Posts Tagged ‘krabi’

Ku Kenang Setahun Yang Lalu

Sepatutnya entry ni aku siapkan awal-awal dan publish awal pagi Isnin, 28 Dec 2009. Tapi sebab busy, niat tersebut tak terlaksana. Tapi aku cuba juga siapkan entry ni dan publish. Hehe.

28 Desember 2008, adalah salah satu tarikh bermakna. Tarikh yang keramat kerana berlakunya satu perkara yang ajaib dalam hidup aku. Hari dimana 2 keluarga bersetuju untuk satukan 2 jiwa dalam tempoh kurang setahun. Hari pertunangan aku dengan isteri aku. Ayat tak boleh blah. Haha.

Mungkin ada yang tertanya-tanya, kenapa aku kata pertunangan aku satu perkara yang ajaib dalam hidup aku. Lagi pon aku penah janji dengan beberapa orang untuk cerita macam mana 2 orang geek ni boleh berkahwin, jadi aku ambil kesempatan hari yang bermakna ni untuk cerita.

1 April 2008 – Hari pertama aku bekerja dengan satu syarikat IT di Kelana Jaya. Hari pertama perkenalan dengan isteri aku yang bekerja di syarikat tersebut. Hari pertama memang aku takde la tertarik ke apa kat isteri aku ni. Nama dengan rupa pun tak masuk dalam otak. haha. Lagi pun aku dah berpunya waktu tu. Tapi 2-3 hari lepas tu, aku mula sedar kewujudan awek programmer sejati kat pejabat tu. Maksud aku yang melayu lah. Bangsa lain aku tak hairan sangat.

Susah nak cari programmer perempuan terutama yang melayu yang betul-betul faham apa yang dia orang buat. Minggu pertama kat opis tu ada la beberapa kali wife aku mintak pendapat aku untuk task dia. Agak terkejut bila wife aku ni paham apa yang aku cakap sebab bila aku dah bercerita hal programming dan komputer, ayat aku agak complicated dan orang susah nak paham. Aku tak reti nak terangkan hal-hal komputer ni dalam bahasa melayu mudah. Jadi bila orang yang mendengar apa yang aku cakap tu faham, maknanya dia at least sama level dengan aku atau lebih hebat dari aku.

bangan lalang

Cuma 2 minggu aku lepak kat pejabat. Minggu ketiga aku dah kena kerja dekat client site. Tapi aku selalu gak chat dengan budak-budak ofis aku termasuklah wife aku ni. Masa tu ada budak-budak ofis aku bagitau aku yang wife aku ni di gosipkan dengan sorang lagi programmer. Dia orang sendiri tak dapat pastikan kesahihan gosip tu. Tapi masa tu wife aku ada cerita yang dia baru putus cinta. Jadi aku terasa istimewa sebab baru kenal tapi tahu lebih pasal wife aku ni dari budak-budak ofis. Haha.

Hujung bulan pertama aku kat syarikat tu, kelab rekreasi buat BBQ kat Bangan Lalang. Mula-mula tu aku tak berapa reti nak bergaul dengan bebudak ofis sebab baru sangat kenal dan ada yang aku tak penah jumpa. Masa BBQ tu aku ada la tolong-tolong bakar makanan-makanan yang ada. Sebab aku tak ada pengalaman, aku dok buat eksperimen itu ini untuk mempercepatkan makanan tu semua masak. Masa tu wife aku datang dan join aku buat eksperimen. Masa tu boleh pulak kita orang tak sedar budak-budak ofis dok snap gambar kita orang dan buat gosip terbaru. Siap ada yang keluar ayat “Kau orang memang sepadanlah. Ada jodoh kot kau orang ni”. Tak sangka ayat tu betul-betul jadi kenyataan.

Sejak tu aku semakin rapat dengan wife aku. Ada la keluar makan, tengok wayang beberapa kali. Perasaan tu belum betul-betul wujud. Tapi aku seronokĀ  bila boleh bercerita pasal programming dengan dia. Tak ramai kawan aku yang boleh di ajak borak pasal programming. Masa bujang aku tinggal sorang-sorang je. Tak ada roommate ataupun housemate. Dapat teman borak pon dah cukup seronok. Tapi ada satu masa tu, aku dapat rasa macam wife aku cuba jauhkan diri dari aku. Aku tak tau kenapa. Aku cuma buat bodoh saja.

(more…)

Wazy84
The Zestful IcedNyior
Ariff Shah