Posts Tagged ‘Ning Baizura’

Ulasan Filem : Muallaf (Arahan Yasmin Ahmad)

Muallaf_Main Poster

Dah lama aku tak buat ulasan filem. Ulasan filem bukan sesuatu yang mudah. Apatah lagi untuk filem Muallaf arahan Allahyarhamah Yasmin Ahmad ini, sangat-sangat sukar sebenarnya. Filem yang mengundang banyak kontroversi sejak dalam proses pembikinan lagi. Dari kontroversi mengenai Sharifah Amani yang membotakkan kepala untuk filem ini sehinggalah kontroversi mengenai filem ini tersadai di Lembaga Penapisan Filem (LPF) Malaysia kerana dikatakan Yasmin Ahmad enggan mematuhi arahan pihak LPF untuk memotong beberapa adengan penting yang boleh mencetuskan sensitiviti agama di negara ini.

Filem Muallaf yang merupakan filem kelima Yasmin Ahmad di tayangkan di Malaysia lewat setahun dari tanyangan di Singapura. Malah filem Telentime yang menjalani pengambaran selepas Muallaf telah pun masuk panggung di Malaysia terlebih dahulu.

Sharifah Amani & Sharifah Aleysha

Filem ini membawa mesej-mesej keagamaan dan nilai-nilai murni dalam kehidupan. Biasanya bila menyentuh hal keagamaan, karya tersebut menjadi sangat berat. Begitu juga dengan filem ni. Penonton perlu berfikir untuk benar-benar memahami apa yang cuba di sampaikan Yasmin Ahmad Melalui filem ini. Tambahan pula beberapa dialog di tapis membuatkan penonton agak sukar memahami apa yang sedang cuba di sampaikan. Mungkin ada juga adengan yang di potong.

Filem ini mengisahkan 2 orang beradik, Rohani dan Rohana (lakonan Sharifah Amani & Sharifah Aleysha) yang kematian Mak cuba “menyelamatkan diri” dari Papa mereka. Mereka cuba melarikan diri ke Singapura dari Kuala Lumpur melalui Ipoh. Rohana seorang yang pendiam, berperangai sedikit ganjil kerana gemar menyebut kombinasi-kombinasi nombor yang menimbulkan tanda tanya pada orang lain. Seorang lagi watak utama, Brian (lakonan Brian Yap) merupakan seorang gBrian Yap, Sharifah Amani & Sharifah Aleysha - muallaf by yasmin ahmaduru yang datang dari keluarga yang sangat kuat pengangan pada ajaran Kristian. Brian cuba menjauhkan diri dari agama kerana pernah mengalami peristiwa hitam yang sangat memalukan ketika kecil atas nama agama.

Jangan ada yang salah faham. Filem ini tidak ada kena mengena dan bukan mengenai mereka yang baru masuk Islam ataupun biasa di panggil Muallaf. Durasi filem ini adalah 1 jam 33 Minit dan amaran aku, jalan cerita filem ini agak perlahan!

Info Muallaf
Klasifikasi: 18PL
Genre: Drama
Tarikh mula tayangan: 24 Dec 2009
Durasi: 1 Hour 33 Minutes,
Pengedar: Cathay-keris Films
Pelakon: Ning Baizura, Sharifah Aleysha, Sharifah Amani, Yeo Yann Yann, Brian Yap, Datuk Rahim Razali
Pengarah: Yasmin Ahmad
Overall Rating oleh Orange4K : Rating: ★★★☆☆

Sumber poster dan gambar : SultanMuzaffar, CinemaMalaysia

Wazy84
The Zestful IcedNyior
Ariff Shah