Entry Rojak #8

Ini adalah entry rojak versi Quick Update.

Stress
Aku masih dibelenggu stress kerja. Minggu ni saja dah beberapa hari aku balik kerja pukul 1-2pagi. Masih banyak yang belum siap. Jangkaan untuk roll-out projek hujung minggu ni dengar kata dah ditunda. Aih. Letihlah bulan puasa kena kerja sampai lewat pagi. Macam mana dengan terawih? Entahlah. Macam-macam benda menyakitkan hati yang jadi. Kalau aku geram sangat nanti, aku mengadu domba di sini.

Salam Merdeka
Memandangkan ini mungkin entry terakhir aku bulan ni, aku ingin ucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan kepada semua rakyat Malaysia. Jangan sambut Merdeka dengan laungan dan kibaran bendera semata-mata. Renungkan keperitan orang terdahulu memperjuangkan kemerdekaan dan kita sebagai generasi penyambung teruskan untuk mengekalkan kemerdekaan.

Sejak kebelakangan ni, hits blog aku melambung-lambung. Ramai datang mencari sajak kemerdekaan. Aku terfikir untuk ke publish semula sajak 2 tahun lepas dalam entry baru. Tapi tak ada masa. Kau-orang pergi la cari sendiri dalam fail arkib tu. Tapi ini amaran aku, jangan sewenang-wenangnya menggunakan sajak tu dalam apa jua keadaan, terutama dalam pertandingan menulis sajak. Mungkin amaran ini sedikit terlewat. Tapi kau-orang faham-faham sendirilah. Minta kebenaran aku dulu dan aku akan beritahu tuan empunya sajak itu nanti. Jangan lupa linkkan ke blog aku jika kau letak sajak itu di blog kau.

Cinta pejabat
Dalam sibuk-sibuk, aku terfikir sesuatu. Bagaimana keadaannya kalau bercinta dengan rakan sepejabat? Susahkah? Haha. Aku tak ada jawapannya sebab aku tak pernah lalui. Tapi kalau nak dipanjangkan persoalan ini, bagaimana pula kalau si dara di naikkan pangkat? Adakah akan semakin menyenangkan atau semakin merunsingkan semua pihak? Haha. Sekali lagi aku tidak punya jawapan. Kita tambah komplikasi dalam permasalahan ini. Bagaimana kalau si teruna di letakkan dibawah projek dan pengawasan si Dara? Bagaimana ye? Err.. kenapa mesti aku terfikir semua ini? Hahaha. Sah! Aku sudah weng dengan kerja!

Penafian!


  • Semua pendapat/pandangan yang tertulis di blogpost adalah pandangan peribadi pemilik blog melainkan jika diterangkan pendapat/pandangan tersebut datang dari pihak lain.
  • Semua pendapat/pandangan yang tertulis di komen adalah pendapat peribadi pemiliknya dan tiada kaitan dengan pemilik blog.
  • Segala apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan majikan atau clients pemilik blog.

Sponsor




Comments

  1. Mr. Kay Em Why says

    hahaha… jalan byk tutup la sempena sambutan hari merdeka ni.. semua jalan pon sesak.. mcm mana aku nak carik jalan yg tak menyesakkan kepala aku? wakakakak

    [Reply]

  2. says

    stress??

    aku pun same coz lecturer nak pindah die bagi keje sekali lumpsum…seminggu 3 mende nak kene anta tambah kuiz sume…huhu!! bulan puase ni mesti penat kot coz first time ulang alik dr klang ke shah alam dengan bas…yela sebelum ni dok umah sewa…

    pesanan penaja- kalo stress main game…keh3

    salam merdeka??

    tak rase la kehangatan die…ececeh…bendera pun tak naik lagi…papepun selamat menyambut hari merdeka…hmm…celebrate kat ne?

    cinta pejabat?

    woo…tak penah la ade pengalaman kan…yela belum keje….kalo cinta sekelas tu penah la kot…keh3..
    kalo cinta sekelas ni…besenye, g kelas same2…duduk dalam kelas same2…wat keje same2, balik same2…adeh berbulu plak…(kuar topik tetibe)

    [Reply]

  3. Mr. Kay Em Why says

    hahaha.. itu baru stress blaja.. blom lagi rasa stress keje.. haha.. lagi kuat penangan.. aku tak brape ske main game.. huhu

    celebrate? aku celebrate kat opis sambil buat keje.. hahaha..

    sekelas tuh biasa.. perkara normal.. sekelas takde masalah sgt.. satu pejabat mungkin byk masalah.. kalo ada krisis, dah susah nak diskas kalo kene assign projek yg sama.. huhu

    [Reply]

  4. says

    tengok tu.. sila letak link blog nie.. kalau baik ati letak link blog aku sekali.. huahua…

    huh!! aku amat geli dengan cinta sepejabat, cinta sekelas, cinta sekantin dan se se se yg lain.. hehe… jgn marah bro..

    [Reply]

  5. says

    ngehehehe….ni yang takut nak melangkah ke alam bekerja ni…

    kt opis? ish3….taperla…takyah nak besesak ngn orang kan…ok gak..

    eish…same pe konsep die dalam kelas…kalo de prob mesti salah satu ponteng…xnk bersua la kunun….keh3

    [Reply]

  6. says

    ouh..
    ni la yang kak erni post entry dia ni :)
    haha..

    err nampak cm akn bosan je cinta sepejabat je.
    pape pun..hati tu paling penting :)
    hahaha..
    akan jadi sgt mencabar kalao pangkat gf lagi tinggi dr bf dia :P

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge