Widget HTML Waktu Berbuka bagi Blogspot

Minggu lepas, aku dan isteri telah melancarkan plugin WordPress Waktu Berbuka sempena bulan Ramadhan yang baru bermula ini. Sejak dari pelancaran, banyak permintaan di terima untuk aku menjadikan plugin tersebut dalam bentuk HTML yang boleh di guna pakai di Blogspot dan web-web lain.

Setelah beberapa hari mencari-cari cara terbaik untuk menyediakan widget ini, akhirnya aku mengambil keputusan untuk membuat widget ini dalam bentuk iFrame. Bagi aku, ini bukan solution terbaik. Tapi solution tercepat untuk menyediakan widget ini.

Widget ini boleh di paparkan di laman web dengan memanggil URL seperti di bawah menggunakan iFrame:

http://labs.kay.my/waktu-berbuka/widget/kod:<kod_kawasan>/url:<url_web_anda>

Gantikan <kod kawasan> dengan kod bagi kawasan pilihan anda. Kod kawasan boleh di dapati di page ini.
Gantikan <url web anda> dengan URL blog atau website anda tanpa “http://”. Contoh : “www.orange4k.com“. Pastikan tiada jarak.

Contoh kod penuh yang perlu di masukkan ke dalam sidebar blog anda (termasuk kod iframe):

<iframe src="http://labs.kay.my/waktu-berbuka/widget/kod:jhr01/url:www.orange4k.com" frameborder="0" width="100%" height="200"></iframe>

Sila ubah size height mengikut kesesuaian blog/web anda.

Langkah-langkah untuk memasukkan widget ini ke dalam blog anda yg berada di blogspot :

  1. Dashboard > Design
  2. Pilih widget di sidebar. Then add widget > Pilih HTML / JavaScript
  3. Paste kan kod di ruangan HTML / JavaScript then Save.

Ada masalah? Tanya saja di ruang komen ;-)

Oh ya, bagi saudara dari negara jiran, Indonesia, saudara kita di sana ada memodifikasi plugin WP Waktu Berbuka dengan memasukkan data-data waktu berbuka bagi wilayah Indonesia. Boleh dapatkan di blog saudara Velent Mustamim.

Credit : Langkah-langkah utk memasukkan widget di blogspot di sediakan oleh Yonna. Thanks!

P/s : Aku mintak jasa baik rakan2 dan pengunjung blog untuk mendoakan supaya aku segera mendapat pekerjaan baru. Kuat betul dugaan ramadhan kali ini. :-(

Penafian!


  • Semua pendapat/pandangan yang tertulis di blogpost adalah pandangan peribadi pemilik blog melainkan jika diterangkan pendapat/pandangan tersebut datang dari pihak lain.
  • Semua pendapat/pandangan yang tertulis di komen adalah pendapat peribadi pemiliknya dan tiada kaitan dengan pemilik blog.
  • Segala apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan majikan atau clients pemilik blog.

Sponsor




Comments

  1. says

    wp xde ke…???

    ok bro doakan yang terbaik buat mu…
    bro baru je tadi resign… atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan n mmg patut di elakkan…
    Post terkini dari Bro Framestone ..BroFramestone In D’ House

    [Reply]

    Mr Kay Em Why Reply:

    ko tertinggal keretapi ni bro. WP punya dah keluar lama dah. check sini http://orange4k.com/201008/buah-tangan-sempena-ramadhan/ :D

    semoga kita sama2 tabah hadapi dugaan ni. InsyaAllah, moga yg lebih baik akan datang pada kita.

    [Reply]

  2. says

    huhu.. aku lambat tau rupenye. mintak ampon.. aku sekarang ni agak bz dengan baby. hehe.. hang macam mane bro? dah dapat kerja? aku doakan hang baik-baik lepas ni. insyallah. semoga dapat kijer cun dan tadek stress macam dulu. aku belum tau lagi keputusan. tapi nampak macam dah tau. tunggu masa tentukan.

    ape pon.. akhirnya terbit jugak seperti yang aku cadangkan pasal teknik iFrame hari tu ye? aku nak buat tak reti.. cume tau teori jer. hehe..

    sekali lagi aku ucapkan tahniah kat hang sebab ade widget yang bermakna untuk para blogger. SALUTE~!
    Post terkini dari Kreuger ..Tengah rambang mata kat Uptown Setiawangsa

    [Reply]

Trackbacks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge