Archive for January, 2010

Tak pakai seluar dalam bukti cinta sejati?

SHAH ALAM – Female students in higher-learning institutes here are being persuaded not to wear panties on Valentine’s Day as an expression of true love for their boyfriends.

The “no-panties promotion“, being held for the first time, has apparently been gaining interest among the students, who are passing the news by word-of-mouth,Star Online reported.

Two students in their 20s from Shah Alam, known only as Ummi and Melissa, said they were aware of the “promotion.”

“I feel it is personal,” said Ummi with a smile.

Large group keen on it?

Valentine’s Day is a good time to express one’s love. And, what we use or don’t use is our right, our freedom. But we will do what is right. It’s a new world now.”

Melissa claimed that there was already a large group who planned to go ahead with it.

We will know how many by Valentine’s evening.

State Islamic Affairs Department (Jais) director Mohammed Khusrin Munawi said:

We will not allow Muslim students to be taken in by such celebrations that deviate from the teachings of Islam.”

sumber asli : Malaysian Mirror

Ini adalah gila dan menakutkan. Sangat gila. Tak pakai seluar dalam sebagai bukti cinta sejati pada teman lelaki? Bull shit! Kau tak pakai seluar dalam dan bagitau satu dunia? Macam nak galakkan statistik kes rogol meningkat.

Aku harap tak ada orang Islam yang akan turut serta dalam aktiviti gila ni. Valentines pon tak payah sambut la. Mengarut je semua tu. Baik kau orang cari sejarah asal Valentines dan pahamkan kenapa aku kata tak yah sambut. Nak sambut hari berkasih sayang? Hari-hari pon boleh. Kahwin cepat dan boleh berkasih sayang dengan lebih best dan dapat pahala!

Apa kata kau orang pula?

Blogger We Care – Adik Ammar

Alhamdulillah, kempen Blogger We Care yang di jalankan oleh Bro Hydir sedikit sebanyak dapat membantu en megat. Sekarang ni en megat sedang menjalani rawatan. Semoga en Megat cepat sembuh.

bloggerwecare-adikammar

Melihat keberkesanan kempen Blogger We Care untuk en megat, Bro Hydir sekali lagi melancarkan kempen Blogger We Care. Kali ini untuk adik Ammar pula.

Membaca kisah adik Ammar di blog ibunya hampir membuatkan aku menitiskan air mata. Sungguh, kasihan. Anak kecil yang belum mengerti apa-apa, di uji oleh Allah dengan penyakit jantung (PDA). Anak kecil ini baru berumur 2 tahun. Ya Allah. Kadang-kadang aku terfikir, bagaimana rasanya berada di tempat insan-insan seperti ibu bapa Ammar ini. Orang kata, berat mata memandang, pasti berat lagi bahu memikul.

Seperti sebelum ini, setiap blog yang meletakkan ribbon khas ini akan menjana RM1 untuk adik Ammar. Mari sama-sama membantu anak kecil yang masih belum faham erti hirup ini. Semoga usaha kita diberkati Allah.

Apa kena dengan #yorais ni?

rais yatim membodek pak lah ke?

Gila panas, menyirap dan sakit hati dengan kenyataan yang di keluarkan oleh Rais Yatim. Baru beberapa hari di hentam di twitter mengenai kenyataan beliau tentang twitter dan facebook sehingga menjadi trending topic, semalam sekali lagi uncle ni (tiru Adnan Sempit) buat kenyataan yang gila menyakitkan hati. Apa yang dia cakap? Baca berita dibawah.

PULAU PINANG, 26 Jan (Bernama) — Kerajaan tidak berhasrat mengambil tindakan terhadap penulis blog yang memohon maaf secara terbuka kerana menyedari kesilapan dalam penulisan blog mereka, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Bagaimanapun, katanya, penulis blog yang terbabit dengan sesuatu kesalahan haruslah membuat permohonan maaf secara formal kepada pihak yang berkaitan. (more…)

Teruja Dek Innity & DiGi

Pedulikan tentang mereka yang mencaci dan menghina almarhum Sultan Johor. Semoga mereka mendapat balasan yang setimpal. Jika tidak di dunia, pasti mereka tidak akan terlepas di akhirat. Sudah, jangan biarkan bangsat-bangsat ini menghilangkan keterujaan aku.

