Kerja Sampai Mati?

Worker Dead at Desk For Five Days

Keratan akhbar ni aku dapat dari seorang kawan aku melalui e-mail. Masa mula-mula aku baca, aku tak tau nak terkejut atau tak. Mungkin ada la sedikit terkejut. Tapi aku terasa lebih kesian pada si mati. Seorang pekerja yang sangat rajin dan workaholic, tapi tak ada rakan sekerja mahu pun superior yang sedar bahawa pekerja ni dah tak bernyawa. Err, tidakkah itu kejam? Seorang pekerja yang rajin, pasti sentiasa menjana keuntungan pada syarikat dan poket bos, tapi tidak dapat perhatian tentang kondisi-nya oleh pihak yang sepatutnya. Sungguh tidak adil.

Selain moral of the story yang tertulis dalam keratan (Don`t work too hard. Nobody notices anyway.), apa lagi pengajaran yang dapat diambil dari kisah benar ni? Mari aku senaraikan mengikut pendapat aku.

-Tak perlu susah-susah kerja? Err.. itu alasan orang malas. Lain-lah kalau kau seorang peniaga atau Pro-blogger.
-Jadi seorang yang happy-go-lucky dan sentiasa menceriakan suasana pejabat. Jika kau tiba-tiba senyap, pasti terasa janggal dan orang akan sedar “kehilangan” kau.
-Bekerja berpada-pada. Dapatkan rehat yang cukup. Tahukah kau bahawa mereka yang bekerja lebih dari waktu yang sepatutnya (kalau tak silap aku 8 jam sehari) merupakan seorang yang tidak produktif dan kerja-kerja yang dibuat biasanya tak berkualiti?  (Err, tolong jangan sama-kan dengan kes aku. Aku diarahkan bekerja lewat. Bolehkah aku membantah?)

Aku sudah kehilangan idea. Kau ada? Jom kongsi!

P/s: Aku MUNGKIN akan update kisah percutian di Krabi. Aku cuba cari masa untuk update. Tapi aku tak janjilah. Haha.

Penafian!


  • Semua pendapat/pandangan yang tertulis di blogpost adalah pandangan peribadi pemilik blog melainkan jika diterangkan pendapat/pandangan tersebut datang dari pihak lain.
  • Semua pendapat/pandangan yang tertulis di komen adalah pendapat peribadi pemiliknya dan tiada kaitan dengan pemilik blog.
  • Segala apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan majikan atau clients pemilik blog.

Sponsor




Comments

  1. Fadh says

    ingatkan kalo keje rajin2, keje kuat bleh dapat perhatian bos ngan rakan sekerja tp dah ade kes camtu rase berbaloi plak nak keje kuat huhu

    [Reply]

  2. Mr. Kay Em Why says

    ada sesetengah tempat je mcm tuh.. tp kebykkannye tak.. lagi satu, ko kene rajin bercampur dgn opismate… kalo ko tak bercampur, org takkan sedar ko ada atau tak..

    [Reply]

  3. says

    bagaimana pula dengan kes kes para2 doktor yang on call dipanggil jam 3 pagi gara2 si ibu sibuk nak beranak pukol 3 pagi? mengantuklaaa sialllll… aahahahaha apa i mrapek ni!

    [Reply]

  4. Mr. Kay Em Why says

    Err.. itu dah memang tanggungjawab.. haha.. ini org cerita kes kerja bersungguh-sungguh tp org tak sedar yang dia dah mati 5 hari :p

    [Reply]

  5. Mr. Kay Em Why says

    Aku pon tak pasti la.. tp ape yg aku perasan, org sana mmg tak amik tau hal pekerja sgt.. dierang tau die dah byr gaji, pekerja tuh kene buat duit untuk dia..

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge