Kapasitor & Tag

Korang tau apa itu kapasitor? Ya, kapasitor adalah sejenis komponen elektronik yang menyimpan dan mengeluarkan caj elektrik. Tapi apa yang aku nak carita kat sini bukanlah kapasitor itu, tetapi portal kapasitor yang dah tak asing lagi pada mereka yang mencari-cari tempat utk menunjukkan bakat mereka dalam penulisan sajak, cerpen dan novel. Tak kira bakat menulis mahupun bakat membaca :p dan bakat mengkritik.

Kapasitor telah mula wujud pada tahun 2001 dan hanya beroperasi sebagai intranet webserver hosted kepada game statistics, illegal materials, bizarre stuff dan beberapa flash animations yang dilukis oleh founder kapasitor sendiri di MMU Cyberjaya. Pada tahun 2004, founder kapasitor (Jo) telah menulis novel beliau sendiri bertajuk Aku Budak Setan : Nazihah yang telah dihostkan di blogspot (kalau tak silap aku). Novel yang kurang kesopanan dan kesusilaannya (yakni melanggar rukun negara yang kelima) :p menjadikan Novel ini hits dikalangan student MMU dan UTP.

Kerana terlalu minat terhadap programming, Jo telah berusaha untuk membina sebuah CMS (Content Management System) menggunakan language ASP yang diberi nama JoCMS. CMS ini telah diangkat ke dunia internet dan mula membuka ruang pada mereka yang minat menulis utk menjadikan Kapasitor sebagai platform bagi mereka mencurahkan idea dan minat mereka. Kini, selepas 3 tahun mereka berada didunia tanpa sempadan dengan berpaksikan slogan “Menjulang Karya Jalanan Ke Mata Dunia”, Kapasitor telah berjaya mengumpul banyak karya-karya dari penulis amatur terutama pelajar-pelajar IPT sama ada dalam Bahasa Malaysia mahupun Bahasa Inggeris.

Kapasitor juga telah berjaya mengeluarkan E-majalah Prasasti dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris setiap bulan (walaupun kdg-kdg pengeluarannya terbantut kerana masih baru). E-majalah yang memuatkan karya-karya yang terpilih (menerima undian terbyk setiap bulan) dari Portal Kapasitor itu sendiri.

Pada bulan Ogos lepas, penulis, pembaca dan pengkritik yang bergiat di portal ini telah menerima berita dari Jo bahawa Portal Kapasitor telah tercalon untuk MSC APICTA AWARD (award yang menjadi impian aku sejak sekolah lagi. Impian je lebih, usaha takde ). Dan baru-baru ini, satu lagi berita gembira telah diumukan oleh Jo, iaitu Portal Kapasitor telah dievaluate for best e-content(sori, dah blur sangat nak tuka pada bahasa Malaysia) untuk World Summit Award 2007 (WSA 07). Ini adalah sebahagian dari e-mail yang dihantar oleh Pengerusi WSA 07 kepada Jo :

“The World Summit Award Grand Jury 2007 met on the island of Brijuni from September 1-7 bringing together eminent multimedia and e-Content experts from 32 countries. The Jury evaluated 650 entries which were nominated from 160 countries to the Global WSA. The Jury selected the five most outstanding products in each of the eight WSA Categories as Winners. http://www.wsis-award.org/index.php?folder=253&article=760

I am delighted to officially inform you herewith that your product has been evaluated by the Grand Jury as an example of Best of e-Content! Your product has been given a Special Mention of the WSA 07 in your category and as best practice of high quality e-Content from your continent! An personal letter from me will be sent to you by internet in the next days.”

Satu kejayaan buat warga kapasitor khasnya dan warga Malaysia amnya. Tahniah buat team Kapasitor! Semoga kejayaan-kejayaan lain terus menyusul buat Kapasitor dan Kapasitor akan terus berjaya Menjulang Karya Jalanan Ke Mata Dunia. Tahniah, tahniah dan tahniah!

P/s 1: Anda boleh melawat Portal Kapasitor di http://www.kapasitor.net.

