Apa kena dengan #yorais ni?

rais yatim membodek pak lah ke?

Gila panas, menyirap dan sakit hati dengan kenyataan yang di keluarkan oleh Rais Yatim. Baru beberapa hari di hentam di twitter mengenai kenyataan beliau tentang twitter dan facebook sehingga menjadi trending topic, semalam sekali lagi uncle ni (tiru Adnan Sempit) buat kenyataan yang gila menyakitkan hati. Apa yang dia cakap? Baca berita dibawah.

PULAU PINANG, 26 Jan (Bernama) — Kerajaan tidak berhasrat mengambil tindakan terhadap penulis blog yang memohon maaf secara terbuka kerana menyedari kesilapan dalam penulisan blog mereka, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Bagaimanapun, katanya, penulis blog yang terbabit dengan sesuatu kesalahan haruslah membuat permohonan maaf secara formal kepada pihak yang berkaitan.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas penulis blog Anduka Taruna yang didakwa menghina Almarhum Sultan Johor Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail yang mangkat Jumaat lalu.

Penulis blog berusia 29 tahun itu dilaporkan telah menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Baharu, Kelantan, semalam setelah polis menerima lebih dari 20 laporan mengenai tulisan dalam blognya.

Susulan daripada kecaman pelbagai pihak, penulis blog itu kemudian menyiarkan permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia terhadap keterlanjuran dirinya dalam blog itu dan menarik balik artikelnya itu.

Rais sebelum ini berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia akan menyiasat dan mengambil tindakan undang-undang mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang membawa hukuman penjara tiga hingga tujuh tahun.

Dari berita ni, banyak benda yang boleh di persoalkan. Mari aku senaraikan satu persatu.

  1. Betul ke ni hasrat kerajaan? Bila pula mesyuarat kabinet? Bukan ke mesyuarat kabinet setiap Rabu? Dan kenyataan ini di keluarkan pada hari selasa. Kalau dibincang di luar mesyuarat kabinet, boleh ke kata itu hasrat kerajaan? Kerajaan ni seorang dua je ke?
  2. Anduka Taruna ni menghina Almarhum Sultan Johor. Mengguris hati kerabat dan rakyat Johor. Uncle Rais ni kerabat Johor ke boleh jadi wakil maafkan Anduka Taruna ni?
  3. Ada lebih 20 laporan polis yang dibuat. Kalau Anduka Taruna ni di maafkan oleh uncle Rais, bermakna Uncle Rais tak hormat hak rakyat Malaysia yang tak puas hati terhadap mangkuk hayun durjana ni!
  4. Kalau benar penulis blog yang tulis benda yang salah di sisi undang-undang akan dilepaskan bila memohon maaf secara terbuka, aku pasti, lepas ini ramai blogger yang akan menulis perkara-perkara sensitif dan kemudian meminta maaf. Kalau ikut perasaan marah aku ni, aku nak tulis entry mencarut dan memaki hamun Uncle Rais ni dan kemudian aku minta maaf. Senang bukan? Tak perlu takut akan di ambil tindakkan.
  5. Rujuk balik pada point nombor 2, Uncle Rais bukanlah kerabat Johor mahupun rakyat Johor. Bagi aku Uncle Rais tak ada hak untuk memaafkan Anduka Taruna ni. Yang sepatutnya memaafkan adalah kerabat Johor dan rakyat Johor terutama yang membuat laporan polis.

Dalam berita lain, polis mengatakan bahawa Anduka Taruna tetap akan di dakwa. Cuma apa yang aku risau, kenyataan uncle Rais ni boleh mempengaruhi keputusan mahkamah nanti.

Bagi aku, uncle Rais dah tak layak duduk sebagai Menteri. Walau Kementerian mana sekali pun, uncle Rais bukan orang selayaknya. Nasihat aku, uncle Rais bersara atau Perdana Menteri patut menggantikan tempat uncle ni dengan orang yang lebih muda. Gaji menteri datang dari duit cukai. Kami sebagai rakyat yang membayar cukai, tak mahu ada menteri yang rajin mengeluarkan kenyataan yang bodoh dan tidak relevan seperti ini.

Sumber gambar : Din Merican

Penafian!


  • Semua pendapat/pandangan yang tertulis di blogpost adalah pandangan peribadi pemilik blog melainkan jika diterangkan pendapat/pandangan tersebut datang dari pihak lain.
  • Semua pendapat/pandangan yang tertulis di komen adalah pendapat peribadi pemiliknya dan tiada kaitan dengan pemilik blog.
  • Segala apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan majikan atau clients pemilik blog.

Sponsor




Comments

  1. says

    ahaha uncle rais ni aku tgk terlalu fokus dgn kebudayaan..langsung tak endah dengan masalah & isu teknologi komunikasi kt malaysia ni.

    aku tak tau la kenapa boleh letakkan kementerian komunikasi & kebudayaan kt bawah 1 bumbung..lebih2 lagi dgn menteri yg aku rasa tak layak untuk jadi menteri komunikasi (sori terkasar bahasa sket..geram).

    cuma pandangan peribadi aku je.
    .-= fadh´s last blog .. =-.

    [Reply]

    Mr Kay Em Why Reply:

    dia bukan tak endah masalah dan isu teknologi komunikasi. tapi dia handle masalah teknologi guna pemikiran kebudayaan. itu yang silap.

    komunikasi dan kebudayaan 2 perkara yang jauh beza dan 2-2 berskala besar. takpe, kau kutuk kaw2, lepas tu mintak maaf. gerenti boleh lepas punya. haha

    [Reply]

    ejam Reply:

    yg ni aku suka, teknologi maklumat dan komunikasi berubah setiap detik, kebudayaan merupakan warisan, kesamaannya tiada tapi diuruskan oleh org yg sama yg teguh dlm warisan lama yg taknak berubah mengikut kecanggihan teknologi komunikasi semasa…

    pemikiran uncle rais nie menjahanamkan kepercayaan pelabur luar utk melabur dlm teknologi komunikasi di Malaysia kerana terperap dlm warisan sahaja…

    kepada uncle rais, gunakan teknologi komunikasi utk mengindahkan seni warisan bukan menjadikan teknologi komunikasi sebagai mangsa warisan…
    .-= ejam´s last blog ..Oh!Melaka.com =-.

    [Reply]

    Mr Kay Em Why Reply:

    uncle rais dan seni seusia. datang dari zaman yang sama. tapi yang pelik, seni boleh terima perubahan dari zaman ke zaman, tapi uncle rais tak boleh. mungkin uncle rais ni technofobia. dari gaya dia mcm ada la sintom2 technofobia. haha

  2. epool86 says

    sebenarnya ramai yang tidak bersetuju apabila kementerian kebudayaan dibawah satu bumbung dgn kementerian multimedia dan komunikasi. mcm tiada kaitan langsung huhu.

    [Reply]

    Mr Kay Em Why Reply:

    tu la pasal. jauh beza sangat2. aih. pelik2 je la Malaysia sekarang ni.

    [Reply]

  3. says

    apelagi jom memaki. kalo maki menteri bley blah lagi. ini almarhum. sudahlah kerabat. Sudah mangkat pulak tuh.

    kalau kita maki mak adukataruna agaknya apa perasaan dia? bangga? senyum? gelak?

    nak pergi serah diri kat balai pon member bank in duit. Siap nak serah diri kat kota bhru sebab senang bini die org sana so leh letak bini duduk dengan family sementara dia kat balai.

    sakai. sakai. sakai.

    hahahaha.
    buat malu aje. hebat lah sangat.
    .-= anot´s last blog ..touched. =-.

    [Reply]

    Mr Kay Em Why Reply:

    banyak gila ko tau. mana ko dapat tau semua ni wei?

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge