Buah tangan sempena Ramadhan


Perasan tak widget ni kat sidebar blog ni sejak beberapa hari lepas? Ye, aku tau mesti ramai tak perasan sebab sidebar aku sesak. Haha. Aku sedar diri.

Sebenarnya inilah yang aku dok canang kat twitter sejak beberapa hari lepas. Buah tangan sempena ramadhan dari aku dan isteri aku. Ramai dok ingat kita orang nak menjual2 sempena ramadhan. Tak lah. Ini sumbangan kami pada muslim dan komuniti wordpress sempena bulan yang mulia ni.

Idea untuk buat plugin ni sebenarnya datang dari wife aku. Dia yang betul2 bersemangat. 90% dari plugin ni adalah hasil usaha dia dan aku hanya sumbangkan idea dan 10% code (untuk installation je sebenarnya). Plugin ni diusahakan selama beberapa hari sahaja. Plugin yang simple tapi di harap dapat beri manfaat pada semua.

Kalau ada yang bertanya, untuk blogspot tak ada ke? Aku minta maaf banyak-banyak. Kami tak sempat nak buat utk blogspot dan lain2 platform. Ini pun umpama bahan kajian kami. Pertama kali buat plugin. Dan ada yang bertanya, blog di WordPress.com boleh guna ke? Aku minta maaf juga. Aku dah cuba tengok2 di sana. Lansung tak boleh nak install apa2 plugin.

Kami terpaksa menangguh untuk melancarkan plugin ni sejak hari Ahad kerana kami baru belajar bagaimana untuk memasukkan plugin ke dalam direktori WordPress. Prosesnya agak memakan masa dan kami baru dapat pengesahan hari ni. Gembira rasanya.

Jadi, bagi yang berminat untuk menggunakan plugin ini, boleh ke blog Kay`s WordPress Lab untuk maklumat lanjut. Minta jasa baik kawan-kawan untuk sebarkan pada rakan2 blogger yang lain. Jangan lupa rate plugin kami di direktori wordpress ye! Oh ya, kalau ada masalah, boleh post di komen entry ni atau di laman rasmi plugin. ;-)

Anda mungkin juga berminat dengan post:

  1. Show sempena MITS di MITC…
  2. PTPTN atau PTPTipu? & Ramadhan
  3. Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak…
  4. Kenapa Lelaki Suka Buah Dada?
  5. Lebih besar buah dada, lebih pandai?

A post by "Mr Kay "

Seorang Web Developer (PHP) dan CTO startup baru, My Orange Network (www.myorange.my). GEEK yang juga merupakan suami kepada seorang GEEK.


You can leave a response, or trackback from your own site.

81 Responses to “Buah tangan sempena Ramadhan”

  1. zaryl says:

    boleh ejas sana sini dak? hehe
    Post terkini dari zaryl ..Tukar Gravatar Asal Kepada Yang Lebih Cun Dan Dikagumi Tanpa Plugin

    [Reply]

    Mr Kay Em Why Reply:

    nak ejas apa ye? :D

    [Reply]

    zaryl Reply:

    ejas background ;) ada option utk godek2? hehe
    Post terkini dari zaryl ..Tukar Gravatar Asal Kepada Yang Lebih Cun Dan Dikagumi Tanpa Plugin

    [Reply]

    Mr Kay Em Why Reply:

    tak ada option. kena masuk dalam code atau just tukar file img background dgn nama yg sama ;-)

  2. Kreuger says:

    nice job bro… cayak ah..
    lu memang gua RESPEK!!!
    Post terkini dari Kreuger ..Hari ini hari Rabu- apa kata kita pekena Nasi Kerabu Biru

    [Reply]

    Mr Kay Em Why Reply:

    haha. aku buat sikit je. bini aku yg banyak buat. idea dia gak. ko respek sama dia :D

    [Reply]

    muhammad fakhruddin Reply:

    Semoga blogger WordPress.org mendapat manfaat daripada plugin Made In Malaysia ni ;)

    p/s:tak masuk Karnival Inovasi Islam ke?
    Post terkini dari muhammad fakhruddin ..Arabic 101-Tourism-السياحة

    [Reply]

  3. wah wah wah..
    nice.. nak pasang jugak la.
    Post terkini dari Luth Textile ..Kerja oh kerja – Panduan dan peraturan ketika temuduga

    [Reply]

    Mr Kay Em Why Reply:

    thanks sbb support :D

    [Reply]

  4. [...] This post was mentioned on Twitter by Mr. Kay Em Why, Mr. Kay Em Why, Tengku Aizat, Luth Textile, zarylnaxrie and others. zarylnaxrie said: Nak jugak! hehe RT @mrkay2911 Buah tangan sempena Ramadhan http://is.gd/e2tQA [...]

  5. wazy says:

    wahhh terbaik bro,nak pasang jugak la
    Post terkini dari wazy ..22 Koleksi Wallpaper Linux

    [Reply]

    Mr Kay Em Why Reply:

    hehe. thanks bro ;-)

    [Reply]

    wazy Reply:

    Mintak izin buat preview pasal plug in ni eh bro
    Nanti bagi full kredit terus ke blog ni
    Post terkini dari wazy ..22 Koleksi Wallpaper Linux

    [Reply]

  6. Loq says:

    Sekarang plugin ni amat kacak di blog aku.Great job bro :)
    Post terkini dari Loq ..Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

    [Reply]

    Mr Kay Em Why Reply:

    Wow!~ nice. Thanks sbb support bro ;-)

    [Reply]

  7. Fazreen says:

    hoho..terbaik ni bro…harus pasang..nak cek time berbuka imsak hanya dihujung blog saja..haha

    [Reply]

    Mr Kay Em Why Reply:

    lain pulak bunyinya. selalu orang cakap dihujung jari. ko cakap di hujung blog saja. haha. btw, thanks sbb support ;-)

    [Reply]

  8. Khai says:

    Nice one.. hehe.. nnt aku install kat ohislam.com .. lebih kena pada tempatnya.. tahniah untuk plugin pertama dari ko n isteri bro :)

    [Reply]

    Mr Kay Em Why Reply:

    thanks bro. :D

    [Reply]

  9. denaihati says:

    Menarik aku dah install cuma menunggu masa sahaja untuk up kan…semuga tuan berdua mendapat rahmay dari Allah swt atas usaha ini.
    Post terkini dari denaihati ..Travelog Cambodia kembara ke Siem Reap

    [Reply]

    Mr Kay Em Why Reply:

    Thanks bro! semoga ramai dapat manfaat dari plugin ni ;-)

    [Reply]

  10. tekong says:

    international punya area takde ke bro. mesti ramai gak yg leh pakai hehe. pull je data diorang
    Post terkini dari tekong ..Jadual waktu berbuka puasa &amp imsak Kuala Lumpur 2010

    [Reply]

    Mr Kay Em Why Reply:

    JAKIM dah off International punya waktu solat untuk sementara waktu. Lagi pun data untuk Malaysia tu dah cukup besar. Hari tu aku risau wordpress akan amik masa utk load data2 tu masuk DB blog yg install. Tp nampak macam laju je load. Aku akan cuba usahakan nanti. Thanks sbb sokong, promote dan beri cadangan yg baik ;-)

    [Reply]

  11. Kujie says:

    yes… akhirnya keluar walaupun tak sempat nak jemput kak jie potong reben…nak install dan preview

    tahniah
    Post terkini dari Kujie ..Walau hanya dengan dakapan di angin lalu

    [Reply]

    Mr Kay Em Why Reply:

    reben lupa nak beli. launch pon dah tgh malam. kedai semua dah tutup. haha.

    thanks kak jie :D

    [Reply]

    Kujie Reply:

    bab sidebar yang sesak tu mmg diakui..haha
    mmg tak pandang pun selalu sidebar
    baca entri saja
    Post terkini dari Kujie ..Waktu Berbuka Dan Imsak WordPress Plugin

    [Reply]

  12. [...] specifically for this Ramadhan. It is Sahur & Break-fasting WordPress Plugin coded by my friend Mr & Mrs Kay. With this plugin,you could see the time for Imsak, Subuh Prayer where we start to fast for the [...]

  13. chokilala says:

    nice! nanti nak try. cakap kat puan isteri thanks for the plugin. hehehe

    [Reply]

    Mr Kay Em Why Reply:

    aku rasa dia dah baca sendiri kot :D

    [Reply]

  14. ejam says:

    wow mr. and mrs. kay dh terjebak dlm industri ke-plugin-an wordpress yer…cayalah…
    camtu ler anak muda yg hebat…
    akan dicuba nanti…
    Post terkini dari ejam ..Lesen MININIAGA Versi Digital Untuk Dijual

    [Reply]

    Mr Kay Em Why Reply:

    dah lama sangat kita orang teringin buat plugin ni. baru sekarang tercapao. thanks bro!

    [Reply]

  15. salam. wah canggih bro. memang berinovasi isteri bro tu. semoga teruskan usaha yang murni ini.
    Post terkini dari Adlan Khalidi ..Karnival Inovasi Islam at Masjid Sultan Mizan this weekend

    [Reply]

    Mr Kay Em Why Reply:

    salam. Thanks bro. kami akan cuba teruskan usaha untuk mengeluarkan plugin2 lain nnt. insyaAllah :)

    [Reply]

  16. terima kasih for all the support u guys.. :D:D lenkali kitorang wat plugin lain la pulak.. wakakaka :D:D

    ps: part aku taderlah byk pong.. encik kay yg byk wat inspection dgn testing.. wahahaha :)).. aku kod secare hampes
    Post terkini dari isteri empunyer blog ..Life in a Committed Partnership

    [Reply]

  17. menteil says:

    wa support lu beb!
    Post terkini dari menteil ..Pemasangan Garmin Mobile XT SE Satio

    [Reply]

    Mr Kay Em Why Reply:

    walah! thanks la beb!

    [Reply]

  18. mancai says:

    salam bro, ada perasan plugin ni dah ada kat wordpress.org… banyak2 terima kasih, memang sangat membantu juga amat2 diperlukan…

    [Reply]

    Mr Kay Em Why Reply:

    bila perasan tu? hehe. 3 hari gak baru dapat approval dari pihak wordpress. semoga ianya memberi manfaat pada semua org ;-)

    [Reply]

  19. mijie says:

    ok bro sudah siap install plugin tersebut dan entri terbaru dari blog aku pun dah menghebahkan tentang plugin tersebut kepada semua
    Post terkini dari mijie ..Maxis broadband ada masalah hari ni

    [Reply]

    Mr Kay Em Why Reply:

    fulamak! thanks banyak2 atas sokongan dan hebahan. terharu aku dgn sambutan yg korang semua berikan. thanks again!

    [Reply]

    mijie Reply:

    sama-sama, buatan anak tempatan wajib disokong
    Post terkini dari mijie ..Buat duit dengan google adsense

    [Reply]

  20. Roslan says:

    nice one..god job job soldier! =p
    permisi utk grab this one ya?? for freeee???? =)
    Post terkini dari Roslan ..Penalti Terbaik Dunia Yang Pernah Aku Tengok

    [Reply]

    Mr Kay Em Why Reply:

    dibuat mmg utk di grab. haha. of coz for free. sumbangan pada komuniti ;-)

    [Reply]

    Roslan Reply:

    bro negeri2 perak terengganu kelantan takde ke? =p
    Post terkini dari Roslan ..Snow Leopard Theme Pada Windows 7 Anda

    [Reply]

    Mr Kay Em Why Reply:

    Semua ada bro. cuma Kelantan aku perasan ada zon yg takde dalam e-solat tu. data semua aku amik dari e-solat. kalau takde kat e-solat, takde la kat plugin tu. tp aku dah check, perak, terengganu dgn kelantan ada. check balik betul2. kalau tak de jugak, reinstall.

  21. Liyana L says:

    abg k, buatkan la untuk blogspot :(
    Post terkini dari Liyana L ..Makan Makan dekat Pizza Milano One Utama

    [Reply]

    Mr Kay Em Why Reply:

    kena study dulu. takut tak sempat nak siap. mmg takleh janji. Tapi tgh usahakan ni. kalau tak dpt utk waktu berbuka ni, maybe projek2 lain la kot. InsyaAllah. ok?

    [Reply]

    Mr Kay Em Why Reply:

    Alhamdulillah, berjaya gak siapkan. adik try ek. http://orange4k.com/201008/widget-html-waktu-berbuka-bagi-blogspot/

    [Reply]

  22. zik says:

    wah terbaik lah bro… :-)
    Post terkini dari zik ..Siapa ahli zikir

    [Reply]

    Mr Kay Em Why Reply:

    thanks bro. semoga ramai dapat manfaat dari plugin ni ;-)

    [Reply]

  23. Pertama kali hasil buah tangan tuk bulan ramadhan yang terbaik..pahala byk ni bro.kira amal jariah ni gak..bagus2.i like.
    Post terkini dari Nazri Salleh ..Johor Wedding &amp Beauty Fair 2010

    [Reply]

    Mr Kay Em Why Reply:

    ni macam eksperimen/latihan utk kami belajar fahamkan macam mana nak buat plugin wordpress. tak terfikir pasal pahala pun mula2. Alhamdulillah. Moga2 ramai dpt manfaat dan kami dapat bekalan untuk di “sana” nanti.

