Akhir-akhir ini, ya, sejak ramadhan bermula, katil ku yang dulunya terasa tidak begitu selesa menjadi begitu empuk dan nyaman. Pantang saja badan aku dihempas ke katil tersebut dan kepala dialaskan dengan bantal. Pasti sukar untuk bangkit dan akhirnya tertidur berjam-jam lamanya. Begitu kuat seruan TnB bulan ramadhan ni. Ya, seruan Tilam ‘n’ Bantal. Lebih-lebih lagi bila terlalu banyak masalah yang datang menerpa dan meminta untuk akal bekerja kuat mencari penyelesaian. Badan lebih cepat terasa penat dan seruan TnB semakin kuat.
Sebut tentang masalah dalam kehidupan. Kebelakangan ini sering saja masalah datang melanda. Masalah-masalah yang datang aku sering anggap sebagai ujian. Tapi ujian yang datang kebelakangan ni sangat perit dan menyeksakan. Keputusan harus dibuat segera. Tetapi keputusan perlu dibuat dengan teliti. Satu keputusan yang bakal menentukan masa depan aku dan orang sekeliling aku!
Ya Allah, terasa amat berat ujian yang Kau turunkan kepada diriku ini. Seperti tak terdaya untuk aku menggalasnya. Tapi aku sedar, Kau tidak akan turunkan ujian kepada hamba-Mu jika hamba-mu itu tidak mampu menanggungnya.
Kali ini aku tidak terasa seperti nak menceritakan masalah aku pada sesiapa seperti yang aku biasa lakukan. Apa yang berlaku beberapa minggu lepas benar-benar mengajar aku. Untuk apa aku ceritakan masalah pada orang kalau orang tak faham apa yang aku rasa? Untuk apa aku ceritakan masalah aku pada orang kalau orang tidak mampu mengerti situasi aku? Untuk apa aku ceritakan kalau jalan penyelesaian yang dicadangankan lansung tidak ada dalam option yang aku boleh pilih? Dan lebih perit kalau respon yang diterima lebih ke arah membunuh semangat aku yang tinggal nyawa-nyawa ikan ini dan seterusnya membuatkan aku lebih lemah untuk berhadapan dengan masalah dan terasa seperti ingin menyelesaikan segala masalah dengan menghentikan kehidupan aku serta merta. Ya! Bunuh diri. Tapi aku masih lagi waras. Aku tahu itu dilarang keras dalam Islam.
Kerana kesedaran itu, aku masih disini. Didalam ruang berbentuk segi empat, duduk atas kerusi berhadapan dgn LCD LG kesayanganku ini. Dan terus memerah otak, cuba mencari penyelesaian bagi masalah ini. Terus mencari sambil hati menangis tanpa sendu kerana terasa begitu berat ujian ini.
Dalam otak bekerja mencari penyelesaian, dalam hati menangis tanpa sendu, emosi aku mudah terganggu. Aku tidak begitu jejak dibumi. Sedikit silapnya, pasti aku berada atas angin. Ya, aku mudah naik angin. Tapi aku cuba juga kawal. Supaya orang keliling tidak begitu terasa. Aku tahu sudah beberapa orang yang begitu terasa. Tapi percayalah, aku lebih terasa!
Kesian pada dia. Orang ckp, orang yang paling hampir, paling kita sayang, adalah orang yang paling mudah terkena tempias apa saja mood kita. Sebab itu aku kesian pada dia. Dia yang paling banyak terkena tempias setakat ini. Tidak mustahil jika dia melangkah pergi. Aku tidak akan menyalahkan dia sekiranya itu berlaku.
Ya Allah, Ya Fattah, Kau lah Yang Maha Pembuka. Kau bukakanlah jalan bagiku. Kau bukakanlah penyelesaian bagiku. Kau bukakanlah pilihan yang terbaik bagiku. Sesungguhnya amat berat ujian ini ya Allah. Aku tidak mampu untuk menyelesaikannya tanpa bantuan-Mu Ya Allah. Amin.
P/s : Tiket balik raya dah habis. Padan muka aku. Tapi kalau beraya kat melaka pon tak salahkan? Seronok tak beraya sorang-sorang? Ni la sebab aku mengimpikan sebuah kereta. aih