
Hari ini, 9 Januari 2010. Genap 2 tahun adik Sharlinie hilang dan sampai sekarang masih tidak dijumpai. Tiada sebarang khabar berita mengenai adik sharlinie. Apa khabar agaknya dia? Masihkah bernafas atau tidak? Jika masih bernafas, di manakah dia berteduh? Jika tidak, di mana jasadnya? Di mana kuburnya? Jika masih hidup, semoga Allah mempertemukan adik Sharlinie dengan keluarganya. Jika tidak, semoga jasadnya dipelihara Allah dan rohnya dicucuri rahmat. Amin.
=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=
Rakan Blogger mohon bantuan!
Tengah hari tadi aku baca entry khas di blog azmanishak.com. Aku terkedu. Aku minta maaf pada Megat kerana aku sangkakan dia sedang pulih dari masalah yang di hadapi selama bertahun-tahun. Tidak aku sangka ada lagi masalah di hadapi oleh rakan blogger yang telah lama aku kenal ini.
Sedih, pilu dan hiba. Itulah perasaan aku ketika membaca entry terbaru di Megat.net. Ligat otak aku berfikir bagaimana aku boleh bantu. Namun selepas berkira-kira, aku tidak dapat membantu dari segi kewangan untuk bulan ini. Aku agak tersepit bulan ni. Apetah lagi aku juga kesakitan sejak kira-kira seminggu lalu.
Apa yang aku mampu buat untuk masa sekarang, hanya menyebarkan berita ini di sini dan memohon rakan-rakan pembaca yang berkemampuan untuk menghulurkan bantuan pada saudara kita ini. Bagi anda yang ingin menghulurkan bantuan, boleh di salurkan kepada :
Akaun CIMB.
Faisal Amirul Othman.
0123 0015 4575 21.
Aku doakan semoga saudara Megat dan keluarga terus tabah menghadapi dugaan yang turunkan oleh Allah. Sesungguhnya setiap kejadian pasti ada hikmahnya. Sentiasa ingat bahawa Allah tidak akan menurunkan ujian kepada hamba-Nya yang tidak mampu menanggung ujian tersebut. Maafkan aku kerana hanya ini yang aku mampu buat untuk masa ini.
Edit (tambahan)
Seorang blogger telah menganjurkan Kempen “Blogger – We Care!“. Letakkan ribbon “Blogger – We Care” di blog anda sekarang. RM 1 akan di sumbangkan kepada en. Megat untuk setiap blog yang diletakkan ribbon ini. Maklumat lanjut sila ke blog en. Hydir.