Ku Kenang Setahun Yang Lalu

Sepatutnya entry ni aku siapkan awal-awal dan publish awal pagi Isnin, 28 Dec 2009. Tapi sebab busy, niat tersebut tak terlaksana. Tapi aku cuba juga siapkan entry ni dan publish. Hehe.

28 Desember 2008, adalah salah satu tarikh bermakna. Tarikh yang keramat kerana berlakunya satu perkara yang ajaib dalam hidup aku. Hari dimana 2 keluarga bersetuju untuk satukan 2 jiwa dalam tempoh kurang setahun. Hari pertunangan aku dengan isteri aku. Ayat tak boleh blah. Haha.

Mungkin ada yang tertanya-tanya, kenapa aku kata pertunangan aku satu perkara yang ajaib dalam hidup aku. Lagi pon aku penah janji dengan beberapa orang untuk cerita macam mana 2 orang geek ni boleh berkahwin, jadi aku ambil kesempatan hari yang bermakna ni untuk cerita.

1 April 2008 – Hari pertama aku bekerja dengan satu syarikat IT di Kelana Jaya. Hari pertama perkenalan dengan isteri aku yang bekerja di syarikat tersebut. Hari pertama memang aku takde la tertarik ke apa kat isteri aku ni. Nama dengan rupa pun tak masuk dalam otak. haha. Lagi pun aku dah berpunya waktu tu. Tapi 2-3 hari lepas tu, aku mula sedar kewujudan awek programmer sejati kat pejabat tu. Maksud aku yang melayu lah. Bangsa lain aku tak hairan sangat.

Susah nak cari programmer perempuan terutama yang melayu yang betul-betul faham apa yang dia orang buat. Minggu pertama kat opis tu ada la beberapa kali wife aku mintak pendapat aku untuk task dia. Agak terkejut bila wife aku ni paham apa yang aku cakap sebab bila aku dah bercerita hal programming dan komputer, ayat aku agak complicated dan orang susah nak paham. Aku tak reti nak terangkan hal-hal komputer ni dalam bahasa melayu mudah. Jadi bila orang yang mendengar apa yang aku cakap tu faham, maknanya dia at least sama level dengan aku atau lebih hebat dari aku.

bangan lalang

Cuma 2 minggu aku lepak kat pejabat. Minggu ketiga aku dah kena kerja dekat client site. Tapi aku selalu gak chat dengan budak-budak ofis aku termasuklah wife aku ni. Masa tu ada budak-budak ofis aku bagitau aku yang wife aku ni di gosipkan dengan sorang lagi programmer. Dia orang sendiri tak dapat pastikan kesahihan gosip tu. Tapi masa tu wife aku ada cerita yang dia baru putus cinta. Jadi aku terasa istimewa sebab baru kenal tapi tahu lebih pasal wife aku ni dari budak-budak ofis. Haha.

Hujung bulan pertama aku kat syarikat tu, kelab rekreasi buat BBQ kat Bangan Lalang. Mula-mula tu aku tak berapa reti nak bergaul dengan bebudak ofis sebab baru sangat kenal dan ada yang aku tak penah jumpa. Masa BBQ tu aku ada la tolong-tolong bakar makanan-makanan yang ada. Sebab aku tak ada pengalaman, aku dok buat eksperimen itu ini untuk mempercepatkan makanan tu semua masak. Masa tu wife aku datang dan join aku buat eksperimen. Masa tu boleh pulak kita orang tak sedar budak-budak ofis dok snap gambar kita orang dan buat gosip terbaru. Siap ada yang keluar ayat “Kau orang memang sepadanlah. Ada jodoh kot kau orang ni”. Tak sangka ayat tu betul-betul jadi kenyataan.

Sejak tu aku semakin rapat dengan wife aku. Ada la keluar makan, tengok wayang beberapa kali. Perasaan tu belum betul-betul wujud. Tapi aku seronokĀ  bila boleh bercerita pasal programming dengan dia. Tak ramai kawan aku yang boleh di ajak borak pasal programming. Masa bujang aku tinggal sorang-sorang je. Tak ada roommate ataupun housemate. Dapat teman borak pon dah cukup seronok. Tapi ada satu masa tu, aku dapat rasa macam wife aku cuba jauhkan diri dari aku. Aku tak tau kenapa. Aku cuma buat bodoh saja.

Ogos 2008 – Syarikat tempat aku kerja bawak staff makan angin dekat Krabi, Thailand. Masa tu aku rasa agak terpinggir. Aku tak rapat dengan sesiapa sangat sebab 4 bulan aku kerja kat syarikat tu, cuma 2 minggu aku dekat ofis. So, yang ada kat ofis lebih kamceng sesama sendiri. Wife aku siap perli aku dengan panggilan Mr Lonely sebab aku lebih suka bersendirian. Masa kat Krabi wife aku selalu gak ke sana sini dengan mamat yang di gosipkan dengan dia. Mamat tu pon nampak overprotective. Lansung tak boleh nampak aku dekat dengan wife aku. Macam-macam yang cuba dibuat. Aku hampir bertumbuk dengan mamat tu. Haha. Nampak wife aku rapat dengan mamat tu buat aku rasa macam ada satu perasaan pelik. Mula-mula aku tak faham dan buat tak tau. Lama-lama baru aku dapat rasa yang aku cemburu. Haha. Baru aku sedar aku dah betul-betul fall-in-love.

krabi

Balik dari Krabi, aku rasa macam tak boleh nak simpan lagi perasaan tu. Aku ajak wife aku keluar makan untuk luahkan apa yang aku rasa. Sebelum-sebelum tu aku dah biasa cerita masalah aku kat dia. Dia tau macam mana menonggengnya aku frust dengan ex-gf aku. So masa aku ajak dia keluar makan, dia ingat aku ada masalah macam biasa. Bila aku dah luahkan perasaan aku, terkujat jugaklah dia. Tapi dia boleh control dan berlagak maintain. Ceh! haha.

Wife aku ni bukan senang nak di ngorat. Dia tak ada komen apa-apa dan tak ada bangkitkan lansung pasal luahan perasaan aku pada dia. Akhirnya, pada 24 ogos 2008, dia terima aku. Lebih istimewa, masa tu kita orang tengah menonton Pertandingan Bunga Api Antarabangsa di Putrajaya. Bertapa romantiknya waktu tu. Oh! Haha.

Awal percintaan agak mencabar. Tidak seperti orang lain yang sentiasa berbunga-bunga sakura yang kembang mekar diwaktu pagi awal percintaan. Dalam diam ada yang cuba menjahanamkan perhubungan kita orang dengan menabur pelbagai cerita tentang aku di depan wife aku dan pastinya mengharapkan hubungan kami tidak berjaya. Aku tidak tahu pada awalnya. Yang aku tahu cuma sikap wife aku yang sangat dingin. Macam-macam cara aku buat untuk menarik perhatian termasuk buat surprise dengan menghantar bunga ke rumah sewa dia. Akhirnya dia mula menerima aku seadanya dan kami mengambil keputusan untuk merahsiakan perhubungan dari pengetahuan ramai pihak terutama budak-budak ofis.

Aku tidak mahu terus bercinta tanpa ikatan yang sah. Aku ambil keputusan untuk meminta kedua orang tua aku untuk meminang si dia. Sekali lagi kami di duga. Orang tua aku keberatan untuk membenarkan aku berkahwin. Katanya aku masih muda dan belum bersedia. Haha! Pelbagai cara aku lakukan untuk memujuk kedua orang tua ku. Akhirnya mereka setuju. Bila aku rasakan usaha aku memujuk orang tua ku hampir berjaya, aku mendaftarkan diri untuk kursus perkahwinan dan juga pergi membeli cincin pertunangan.

Sebaik sahaja kami membeli cincin pertunangan, aku dapat panggilan dari orang tua aku. Perbualan yang ringkas tapi sangat bermakna. Antara yang aku ingat, orang tua aku kata “Esok abah call orang sana. Rombongan 25 hb atau 28hb. Tengok bila pakcik kau lapang sebab nak suruh dia jadi wakil. Kita mintak buat simple2 aje”. Aku masih ingat hari itu adalah 20hb Desember 2008. Ya, seminggu sahaja jaraknya.

kek kahwin Geek

Selepas 9 bulan 18 hari bergelar tunangan orang, akhirnya kami di nikahkan. Alhamdulillah. Dan kami masih bercinta. Lebih manis, lebih berkembang dan lebih indah dari bunga-bunga sakura yang berkembang (uceh! Ayat saja nak kasi meleleh. Haha).

honeymoon

Penafian!


  • Semua pendapat/pandangan yang tertulis di blogpost adalah pandangan peribadi pemilik blog melainkan jika diterangkan pendapat/pandangan tersebut datang dari pihak lain.
  • Semua pendapat/pandangan yang tertulis di komen adalah pendapat peribadi pemiliknya dan tiada kaitan dengan pemilik blog.
  • Segala apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan majikan atau clients pemilik blog.

Sponsor




Comments

  1. says

    wahahhahaha..comel jer aku baca kisah ko ni..dah la detail plak tuh…kawin dah..anak bila nak kuar ni? kena race ngan si azman ishak ni…hehe

    [Reply]

    Mr Kay Em Why Reply:

    detailkan? aku rasa mcm nak edit je ni. tak pon set sbg private entry. isk.

    race dgn azman? dia dah confirm ada tu. aku pulak belum nampak lagi. insyaAllah, kalau ada rezeki nnt ;-)

    [Reply]

    Kreuger Reply:

    kekeke… apa plak main race-race neh.
    kita terima rezeki kurniaan tuhan.
    kalau belom ade tuh, kene lipat gandakan
    usaha. haha..

    ape pon.. best jugak bace kesah ni.
    syabbas bro. erk lupe nak tanye
    umur berapa eh?

    [Reply]

    Mr Kay Em Why Reply:

    betul bro. ikut rezeki masing2 la kan. kita cuma boleh usaha. haha

    thanks bro. err.. pasal umur tu, aku sentiasa kekal 18 tahun. tapi aku lahir 1985. :p

  2. says

    susah nk bygkan camne rasanya bila berkerja kt tpt kita xda geng, pastu tmbh2 plak ramai yg nak perdajalkan kita..huhu

    [Reply]

    Mr Kay Em Why Reply:

    geng tu ada. tapi masa dekat krabi tu mcm aku yg rasa tersisih sikit. aku ni awal2 agak penyegan dan dgn sesetengah org, aku mcm susah dan lambat nak masuk sket. yang dok pedajalkan aku sorg je. aku rahsiakan dari budak2 ofis pon atas alasan tak nak ada “conflict of interest”

    [Reply]

  3. says

    sungguh detail kisah kau nie, bleh buat novel…
    bagus ler perkenalan korg nmpk menarik, baru ler terasa mencabar mengejar cinta
    bercinta lepas kawen lagi seronok kan…semuanya halal (yg ternyata halalnya sajer..hehe)

    1st time jumpa kau kat mmu melaka waktu kita gie gathering jiwang network tu nmpk kurus sikit, tp skrg dah makin sihat, pandai org umah kau jaga perut kau…hehe

    semoga 2010 dan seterusnya bahagia itu tetap bertahan dan semakin kukuh…

    [Reply]

    Mr Kay Em Why Reply:

    aku pon tak tau mcm mana aku bleh cerita dengan detail mcm ni. rasa mcm nak sorokkan je entry ni. haha

    bila aku start keje mmg badan aku semakin membesar. tapi bulan puasa tahun lepas aku dah berkurangan sket. sejak lepas bertunang aku mula besar balik. mungkin sebab hati riang. haha

    insyaAllah, semoga kita semua dikurniakan bahagia untuk selamanya. Amin..

    [Reply]

  4. says

    kay..bebetul detail citer sejarah antara ko dgn mun ni huhu. tp tu la jodoh kan..kte x bley nk predict dgn sape n bila. Allah yg lebih mengetahui.

    neway..selamat mengharungi tahun 2010 esok. harap semuanye akan baik utk ko n mun..InsyaAllah.

    [Reply]

    Mr Kay Em Why Reply:

    betul apa yang kau cakap tu. Semoga 2010 menjadi tahun yang terbaik pada kita semua ;-)

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge