Archive for the ‘Melayan Otak Parpu’ Category

Kisah Setia Seorang Sahabat di Malam Raya

Pejam celik, pejam celik je dah nak raya. Dah lama aku tak balik kampung. Rasanya dah dekat lima tahun sejak aku sambung belajar ke luar negara. Tahun ni, dapat gak aku beraya di kampung, jumpa mak abah dan adik-adik kawan-kawan yang dah lama hilang tanpa khabar berita. Apa cerita Naim ye? Dah lama aku tak contact dia. Kalau jumpa mesti dia marah gile kat  aku pasal aku tak reti-reti nak hantar surat kat dia. Dulu masa kecik main sama-sama. Bila dah belajar…  lupa kawan! Raiz senyum sendirian. Terkenang zaman riang kanak-kanaknya bersama Naim.

Bas yang terhenyak-henyak dek jalan yang berlubang terasa bagai membuai sambil melayan kenangan. Mesti semua orang terkejut dengan kepulangannya. Mesti ramai awek kempung menyesal kerana mengejek dia dahulu. Maklumlah dulu Raiz ‘nerd’! Selalu kena buli. Naimlah yang selalu jadi ‘bodyguard’nya. Tapi sejak belajar di luar negara, dia dah berubah. Jadi kacak dan pandai bergaya. Naim juga
mesti terlopong melihat perubahan dirinya. Bas yang membawa Raiz dari pekan tadi berhenti di bahu jalan. Untuk sampai ke rumah, Raiz kena berjalan kaki hampir sepuluh minit. Ketika turun dari bas, Raiz lihat ada seseorang duduk mencangkung di bawah tiang lampu. Seakan macam dikenalinya orang itu. Raiz menghampiri. Orang itu terkebil-kebil memandangnya sambil menggigit anak kemuncut. “Wey! Siut! Aku ingat orang darat mana tadi! Engkau rupanya! Apa kau buat tepi jalan malam-malam camni?” Razi bersuara sambil memeluk Naim yang terkekeh-kekeh ketawa. “Aku tunggu kau baliklah! Wah! Orang UK! Balik Malaysia jadi camni kau yek.. hensem nampak?” Naim menepuk-nepuk bahu Raiz. Kegembiraan jelas terbayang diwajahnya. “Biasa la! zaman bersedar, manusia
pun kena berubah! Mana kau tau aku nak balik?” Naim tidak menjawab soalan Raiz, cuma tersengih-sengih. Raiz memerhatikan Naim dari atas hingga ke bawah. Ada perubahan ketara pada sahabatnya. Nampak berserabut, selekeh dan kakinya sedikit tempang. “Apa kena dengan kau ni? Apasal kaki kau tu? Lagi satu aku tengok kau ni macam ada masalah je…” tegur Raiz. Naim kelihatan murung.

