Adakah Kau Ketagih Terhadap Stress?
Posted by: Mr. Kay Em Why in stress, tips, Tazkirah & MotivasiSemalam aku berjalan-jalan di Pavilion. Sudah menjadi kebiasaan pada aku bila berjalan-jalan di shopping mall, aku pasti singgah di mana-mana kedai buku. Di kedai buku semalam, aku terjumpa sebuah buku yang mengandungi perkataan “Addicted to stress“. Aku tertarik. Namun aku tak sempat untuk membaca lebih lanjut.
Pagi tadi aku cuba mencari di google. Aku terjumpa satu artikel yang sangat menarik bertajuk “Are you addicted to stress?“. Tajuk sahaja sudah membuatkan kita tertanya-tanya bukan?
Didalam artikel ini tertulis bahawa Rob Sands, seorang Pakar Psikologi Klinikal dan penulis bersama “Counselling and Coping (Oxford University Press 2002)” berkata, “Being under stess means being in a highly charged state, both physiologically as well as emotionally. This state can be highly exciting and it becomes a feeling that people crave.”
Sands juga berkata “being on a stress high can help a stress junkie forget about other problems such as low self-esteem or depression. Some people literally feel that living in a continual state of stress is the only way to not fall apart. So, in a way, the stress is used to avoid confronting other sorts of feelings.”
Kebanyakkan kita juga mula belajar menjadi seorang yang ketagih terhadap stress sejak kecil lagi. Jika idola anda seorang yang sudah terbiasa dalam keadaan stress, anda akan rasa stress adalah sesuatu yang normal. Malangnya, tubuh badan manusia tidak mampu menanggung begitu banyak rembesan adrenaline dalam sehari. Berada di dalam keadaan terlalu stress dalam tempoh yang berlarutan boleh memudaratkan kesihatan fizikal dan mental.
Sistem imunisasi yang lemah, tekanan darah tinggi, radang usus dan kegagalan fungsi jantung adalah antara penyakit yang boleh menyerang mereka yang mengalami stress yang teruk dalam satu tempoh yang berlarutan. Mereka ini juga boleh terganggu dari segi psikologi, mudah marah dan menjadi murung. Sands juga percaya mereka ini akan berhadapan dengan masalah perhubungan.
Stress addicts often feel that secretly they are a failure and a fraud, and that it’s only a matter of time before they are exposed. This can cause them to be on their guard, which can lead to relationship problems.
Adakah kau ketagih terhadap stress?
Cuba jawab beberapa soalan dibawah dan lihat sama ada kau adalah seorang yang ketagih terhadap stress atau tidak.
- When you consider taking a three-day weekend, do you dread the idea or worry that you can’t take so much time off from work?
- Do you often create unnecessary challenges for yourself, like promising to do 10 things in one day?>
- Do you believe that you work better under pressure and that the more pressure you are under, the better?
- Do you feel better about yourself when you are very busy?
- After completing a difficult task, do you feel physically high?
- Do you leave things until the last minute and find it difficult to motivate yourself unless the pressure’s on?
Jika jawapan kau adalah”ya” untuk kebanyakkan soalan diatas, kau perlu mengkaji semula gaya hidup kau. (Ya, aku juga perlu mengkaji semula gaya hidup aku. Duh!).
Bagaimana untuk kau dan aku menjadi seorang yang tidak ketagih terhadap stress?
Langkah pertama adalah menjadi seorang yang peka dan berlaku jujur terhadap diri sendiri. Tanya diri anda sama ada anda mendapat tidur yang cukup, pemakanan yang teratur dan mempunyai masa untuk bersendirian dan menenangkan fikiran yang mencukupi. Jika tidak, beberapa perkara yang perlu kau dan aku ubah :
- Melatih diri untuk mengatakan “tidak”.
Kurangkan perkara didalam “to do list“. Beri keutamaan kepada benda yang penting dan ketepikan dahulu perkara yang tidak terlalu kritikal. - Belajar untuk merehatkan fizikal.
Perhatikan corak pernafasan anda dan kenal pasti bahagian badan anda yang mengalami tekanan. Amalkan senaman seperti yoga dan meditasi. - Kurangkan jumlah toksin yang diambil.
Alkohol (haram!), kopi dan rokok mungkin dapat mengurangkan stress untuk sementara waktu, tetapi untuk jangka masa panjang, ia akan menambah stress kau! - Bersenam! (erk?!)
Aktiviti fizikal boleh membantu kau relaks dan mendapat tidur yang lena. - Menenangkan fikiran.
Luangkan masa sekurang-kurangnya 10 minit sehari untuk menenangkan fikiran. - Mencari teman untuk berbicara.
Cari seorang teman berbicara untuk bercerita dan mendalami gaya hidup kau disamping mencari gaya hidup yang lebih sihat.
Ketika aku menaip entry ini, rakyat Malaysia berdebar menantikan perlawanan akhir Badminton di Sukan Olimpik Beijing. Choong Wei akan ke peringkat akhir menentang Lin Dan dari China. Perlawanan akan berlansung pada Ahad, 17 Ogos jam 8.48 malam (China dan Malaysia berada dalam garisan waktu yang sama - GMT+8). Sejak beberapa bulan lepas rakyat dihidangkan oleh media dengan berita-berita yang menyatakan atlet Malaysia akan bawa pulang pingat Emas Olimpik dari Beijing. Setakat ini masih belum ada pingat yang berjaya diraih oleh Malaysia. Dari segi prestasi, aku rasa tak mustahil Choong Wei yang akan membawa balik “ole-ole” dari Beijing ini. Choong Wei bermain atas nama sukan dan negara. Bukan atas wang RM1juta yang dijanjikan oleh kerajaan. Bak kata 
Aku terpanggil untuk buat entri ni bila terbaca entri 

