Search Engine sudah menjadi satu medium untuk menaikkan trafik ke blog. Rakyat Malaysia pun semakin pandai menggunakan search engine. Tapi tak kurang juga yang menyalah gunakan search engine. Mencari sesuatu yang tak sepatutnya dan menggunakan search engine untuk menyiapkan kerja sekolah/assignment dengan teknik copy paste (Sila kurangkan/tinggalkan tabiat itu adik-adik).
Sebenarnya aku tergerak untuk wujudkan entry ni untuk menyenaraikan dan menjawab beberapa keyword yang pelik, lawak dan paling banyak digunakan untuk masuk ke blog ni. Aku mengambil data bagi tempoh 1 Jun 2008 sehingga 31 Oktober 2008. Google Analytics aku mencatatkan 1971 keyword telah digunakan untuk sampai ke blog ni. 51.88% pengunjung ke blog ini dibawa dari search engine bagi tempoh tersebut!
Nah! Aku pilih beberapa keyword “bertuah”.
- Sajak Merdeka (305 pengunjung) & Sajak kemerdekaan (128 pengunjung)
Jika usaha kau untuk mencari dan menambah koleksi sajak kau untuk lebih menghayati kemerdekaan, aku berasa bangga. Tapi, jika usaha kau mencari untuk di plagiat, copy paste dan memudahkan kerja kau (kerja sekolah / pertandingan), niat kau sangat busuk! Sila hentikan perbuatan ini! - Kes anwar
Aku cuma ada satu saja entry berkaitan kes anwar (DSAI). - Kad Hari Raya
Kenapa kau cari kad hari raya? Kau tak dapat kad raya yang cukup tahun ni? Mungkin kau boleh mintak dengan chika tahun depan. Selamat berusaha! - Kes Anuar
Encik menggunakan ejaan yang salah ni. - Orange4kay
Aku tak pasti apa yang kau cuba cari sebenarnya. Mungkin kau terlupa url blog aku. Duh! Susah ke nak ingat url ni? - Kapasitor
Ada 2 kemungkinan untuk keyword ni. Sama ada kau mencari informasi berkenaan komponen elektronik yang menyimpan dan membuang caj atau kau mencari portal yang mengumpulkan novel dari penulis yang bakatnya masih terpendam. - Tazkirah / Tazkirah Jumaat
Alhamdulillah. Ada juga orang yang mencari ilmu sampai ke sini. - Cinta pandang pertama
Aku percaya! Kau percaya tak? Mungkin kau tak percaya tapi kau telah terkena cinta pandang pertama. Sebab tu kau tanya Pak Cik Google kan? - www.orange4k.com
Adik-adik, ini cara penggunaan search engine yang salah. Jika kau tahu url, taipkan terus di ruangan address di bahagian atas browser kau. Faham? - Perasaan lelaki
Keyword ni menimbulkan kemusykilan. Apa yang kau cari sebenarnya? Kau nak tahu perasaan lelaki tentang apa? Apa kata kau isi borang Hubungi Kay. Mungkin aku boleh buat entry khas untuk jawab soalan kau. - Ayam
Kau cari ayam di search engine? Mana kau belajar? Sila cari di pasar. Terima kasih. - Gaduh dalam LRT
Aku belum pernah menjadi saksi kejadian sebegini. Kalau ada nanti aku entrykan. - Bayar hutang
Jangan berhutang dengan ah long untuk bayar hutang! - Masalah teknologi
Aku dah cakap. Jangan ambil jalan mudah untuk siapkan kerja sekolah! Budak-budak zaman sekarang makin malas berfikir. Duh! - Pecah kepala
Err, kau nak pecahkan kepala siapa ni? Lebih baik kau pergi pecah kelapa di Batu Cave sana. - Aku bukan lilin
Ya, aku bukan lilin. Aku manusia. - Anggota badan manusia
Sedikit ragu-ragu aku dengan apa yang kau cari. Aku berfikiran positif. Mungkin kau sedang siapkan kerja sekolah subjek biologi. Jangan copy paste! - Hack ptptn
Haha! Kau nak delete data pinjaman kau ke? Kau doa sahaja kakitangan PTPTN yang pemalas tu terdelete data pinjaman kau. (Aku masih berharap data pinjaman aku antara data peminjan yang hilang beberapa tahun lepas. Duh! Kenapa data aku masih ada?) - Keje di TPM
Technology Park Malaysia? Aku pernah bekerja di sana selama 2 minggu. - Kisah dalam kelambu