“Aku memang ada masalah pun. Eh! kau ni terus balik rumah ke?” Naim mengubah topik.
“Cadangnya gitulah!”
“Ala! singgahlah rumah aku dulu! Aku dah lama tak borak dengan kau. Banyak benda aku nak cerita. Bukan senang aku nak jumpa kau!” pujuk Naim lalu menarik tangan Raiz, dan tanpa membantah, Raiz mengikut sahaja.
“Tak apalah, malam ni aku temankan Naim! Pagi esok aku balik la! boleh terus siap untuk sembahyang raya!” kata Raiz dalam hati.
“Eh? Kau duduk sorang je ke? Mana mak ayah kau? Raiz kehairanan apabila mendapati suasana rumah Naim sunyi sepi. Malah rumah itu hanya diterangi cahaya pelita minyak tanah! Naim menarik nafas panjang.
“Inilah! nasib aku malang betul Iz,lepas kau pergi UK dulu, macam-macam terjadi kat aku! Mak ayah aku sakit, aku tak dapat sambung belajar sebab nak jaga diorang.Terpaksalah aku buat kerja kampung. Tapi mulut orang jahat betul, aku dituduhnya buat kerja-kerja mencuri. Kaki aku ni, tempang dibalun dek orang kampung la!” Terkejut Raiz mendengar cerita Naim.
“Setahun lepas tu mak ayah aku meninggal. Kau tau, takde sapa yang datang nak uruskan jenazah, kecuali mak abah kau dengan pak imam je!” Naim terisak-isak. Dia mengesat airmata dengan lengan bajunya yang lusuh. Raiz  tergamam. Tidak disangka-sangka nasib Naim sebegitu malang.
“Lepas mereka meninggal, hidup aku jadi tak tentu arah. Aku tak ada tempat nak mengadu. Tiap-tiap malam raya sampailah ke hari raya, aku tunggu tepi jalan, manalah tau kot-kot kau ada balik! Pasal aku tau kau sorang je boleh dengar masalah aku. Semua orang cakap aku gila. Minah-minah kilang pulak tuduh aku nak mengenen diorang. Hishh! Aku cuma tunggu kau balik! Salah ke? Kau kawan aku dunia akhirat. Diorang apa tau? Tak peduli aku makan ke, minum ke! sakit ke! matipun diorang mesti tak ambil peduli!” Suara Naim sedikit tinggi. Menunjukkan “Aku mintak maaf Naim, aku betul-betul tak tau hidup kau susah sampai macam tu sekali!” Raiz menyuarakan rasa bersalahnya.
Naim cuma tersenyum. “Tu la kau, pergi belajar jauh-jauh tu kenapa? Dah langsung tak dengar berita. Tengok-tengok balik dah jadi camni bergaya kau ye! Eh! Minumlah! rumah aku takde apa boleh dimakan. Ni je la!”. Naim menyorong gelas berisi teh sejuk dan sepiring biskut kering. Hati Raiz sebak. Sampai begini susah hidup Naim! “Aku mintak maaf Naim, sedih sungguh aku tengok kau ni!” Suara Raiz sayu dan pilu. Naim senyum tawar. “Buat apa kau mintak maaf? Aku jadi macam ni pun bukan kau punya angkara. Dahnasib aku, nak buat camana. Kau dah balik ni, selalu-selalu la jenguk aku kat sini! ye. Esok dah nak raya,aku mintak ampun maaf dengan kau dari
hujung rambut sampai hujung kaki. Halalkanlah makan minum aku selama kitaberkawan. Raya ni datanglah rumah aku ye!” Mereka berbual hingga larut malam. Raiz tak sedar hingga pukul berapa.  Ketika matanya terasa berat, Naim menghulurkan bantal kecil dan tilam nipis sambil tersenyum. Terus Raiz tertidur.

“Astaghfirullah! Budak ni kat sini rupanya! Puas kita tunggu dia balik!”
Satu suara kuat menyebabkan Raiz tersentak dari tidur.Terpisat-pisat Raiz bangun.”Eh? Mak!” terkejut Raiz lihat ibunya berdiri di depan bersama ayah dan ahli keluarganya yang lain. Berpakaian cantik dan kemas. “Yang kau tidur kat sini pagi-pagi raya ni kenapa? Dah takde rumah nak balik?” jerkah ayahnya.
“Eh? Kenapa pulak diorang marah ni?Raiz memerhatikan sekelilingnya. Tiada gelas berisi teh… tiada biskut kering! Hanya daun-daun kering yang bertaburan! Di tepinya terpacak batu nisan! Raiz melompat bangun. Raiz pandang sekeliling. Bukan satu sahaja batu nisan,ada dua, tiga, malah berpuluh-puluh lagi. Raiz mengelabah.
“Eh? Semalam saya pergi rumah Naim, mak… ayah!
“Kenapa?? Kau tengok… dekat kubur siapa kau tidur tu!” Raiz segera mengamati tulisan jawi yang tertulis pada batu nisan. Abdul Naim bin
Malik.16 September 1975 – 27 Oktober 2003! Raiz terpelangah.
“Mak! Malam tadi saya jumpa Naim mak!! Kalau dia takde, sapa yang saya jumpa malam tadi? Bulan puasa pun ada hantu ke?”
“Budak ni…bulan puasa mana ada hantu! Naim dah tak ada! Dia meninggal hari pertama menyambut puasa. Masa tu ribut, dia duduk dekat kubur arwah mak ayah dia. Ada pokok tumbang tertimpa dia. Esoknya baru orang jumpadia, dah tak ada..”terang ibunya dengan suara pilu. Raiz tambah terkejut. Terfikirkan pengalaman malam tadi! ‘bertemu’ arwah Naim di malam menjelang raya.Kalau betul bulan puasa tak ada hantu! apakah yang Raiz temui semalam? Petunjuk apakah yang Allah ingin sampakan padanya terduduk disisi pusara
Naim, lantas dia teringatkan kata-kata arwah malam tadi.

“Kau dah balik ni, selalu-selalu la jenguk aku kat sini! ye. Esok dah nak raya, aku mintak ampun maaf dengan kau dari hujung rambut sampai hujung kaki. Halalkan makan minum aku selama kita berkawan. Raya ni datang lah rumah aku ye!” Serta-merta Raiz kembali duduk di sisi pusara arwah Naim lalu menadah tangan. Kalimah-kalimah ayat suci disedekahkan kepada arwah.

“Terima kasih kerana mengingatkan aku! semoga kau tenang dan aman di sana!”

moralnya: jgn lupa kawan dan rajin2lah bertanya kabar

Kapasitor & Tag

Korang tau apa itu kapasitor? Ya, kapasitor adalah sejenis komponen elektronik yang menyimpan dan mengeluarkan caj elektrik. Tapi apa yang aku nak carita kat sini bukanlah kapasitor itu, tetapi portal kapasitor yang dah tak asing lagi pada mereka yang mencari-cari tempat utk menunjukkan bakat mereka dalam penulisan sajak, cerpen dan novel. Tak kira bakat menulis mahupun bakat membaca :p dan bakat mengkritik.

Kapasitor telah mula wujud pada tahun 2001 dan hanya beroperasi sebagai intranet webserver hosted kepada game statistics, illegal materials, bizarre stuff dan beberapa flash animations yang dilukis oleh founder kapasitor sendiri di MMU Cyberjaya. Pada tahun 2004, founder kapasitor (Jo) telah menulis novel beliau sendiri bertajuk Aku Budak Setan : Nazihah yang telah dihostkan di blogspot (kalau tak silap aku). Novel yang kurang kesopanan dan kesusilaannya (yakni melanggar rukun negara yang kelima) :p menjadikan Novel ini hits dikalangan student MMU dan UTP.

Kerana terlalu minat terhadap programming, Jo telah berusaha untuk membina sebuah CMS (Content Management System) menggunakan language ASP yang diberi nama JoCMS. CMS ini telah diangkat ke dunia internet dan mula membuka ruang pada mereka yang minat menulis utk menjadikan Kapasitor sebagai platform bagi mereka mencurahkan idea dan minat mereka. Kini, selepas 3 tahun mereka berada didunia tanpa sempadan dengan berpaksikan slogan “Menjulang Karya Jalanan Ke Mata Dunia”, Kapasitor telah berjaya mengumpul banyak karya-karya dari penulis amatur terutama pelajar-pelajar IPT sama ada dalam Bahasa Malaysia mahupun Bahasa Inggeris.

Kapasitor juga telah berjaya mengeluarkan E-majalah Prasasti dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris setiap bulan (walaupun kdg-kdg pengeluarannya terbantut kerana masih baru). E-majalah yang memuatkan karya-karya yang terpilih (menerima undian terbyk setiap bulan) dari Portal Kapasitor itu sendiri.

Pada bulan Ogos lepas, penulis, pembaca dan pengkritik yang bergiat di portal ini telah menerima berita dari Jo bahawa Portal Kapasitor telah tercalon untuk MSC APICTA AWARD (award yang menjadi impian aku sejak sekolah lagi. Impian je lebih, usaha takde ). Dan baru-baru ini, satu lagi berita gembira telah diumukan oleh Jo, iaitu Portal Kapasitor telah dievaluate for best e-content(sori, dah blur sangat nak tuka pada bahasa Malaysia) untuk World Summit Award 2007 (WSA 07). Ini adalah sebahagian dari e-mail yang dihantar oleh Pengerusi WSA 07 kepada Jo :

“The World Summit Award Grand Jury 2007 met on the island of Brijuni from September 1-7 bringing together eminent multimedia and e-Content experts from 32 countries. The Jury evaluated 650 entries which were nominated from 160 countries to the Global WSA. The Jury selected the five most outstanding products in each of the eight WSA Categories as Winners. http://www.wsis-award.org/index.php?folder=253&article=760

I am delighted to officially inform you herewith that your product has been evaluated by the Grand Jury as an example of Best of e-Content! Your product has been given a Special Mention of the WSA 07 in your category and as best practice of high quality e-Content from your continent! An personal letter from me will be sent to you by internet in the next days.”

Satu kejayaan buat warga kapasitor khasnya dan warga Malaysia amnya. Tahniah buat team Kapasitor! Semoga kejayaan-kejayaan lain terus menyusul buat Kapasitor dan Kapasitor akan terus berjaya Menjulang Karya Jalanan Ke Mata Dunia. Tahniah, tahniah dan tahniah!

P/s 1: Anda boleh melawat Portal Kapasitor di http://www.kapasitor.net.

P/s 2 : Untuk Jo dan team kapasitor yang lain, sila tegur kalau ada fakta kat atas yang tersilap.

Now it’s time for tag!

Azra dengan selambanya dah tag aku semalam. Cet! Aku baru nak tekan button Publish untuk entry semalam (jawab tag). Tiba-tiba kena tag lagi. Okeh, aku jawab ni. Lepas ni tolong, tak nak tag-tag lagi. Nak exam ni wei. hahaha.

Soalan 1
Sejak bila anda mula berpuasa penuh??

Urmm.. ntah.. tak ingat la..

Soalan 2
Pernahkah anda ponteng puasa dan apakah alasannya??

Pernah rasanya masa kecik-kecik dulu. Sebab? Sebab demam dan lapar :D

Soalan 3
Adakah anda pernah bermain bunga api dan mercun??

Of course la penah.. siap penah modify mercun yg biasa jadi mercun ala2 yg mahal punye (tanpa kecederaan fizikal ya! :D )

Soalan 4
Juadah apakah menjadi kegemaran anda sewaktu berbuka??

Tak memilih sangat.. tapi yang penting mesti ada nasi dan lauk (aku kan lapar nasi :p Hint: tag yg lepas)

Soalan 5
Lagu raya manakah yang anda suka??

Sepasang Kurung Biru by Khairil Johori Johar

Soalan 6
Tahun ini anda beraya di mana??

Segamat

Soalan 7
Pernahkah anda bertugas di hari raya??

Hari raya tu tak pernah la. Tapi diarah bertugas malam raya pernah, tapi aku bantah! (mentang-mentang kerja ngan abah sendiri :p )

Soalan 8
Apakah kenangan paling manis di hari raya??

Bila makan kuih yang manis-manis kut :p

Okeh settel! Dah! Takde tag-tag lagi. Study! Nak final dah ni. huhuhu ;))

Puasa dan Tag

Majlis Santapan Ramadhan
Bersama Anak Yatim Rumah Payasum Melaka
Tarikh : 22 September 2007
Tempat : Ancasa Hotel, MITC Melaka
Anjuran Persatuan Bahasa dan Kebudayaan Melayu,
Universiti Multimedia Kampus Melaka

Tag

Aku ada dpt tag dari kawan sekolah dan kak chii… Semalam masa check balik tag-tag tuh, baru aku perasan yang dua-dua tag yang sama. Fuh! #:-S Selamat aku. Tak payah nak fikir banyak-banyak. Sekali jawab dah habis 2 tag. Hahaha ;))

8 Random facts/habits about my self

1. Aku sangat gilakan warna oren (semua orang tau fakta ni). Bila aku terpandang apa-apa benda yang berwarna oren (tone colour yg kena ngan taste aku la), aku akan nampak benda tu cantik sangat. Tak kira la benda tu sebenarnya buruk ke apa, tetap kelihatan cantik di mata aku bila berwarna oren. Sama juga dengan perempuan yang berbaju/pakaian oren. ;))

2. Aku minat menonton/berlakon teater, filem dan drama. Tapi aku lebih banyak dapat peluang untuk menonton dari berlakon. Kalau teater pula, nak dpt gi menonton pon susah. Terlalu banyak halangan. Dan mungkin aku akan tinggalkan terus bidang ni.

3. Aku perlu memakan nasi at least sekali dalam sehari. Kalau aku tak makan nasi dalam sehari tu, tak kira berapa byk kuantiti makanan yang sedap-sedap masuk dalam perut aku pun, aku tetap akan rasa lapar. Itu yang orang panggil lapar nasi.

4. Aku suka decorate/reka susun atur bilik esp bilik sendiri. Tapi aku malas nak mengemas bila dah mula bersepah. hahaha.

5. Aku jarang minat/ikut drama-drama bersiri. Tapi bila dah menonton Manjalara, aku jadi penonton setia. Setiap petang Isnin hingga Khamis pukul 6.30ptg pasti aku ada depan tv. Tapi sekarang dah abes :(

6. Aku pantang bila aku menggunakan satu-satu perkhidmatan, tetapi perkhidmatan aku dpt kualiti sangat teruk, tidak mencapai apa yang dijanjikan sebelum urusan jual beli dijalankan atau berlaku masalah ketika menggunakan perkhidmatan tu. Pastinya mereka yang bertanggungjawab sakit telinga mendengar kata-kata pedih berbau perli setiap kali aku tak puas hati.

7. Masa aku banyak dihabiskan depan pc. Kerja-kerja aku semua melibatkan pc dan internet. Tanpa pc dan internet pasti hidup aku amat bosan (ada pon kdg-kdg bosan :p ) Tapi bak kata fadhli, mata aku still elok walaupun asyik mengadap PC.

8. Aku sedang mengalami kesakitan kaki yang amat sejak awal bulan September. Aku amat berharap sakit ni akan pulih sebelum raya dan sakit ni bukan sakit kekal.

Virus tag menular kepada 8 org ini secara random :

1. Din 2. Eman@Emam 3. Hafreze 4. Totin 5. Bard aka abah 6. aMirul 7. Ejon 8. Azra

Mancarut secara membuta tuli

Amik ni!~

Kata org, kalau kita nak buat 2 benda dalam 1 masa, adakala kita terpaksa buat pilihan utk korbankan sesuatu buat sementara waktu. Bagi aku, aku seboleh2nya tak nak menyesal dengan apa yang aku pilih dan jarang sekali aku menyesal. Tapi apa yg jadi sekarang dah mcm kata peribahasa, Yang dikejar tak dpt, Yang dikendong berciciran.

Aku suka melawak utk hiburkan diri sendiri, bukan org lain. Tapi aku benci bila waktu aku serius, orang kata aku melawak.

Aku sangat benci pada lawak yang tak kena tempat dan masa. And please, JANGAN BUAT LAWAK PERKAUMAN DEPAN AKU!

FARKOF!~ AKU NAK BERENTI BELAJAR!!~~

P/s : Setiap perenggan membawa cerita yang berlainan. Harap Maklum!

Diserang virus tag!~

Incik Bard sgt jelesh tgk aku baru nak announce cuti sempena exam… tak pasal2 die tag nye aku… ade masa terluang ni, aku buat lar kejap.. tak sampai bape minit pon.. :p

5 things I would do if I were a millionaire:
1. Nak beli rumah impan… besau sgt2.. nak bawak family aku dok situ..
2. Nak gi Haji & Umrah satu family…
3. Besaukan bisnes ayah aku…
4. Cuti2 Malaysia pastu gi Venice, London ngan Washington DC
5. Sapot adik2 aku blaja… tak yah amik PTPTN lagik…
5 bad habits:
1. Ske tangguh keje…
2. Pemalas nak study…
3. Kalo dah dok dpn tv, tak reti nak gerak (kalo kat segamat la)
4. asyik melepak kat ruang tamu(kat segamat), malas nak naik bilik, malas nak gi dapur (aku penah balik tanpa jejak kat bilik aku :p )
5. ske hantuk kepala kat dinding bile tension
5 things I hate doing:
1. buat esemen..
2. amik exam (pasni takyah gi exam bleh tak?)
3. beratur panjang2 kat ATM…
4. tatau
5. takde kot? :-??
5 things I will never do:
1. Clubbing (err.. aku penah bersumpah)
2. Menonggang arak
3. Bunuh diri
4. lupekan parent
5. lupekan asal-usulku…
5 things I regret doing:
1. Pindah ke Teknik Kluang
2. tak study bebetol masa final sem diploma sampai kene extend..
3. Tak pulun masa buat FYP Diploma.. Project nye hancuss…
4. tak buat credit transfer sem lepas.. kan dah takleh nak transfer satu subjek ni!~~ aih :-<
5. buat perkara2 yg tak sepatut nye itu (Arrghh!~~ Bad Memories!!~ ~x( )

5 favourite toys or things:

1. Kamera Lumix DMC-FX8
2. Yahama SS ku yg ske fogging…
3. enset 3220 (lagi kuno dari bard)
4. laptop ku…
5. Treo 600
5 people I choose to do this:
1. Chii (*wajib buat!~)
2. Syap (*wajib buat!~)
3. Diane (*pon wajib buat!~)
4. Nash (*juga wajib buat!~)
5. Nesya

Kisah2 rojak (lagi…)

Dont Touch. If broken, Considered sold.
Mrasa ada caption… :p

Kisah pervert di bank…

Tempat : BCB MMU Melaka
Waktu : 2.45pm
Keadaan dlm bank : Barisan yg panjang akibat ramai nak byr fees dan settelkan hal akaun utk kegunaan PTPTN
Watak : Jejaka oren & Gadis melayu yg kurush

Jejaka : (Mengetik sms sambil mata menjeling2 kearah satu part pada girl dpn die)

Gadis : (dlm hati : apsal lar panjang sgt nie.. lambatnyee…) [muka bosan sambil berpeluk tubuh sedari tadi]
Jejaka : (Mata terus tertumpu satu part pada girl dpn die… sgt obvious...)

Gadis : (dlm hati : ape hal mamat ni.. pervert ke ape pandang dada aku..)

Jejaka : (terus menyambung mengetik sms sambil mata masih memandang ke arah tadi dgn agak obvious)

Gadis : (dlm hati : masalah tol mamat ni… gatal!~~)

Jejaka : (berhenti mengetik..) Err.. miss, ur phone ade call ke? berkelip2 je tgk.. (hamik ko bahasa pon nak rojak)

Gadis : (melerai pelukkan tubuh) Errr… (dlm hati : lar.. ade call upernye… aku igt die tgk dada aku.. malunye malunye.. :">)

Selepas 10 minit…

Gadis : Err.. thanks... (dlm hati : sorry la buruk sangka… malunye ai.. :"> )

Jejaka : (tersenyum) [dlm hati : uik? thanks aje? kot ye pon bg arr no phone ke, ajak dating ke... :p]

Gadis : (dlm hati : err.. sabtu ni saya free… awak free tak? ajak lar saya dating.. mintak lar no phone saya)

Sketsa tamat begitu sahaja…

Bizi, bizi, bizi… aih!~

Semalam mmg giler bz… kalo korang pasan, aku tak online pon smlm.. arghh.. mmg penat yg amat… dari pagi aku gi Bank.. beratur panjang2 sbb nak buat buku akaun baru.. buku bank ilang… kalo tak sebab nak anta borang PTPTN, takde maknanye aku nak bratur panjang2 dgn budak nak byr fees… sampai kat kaunter baru pasan borang yg aku tak lengkap dgn tandatangan saksi.. dgn kecewa nye aku balik tak mintak tolong Que jadik saksi… nasib baik die nak… then pegi bratur balik panjang2 kat bank sampai terjadinya kes diatas…

Lama jugak nak tunggu dierang dpt info akaun aku dari main branch… last2, akak tuh kesian tgk aku, die kuarkan statement bank yg sahkan no akaun aku utk bg kat PTPTN dulu… akak tuh ckp esok lusa, dtg balik amik buku… then aku berlari ke fakulti aku, FIST… mintak sign pengesahan and amik surat rahsia… skali sampai2 situ, akak kerani tuh ckp, surat rahsia tuh Exam Unit je yg boleh kuarkan (ape ni kak, minggu lepas kata fakulti boleh kuarkan?)…

Lepas tuh aku terus ke Exam hall… tempat anta borang PTPTN… spttnye aku nye session pagi.. tp sbb dah terlewat, aku jadik blur.. aku tanye staff PTPTN tuh, nak anta borang kat ner? die ckp gi bg kat Staff Admission MMU yg ade kat blakang.. bile aku gi kat blakang, Staff MMU tuh ckp anta borang kat Staff PTPTN kat dpn… amenda ni weiiii!~~

Akibat kelewatan tuh, aku kene beratur skali ngan bebudak fakulti lain… beratur dari kol 4.00ptg… tp kol 5.05ptg aku baru bergerak sket… ade beberape junior potong queue… aku sound, dierang main2kan ckp aku.. dasar junior kurang ajar… tak hormat senior satu hal, potong queue satu hal… rasa mmg dah berapi masa tu.. tp aku tahan je.. kol 6.45ptg baru borang aku selamat sampai kat Staff PTPTN… masa tgh betolkan borang aku tuh, ade sorg lagi junior jalan kelam kabut nak mampos.. pastu leh pijak kaki aku (dah arr die pakai sport shoes.. kebetulan aku pakai sandal je.. slalu aku pakai kasut gak)… die pijak btol2 kat jari2 kaki kiri aku… kene kat tumit die plak tuh.. siap seret lagik tuh.. bangsat punye junior… nasib baik aku nak cpt.. aku tak tgk muka ko… akbatnye, beberape jari kaki aku kuku dan isi sblh kiri kuku dah tak rapat… sedikit kesan darah… nasib baik tak tercabut kuku aku… kalo tak mmg melayang meja kat kepala mamat tuh.. kelam kabut mcm Exam Hall nak runtuh je…

Ikutkan aku ade 5 hal yg kene settel sblm kol 5 ptg smlm.. tp aku dpt uruskan 4 urusan je.. satu lagi aku tak sempat… kene buat ari ni.. aih…

Malam nye plak aku, Fadhli ngan peja gi Seremban utk amik Dunkin Donuts… Ya Allah.. penat… Dunkin Donuts ni kiterang kene jual utk Mini Carnival Cyberprenuership (baca cyberprono).. ni utk course mark subjek Cyberprenuership.. kalo tak sbb subjek ni, tak hingin aku nak gi seremban amik donut tuh, then jual cuma dpt balik modal je.. untung lansung tarak.. sampai dari seremban tros decorate stall group aku.. balik kol 2 pagi.. then kol 9 pagi dah kene start meniaga.. stall kene bukak sampai ari jumaat.. tp aku maybe sampai esok (khamis) je kot… penat giler.. tp alhamdulillah… stok yg kiterang peruntukkan utk ari ni LICIN… at least ilang rasa penat bile tgk stok abis….

Nota noti : Pepagi buta tadi Mr Albert dari Hive Hosting (company yg aku beli hosting ni) ckp domain SplashX.net aku dah settel dipindahkan… so aku akan mulakan project2 yg aku dah susun sejak bulan lepas… project2 akan dilancarkan mengikut ketidak bizian aku…

Ariff Shah
The Zestful IcedNyior
Klik untuk menjadi kacak
Special
GambarHehe
Qiilans87
Sembang Komputer
Wazy84
WeddingKami