Rangkuman 2009

Lagi beberapa jam, 2009 akan melabuhkan tirai. Aku taklah sambut sangat tahun baru masihi ni. Aku baru sambut tahun baru 2 minggu lepas. Entry ni pun sekadar untuk merangkum apa yang berlaku dalam hidup aku sepanjang tahun.

Januari

Tahun 2009 bermula, aku telah pun beberapa hari bergelar tunangan orang. Sedar akan tanggungjawab yang besar akan dipikul, keputusan untuk mencari kerja baru. Banyak juga interview yang aku pergi. Akhirnya ada juga satu tawaran yang masuk.

Febuari

1 Febuari, aku melepaskan segala ketidakpuasan hati aku dengan notis berhenti kerja 24 jam. Walaupun aku terpaksa bayar pada syarikat, tapi aku puas hati. Segala yang terbuku dihati aku luahkan masa Quit Interview.

Mac

Nampaknya bulan Mac aku jalankan hidup seperti biasa. Hidup seorang programmer yang bosan. :|

April

Seperti bulan Mac, aku teruskan hidup seorang programmer yang sibuk dan membosankan. Lebih haru dan menyedihkan, aku tak update blog lansung! *duh!*

Mei

Bulan Mei juga aku tak dapat nak ingatt semula apa yang berlaku. Rasa seperti tak ada perkara menarik dan besar berlaku. Masih meneruskan kehidupan programmer yang sibuk dengan kerja dan juga persediaan kahwin. AhHa!

Jun

Kakak ipar aku kahwin. Dan aku masih meneruskan kehidupan aku yang sibuk. Persiapan kahwin aku pun di buat.
Dunia gempar dengan pemergian 3 orang selebriti. Salah seorang adalah Michael Jackson.

Julai

Persiapan majlis perkahwinan aku semakin giat di jalankan.
Rakyat Malaysia meratapi permegian pengarah terkenal, Yasmin Ahmad. Al-fatihah.

Ogos

Walaupun sudah masuk bulan Ramadhan, persiapan perkahwinan masih juga di jalankan. Kehidupan sebagai programmer juga sangat memuncak mengejar dateline.

September

Syawal menjelang. Aku menebalkan muka dengan menggantikan duit raya dengan kad jemputan perkahwinan. Haha.

Oktober

Aku selamat dinikahkan dan majlis perkahwinan sangat meriah walaupun di cemari dengan perkara-perkara yang tidak di ingini.

November

Pulang dari honeymoon dan meneruskan kehidupan sebagai programmer yang sangat sibuk.

Desember

Meneruskan kehidupan sebagai seorang programmer dan suami.

Macam tahun lepas juga, kehidupan seorang programmer memang sangat membosankan bukan? Ahaha.

Apa pun, dalam tahun 2009, aku berjaya melakukan beberapa perubahan pada blog ni. Awal bulan 10, aku periksa kedudukan blog ni di Alexa, lansung tak ada ranking untuk Malaysia. Sekarang ni, Alhamdulillah. Ada la juga kedudukan. Beberapa minggu lepas juga berlaku satu kejutan pada blog aku ni. Buat pertama kali dalam sejarah, blog aku menerima 5,378 pelawat dalam masa satu hari. Selalu nak dapat 100 pelawat sehari pun susah. Dan satu entry mencatatkan lebih kurang 7,000 kali di baca dalam masa satu hari.

2-3 hari ni aku periksa keyword yang masuk ke blog ni, ada yang masih mencari “Doa akhir dan awal tahun”. Kawan-kawan, doa tu untuk di baca pada akhir dan awal tahun hijrah, bukan masihi ya. Tapi kalau ada yang nak baca juga, tak salah aku rasa. Cuma bukankah lebih baik kita menyambut tahun baru hijrah?

Aku tak mahu bercerita tentang azam tahun baru. Biar aku simpan sendiri. Selamat Tahun Baru 2010 pada semua kawan-kawan dan pembaca blog ni. Semoga kita semua memperoleh rezeki dan kebahagian yang melimpah ruah.

“Semalam adalah kenangan, Hari ini adalah kenyataan dan esok adalah harapan.”

Penafian!


  • Semua pendapat/pandangan yang tertulis di blogpost adalah pandangan peribadi pemilik blog melainkan jika diterangkan pendapat/pandangan tersebut datang dari pihak lain.
  • Semua pendapat/pandangan yang tertulis di komen adalah pendapat peribadi pemiliknya dan tiada kaitan dengan pemilik blog.
  • Segala apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan majikan atau clients pemilik blog.

Sponsor




Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge