rojak #8

Ini adalah entry rojak versi Quick Update.

Stress
Aku masih dibelenggu stress kerja. Minggu ni saja dah beberapa hari aku balik kerja pukul 1-2pagi. Masih banyak yang belum siap. Jangkaan untuk roll-out projek hujung minggu ni dengar kata dah ditunda. Aih. Letihlah bulan puasa kena kerja sampai lewat pagi. Macam mana dengan terawih? Entahlah. Macam-macam benda menyakitkan hati yang jadi. Kalau aku geram sangat nanti, aku mengadu domba di sini.

Salam Merdeka
Memandangkan ini mungkin entry terakhir aku bulan ni, aku ingin ucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan kepada semua rakyat Malaysia. Jangan sambut Merdeka dengan laungan dan kibaran bendera semata-mata. Renungkan keperitan orang terdahulu memperjuangkan kemerdekaan dan kita sebagai generasi penyambung teruskan untuk mengekalkan kemerdekaan.

Sejak kebelakangan ni, hits blog aku melambung-lambung. Ramai datang mencari sajak kemerdekaan. Aku terfikir untuk ke publish semula sajak 2 tahun lepas dalam entry baru. Tapi tak ada masa. Kau-orang pergi la cari sendiri dalam fail arkib tu. Tapi ini amaran aku, jangan sewenang-wenangnya menggunakan sajak tu dalam apa jua keadaan, terutama dalam pertandingan menulis sajak. Mungkin amaran ini sedikit terlewat. Tapi kau-orang faham-faham sendirilah. Minta kebenaran aku dulu dan aku akan beritahu tuan empunya sajak itu nanti. Jangan lupa linkkan ke blog aku jika kau letak sajak itu di blog kau.

Cinta pejabat
Dalam sibuk-sibuk, aku terfikir sesuatu. Bagaimana keadaannya kalau bercinta dengan rakan sepejabat? Susahkah? Haha. Aku tak ada jawapannya sebab aku tak pernah lalui. Tapi kalau nak dipanjangkan persoalan ini, bagaimana pula kalau si dara di naikkan pangkat? Adakah akan semakin menyenangkan atau semakin merunsingkan semua pihak? Haha. Sekali lagi aku tidak punya jawapan. Kita tambah komplikasi dalam permasalahan ini. Bagaimana kalau si teruna di letakkan dibawah projek dan pengawasan si Dara? Bagaimana ye? Err.. kenapa mesti aku terfikir semua ini? Hahaha. Sah! Aku sudah weng dengan kerja!

Info Sambutan Hari Kebangsaan ke 51

Seperti yang aku janjikan, entry khas untuk informasi Sambutan Hari Kebangsaan ke 51. Semoga pengetahuan am kau bertambah.

Tema : Perpaduan Teras Kejayaan

Logo Sambutan Hari Kebangsaan ke 51

Logo Merdeka 2008- Perpaduan Teras Kejayaan

Rekabentuk logo ini diilhamkan dari ikatan 3 figura yang saling berganding bahu menunjukkan perpaduan erat melambangkan “Perpaduan Teras Kejayaan”

3 ikatan figura manusia saling berganding bahu menunjukkan rakyat yang bekerjasama diantara satu sama lain dalam menjaga keamanan dan memajukan Negara.

3 rupa bentuk manusia digayakan bergandingan bahu adalah mewakili kaum-kaum di Malaysia yang bersefahaman bagi menunjukkan mereka telah mencapai kejayaan dalam perpaduan.

Warna merah simbol keberanian rakyat Malaysia.

Warna biru melambangkan perpaduan yang dijalinkan oleh kaum-kaum di Malaysia.

Wana putih simbol kesetiaan keseluruhan rakyat Malaysia.

Warna kuning pula melambangkan Sistem Beraja dan Yang di-Pertuan Agong. Ianya juga membawa maksud warna kegemilangan/keemasan yang dikecapi oleh rakyat Malaysia.

Lagu tema : Perpaduan Teras Kejayaan

Kini Semangat Jalan Seiring
Satu Amanah Kerjasama
Jadi Teras Bangsa Mulia
Sehati Sejiwa

Bangun Membantu Agar Sepakat
Moga Terserlah Perpaduan
Agar Teguh Di persada
Dalam Hidup Harmoni

Sirami Rasa Kasih Sayang
Jadi Benteng Hidup Yang Harmoni
Nurani Ikhlas
Di hati Murni
Menjadi Kekuatan Kita

Bersatu…….Bersatu
Bersatu Gagah Bercerai Rebah
Hindarkan Hasrat Sengketa Kita
Perpaduan Teras Kejayaan

Berpadu……Berpadu
Berpadu Bulat Kata Sepakat
Menjadi Cita Negara Jaya
Perpaduan Teras Kejayaan
Perpaduan Teras Kejayaan
Perpaduan Teras Kejayaan

LAGU CIPTAAN : PAK NGAH
LIRIK CIPTAAN : LOKGHA

P/s : Kau-orang boleh download lagu tema sambutan kemerdekaan tahun ni di sini. Download, dengar, hafal dan kau boleh nyanyi dengan penuh semangat ketika ambang 12 malam 31 Ogos ini.

P/s 2: Tahun ni aku nak tengok berapa ramai pak menteri yang masih pegang buku program masa nyanyi lagu-lagu patriotik pada sambutan hari kebangsaan. Tiap-tiap tahun mesti ada. Bikin malu saja!

Entry Hujung Minggu #1

Kalau kau selalu singgah blog ini sejak beberapa tahun lepas, pasti kau tahu Entry Rojak adalah kegemaran aku. Aku sering tidak punya masa untuk update secara harian. Jadi aku gemar membuat entry yang merangkumkan semua cerita. Kali ini aku ingin membuat sedikit kelainan. Aku akan rangkumkan berita-berita yang menarik perhatian aku yang mana aku rasa dalam kategori Isu Hangat, Aneh dan perkembangan semasa yang berlaku dalam satu minggu dan juga sedikit info tentang apa yang akan berlaku pada minggu berikutnya. Info tentang apa yang akan berlaku pada minggu berikutnya itu aku lebih tumpukan dalam kategori Seni. Jika kau ada info tentang Pementasan Teater, Pameran Seni Lukis atau apa sahaja yang berkaitan dengan seni dan kau ingin war-warkan pada umum, sudi-sudikan untuk hubungi aku. Oh ya, aku juga akan mencari dan kongsikan artikel-artikel menarik yang aku rasa kau semua harus baca.

Debaran Emas Pertama Buat Malaysia
Choong Wei melompat gembiraKetika aku menaip entry ini, rakyat Malaysia berdebar menantikan perlawanan akhir Badminton di Sukan Olimpik Beijing. Choong Wei akan ke peringkat akhir menentang Lin Dan dari China. Perlawanan akan berlansung pada Ahad, 17 Ogos jam 8.48 malam (China dan Malaysia berada dalam garisan waktu yang sama – GMT+8). Sejak beberapa bulan lepas rakyat dihidangkan oleh media dengan berita-berita yang menyatakan atlet Malaysia akan bawa pulang pingat Emas Olimpik dari Beijing. Setakat ini masih belum ada pingat yang berjaya diraih oleh Malaysia. Dari segi prestasi, aku rasa tak mustahil Choong Wei yang akan membawa balik “ole-ole” dari Beijing ini. Choong Wei bermain atas nama sukan dan negara. Bukan atas wang RM1juta yang dijanjikan oleh kerajaan. Bak kata mael, halalkan-lah RM0.05 setiap orang untuk Choong Wei.

Semoga berjaya buat Choong Wei!

Kredit gambar : Berita Harian

Saiful Bersumpah Di liwat DSAI
(more…)

Special
hyprobulksms
GambarHehe
Wazy84
Ariff Shah
The Zestful IcedNyior