    [Reply]

  24. Azuan says:

    Thanks bro untuk plugin ni.. mmg cun lah.. utk negeri area pantai timur ni ada x?
    Post terkini dari Azuan ..Epilog Syurga Cinta Slot Akasia TV3

    [Reply]

    Mr Kay Em Why Reply:

    ada bro. InsyaAllah lengkap satu Malaysia punya waktu ;-)

    [Reply]

    Azuan Reply:

    wah bro.. terbaiklah.. mmg hebat lah bro ni..
    Post terkini dari Azuan ..Epilog Syurga Cinta Slot Akasia TV3

    [Reply]

    Mr Kay Em Why Reply:

    anugerah Allah :-)

  25. Azuan says:

    Bro.. nak tanye.. bro pakai plugin apa utk comment reply notification tu? boleh bagi url plugin tu?
    Post terkini dari Azuan ..Epilog Syurga Cinta Slot Akasia TV3

    [Reply]

    mrnamie Reply:

    azuan, rasanya try search “comment reply notification” dekat add new plugin section.. harap dapat membantu.. hehe

    *nak plugin yang hantar email auto kat penulis komen kan?
    Post terkini dari mrnamie ..Gotong royong Kampung Bukit Tembakau

    [Reply]

    Azuan Reply:

    thanks bro.. anyway, dh jumpe dah..
    Post terkini dari Azuan ..Plugin Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Tahun 2010

    [Reply]

  26. mrnamie says:

    Tahniah Mr dan Mrs Kay sebab berjaya cipta plugin untuk wordpress ni. Nanti Ramadhan insyaAllah mrnamie akan letak di blog MrNamie.
    Post terkini dari mrnamie ..Gotong royong Kampung Bukit Tembakau

    [Reply]

    Mr Kay Em Why Reply:

    thanks mrnamie. Terima kasih sebab menyokong =)

    [Reply]

  27. [...] waktu imsak dan berbuka hasil ciptaan Anak Malaysia suami isteri, Munira Anuar & Khairul Yusof. Plugin waktu imsak dan berbuka ciptaan suami isteri ini memang hebat dan setanding dengan ciptaan barat.Cara untuk install plugin [...]

  28. Masokis says:

    Taniah.. idea yang bagus ;D
    Post terkini dari Masokis ..Hebahan – Taniah kepada I-hack 2010

    [Reply]

    Mr Kay Em Why Reply:

    terima kasih :-)

    [Reply]

  29. yanmie says:

    salam..wah terbaik…skrg jugak plugin :P
    selamat berpuasa yea :)

    [Reply]

    Mr Kay Em Why Reply:

    selamat berpuasa bro. Terima kasih kerana menyokong plugin ni :-)

    [Reply]

  30. xmiec says:

    salam,
    selamat berpuasa,

    ermm… bley x sy REQ waktu imsak plug-in tue
    dlm code html..

    sbb user bkn wp xbley nk install..

    TQ

    [Reply]

    Mr Kay Em Why Reply:

    Salam,

    mintak maaf kerana terlewat sedikit. check entry baru saya utk code HTML http://orange4k.com/201008/widget-html-waktu-berbuka-bagi-blogspot/

    [Reply]

  31. [...] mendapatkan widget waktu berbuka puasa dan imsak seperti di sidebar blog aku ni di sini. Thanx to mr & mrs kay yang sudi mencipta plugin ini. Maaf masih tiada untuk pengguna [...]

  32. baru install, nice :)

    [Reply]

    Mr Kay Em Why Reply:

    thanks bro sbb sudi menyokong :-)

    [Reply]

  33. [...] Sempena Ramadhan kali ini juga, ada hadiah special daripada Mr.Kay iaitu 1 plugin WordPress waktu berbuka puasa di Malaysia. Terima kasih kepada MuhammadTarmizi.com [...]

  34. FeezMior says:

    Kay, I dah guna. lupa nk beritahu. and dah vote pun.. Thanks for sharing ya. Good job bro.

    [Reply]

    Mr Kay Em Why Reply:

    thanks sebab guna dan vote. thanks a lot. maybe boleh try yg blogspot punya plak ke :D

    [Reply]

  35. Azuan says:

    emm, boleh belajar dgn bro ni.. tiba2 lak jd minat nak tau cara buat plugin..
    Post terkini dari Azuan ..Plugin Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Tahun 2010

    [Reply]

    Mr Kay Em Why Reply:

    aku ni bab mengajar mmg hancus. biasanya anak murid aku lagi pening kepala. haha. guide semua ada dah kat wordpress.org dgn google. cari je. yg tak paham boleh datang bertanya :-)

    [Reply]

    Azuan Reply:

    Oh.. ye ke.. ok bro.. anyway, ada something aku post tentang plugin ni kt blog aku..
    Post terkini dari Azuan ..Plugin Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Tahun 2010

    [Reply]

  36. [...] ramadan wordpress plug-in or automated jadual waktu berbuka puasa widget. Now you can get it from Mr. Kay and his wife who is the author of the plug-in. The time data has been synchronized with e-solat website handled [...]

  37. Lee says:

    pergh..terbaekk la bro..
    buat banyak lagi bro..thank you!
    Post terkini dari Lee ..Ramadhan Kareem- Persiapan kita

    [Reply]

Leave a Reply

CommentLuv badge





Better Tag Cloud