Keyword (Search Engine)
Posted by: Mr. Kay Em Why in kerja, Sambutan Kemerdekaan Malaysia, cinta, Anwar, cimbclicks, Orange4k, phishingSearch Engine sudah menjadi satu medium untuk menaikkan trafik ke blog. Rakyat Malaysia pun semakin pandai menggunakan search engine. Tapi tak kurang juga yang menyalah gunakan search engine. Mencari sesuatu yang tak sepatutnya dan menggunakan search engine untuk menyiapkan kerja sekolah/assignment dengan teknik copy paste (Sila kurangkan/tinggalkan tabiat itu adik-adik).
Sebenarnya aku tergerak untuk wujudkan entry ni untuk menyenaraikan dan menjawab beberapa keyword yang pelik, lawak dan paling banyak digunakan untuk masuk ke blog ni. Aku mengambil data bagi tempoh 1 Jun 2008 sehingga 31 Oktober 2008. Google Analytics aku mencatatkan 1971 keyword telah digunakan untuk sampai ke blog ni. 51.88% pengunjung ke blog ini dibawa dari search engine bagi tempoh tersebut!
Nah! Aku pilih beberapa keyword “bertuah”.
- Sajak Merdeka (305 pengunjung) & Sajak kemerdekaan (128 pengunjung)
Jika usaha kau untuk mencari dan menambah koleksi sajak kau untuk lebih menghayati kemerdekaan, aku berasa bangga. Tapi, jika usaha kau mencari untuk di plagiat, copy paste dan memudahkan kerja kau (kerja sekolah / pertandingan), niat kau sangat busuk! Sila hentikan perbuatan ini! - Kes anwar
Aku cuma ada satu saja entry berkaitan kes anwar (DSAI). - Kad Hari Raya
Kenapa kau cari kad hari raya? Kau tak dapat kad raya yang cukup tahun ni? Mungkin kau boleh mintak dengan chika tahun depan. Selamat berusaha! - Kes Anuar
Encik menggunakan ejaan yang salah ni. - Orange4kay
Aku tak pasti apa yang kau cuba cari sebenarnya. Mungkin kau terlupa url blog aku. Duh! Susah ke nak ingat url ni? - Kapasitor
Ada 2 kemungkinan untuk keyword ni. Sama ada kau mencari informasi berkenaan komponen elektronik yang menyimpan dan membuang caj atau kau mencari portal yang mengumpulkan novel dari penulis yang bakatnya masih terpendam. - Tazkirah / Tazkirah Jumaat
Alhamdulillah. Ada juga orang yang mencari ilmu sampai ke sini.


