Terkejut, marah, sakit hati bila aku terbaca tweet oleh @shamhardy mengenai sebuah gereja di Kuala Lumpur yang di bakar tengah malam tadi. Ternyata perbuatan ini di kecam bukan sahaja oleh penganut agama Kristian malah menerima kecaman dari ramai kawan-kawan aku yang beragama Islam. Ramai yang meluahkan perasaan tidak senang terhadap serangan tersebut di twitter dan facebook.
Sejak awal isu penggunaan nama “Allah” oleh penganut kristian timbul aku dah tergerak untuk membincangkannya di sini. Tapi bila mengenangkan ilmu aku yang tak seberapa, aku bertindak untuk tidak membincangkan di sini. Bila serangan ini berlaku, aku rasa aku tak boleh berdiam diri lagi.
Bagi aku, orang Islam terutama Melayu kita terlampau cepat melenting dan tidak berfikir panjang sebelum menentang sesuatu. Bagi mereka, bila ada saja isu yang timbul menyentuh agama Islam, mereka perlu melenting dan berdemonstrasi di jalanan. Mereka tidak pernah mengambil masa untuk duduk seketika, membuat kajian terhadap isu yang timbul, berbincang sesama sendiri sebelum membuat apa-apa keputusan sama ada menentang atau menyokong. Mereka melaungkan untuk jangan cuba mengganggu gugat Islam di Malaysia. Tapi mereka sendiri tidak cukup ilmu mengenai Islam. Mereka sendiri ramai yang mengabaikan ajaran Islam. Berapa ramai yang sering menyertai demonstrasi atas nama Islam yang benar-benar mengikut ajaran Islam? Berapa ramai yang tidak melakukan maksiat? Berapa ramai yang tidak mengamalkan rasuah dan persoalan paling pokok, berapa ramai yang menunaikan solat 5 waktu sebaik sahaja masuk waktu?
Ok cukup. Aku tak mahu ulas panjang-panjang isu penggunaan nama “Allah” oleh penganut agama Kristian. Aku nasihatkan supaya kita cuba kaji sedalam-dalamnya sebelum kita protes. Fahamkan apa yang kita kurang faham. Dan ingat, mereka menggunakan saluran yang betul. Mereka memohon pada mahkamah. Kau menjerit menentang di jalanan tak ada guna. Jika kau ingin menentang, gunakan saluran yang sama. Gunakan mahkamah. Apa pun, aku cadangkan kau baca artikel oleh Dr. Asri dan Ustaz Hasrizal mengenai isu ini. Aku mempunyai pendapat yang sama dengan mereka.
Mengenai gereja yang diserang. Jika benar di lakukan oleh seorang Islam, aku memang sedih. Rasulullah melarang pejuang-pejuang Islam untuk memusnahkan rumah ibadah mana-mana agama ketika berperang. Itu ketika perang, Rasulullah melarang. Seperti yang aku katakan tadi, orang melayu kita memang suka bertindak melulu. Mengajar melalui kekerasan. Itulah cara orang melayu kita dari dahulu. Walhal Islam itu lembut dan tidak pernah menyuruh umatnya menggunakan kekasaran.
Tetapi tidak mustahil jika serangan ini dibuat oleh bukan Islam. Mengambil kesempatan ketika isu antara Islam dan Kristian sedang memuncak. Seperti sengaja untuk melaga-lagakan rakyat Malaysia dan menimbulkan huru hara. Jika benar, orang seperti ini tidak layak tinggal di Malaysia ini!
Apa yang aku harapkan, tidak ada yang menunding jari. Jangan ada kekecohan yang berlaku. Jangan ada rusuhan kaum seperti 13 Mei 1969 berulang kembali. Aku hanya rakyat Malaysia yang ingin terus hidup dalam keadaan aman.
Edit (tambahan sedikit)
Aku tak faham kenapa semua benda perlu di politikkan di Malaysia ni. Pilihan raya sudah lama berlalu. Boleh tak kita hidup sebagai rakyat Malaysia dan bukan sebagai pengikut mana-mana parti politik. Bila ada saja isu yang timbul, mesti di politikkan. Cukup-cukup lah tu. Aku dah naik meluat tengok. Sekarang ni, ada saja benda berlaku, mesti di politikkan. Sampaikan pagar DUN Perak runtuh beberapa bulan lepas pun di politikkan. Dey bangang! Akai ada ka? Campak la politik tu jauh-jauh.
P/s : Allah beri manusia akal supaya manusia menggunakannya sebaik mungkin dan bukan menimbulkan kekecohkan di muka bumi. Berfikir menggunakan akal, bukan nafsu amarah mahupun hati yang di hasut oleh syaitan. Pepatah melayu ada kata, “Ikut Hati Mati, Ikut Nafsu Lesu, Ikut Rasa Binasa”.
January 8th, 2010
Mr Kay Em Why
Posted in
Tags:
July 12th, 2008
Mr Kay Em Why
Sejak petang Khamis, media-media Malaysia mula mewar-warkan berita peralihan kuasa Pak Lah kepada Dato Seri Najib. Berita mengenai peralihan kuasa sudah lama dicanang-canang tetapi tidak ada tarikh yang ditetapkan. Tetapi Khamis lalu PakLah mengumumkan peralihan kuasa akan berlaku pada Jun 2010. Ada yang bertanya apa pendapat aku tentang peralihan kuasa ni. Jadi, ini komen aku.
Posted in
Beberapa hari lepas Malaysia sekali lagi digemparkan dengan laporan yang mengatakan DSAI meliwat seorang pembantu beliau. Bagaikan sejarah yang berulang, kes yang sama pernah menggemparkan Malaysia 10 tahun yang lepas. Dunia blog dan media alternatif Malaysia hari ni hangat mengatakan tentang kes ni. Sebelum aku teruskan entri ni, ingin aku tegaskan bahawa ketika ini aku masih berada ditengah-tengah dan tidak berat di mana-mana pihak.














