Archive for the ‘Ragam Manusia’ Category

Tak pakai seluar dalam bukti cinta sejati?

SHAH ALAM – Female students in higher-learning institutes here are being persuaded not to wear panties on Valentine’s Day as an expression of true love for their boyfriends.

The “no-panties promotion“, being held for the first time, has apparently been gaining interest among the students, who are passing the news by word-of-mouth,Star Online reported.

Two students in their 20s from Shah Alam, known only as Ummi and Melissa, said they were aware of the “promotion.”

“I feel it is personal,” said Ummi with a smile.

Large group keen on it?

Valentine’s Day is a good time to express one’s love. And, what we use or don’t use is our right, our freedom. But we will do what is right. It’s a new world now.”

Melissa claimed that there was already a large group who planned to go ahead with it.

We will know how many by Valentine’s evening.

State Islamic Affairs Department (Jais) director Mohammed Khusrin Munawi said:

We will not allow Muslim students to be taken in by such celebrations that deviate from the teachings of Islam.”

sumber asli : Malaysian Mirror

Ini adalah gila dan menakutkan. Sangat gila. Tak pakai seluar dalam sebagai bukti cinta sejati pada teman lelaki? Bull shit! Kau tak pakai seluar dalam dan bagitau satu dunia? Macam nak galakkan statistik kes rogol meningkat.

Aku harap tak ada orang Islam yang akan turut serta dalam aktiviti gila ni. Valentines pon tak payah sambut la. Mengarut je semua tu. Baik kau orang cari sejarah asal Valentines dan pahamkan kenapa aku kata tak yah sambut. Nak sambut hari berkasih sayang? Hari-hari pon boleh. Kahwin cepat dan boleh berkasih sayang dengan lebih best dan dapat pahala!

Apa kata kau orang pula?

Kenapa Lelaki …?

Aku tak tahu nak kata ini kerja siapa. Tapi hati aku kuat mengatakan ini kerja perempuan. Walau ada yang kata mungkin kerja gay. Kalau dilihat, kelihatan lebih kepada perempuan. Haha. Mesti ada yang tertanya-tanya, apa yang aku merepek ni? Haha.

Sebenarnya, aku dah pernah buat satu entry seperti ini. Tentang keyword yang pelik-pelik. Kebelakangan ni, makin banyak pula entry yang berbentuk soalan yang bermula dengan “Kenapa lelaki …?” dan banyak juga keyword yang mencari jawapan kepada persoalan berkaitan dengan lelaki. Pelik sangat ke lelaki ni? Aku rasa kalau betul perempuan yang search keyword-keyword ni, orang tu lagi pelik kot? Jangan marah haa.

Marilah aku senaraikan sedikit keyword yang pelik tu. Aku cuba jawab sikit. Yang lain mungkin aku akan pertimbangkan untuk entry khas.

1. Kenapa lelaki
- Err, soalan kau sangat tergantung. Sila cuba lagi. Terima kasih.

2. Kenapa lelaki ada buah dada perempuan?
- Ah. Kau memang aneh. Apa yang kau cuba cari sebenarnya ni?

3. Kenapa lelaki kahwin awal
- Kalau aku rajin aku akan buat entry khas. Biar aku tanya yang lain dulu. Tapi tu pon kalau aku rajin la.

4. Kenapa lelaki kahwin dua
- Pada aku, mudah saja. Jodoh. Allah dah menetapkan jodoh dia sedemikian rupa.

5. Kenapa lelaki suka
- Mungkin kau juga yang guna keyword #1. Soalan tergantung. Sila cuba lagi. Terima kasih.

6. Kenapa lelaki suka alasan untuk bertunang
- Aku dah berkira-kira untuk buat entry untuk persoalan ini sejak hujung tahun lepas (ceh! bunyi mcm lama je. Padahal baru beberapa minggu lepas). Tapi jari-jari aku masih belum dapat menaip entry ini. Tunggulah nanti (kalau ada).

7. Kenapa lelaki suka buah dada perempuan?
- Soalan ni ada sedikit confuse. Mungkin si pencari terfikir “kenapa lelaki tidak suka buah dada bukan perempuan (lelaki/pondan)” atau sama dengan persoalan dengan entry ini.

8. Kenapa lelaki suka melihat buah dada
- Err. Tak reti jawab. Mungkin boleh guna jawapan untuk soalan #7 kot. Next question please!

9. Kenapa lelaki suka mengongkong perempuan?
- Jawapan aku ada di entry Soal Kay : Kenapa lelaki suka mengongkong? Sila baca.

10. Kenapa lelaki suka merajuk?
- Ye ke? Nak tarik perhatian kot. Atau nak bermanja-manja. Haha.

11. lelaki
- Kenapa? Apasal tergantung? Atau kau mencari lelaki untuk teman hidup? Kau seorang doktor perempuan? Cari Eddy. Kalau bukan, mungkin kau boleh cari @tekong, @khairul atau Khai. Haha. Gurau manja. Jangan marah ya :p

12. lelaki sengal
- Kau ada masalah dengan lelaki ke?

13. lelaki suka bahagian mana
- Soalan kau kurang jelas. Kalau ayam gorang, ramai yang suka drumstick a.k.a peha. Aku tak suka bahagian kepak. Haha.

14. lelaki suka buah dada besar
- Ini bukan soalan. Ini ayat penyata. Ayat kau nampak macam kau konfiden dengan pernyataan ni. Adakah kau betul-betul pasti?

Haha. Dari nak senaraikan keyword-keyword pelik, aku pegi layan jawab pula benda-benda merapu ni. Apa yang pasti, aku teringin nak tau siapa punya angkara ini. Haha. Ada berani? Kalu berani, sila mengaku di bahagian komen. Haha.

Dunia, oh dunia. Semakin ramai manusia aneh dalam dunia ini. Haha.

Kenapa Lelaki Suka Buah Dada?

Sebenarnya tajuk entry ni adalah berdasarkan keyword yang sangat banyak masuk ke blog ni sejak beberapa minggu ni. Aku kena terangkan dulu. Kalau tak nanti ada yang cakap “Kay sejak-sejak kawin ni asyik cerita pasal buah dada je”. Tak, tak. Aku cuma terkejut keyword ni sangat banyak.

Aku pun tak pandai nak jawab soalan ni. Ada sesiapa yang boleh tolong jawabkan? Wahai lelaki-lelaki Malaya sekalian. Haha. Aku serah kat kau orang la untuk jawab yek!

Ada lagi keyword-keyword yang berkaitan buah dada. Antaranya :

  • Betul ke lelaki suka buah dada besar
  • Buah dada besar
  • Buah dada kecil
  • Besarkan buah dada

Keyword-keyword lain macam tak sedap untuk di share di sini. Biar aku saja yang tahu. Tapi keyword yang “Besarkan buah dada” tu memang sangat tak boleh blah. Harap maklum kepada cik-cik dan puan-puan atau mungkin tuan-tuan sekalian. Di sini tak ada cara-cara untuk besarkan buah dada ya! Kalau ada para suami yang masuk ke sini untuk mencari cara-cara membesarkan buah dada isteri, apa kata kau pergi baca salah satu entry menarik Kak Jie.

Entry tamat di sini. Lelaki-lelaki malaya yang nak tolong jawab, sila jawab di komen. Kalau tak ada, boleh bersurai. Sambung kerja masing dengan fokus, bukan dengan nafsu! Haha.

Apa rasionalnya?

Tiba-tiba aku teringat pada seorang rakan sekelas semasa tingkatan 4. Apa khabar agaknya? Sejak aku berpindah ke sekolah lain (penghujung tahun ketika tingkatan 4), aku tidak lagi dapat menghubungi dia. Ya, seorang perempuan. Seorang kawan rapat yang saling berkongsi masalah hidup di hostel (tidak lebih dari itu).

Beberapa bulan selepas aku berpindah, aku pernah cuba hubungi no telefon yang pernah dia beri pada aku. Seorang wanita dewasa menjawab panggilan aku. Yang aku dapat hanyalah jawapan pendek, “tak ada” dengan nada yang agak tinggi dan diikuti dengan bunyi telefon di hempas. Aku pasti yang menjawab adalah ibu kepada kawan aku dan aku tahu ibu bapa kawan aku tidak membenarkan anaknya berkawan dengan lelaki.

Ini bukan pertama kali aku berdepan dengan situasi begini. Sudah banyak kali sebenarnya. Tapi baru sekarang aku terfikir, apa rasionalnya? Kenapa agaknya ibu bapa ini menghalang anak perempuan mereka untuk berkawan dengan lelaki?  Aku tahu dalam islam menyuruh membataskan pergaulan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim. Tapi tidakkah tindakkan untuk menghalang anak dari bergaul semasa zaman persekolahan agak keterlaluan? Bukanlah maksud aku bergaul terlampau bebas, tapi ada batasnya. Lagipun, lumrah manusia, makin di tegah, makin dibuat. Bukankah lebih elok jika benda seperti ini di tangani dengan lebih “halus” seperti pendekatan psikologi?

Sekarang, aku sedang berfikir, bagaimana caranya untuk aku menghubungi rakan aku yang seorang ini untuk memberi jemputan ke majlis perkahwinan aku nanti.

P/s : Aku menanti pendapat kalian, terutama yang dah ada anak dan menggunakan pendekatan seperti ini.

Aku pelupa, Maafkan aku…

Enam bulan lepas aku tinggalkan blog ni macam tu saja. Lansung tidak berupdate. Aku jengah kadang-kadang sahaja. Sekadar melihat kalau-kalau ada pesanan buat aku di MsjBox. Kadang kala aku jengah bila ada yang tanya kenapa blog aku tak dapat di akses.

Selama enam bulan itu juga aku meninggalkan kawan-kawan blogger ku. Jarang-jarang menjengah blog kawan-kawan. Terlalu sibuk dengan kerja dan tiada akses internet di rumah. Hanya berpeluang surf di pejabat.

Beberapa minggu lepas aku mula aktif berblog semula. Aku mula aktif menjengah blog-blog yang semakin banyak muncul semenjak aku tinggalkan dunia blog untuk seketika. Aku rajin-rajinkan diri untuk komen di blog-blog yang aku lawati. Tetapi ada masanya aku menerima kejutan dari blogger-blogger yang blognya aku lawati.

“Kay, lama tak dengar cerita kau”, “Eh? Kay, mana kau pergi? Lama kau hilang” antara ayat-ayat yang membuatkan aku terkejut. Aku terkejut kerana aku rasa aku tidak mengenali blogger tersebut sebelum ni. Tak, aku tak se-popular Encik Mael kita. Mungkin aku pernah mengenali blogger tersebut. Tetapi aku terlupa. Ya, aku pelupa. Tahap pelupa yang sangat kronik bagi tahap umur aku sekarang ini. (more…)

Manusia Aneh

Pelaku seks ganjil antara tiga jalani hukuman mati

TOKYO 17 Jun – Tiga pesalah dijatuhkan hukuman mati di Jepun termasuk seorang pembunuh bersiri yang juga pelaku seks ganjil, Tsutomu Miyazaki, 45, yang mengaku membunuh empat kanak-kanak perempuan dan melapah sebahagian daging mangsa-mangsa tersebut.Miyazaki digelar “Pembunuh Pelik” apabila begitu obses terhadap lakaran seks kartun yang dibuatnya dan juga seorang yang gemar melihat bahan-bahan lucah.Ini menyebabkan peguam belanya mendakwa Miyazaki mempunyai masalah mental sehingga dia tidak boleh dipertanggungjawabkan atas semua perbuatannya itu.Jepun dikatakan satu-satunya negara perindustrian yang masih melaksanakan hukuman bunuh yang diterima baik di kalangan penduduknya.”Kami melaksanakan hukuman mati ini dengan memilih mereka yang akan dibunuh itu dengan penuh rasa yakin dan bertanggungjawab,” kata Menteri Keadilan, Kunio Hatoyama pada satu sidang akhbar.Miyazaki ditahan pada Julai 1989 ketika didapati sedang mengambil gambar perempuan bogel dan hasil siasatan selepas penahanannya itu telah mengejutkan rakyat Jepun. Dia mengaku membunuh empat kanak-kanak perempuan yang berusia empat hingga tujuh tahun di Tokyo dan daging daripada dua tubuh kanak-kanak itu dimakan oleh Miyazaki.

Dia dikatakan mengerat tubuh mangsa, tidur di sebelah mayat mangsa dan menghirup darah mereka.

Miyazaki mendakwa menulis surat kepada media dengan menggunakan nama seorang perempuan dan mengaku bertanggungjawab melakukan jenayah tersebut.

Dia juga dikatakan telah mengirim kotak mengandungi anggota badan mangsa kepada keluarga kanak-kanak perempuan terbabit.

“Pembunuhan kejam terhadap empat kanak- kanak dan caranya memuaskan nafsu langsung tidak memberikannya peluang dan ruang untuk diampunkan kesalahannya itu,” kata Ketua Hakim, Tokiyasu Fujita.

Polis turut menemui hampir 6,000 pita video yang kebanyakannya mengandungi rakaman yang menyeramkan di rumah Miyazaki di Saitama dekat Tokyo.

Dalam perbicaraan yang berlangsung selama dua tahun, Mizayaki langsung tidak menyatakan rasa simpati dan bersalah terhadap mangsa dan keluarga mereka.

Malah dia hanya menyalahkan imej kartun, “Lelaki Tikus” yang beliau lukis sebagai bertanggungjawab terhadap perbuatannya melakukan jenayah tersebut.

Dia jua sering menjauhkan diri daripada keluarga sehingga bapanya yang tidak dapat menerima perbuatan anaknya itu, membunuh diri dengan terjun ke dalam sungai pada tahun 1994 yang menurut Miyazaki beliau berasa ‘lega’ dengan tindakan bapanya itu.

Namun dalam perbicaraan kes ini, pakar sakit jiwa setuju dengan dakwaan peguam bela mengenai sakit jiwa yang dialami oleh Miyazaki.

Dua pesalah yang turut dijatuhkan hukuman mati bersama-sama Miyazaki iaitu Shinji Mutsuda dan Yoshio Yamasaki atas kesalahan membunuh. (more…)

Ariff Shah
Sembang Komputer
GambarHehe
The Zestful IcedNyior
Wazy84
Qiilans87
WeddingKami
Special
Klik untuk menjadi kacak