2 perkara membuat aku teruja pada petang Khamis dan pagi Jumaat lepas. Kalau di ingat-ingat balik, sampai sekarang masih teruja. Hahaha.

innity

Bulan lepas (Dec 2009) aku pernah cuba apply Innity. Tapi di tolak bulat-bulat. Hanya beberapa minit setelah aku hantar permohonan aku, aku terima email mengatakan permohonan aku di tolak. Haha. Sudah di jangka. Hits blog aku bukanlah tinggi pun. Malah tidak menepati syarat permohonan lansung. Antara syarat utama, blog mesti memiliki 15K pageviews (purata) dan 3K unique visitors (purata) – maklumat lanjut, sila ke website innity. Walaupun sudah di jangka, tapi hati tetap rasa kecewa. Haha. Dengan kekecewaan tu, aku nekad untuk naikkan traffik blog dalam masa sebulan!

Hari Rabu lepas aku cuba hantar email kepada innity. Bertanya jika mereka akan menilai blog yang uniques visitor sudah melebihi dari syarat permohonan tetapi pageviews sangat kurang. Pihak Innity menasihatkan aku untuk apply dahulu. Aku tidak terus apply sebab tidak terlalu berharap. Pagi Khamis aku cuba untuk apply. Tapi nyata ada masalah pada borang mereka. Aku terus email mereka berkenaan masalah terbabit. Aku tidak menerima respon sehingga petang. Aku cuba menghantar email sekali lagi. Beberapa minit kemudian aku menerima respon mengatakan masalah di borang mereka telah di selesaikan tetapi aku tidak perlu mengisi borang tersebut lagi. Pihak Innity hanya meminta jumlah Unique Visitor dan Pageviews. 2 minit selepas aku membalas email mereka, aku mendapat satu lagi email yang disertakan dengan username dan password sistem mereka. Yes! Dah lulus. Sangat teruja rasanya.

Tapi hingga kini iklan-iklan innity masih belum dapat di letakkan di blog ini. Ruang yang padat dan serabut. Aku sedang mencari-cari ruang-ruang yang sesuai untuk iklan innity supaya blog aku tidak kelihatan seperti blog gila iklan yang sangat serabut.

digi-yellowman

Pagi Jumaat pula, masa aku baru nak start kerja, aku dapat Direct Msg dari @DiGi_Telco. Twitter rasmi DiGi ni minta aku add mereka di facebook sebab aku dikatakan dapat jemputan peribadi ke majlis tertutup DiGi. Aku pun add la DiGi di Facebook. Tapi lepas tu aku blur. Jemputan untuk ke majlis tu untuk mereka yang turut serta dalam contest khas yang DiGi buat di facebook. Memang tak ingin aku masuk.

Tak lama kemudian DiGi menghantar invitation melalui facebook untuk aku RSVP. Fuh! Aku antara beberapa orang yang mendapat jemputan peribadi tanpa perlu turut serta dalam contest mereka. Punya la seronok orang rumah aku bila aku beritahu dia. Dia pula yang excited suruh aku RSVP cepat-cepat. Maklumlah, ini pertama kali dapat jemputan istimewa seperti ini dalam hidup kami.

Aku sendiri tidak pasti apa yang mendorong mereka untuk memberi jemputan peribadi kepada aku. Mungkin sebab aku rajin komplen tentang DiGi di twitter kot? Atau mungkin kerana tutorial untuk setup digi broadband di ubuntu. Entah, aku tak pasti. Apa pun, aku dah RSVP dan rasa tidak sabar-sabar untuk ke event D`Tour @ D`House. Sangat teruja. Memang dah lama aku teringin ke HQ DiGi. Thank you DiGi!

P/s : Akhirnya ada juga webpage untuk kronikus. Cuba jengah kat www.kronikus.com ;-)

Credit : Thanks to @wfxyz untuk innity banner & DiGi Facebook untuk yellowman.

Perginya Seorang Sultan Berjiwa Rakyat

Sultaniskandar.jpg

Almarhum Tuanku Sultan Iskandar Al Haj Ibni Almarhum Sultan Ismail Al Khalidi, 8 April 1932 - 22 Januari 2010

Jumaat, 22 Januari 2010, aku terkejut bila terbaca link yang di post oleh @shamhardy di facebook. Berita tentang Sultan Johor di masukkan ke Hospital Pantai Puteri kerana gering dan Tunku Ibrahim Ismail di lantik menjadi pemangku Sultan.

Bila aku sampai di rumah orang tua aku di Segamat, Johor, pengumuman kemangkatan Seri Paduka Baginda tengah di siarkan di TV1. Sedih dan terkejut. Itu perasaan aku.

Walaupun orang selalu mengatakan betapa garangnya Almarhum, tetapi bagi aku dan semua rakyat Johor, Almarhum adalah seorang Sultan berjiwa rakyat. Sifat Almarhum yang garang sebenarnya adalah lebih kepada tegas dalam kepimpinan. Protokol Di Raja juga dikatakan tidak pernah wujud dalam kamus hidup Almarhum.

Jenazah Almarhum dibawa dengan pedati khas ke Makam Di Raja Bukit Mahmoodiah, Johor Bahru. Pedati khas itu ditarik oleh Angkatan Setia Negeri Johor (Tentera Di Raja Johor) sejauh 3 KM dari Istana Besar, Johor Bahru di iringi alunan bacaan Al-Quran dan 77 das tembakan meriam oleh 41 Bateri istiadat Kem Sungai Buloh menandakan usia 77 tahun Almarhum Sultan.

Sultan Ibrahim Ismail Ibni Sultan Mahmud Iskandar di masyurkan sebagai Sultan Johor pada 23 Januari 2010, pukul 1.30 tgh hari, menggantikan ayahandanya Almarhum Tuanku Sultan Iskandar Al Haj Ibni Almarhum Sultan Ismail Al Khalidi.

Aku sedikit tidak puas hati dengan produksi RTM yang membuat liputan siaran lansung istiadat-istiadat yang diadakan di Istana Besar Johor dan Makam Di Raja Mahmoodiah. Jurukamera sering fokus lama pada 2 orang yang membaca al-Quran di sisi jenazah Almarhum. Salah seorang kelihatan sangat mengantuk dan asyik terlelap ketika seorang lagi sedang membaca al-Quran. Pastinya 2 orang tersebut keletihan dan RTM tidak sepatutnya berbuat demikian kerana memalukan pembaca al-Quran tersebut.

Ketika siaran lansung Istiadat Pemakaman, pengulas RTM tersalah memperkenalkan Tunku Majid sebagai Sultan Ibrahim Ismail Ibni Sultan Mahmud Iskandar dan memperkenalkan Datuk Sri Ali Rustam sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang. Kesilapan begini tak sepatutnya berlaku dan amat memalukan.

Al-fatihah untuk Almarhum Tuanku Sultan Iskandar Al Haj Ibni Almarhum Sultan Ismail Al Khalidi, 8 April 1932 – 22 Januari 2010.

Wikipedia – Istiadat Pemakaman Sultan Iskandar

Edit (24 Jan – 11.54AM)
Rakyat Johor dan sesiapa sahaja yang berada di arah berkabung selama 7 hari bermula dari hari pemakaman. Jangan lupa. Nanti kalau Angkatan Setia Negeri Johor (Askar Sultan Johor) buat rondaan, kalau kena tindakkan nasib kau orang la.

Sepanjang tempoh berkabung, sesiapa sahaja yang berada di negeri Johor perlu :

- Lelaki Islam perlu memakai songkok yang mempunyai lilitan bewarna putih selebar 2 inci.
- Perempuan Islam perlu memakai tudung putih
- Bangsa dan agama lain perlu memakai lilitan 3 inci warna hitam di lengan kiri.

Lawak Geek – Upgrade

upgrade

@tekong pernah post lawak “Dialog programmer dan isterinya“. Bagi aku, seorang programmer yang berkahwin juga dengan programmer, perbualan tu mungkin kurang tepat. Haha. Semalam berlaku 2 perbualan yang sangat geek dan terserlah sifat programmernya. Memang boleh gelak besar kalau dengar perbualan ni. Tapi aku tak tau la kalau kau orang rasa tak lawak. Mungkin kena asah ke-geek-an kau orang dulu baru boleh baca balik entry ni kot. Haha.

Perbualan 1 – Suami Isteri

Suami : Si polan ni kahwin berapa? Dekat berita online ni sebut macam ada ramai pula bini dia.
Isteri : Kahwin 5.
Suami : Fuh! Abang nak kahwin 10 la kalau macam tu.
Isteri : Tak boleh. Kuota abang tak cukup. Kuota abang cuma ada 1 je.
Suami : Tak apa. Abang pergi upgrade sekarang.
Isteri : Tak boleh.
Suami : Dah approve pun. Bayar pakai paypal. :p
Isteri : :|

Perbualan 2 – Rakan sekerja

Programmer 1 : Cepat ah. Nanti kawan aku marah kalau lambat.
Programmer 2 : Kawan ke? Bukan girlfriend?
Programmer 1 : Mana ada.
Programmer 2 : Boleh upgrade kot.
Programmer 1 : Tak nak lah.
Programmer 2 : Dia ada trial version. Boleh cuba dulu. Kalau puas hati baru upgrade. Kalau tak, transfer pada orang lain.
Programmer 1 : ~!@#$%^&*()))___+

Perbualan-perbualan di atas tidaklah 100% sama. Ada yang di alih bahasa dan di olah sedikit. Tapi masih cuba di kekalkan inti pati perbualannya.





Better Tag Cloud