Archive for December, 2009

Rangkuman 2009

Lagi beberapa jam, 2009 akan melabuhkan tirai. Aku taklah sambut sangat tahun baru masihi ni. Aku baru sambut tahun baru 2 minggu lepas. Entry ni pun sekadar untuk merangkum apa yang berlaku dalam hidup aku sepanjang tahun.

Januari

Tahun 2009 bermula, aku telah pun beberapa hari bergelar tunangan orang. Sedar akan tanggungjawab yang besar akan dipikul, keputusan untuk mencari kerja baru. Banyak juga interview yang aku pergi. Akhirnya ada juga satu tawaran yang masuk.

Febuari

1 Febuari, aku melepaskan segala ketidakpuasan hati aku dengan notis berhenti kerja 24 jam. Walaupun aku terpaksa bayar pada syarikat, tapi aku puas hati. Segala yang terbuku dihati aku luahkan masa Quit Interview.

Mac

Nampaknya bulan Mac aku jalankan hidup seperti biasa. Hidup seorang programmer yang bosan. :|

April

Seperti bulan Mac, aku teruskan hidup seorang programmer yang sibuk dan membosankan. Lebih haru dan menyedihkan, aku tak update blog lansung! *duh!*

Mei

Bulan Mei juga aku tak dapat nak ingatt semula apa yang berlaku. Rasa seperti tak ada perkara menarik dan besar berlaku. Masih meneruskan kehidupan programmer yang sibuk dengan kerja dan juga persediaan kahwin. AhHa!

Jun

Kakak ipar aku kahwin. Dan aku masih meneruskan kehidupan aku yang sibuk. Persiapan kahwin aku pun di buat.
Dunia gempar dengan pemergian 3 orang selebriti. Salah seorang adalah Michael Jackson.

Julai

Persiapan majlis perkahwinan aku semakin giat di jalankan.
Rakyat Malaysia meratapi permegian pengarah terkenal, Yasmin Ahmad. Al-fatihah.

Ogos

Walaupun sudah masuk bulan Ramadhan, persiapan perkahwinan masih juga di jalankan. Kehidupan sebagai programmer juga sangat memuncak mengejar dateline.

September

Syawal menjelang. Aku menebalkan muka dengan menggantikan duit raya dengan kad jemputan perkahwinan. Haha.

Oktober

Aku selamat dinikahkan dan majlis perkahwinan sangat meriah walaupun di cemari dengan perkara-perkara yang tidak di ingini.

November

Pulang dari honeymoon dan meneruskan kehidupan sebagai programmer yang sangat sibuk.

Desember

Meneruskan kehidupan sebagai seorang programmer dan suami.

Macam tahun lepas juga, kehidupan seorang programmer memang sangat membosankan bukan? Ahaha.

Apa pun, dalam tahun 2009, aku berjaya melakukan beberapa perubahan pada blog ni. Awal bulan 10, aku periksa kedudukan blog ni di Alexa, lansung tak ada ranking untuk Malaysia. Sekarang ni, Alhamdulillah. Ada la juga kedudukan. Beberapa minggu lepas juga berlaku satu kejutan pada blog aku ni. Buat pertama kali dalam sejarah, blog aku menerima 5,378 pelawat dalam masa satu hari. Selalu nak dapat 100 pelawat sehari pun susah. Dan satu entry mencatatkan lebih kurang 7,000 kali di baca dalam masa satu hari.

2-3 hari ni aku periksa keyword yang masuk ke blog ni, ada yang masih mencari “Doa akhir dan awal tahun”. Kawan-kawan, doa tu untuk di baca pada akhir dan awal tahun hijrah, bukan masihi ya. Tapi kalau ada yang nak baca juga, tak salah aku rasa. Cuma bukankah lebih baik kita menyambut tahun baru hijrah?

Aku tak mahu bercerita tentang azam tahun baru. Biar aku simpan sendiri. Selamat Tahun Baru 2010 pada semua kawan-kawan dan pembaca blog ni. Semoga kita semua memperoleh rezeki dan kebahagian yang melimpah ruah.

“Semalam adalah kenangan, Hari ini adalah kenyataan dan esok adalah harapan.”