P/s 2 : Untuk Jo dan team kapasitor yang lain, sila tegur kalau ada fakta kat atas yang tersilap.

Now it’s time for tag!

Azra dengan selambanya dah tag aku semalam. Cet! Aku baru nak tekan button Publish untuk entry semalam (jawab tag). Tiba-tiba kena tag lagi. Okeh, aku jawab ni. Lepas ni tolong, tak nak tag-tag lagi. Nak exam ni wei. hahaha.

Soalan 1
Sejak bila anda mula berpuasa penuh??

Urmm.. ntah.. tak ingat la..

Soalan 2
Pernahkah anda ponteng puasa dan apakah alasannya??

Pernah rasanya masa kecik-kecik dulu. Sebab? Sebab demam dan lapar :D

Soalan 3
Adakah anda pernah bermain bunga api dan mercun??

Of course la penah.. siap penah modify mercun yg biasa jadi mercun ala2 yg mahal punye (tanpa kecederaan fizikal ya! :D )

Soalan 4
Juadah apakah menjadi kegemaran anda sewaktu berbuka??

Tak memilih sangat.. tapi yang penting mesti ada nasi dan lauk (aku kan lapar nasi :p Hint: tag yg lepas)

Soalan 5
Lagu raya manakah yang anda suka??

Sepasang Kurung Biru by Khairil Johori Johar

Soalan 6
Tahun ini anda beraya di mana??

Segamat

Soalan 7
Pernahkah anda bertugas di hari raya??

Hari raya tu tak pernah la. Tapi diarah bertugas malam raya pernah, tapi aku bantah! (mentang-mentang kerja ngan abah sendiri :p )

Soalan 8
Apakah kenangan paling manis di hari raya??

Bila makan kuih yang manis-manis kut :p

Okeh settel! Dah! Takde tag-tag lagi. Study! Nak final dah ni. huhuhu ;))

Penafian!


  • Semua pendapat/pandangan yang tertulis di blogpost adalah pandangan peribadi pemilik blog melainkan jika diterangkan pendapat/pandangan tersebut datang dari pihak lain.
  • Semua pendapat/pandangan yang tertulis di komen adalah pendapat peribadi pemiliknya dan tiada kaitan dengan pemilik blog.
  • Segala apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan majikan atau clients pemilik blog.

Sponsor




Comments

  1. Mr. Kay Em Why says

    [quote comment="3163"]wow. very generous review. thanx mr kay. sangat jujur :p[/quote]

    hehe.. welcome.. ape yg jujur nye? :p
    eh? pakai IE? adeh.. mesti buruks kan tgk blog ni kat IE.. adei..

    [Reply]

  2. Mr. Kay Em Why says

    [quote comment="3165"]Hoho.. mr.kay, tengkiu2.. sgt appreciate ape yg anda lakukan ini.[/quote]

    sesama.. bangga jadi part of kapasitor walaupun takat jd pembaca dan pengkritik tak bertauliah aje.. harharhar.. bangga sbb kapasitor berjaya mengorak langkah ke mata dunia :)

    [Reply]

  3. says

    u..
    i baru prasan ade tag utk i kat entry lepas
    ehehe sorry
    baru masuk blog u
    net kero sket lately ni
    bukak blog u slow sgt la..

    eh tag yang ni pon i rase nak buat gaks la
    cam besh je!
    eeheh

    [Reply]

  4. Mr. Kay Em Why says

    [quote comment="3167"]u..
    i baru prasan ade tag utk i kat entry lepas
    ehehe sorry
    baru masuk blog u
    net kero sket lately ni
    bukak blog u slow sgt la..

    eh tag yang ni pon i rase nak buat gaks la
    cam besh je!
    eeheh[/quote]

    cet.. baru pasan.. u mmg.. jarang masuk blog i.. kalo dulu sebulan skali pon susah.. haha..
    blog i server kat malaysia.. so kalo luar malaysia masuk tuh mmg agak slow rasa nye..

    u buat la semua tag.. haha.. abes cerita :p

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge