Entry Rojak #7

Aku update lagi. Ya, kali ni aku kembali dengan entry rojak. Kenapa? Sebab aku ada banyak yang nak kongsi pada kau-orang semua. Entry Terima Kasih lalu aku taip dalam keadaan tidak cukup tidur dan otak yang letih. Jadi banyak yang tertinggal. Jadi aku tambah-tambah sikit dan dicampur dengan pelbagai cerita lain.

 

Sambungan Entry Terima Kasih

Aku terlupa tentang keyword yang membawa pengunjung ke sini dari search engine. Aku rasa tak perlu aku tulis secara terperinci tentang keyword itu semua. Ada banyak keyword dalam satu skop yang membawa pengunjung ke sini telah berjaya menarik perhatian aku. Skop CINTA. Aku tertarik sebab aku sedar aku sudah lama tidak menulis apa-apa dalam skop cinta. Kali terakhir aku menulis pendapat tentang cinta pada bulan Mac 2006. 2 tahun lalu. Bercerita tentang Baik buruk Hubungan Jarak Jauh dan Hubungan Jarak Dekat. Aku bukan pakar cinta. Tapi aku mahu tahu apa yang kau-orang cari sebenarnya mengenai cinta sehingga kau-orang boleh sampai ke sini. Tinggalkan pertanyaan kau-orang di borang Hubungi Kay. InsyaAllah, aku akan cuba tulis entry dengan pandangan aku tentang apa yang kau-orang cari.

Google Analytics

MohdHafifi tanya aku tentang Google Analytics. Aku sudah jawap sedikit di komen tersebut. Aku tambah lagi sikit kat sini. Bagi kau-orang yang guna wordpress dan baru nak letak Google Analytics kat blog, aku cadangkan kau-orang gunakan “Another WordPress Tracker Plugin“. Plugin ni menyenangkan kerja kau-orang. Kalau guna cara manual, kau perlu letak pada theme. Bila kau-orang tukar theme, bertambah kerja untuk masukkan tracker code ni ke dalam theme baru. Kalau kau-orang ada penyakit pelupa seperti aku, alamatnya tak ada tracker yang pantau trafik blog kau. Plugin ni sesuai untuk semua jenis tracker. Bukan setakat Google Analytics. Cubalah.

Double Standard?

Pagi tadi sebelum ke pejabat, aku singgah di Celcom Point Cawangan Taman Tun Dr Ismail untuk selesaikan masalah pembayaran bil Celcom aku. Pertama kali aku singgah kawasan tu. Agak susah nak dapatkan tempat letak kereta kat kawasan tu. 20 minit aku berpusing-pusing cari tempat letak kereta. Ramai yang double park. Aku tak nak ambil risiko walaupun aku tau urusan aku boleh diselesaikan kurang 10 minit sebab aku awal-awal dah ternampak Penguatkuasa MBPJ tengah berkeliaran. Akhirnya aku dapat satu petak letak kereta kosong tak jauh dari Celcom Point. Aku letak kereta aku dibelakang sebuah Harrier yang diletakkan diluar petak letak kereta, betul-betul disimpang jalan.

Masa aku dan seorang uncle chinese pening kepala nak gunakan kiosk tempat beli kupon parking (aku tak tau nama sebenar mesin tu – haha), penguatkuasa MBPJ dah sampai dikawasan tempat aku letak kereta. Penguatkuasa ligat menulis saman untuk kereta yang tak ada kupon. Selesai kupon aku dicetak, aku letakkan di dashboard kereta dan terus ke Celcom. Urusan aku selesai kurang dari 10 minit. Aku kembali ke kereta dan aku perasan yang Harrier depan kereta aku tak ada kupon atau sehelai kertas pun di dashboard mahupun surat saman. Penguatkuasa MBPJ tak ada seorang pun yang kelihatan. Aku tertanya-tanya, kenapa Harrier tu tak di saman? 3 kesalahan yang dibuat – meletakkan kenderaan luar petak letak kereta, meletak kereta di simpang jalan dan tidak meletakkan kupon letak kereta yang hanya berharga 50sen sejam. Aku tak nampak pula kereta tu ada pelekat letak kereta MBPJ. Kenapa kereta-kereta murah terutama buatan Malaysia di saman sebab tak letak kupon letak kereta tetapi kereta-kereta taraf mewah seperti Harrier tidak di saman walaupun melanggar lebih dari satu kesalahan? Double standard-kah?

Mungkin 2 kesalahan yang lain atas bidang kuasa Polis Trafik. Tetapi aku tetap mempersoalkan tentang saman kerana tidak meletak kupon meletak kenderaan. Ada yang boleh beri jawapan?

Tahniah!

Chika - The 27thPagi-pagi tadi aku baca satu blog yang selalu aku singgah. Tapi dah lama aku tak sempat singgah. Chika, seorang blogger yang agak terkenal (mungkin). Terkenal dengan blog yang penuh dengan entry-entry yang aku umpamakan mengandungi dadah. Ramai ketagihan membaca entry Chika ni. Dan kerana kerajinan beliau meng-update beberapa entry membuatkan aku dan beberapa orang pembaca lain overdose. Haha. Panjang pula intro. Ok-ok. Sebenarnya kunjungan aku ke blog Chika ni pagi tadi betul-betul membuatkan aku terkejut. Bukan aku seorang sebenarnya. Semua pengunjung blog beliau terkejut dengan entry yang ditulis oleh Nurul Aizar yang sangat ringkas. Ucapan “Selamat Bertunang kepada Nurul Haizum (Chika) dan pasangan” aku rasa berjaya menyentap hati beberapa jejaka. Haha.

Chika hanya mengiyakan dan berterima kasih atas ucapan tu. Ramai masih tidak percaya dan mungkin ada yang dah frust menonggeng. Haha. Aku nampak Chika agak serius kali ini. Jadi aku anggap khabar itu benar.

Ucapan Selamat Bertunang dan semoga berajaya ke jinjang pelamin dan seterusnya kekal bahagia hingga ke anak cucu. Tempoh bertunang ni orang cakap tempoh yang sangat mencabar. Tabahkan hati anda okey?

Cerita Chika ni betul-betul macam kisah artis. Chika bercerita tentang kisah “Meet the parent” beberapa minggu lepas. Kemudian timbul gosip dan khabar angin mengatakan dia dah nak kahwin. Kemudian entry-entry marah (err… Chika kata dia tak marah) timbul di blog dia. Tup-tup, keluar kisah dia dah bertunang. Jalan cerita tak ubah macam kisah artis bukan? Haha.

*Entry lepas aku ada kata blog Chika adalah blog private. Tapi pagi tadi baru aku tau dia dah buka kepada semua beberapa hari lepas.
**Aku rasa ayat-ayat aku terlalu kaku dan berbelit. Kau tak rasa begitu?

Penafian!


  • Semua pendapat/pandangan yang tertulis di blogpost adalah pandangan peribadi pemilik blog melainkan jika diterangkan pendapat/pandangan tersebut datang dari pihak lain.
  • Semua pendapat/pandangan yang tertulis di komen adalah pendapat peribadi pemiliknya dan tiada kaitan dengan pemilik blog.
  • Segala apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan majikan atau clients pemilik blog.

Sponsor




Comments

  1. says

    patutnye kereta besar2 yang menyalahi undangĀ² lah kena saman! derang banyak duit…setakat saman tuh, erang ketis jeeeeee lalalalala

    [Reply]

  2. says

    haha. buat keje biala amanah. cemana org nak respek. patut la ramai orang slalu maki2 penguatkuasa tu depan2. haha. haritu aku nampak ade pakcik ni ckp ” kalau kau berani saman aku. saman la! setakat gaji mcm kau tu.. orang gaji aku lagi banyak. baru jadi penguatkuasa dah belagak. bla bla bla” aku tak tau la ape yg pakcik tu marahkan sgt kat budak tu. hahahaha.

    p/s: ade sesetengah orang kaye…. KEDEKUT.

    [Reply]

  3. Mr. Kay Em Why says

    tuh arr.. aku dah byk kali jumpe.. baru kali ni nak cerita.. sakit ati gak tgk.. dah la mesin nak beli kupon die tuh mcm bodo.. susah giler nak paham.. penguatkuasa die pon tak reti guna pastu marah2 kiterang tak reti guna..

    [Reply]

  4. Mr. Kay Em Why says

    aper plak sesetengah.. 99.9% org kaya yang aku kenal adalah kedekut.. mcm bapak aku ckp, kalo die tak kedekut, die takkan kaya.. takkan dpt simpan duit byk2.. haha

    [Reply]

Trackbacks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge