Entry Hujung Minggu #1
Posted by: Mr. Kay Em Why in Sambutan Kemerdekaan Malaysia, Aktiviti Seni, Olimpik, Entry Hujung Minggu, Anwar, tipsKalau kau selalu singgah blog ini sejak beberapa tahun lepas, pasti kau tahu Entry Rojak adalah kegemaran aku. Aku sering tidak punya masa untuk update secara harian. Jadi aku gemar membuat entry yang merangkumkan semua cerita. Kali ini aku ingin membuat sedikit kelainan. Aku akan rangkumkan berita-berita yang menarik perhatian aku yang mana aku rasa dalam kategori Isu Hangat, Aneh dan perkembangan semasa yang berlaku dalam satu minggu dan juga sedikit info tentang apa yang akan berlaku pada minggu berikutnya. Info tentang apa yang akan berlaku pada minggu berikutnya itu aku lebih tumpukan dalam kategori Seni. Jika kau ada info tentang Pementasan Teater, Pameran Seni Lukis atau apa sahaja yang berkaitan dengan seni dan kau ingin war-warkan pada umum, sudi-sudikan untuk hubungi aku. Oh ya, aku juga akan mencari dan kongsikan artikel-artikel menarik yang aku rasa kau semua harus baca.
Debaran Emas Pertama Buat Malaysia
Ketika aku menaip entry ini, rakyat Malaysia berdebar menantikan perlawanan akhir Badminton di Sukan Olimpik Beijing. Choong Wei akan ke peringkat akhir menentang Lin Dan dari China. Perlawanan akan berlansung pada Ahad, 17 Ogos jam 8.48 malam (China dan Malaysia berada dalam garisan waktu yang sama - GMT+8). Sejak beberapa bulan lepas rakyat dihidangkan oleh media dengan berita-berita yang menyatakan atlet Malaysia akan bawa pulang pingat Emas Olimpik dari Beijing. Setakat ini masih belum ada pingat yang berjaya diraih oleh Malaysia. Dari segi prestasi, aku rasa tak mustahil Choong Wei yang akan membawa balik “ole-ole” dari Beijing ini. Choong Wei bermain atas nama sukan dan negara. Bukan atas wang RM1juta yang dijanjikan oleh kerajaan. Bak kata mael, halalkan-lah RM0.05 setiap orang untuk Choong Wei.
Semoga berjaya buat Choong Wei!
Kredit gambar : Berita Harian
Saiful Bersumpah Di liwat DSAI
Beberapa hari lepas Malaysia sekali lagi digemparkan dengan laporan yang mengatakan DSAI meliwat seorang pembantu beliau. Bagaikan sejarah yang berulang, kes yang sama pernah menggemparkan Malaysia 10 tahun yang lepas. Dunia blog dan media alternatif Malaysia hari ni hangat mengatakan tentang kes ni. Sebelum aku teruskan entri ni, ingin aku tegaskan bahawa ketika ini aku masih berada ditengah-tengah dan tidak berat di mana-mana pihak.

