Archive for the plugin Category

Aku update lagi. Ya, kali ni aku kembali dengan entry rojak. Kenapa? Sebab aku ada banyak yang nak kongsi pada kau-orang semua. Entry Terima Kasih lalu aku taip dalam keadaan tidak cukup tidur dan otak yang letih. Jadi banyak yang tertinggal. Jadi aku tambah-tambah sikit dan dicampur dengan pelbagai cerita lain.

 

Sambungan Entry Terima Kasih

Aku terlupa tentang keyword yang membawa pengunjung ke sini dari search engine. Aku rasa tak perlu aku tulis secara terperinci tentang keyword itu semua. Ada banyak keyword dalam satu skop yang membawa pengunjung ke sini telah berjaya menarik perhatian aku. Skop CINTA. Aku tertarik sebab aku sedar aku sudah lama tidak menulis apa-apa dalam skop cinta. Kali terakhir aku menulis pendapat tentang cinta pada bulan Mac 2006. 2 tahun lalu. Bercerita tentang Baik buruk Hubungan Jarak Jauh dan Hubungan Jarak Dekat. Aku bukan pakar cinta. Tapi aku mahu tahu apa yang kau-orang cari sebenarnya mengenai cinta sehingga kau-orang boleh sampai ke sini. Tinggalkan pertanyaan kau-orang di borang Hubungi Kay. InsyaAllah, aku akan cuba tulis entry dengan pandangan aku tentang apa yang kau-orang cari.

Google Analytics

MohdHafifi tanya aku tentang Google Analytics. Aku sudah jawap sedikit di komen tersebut. Aku tambah lagi sikit kat sini. Bagi kau-orang yang guna wordpress dan baru nak letak Google Analytics kat blog, aku cadangkan kau-orang gunakan “Another Wordpress Tracker Plugin“. Plugin ni menyenangkan kerja kau-orang. Kalau guna cara manual, kau perlu letak pada theme. Bila kau-orang tukar theme, bertambah kerja untuk masukkan tracker code ni ke dalam theme baru. Kalau kau-orang ada penyakit pelupa seperti aku, alamatnya tak ada tracker yang pantau trafik blog kau. Plugin ni sesuai untuk semua jenis tracker. Bukan setakat Google Analytics. Cubalah.

Double Standard?

Pagi tadi sebelum ke pejabat, aku singgah di Celcom Point Cawangan Taman Tun Dr Ismail untuk selesaikan masalah pembayaran bil Celcom aku. Pertama kali aku singgah kawasan tu. Agak susah nak dapatkan tempat letak kereta kat kawasan tu. 20 minit aku berpusing-pusing cari tempat letak kereta. Ramai yang double park. Aku tak nak ambil risiko walaupun aku tau urusan aku boleh diselesaikan kurang 10 minit sebab aku awal-awal dah ternampak Penguatkuasa MBPJ tengah berkeliaran. Akhirnya aku dapat satu petak letak kereta kosong tak jauh dari Celcom Point. Aku letak kereta aku dibelakang sebuah Harrier yang diletakkan diluar petak letak kereta, betul-betul disimpang

Click to continue reading "Entry Rojak #7"