Percubaan theme baru dan tweet dengan tag #merdeka

Agak lama aku guna theme yang sebelum ni. Tapi aku perhatikan setiap updates bukan memantapkan theme tersebut, malah membuatkan theme tersebut semakin rosak dan cacat. Aku cuba mencari-cari theme yang memuaskan hati aku. Terfikir untuk beli. Tapi tak ada yang berkenan dan poket juga tak berkenan dengan niat aku untuk beli theme. Haha.

Setelah puas aku mencari-cari, akhirnya aku tertarik untuk mengunakan theme yang agak tua dari BOB (BlogOhBlog). Theme tahun 2007. Aku rasa theme ni dibuat oleh BOB yang asal sebelum bob menjual domain tersebut pada tuan empunya sekarang. Aku tweak sikit-sikit supaya serasi dengan keadaan sekarang.

Al-kisah tentang tag #merdeka di twitter pulak. Beberapa bulan lepas Encik Mael meluahkan idea untuk menjadikan ‘merdeka’ sebagai topik terhangat di twitter sekurang-kurangnya untuk 24 jam. Mari kita sama-sama menyokong kempen ini. Err, tak tahu macam mana nak sokong?

Mula-mula tambah #twibbon “Support I Love Malaysia” pada avatar twitter anda di sini. Kemudian, setiap kali anda tweet, pastikan anda tidak meninggalkan tag #merdeka. Mudah bukan?

P/s : Aku asyik terlupa nak tambah tag #merdeka setiap kali tweet. *sigh*

P/s/s : Aku terfikir untuk buat simple contest di twitter. Tapi nak bagi hadiah apa ye?

Penafian!


  • Semua pendapat/pandangan yang tertulis di blogpost adalah pandangan peribadi pemilik blog melainkan jika diterangkan pendapat/pandangan tersebut datang dari pihak lain.
  • Semua pendapat/pandangan yang tertulis di komen adalah pendapat peribadi pemiliknya dan tiada kaitan dengan pemilik blog.
  • Segala apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan majikan atau clients pemilik blog.

Sponsor




Comments

  1. says

    aku pon selalu terlupe nak tambah #
    haha
    apa2 pon..theme ni nampak kemas

    [Reply]

    Mr Kay Em Why Reply:

    mmg kemas dan simple.. sbb tuh aku cuma amik 5 minit utk pk nak guna theme ni atau tidak.. cuma header tuh aku tak ubah.. :D

    [Reply]

  2. says

    aku pernah buat theme macam ni. ada dalam simpanan peribadi aku. 100% bikin sendiri he3. tak tau pulak BOB ada bikin theme camni!?

    nampak kemas dan cun!

    layan #merdeka he3

    [Reply]

    Mr Kay Em Why Reply:

    theme ni tahun 2007 bro.. lama gila.. aku pon tadi selongkar satu-satu.. aku berkenan sbb warna oren.. at least tema orange4kay tuh tak lari :p

    #merdeka!

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge