Beberapa hari lepas Malaysia sekali lagi digemparkan dengan laporan yang mengatakan DSAI meliwat seorang pembantu beliau. Bagaikan sejarah yang berulang, kes yang sama pernah menggemparkan Malaysia 10 tahun yang lepas. Dunia blog dan media alternatif Malaysia hari ni hangat mengatakan tentang kes ni. Sebelum aku teruskan entri ni, ingin aku tegaskan bahawa ketika ini aku masih berada ditengah-tengah dan tidak berat di mana-mana pihak.
Ketika kali pertama mendengar berita ni di TV3, aku semacam terkesima. Aku semacam tak percaya dengan apa yang aku dengar. Aku terasa seperti berundur ke tahun 1998 dan berita yang disiarkan adalah dari arkib berita. Lama aku termenung.
Hari ni aku membaca beberapa blog dan laporan-laporan dari media alternatif (malaysiakini.com dan lain2), Utusan Online, Berita Harian Online untuk mendapatkan update terkini tentang kes ini. Aku juga cuba korek sedikit sebanyak latar belakang Saiful dari kawan aku yang aktif di Uniten.
Aku tahu dalam dunia blog terlalu ramai penyokong Pakatan Rakyat dan sekaligus penyokong DSAI. Ramai yang melenting dan baran bila berita ni disiarkan dan hebat diperkatakan disana sini. Ramai yang berkata dari penampilan DSAI tidak mungkin beliau akan melakukan perkara sedemikian rupa. Tapi harus di ingat, DSAI juga seorang manusia biasa. Jangan terlalu memandang luaran dan mudah terpedaya dengan penampilan semata-mata. Apatah lagi beliau seorang ahli politik. Semua orang tau setiap ahli politik ada helahnya yang tersendiri. TIDAK mustahil beliau melakukan perkara tersebut. Don`t judge a book by it`s cover.
Jika (baca: Jika) beliau adalah seorang yang Bi-sex, adakah beliau akan mengaku dihadapan isteri, anak-anak, rakan terdekat beliau? Jika anda seorang ahli politik, berpengaruh dan anda adalah seorang Bi-sex, adakah anda akan mengaku walaupun dengan orang yang anda paling rapat? Tentu tidak bukan? Jangan kata ahli politik, artis-artis Malaysia pun tak sanggup nak mengaku!
Mari kita bercerita tentang si pelapor, Saiful. Dia ni dikatakan bekas pelajar Uniten yang tiba-tiba hilang dari kampus dan membuatkan pelajar-pelajar (Ahli Jawatan Kuasa MPP Uniten) terkontang-kanting. Aku bertanyakan latar belakang manusia ini dari kawan aku yang merupakan salah seorang AJK MPP Uniten yang pernah (sepatutnya sehingga sekarang) bertugas dibawah si Saiful ni. Apa yang pasti, ayah Saiful adalah seorang yang aktif didalam Barisan Nasional sehingga beliau berjaya menjemput seorang menteri untuk hadir ke majlis yang dianjurkan oleh Jawatan Kuasa yang diketuai oleh si Saiful ni sendiri.
Menurut Ainasazreen pula, Saiful ni adalah salah seorang ahli Pemuda UMNO. Saiful juga dikatakan seorang yang gila kuasa sejak mula menonjolkan diri di Uniten. Rakan-rakan di Uniten terkejut melihat Saiful berada di setiap lokasi kempen DSAI ketika PRU-12 sedangkan dalam masa yang sama, Saiful berkempen untuk Barisan Nasional di Friendster. Nampaknya lebih kukuh bukti yang mengatakan Saiful ni talam dua muka.
Oh ya, sedikit fakta yang aku dapat dari kawan aku tentang hubungan cinta Saiful ni. Dia dikatakan ber”couple” dengan seorang pelajar Uniten dari Indonesia. Awek Saiful ni dikatakan tidak dapat mengesan dan tidak mendapat sebarang berita dari Saiful semenjak Saiful menghilangkan diri dari Uniten. Aku cuba bertanyakan tentang gambar yang dikatakan tunang Saiful kepada kawan aku. Tetapi kawan aku tidak mengenali perempuan dalam gambar tersebut. Nasihat aku kepada semua blogger yang letak gambar “pertunangan” Saiful untuk menurunkan gambar tersebut dari blog masing-masing. Biar Saiful dan mereka yang terlibat dalam “konspirasi” ini saja yang menanggung impak. Kesian perempuan tu.
Apa yang aku risaukan sekarang adalah ekonomi negara. Ekonomi negara kebelakangan ini sedikit tidak menentu akibat ketidaktentuan politik. Kes ni akan memberikan kesan negatif lagi pada ekonomi negara. Aku risau ramai akan kehilangan kerja jika ekonomi negara semakin teruk. Sudahlah susah nak dapat kerja sekarang ini.
Antara blog yang hangat memperkatakan isu ini :
– MohdIsmail.net
– Panthera Leo Persica
– PakcikMMA
– Pakdi
Kredit gambar : MalaysiaKini.com
P/s : Kalau betul ini satu konspirasi yang ada kaitan dengan pemimpin-pemimpin yang sedang menindas rakyat Malaysia itu, kita doakan semoga bala menimpa mereka serta keluarga mereka. Minta dilindungi rakyat yang tertindas.
P/s 2: Geli pulak aku tengok gambar mamat tu ada kat blog ni. Ish!
pakcik MMA says
Kay,
aku dah bg pandangan aku kat ym. so, sama2 lah berdoa agar kebenaran muncul. Allah tu maha adil and kita sebagai hambaNya, tak perlu nk buat andaian bender yg kita tak tahu.
Mr. Kay Em Why says
yerp, aku sokong.. aku mungkin akan update detail yg ko bgtau aku tadi.. mungkin… lagipun entry ni terasa mcm byk yg kurang..
aku doa semoga Allah tunjukkan kebenaran..
menteil says
ntahla.. aku pon tak tau nak percaya atau tak.. takut menjadi fitnah pulak..
tapi hati aku lebih cenderung mengatakan ini adalah satu muslihat nak menjatuhkan DSAI..
ntahla..
nashrex says
xde idea lain ke nak buat..
hai.. mcm2 krajaan skrg. lepas satu… satu!!
Mr. Kay Em Why says
aku pun sama.. tp aku semakin buntu.. makin lama makin byk maklumat tentang kedua-dua pihak yg buat aku makin konpius.. biar masa yang menentukan..
Fadh says
Berita nie maybe betul and maybe tidak..biar polis wat siasatan..kalau betul anwar bersalah, mesti berakhir karier beliau dalam politik dan jika saiful bersalah, humban dia masuk penjara..pandai2 wat fitnah tak tentu pasal.
PsychoMatix says
Salamz.
Bro.Rakyat Malaysia dan media ni dah macam isi dan kuku. Tak dapat dipisahkan. Terutamanya, yang dah ’emas2′ ni.
Betul kata ko, bro…don;t judge a book by it’s cover & tak kurang betulnya juga bila kita kata biar pihak polis yang menyiasat. Tapi, DSAI sendiri yang membuat laporan penyalahgunaan kuasa mamat yang sekarang ini menjadi IGP. kalau dia masih lead PDRM – siasatan pun dia kontrol seh. Ada yang nak nafikan dengan hujah lain ke?
So, basically mamat Saiful ni bagi aku dari b’groundnya sendiri dah berkait dgn politik. Aku baca plak di blog Uniten Daily – mamat ni nampaknya ditolak oleh kepimpinan MPP Uniten yang lain. Maka, ini secara kasarnya dah memang suatu konspirasi. Tak semesti berunsur politik, berunsurkan dendam peribadi pun mungkin.
Tapi, disinilah rapatnya media dan rakyat Malaysia bila mana majoriti rakyat Malaysia bergantung harap 80% pada media seperti Utusan & TV3. Susah nak tengok rakyat Malaysia yang betul2 berfikir.
Apa pun, aku suka berkongsi pendapat : kalau sudi & berkesempatan : singgahlah di caKap-caKap di psychomatix(dot)wordpress(dot)com.
Chiowz.
cekedess says
SAlam kaymmu.. Hope kes DS anuar kali ni, Allah swt dapat tonjolkan kebenaran yg sebenarnya. Anyway, it’s good info!
cekedess says
SAlam kaymmu.. Hope kes DS anuar kali ni, Allah swt dapat tonjolkan kebenaran yg sebenarnya. Anyway, it’s a good info!
pecinta negara says
aku x nak salah kan sesiapa dlm kes ini..tp klau la anwar ibrahim sayangkan malaysia n rakyatnye,apesalahnye korban kan diri sendiri utk 27 juta rakyat yang lain…dah la saham aku tgk makin turun..aku rase negara blh jadi kegawatan mcm thn 1997..igat x kisah nabi yusuf yg difitnah tu..nabi yusuf akur jika hidupnye lebih baik didalam penjara dari ddk diluar..beliau sggp berkorban utk org lain…
mamaJue says
Mama pelik, mengapa masih guna liwat nih.. Dulu kan tak lekat kes ni kat DSAI.. makanya dah sah DSAI masih SUCI.. Mungkin Saiful ni nak ngurat DSAI or DSAI tak terima dia sebagai menantu..
Paling mama pelik, Saiful ni tak tau malu ke? Kalau benar pun dah kena ‘tebuk’ apehal sanggup wat paparan terbuka gini,, Sapa la yg akan jadi bini dia nanti..erm mesti merana.. Sayang.. Pemuda Melayu yg ‘handsome’ dan berpelajaran dah ternoda…
Mr. Kay Em Why says
DSAI ada cita2 dia sendiri.. ada impian dia sendiri.. dia takkan gadaikan cita2 utk apa skali pun.. itu yg aku nampak pada dia.. susah nak jumpe pemimpin yg sanggup berkorban utk rakyat kat dunia ni sekarang.. semua nak kejar pangkat dan harta..
Mr. Kay Em Why says
mama, mama kene igt, DSAI tu manusia biasa.. TAK mustahil dia buat benda tu..
kita masib belum tau sape yg terlibat disebalik kes ni.. kita belum tau sejauh mana kebenaran kes ni.. semua org tuduh ni konspirasi melibatkan politik.. tp TAK mustahil konspirasi ni diwujudkan oleh pihak DSAI sendiri atau MUNGKIN konspirasi ni tidak bermotifkan politik.. mungkin ia bermotifkan peribadi..
kita tunggu dan lihat saja mama 😉
Mr. Kay Em Why says
aku sokong ko bro! tak semestinya berunsurkan politik semata2.. tak mustahil ianya berunsur peribadi semata2..
rakyat malaysia dah tak berapa ramai bergantung harap pada media seperti utusan dan TV3.. ramai yg dah bergantung harap pada media alternatif spt blog.. tp mcm ko ckp, kebykkannya telan bulat2.. tak nak pk dulu.. apa saja yg dierang terima, akan disebarkan tp berfikir panjang.. kalo ada pon yg berfikir, sikit sangat..
Mr. Kay Em Why says
harap2nya begitu la.. 🙂
fadzil says
ikut je ckp mufti perlis. angkat sumpah depan al quran tengok ada berani ke X…
k.chii says
erm…mcm2 hal yg berlaku kan..semoga kebenaran akan muncul..
chika says
kenapa masa kes Attantuya, Najib boleh bela diri?
kenapa tiada siapa mencadangkan beliau bersumpah dengan Al-Quran?
Gunakan isi kandungan Al-Quran, bukan menjadikan Al-Quran medium membuat sumpah.
wallahualam.
sekian, terima kasih.
catzer says
aku tak mau amik kisah pasal politik yg semakin songsang..mereka bodoh..gile kuasa just mahu kuasa..kenapa tak focus pada ekonomi yg tgh merundum ni..aku salah seorang graduan 2006 yg tidak punya keje kerana peluang semakin menipis tp graduate semakin menimbun..
Kebodohan mereka2 yg gile kuasa ni buat aku bengang..mana janji masa pilihanraya..mahu berebut kuasa buat apa..kalau betul ikhlas mahu tolong rakyat..perjuangkan lah nasib mereka yg menjadi mangsa ekonomi yg semakin merudum..apa kisah kuasa kalau ko betul2 pejuang bangsa.
m@r says
la pe susah2, bg je mreka face 2 face, bg mreka chan nk blasah sesama mreke..ahaha