Ulasan Filem : Muallaf (Arahan Yasmin Ahmad)

Muallaf_Main Poster

Dah lama aku tak buat ulasan filem. Ulasan filem bukan sesuatu yang mudah. Apatah lagi untuk filem Muallaf arahan Allahyarhamah Yasmin Ahmad ini, sangat-sangat sukar sebenarnya. Filem yang mengundang banyak kontroversi sejak dalam proses pembikinan lagi. Dari kontroversi mengenai Sharifah Amani yang membotakkan kepala untuk filem ini sehinggalah kontroversi mengenai filem ini tersadai di Lembaga Penapisan Filem (LPF) Malaysia kerana dikatakan Yasmin Ahmad enggan mematuhi arahan pihak LPF untuk memotong beberapa adengan penting yang boleh mencetuskan sensitiviti agama di negara ini.

Filem Muallaf yang merupakan filem kelima Yasmin Ahmad di tayangkan di Malaysia lewat setahun dari tanyangan di Singapura. Malah filem Telentime yang menjalani pengambaran selepas Muallaf telah pun masuk panggung di Malaysia terlebih dahulu.

Sharifah Amani & Sharifah Aleysha

Filem ini membawa mesej-mesej keagamaan dan nilai-nilai murni dalam kehidupan. Biasanya bila menyentuh hal keagamaan, karya tersebut menjadi sangat berat. Begitu juga dengan filem ni. Penonton perlu berfikir untuk benar-benar memahami apa yang cuba di sampaikan Yasmin Ahmad Melalui filem ini. Tambahan pula beberapa dialog di tapis membuatkan penonton agak sukar memahami apa yang sedang cuba di sampaikan. Mungkin ada juga adengan yang di potong.

Filem ini mengisahkan 2 orang beradik, Rohani dan Rohana (lakonan Sharifah Amani & Sharifah Aleysha) yang kematian Mak cuba “menyelamatkan diri” dari Papa mereka. Mereka cuba melarikan diri ke Singapura dari Kuala Lumpur melalui Ipoh. Rohana seorang yang pendiam, berperangai sedikit ganjil kerana gemar menyebut kombinasi-kombinasi nombor yang menimbulkan tanda tanya pada orang lain. Seorang lagi watak utama, Brian (lakonan Brian Yap) merupakan seorang gBrian Yap, Sharifah Amani & Sharifah Aleysha - muallaf by yasmin ahmaduru yang datang dari keluarga yang sangat kuat pengangan pada ajaran Kristian. Brian cuba menjauhkan diri dari agama kerana pernah mengalami peristiwa hitam yang sangat memalukan ketika kecil atas nama agama.

Jangan ada yang salah faham. Filem ini tidak ada kena mengena dan bukan mengenai mereka yang baru masuk Islam ataupun biasa di panggil Muallaf. Durasi filem ini adalah 1 jam 33 Minit dan amaran aku, jalan cerita filem ini agak perlahan!

Info Muallaf
Klasifikasi: 18PL
Genre: Drama
Tarikh mula tayangan: 24 Dec 2009
Durasi: 1 Hour 33 Minutes,
Pengedar: Cathay-keris Films
Pelakon: Ning Baizura, Sharifah Aleysha, Sharifah Amani, Yeo Yann Yann, Brian Yap, Datuk Rahim Razali
Pengarah: Yasmin Ahmad
Overall Rating oleh Orange4K : Rating: ★★★☆☆

Sumber poster dan gambar : SultanMuzaffar, CinemaMalaysia

Ku Kenang Setahun Yang Lalu

Sepatutnya entry ni aku siapkan awal-awal dan publish awal pagi Isnin, 28 Dec 2009. Tapi sebab busy, niat tersebut tak terlaksana. Tapi aku cuba juga siapkan entry ni dan publish. Hehe.

28 Desember 2008, adalah salah satu tarikh bermakna. Tarikh yang keramat kerana berlakunya satu perkara yang ajaib dalam hidup aku. Hari dimana 2 keluarga bersetuju untuk satukan 2 jiwa dalam tempoh kurang setahun. Hari pertunangan aku dengan isteri aku. Ayat tak boleh blah. Haha.

Mungkin ada yang tertanya-tanya, kenapa aku kata pertunangan aku satu perkara yang ajaib dalam hidup aku. Lagi pon aku penah janji dengan beberapa orang untuk cerita macam mana 2 orang geek ni boleh berkahwin, jadi aku ambil kesempatan hari yang bermakna ni untuk cerita.

1 April 2008 – Hari pertama aku bekerja dengan satu syarikat IT di Kelana Jaya. Hari pertama perkenalan dengan isteri aku yang bekerja di syarikat tersebut. Hari pertama memang aku takde la tertarik ke apa kat isteri aku ni. Nama dengan rupa pun tak masuk dalam otak. haha. Lagi pun aku dah berpunya waktu tu. Tapi 2-3 hari lepas tu, aku mula sedar kewujudan awek programmer sejati kat pejabat tu. Maksud aku yang melayu lah. Bangsa lain aku tak hairan sangat.

Susah nak cari programmer perempuan terutama yang melayu yang betul-betul faham apa yang dia orang buat. Minggu pertama kat opis tu ada la beberapa kali wife aku mintak pendapat aku untuk task dia. Agak terkejut bila wife aku ni paham apa yang aku cakap sebab bila aku dah bercerita hal programming dan komputer, ayat aku agak complicated dan orang susah nak paham. Aku tak reti nak terangkan hal-hal komputer ni dalam bahasa melayu mudah. Jadi bila orang yang mendengar apa yang aku cakap tu faham, maknanya dia at least sama level dengan aku atau lebih hebat dari aku.

bangan lalang

Cuma 2 minggu aku lepak kat pejabat. Minggu ketiga aku dah kena kerja dekat client site. Tapi aku selalu gak chat dengan budak-budak ofis aku termasuklah wife aku ni. Masa tu ada budak-budak ofis aku bagitau aku yang wife aku ni di gosipkan dengan sorang lagi programmer. Dia orang sendiri tak dapat pastikan kesahihan gosip tu. Tapi masa tu wife aku ada cerita yang dia baru putus cinta. Jadi aku terasa istimewa sebab baru kenal tapi tahu lebih pasal wife aku ni dari budak-budak ofis. Haha.

Hujung bulan pertama aku kat syarikat tu, kelab rekreasi buat BBQ kat Bangan Lalang. Mula-mula tu aku tak berapa reti nak bergaul dengan bebudak ofis sebab baru sangat kenal dan ada yang aku tak penah jumpa. Masa BBQ tu aku ada la tolong-tolong bakar makanan-makanan yang ada. Sebab aku tak ada pengalaman, aku dok buat eksperimen itu ini untuk mempercepatkan makanan tu semua masak. Masa tu wife aku datang dan join aku buat eksperimen. Masa tu boleh pulak kita orang tak sedar budak-budak ofis dok snap gambar kita orang dan buat gosip terbaru. Siap ada yang keluar ayat “Kau orang memang sepadanlah. Ada jodoh kot kau orang ni”. Tak sangka ayat tu betul-betul jadi kenyataan.

Sejak tu aku semakin rapat dengan wife aku. Ada la keluar makan, tengok wayang beberapa kali. Perasaan tu belum betul-betul wujud. Tapi aku seronok  bila boleh bercerita pasal programming dengan dia. Tak ramai kawan aku yang boleh di ajak borak pasal programming. Masa bujang aku tinggal sorang-sorang je. Tak ada roommate ataupun housemate. Dapat teman borak pon dah cukup seronok. Tapi ada satu masa tu, aku dapat rasa macam wife aku cuba jauhkan diri dari aku. Aku tak tau kenapa. Aku cuma buat bodoh saja.

(more…)

Catatan Seorang Programmer

Amaran! Entry ini mungkin terlampau geeky dan mungkin boleh menyebabkan anda bosan dan tidak faham.

Aku tidak berapa ada mood untuk menulis blog sebenarnya. Semua ni “hotlinking prevention” punya pasal. Beberapa bulan lepas aku buat hotlinking prevention sebab ada blog politik yang guna image yang host dekat hosting aku. Itu yang aku buat image gantian yang sangat lucah sampai ada 2-3 forum kecoh dibuatnya. Ada jugak yang buat blog post seolah-olah pertikaikan apa yang aku buat. Jadi, aku dah offkan hotlinking prevention tu buat masa ni dan sedang cuba buat beberapa eksperimen untuk buat hotlinking prevention cara baru. Kalau menjadi, aku akan share kat sini dan insyaAllah cuba jadikan sebagai plugin wordpress. Itu pon kalau jadilah.

cleancode

Semalam aku bawak balik buku “Clean Code” milik pejabat aku ni. Baru baca 5 muka surat. Tapi aku dah rasa yang buku ni betul-betul bagus utk programmer belajar menulis code yang lebih bersih.

Aku tertarik dengan satu kisah benar yang diceritakan penulis dalam buku ni. Mengenai sebuah software house yang berjaya mengeluarkan satu produk yg di anggap “killer app” pada tahun 80an. Sayangnya, semakin banyak update pada app tersebut, semakin banyak masalah yang dihadapi pengguna dan semakin kerap pengguna menghadapi masalah “crashed” dan akhirnya pengguna tidak lagi menggunakan app tersebut dan software house terbabit terpaksa gulung tikar. Beberapa tahun kemudian, penulis berkenalan dengan salah seorang programmer yang bertanggungjawab dari awal pembinaan app terbabit. Penulis bertanya tentang masalah sebenar yang dihadapi. Programmer terbabit mengatakan mereka terlalu mengejar deadline. Mereka perlu release banyak features baru dalam masa yang singkat. Akibatnya banyak bug yang muncul dan mereka tidak punya masa untuk memperbetulkan masalah yang ada.

Bagi programmer, mesti faham moral dari cerita software house terbabitkan? Lagi satu perkara menarik, dalam buku ni ada tunjuk graf Produktiviti Vs. Masa. Yang mana produktiviti dan masa adalah berkadar sonsang. Semakin lama programmer bekerja dengan satu-satu projek, semakin menurun produktiviti mereka. Aku rasa sangat tepat! haha.

Aku akan cuba habiskan baca buku ni dan kongsikan disini. Sekarang entry tamat. Boleh sambung kerja.

Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun Hijrah

Jumaat ini, kita akan melangkah ke tahun baharu hijrah. Aku kongsikan Doa Akhir tahun dan Doa Awal Tahun Hijrah untuk di baca petang esok (Khamis, 17 Dec 2009). Semoga semua amalan kita di terima dan semua dosa di ampunkan oleh-Nya. Dan semoga kita menjadi insan lebih mulia, lebih bertakwa dan berhijah menjadi lebih baik dari sebelum ini. Amin…

Doa Akhir Tahun. Dibaca 3 kali pada penghujung waktu Asar, sebelum masuk waktu Maghrib.
doa-akhir-tahun

Doa Awal Tahun. Dibaca sebanyak 3 kali selepas solat Maghrib.
doa-awal-tahun

Sumber : Mutiara Hikmah

Flymas.mobi – as easy as 1, 2, 3!

Beberapa hari lepas aku terpandang iklan di surat khabar The Star. Iklan Malaysia Airlines System atau MAS tentang perkhidmatan terbaru mereka, “flymas.mobi”. Aku agak teruja. MAS mengambil langkah bijak. Teringat aku kisah bulan Julai lepas.

Julai 2009, aku dan keluarga berpeluang ke Sabah. Pergi dan balik menaiki MAS. Untuk penerbangan pergi, aku sempatlah buat “Online Check-in“. Bukan apa, penerbangan seawal 7 pagi. Takut-takut terlambat pula. Lagi pun ada printer, senang nak print Pas Berlepas. Untuk penerbangan balik ke semenanjung, aku terfikir untuk buat Online Check-in lagi sekali. Tapi sayangnya tak tau mana nak cari tempat nak print. Masa tu keluarga aku tunggu kawan ayah aku untuk hantar ke airport. Aku cuba untuk check-in menggunakan telefon bimbit tapi cuba bayangkan bertapa beratnya website MAS untuk di load oleh telefon bimbit biasa (yang bukan dikhususkan untuk internet). Setelah beberapa kali cubaan untuk membuka website MAS di telefon bimbit aku gagal, baru aku terfikir “kat mana aku nak print Pas Berlepas?”. Terus saja aku batalkan niat aku dan berharap kami sempat sampai di airport untuk check-in dalam tempoh masa yang ditetapkan.

flymas-english flymas-malay

Untuk mengakses perkhidmatan “Flymas.mobi” ni mudah saja, cuma taip flymas.mobi pada browser telefon bimbit anda. Perkhidmatan “Flymas.mobi” di sediakan dalam 2 bahasa, iaitu bahasa Inggeris (default) dan Bahasa Malaysia. Antara menu utama “Flymas.mobi” adalah :

  • Tempah Penerbangan (Book Flight) – Anda boleh menempah tiket penerbangan dengan harga murah yang ditawarkan. Anda juga boleh membayar menggunakan kad kredit. Apa yang lebih cool, anda boleh berkongsi itinerary anda dengan rakan-rakan di social media! Cool bukan?!
  • Tempahan Saya (My Booking) – Dengan hanya satu klik menggunakan telefon yang berteknologi tinggi (seperti telefon yang menggunakan Android, Blackberry dan iPhone) anda boleh memilih tempat duduk yang anda suka didalam penerbangan dan akan menghubungkan anda dengan Pas Berlepas Mobile (Mobile Boarding Pass). Wow! Inilah yang aku paling suka!features
  • Daftar Masuk (Check In)Sekarang kita semua dah tak perlukan printer untuk print pas berlepas! Kurangkan penggunaan kertas dengan hanya menunjukkan Pas Berlepas didalam telefon bimbit anda yang dilengkapi dengan 2D Barcode ketika mendaftar masuk! Memang berteknologi tinggi.
  • Status Penerbangan (Flight Status) – Ini adalah kemudahan Informasi Status Penerbangan secara real-time (real-time flight information status facility).
  • Jadual Penerbangan (Timetable) – Periksa jadual terkini ketibaan dan perlepasan penerbangan. Anda juga boleh terus menempah penerbangan dari jadual penerbangan dengan butir-butir penerbangan sedia terisi!
  • Hubungi Kami (Contacts) – Berhubung dengan mana-mana pejabat urusan MAS di seluruh dunia dan dapatkan penunjuk arah ke pejabat berkenaan secara mudah dengan Google Maps!
  • Pengesan Bagasi (Baggage Tracer) – Jika anda ada kehilangan barang semasa penerbangan, anda boleh memeriksa status barang berkenaan secara mudah dari mana-mana pelusuk dunia dengan menggunakan telefon bimbit anda!
  • Tawaran (Deals and Offers) – Periksa tawaran hebat walau dimana anda berada dan berjimat dengan Promosi Ekslusif pengguna “flymas.mobi” dan juga Promosi Harian.

flymas-bm-tawaran

Memang semua menu yang ada mempunyai ciri-ciri yang sangat-sangat COOL! Pelancaran perkhidmatan “flymas.mobi” ni memang tepat pada masanya dan sangat berguna untuk internet addict dan pengguna internet on-the-go seperti aku. Haha. Oh ya, terima kasih kepada MAS kerana menyediakan URL yang sangat ringkas dan mudah di ingat. Cuba bayangkan jika MAS mengikut trend terkini dengan hanya menggunakan domain website mereka dan hanya menambah subdomain untuk mobile (contoh mobile.malaysiaairlines.com atau m.malaysiaairlines.com). Memang letih nak menaip di telefon bimbit! Haha!

img_promo img_promo_elf

Sempena pelancaran perkhidmatan “Flymas.mobi”, Malaysia Airlines System bermurah hati untuk memberi pelanggan terawal mereka telefon iPhone 3G. Satu berita menarik bagi mereka yang mengidamkan iPhone dan juga pelanggan tetap MAS. Keterangan lanjut mengenai promosi ini anda boleh dapatkan di MHmobile.

P/s : MH is more than an airline code, MH is Malaysian Hospitality (MH bukan sekadar kod penerbangan, MH melambangkan hopitaliti kita).

Screenshot diambil menggunakan HTC Hero.
Sumber gambar promosi dan features : MHmobile

GambarHehe
Ariff Shah
hyprobulksms
Wazy84
The Zestful IcedNyior
Special