Satu contoh penyalahgunaan search engine. Cuba cari sesuatu yang lebih ilmiah sikit. - Mayat wanita mati kena bunuh
Err, maaf. Tak ada orang mati kena bunuh disini. - Pembunuh bersiri
Duh! Apa yang kau cuba cari? Seram aku dibuatnya. - Rompakkan meru
Apsal banyak sangat keyword berunsur jenayah ni? - Seks ganjil
Maaf, anda sampai di tempat yang salah. - Sham Kamikaze gay
Hah? Ye ke? Aku tak tau. Tapi kalau betul pun apa kaitan dengan kau? - “http://*: *@”cimbclicks password
Apa yang kau cuba cari sebenarnya? Cuba hack cimbclicks? Haha. Kau memang pandai buat lawak! - Akad nikah melalui emel
Orang sekarang makin malas kah? Akad nikah pun nak guna emel? Duh! - Aku nak keje
Ini bukan cara yang betul untuk cari kerja. Sila gunakan keyword “vacancy”, “career” atau nama jawatan yang kau inginkan. Lebih mudah kalau kau gunakan khidmat Jobstreet.com dan beberapa forum yang wujud di Malaysia ni. - Aku nak tgk blue
Tak ada blue disini. - Allah tidak akan turunkan kan ujian jika mampu
Salah tu. Allah tidak akan turunkan ujian jika kau tidak mampu menanggungnya. - anggota badan seks manusia
Aku harap kau sedang siapkan kerja sekolah Sains/Biologi. - answer assignment programming with c+random
Ini punca budak IT tak tahu buat programming. Belajar sendiri! Bukannya susah. Jangan bikin malu budak IT!! - apa itu diane 35
Aku tak tahu. Kalau kau dah dapat jawapan, bagitahu aku. - apa yang best tentang krabi
Krabi tak best! Setakat pantai dan pulau-pulau. Malaysia pun banyak kawasan macam Krabi. Officemate aku kata Redang lebih best dari Krabi. - arrghh
Kau sedang tertekan? - artikal kegagalan pelajar
Kau juga akan gagal kalau niat kau untuk copy paste! - aslah anuar, aslah*mmu
Aslah, ni cubaan kau mencari nama sendiri di google ke? Atau ada stalker yang admire pada kau? - awas dengan orang ini
Siapa? - bangsawan “tun perak” serina
Serina Chef Wan berlakin Bangsawan Tun Perak sebagai Tun Teja untuk pementasan di Melaka pada Desember 2006. - berapa kena bayar balik ptptn
Periksa semula surat perjanjian PTPTN kau. - berblog cool atau tidak?
Tentu sekali cool! Itu pun jika kau tak menyalahgunakan blog. Lebih cool bila kau boleh jana pendapatan dengan blog! - betul ke,tema hari kebangsaan perpaduan teras kejayaan
Betul. - bila nak dapat duit ptptn, bila ptptn masuk duit?, bila ptptn masuk
Aku tak tahu. Tanya PTPTN. - blog kehidupan bermadu
Aku belum berkahwin, apatah lagi bermadu. Duh! - blogspot klcc
KLCC pakai blogspot? Kesian! Boleh aku hantar kertas kerja untuk bangunkan blog KLCC guna WordPress. Harga boleh runding. Haha! - blue film
Maaf, destinasi anda tersasar! - boston sejuk gile
Aku tak tahu. Tak pernah sampai ke boston. - budak sekolah buli
Hentikan buli di sekolah! - cabaran semasa bertunang
Aku belum pernah bertunang. Cuba kau tanya Chika. - cerita seks kanak 12 tahun perempuan
Ya Allah. Betul-betul akhir zaman. Budak 12 tahun pun jadi? Aku harap keyword ni bukan digunakan oleh budak berumur 12 tahun juga. - curi duit dari atm
Kan lebih baik jika kau cara kerja dan rezeki yang halal? - datin kesunyian
Tiada datin kesunyian disini. - enset oren
Belikan aku satu sebagai hadiah hari lahir aku. Haha. - gmail phishing script
Jangan menyusahkan orang lain. Cari kerja yang halal. - hive hosting kuching downtime, hive hosting sedang update, hivehosting sucks
Hive Hosting memang sucks! Jangan jadi mangsa penipuan Albert dan Hive Hosting! - incik sayam diane
Err, kakak diane, apa ni? Aku musykil. - kesan bunuh diri
Mati. - langkah mengelakkan pengguguran
Jangan berzina! - manusia dimakan oleh manusia
Rasanya tak ada kisah kanibal di blog ni. - nurul haizum wordpress, nurul haizum
Chika, ada stalker cari kau! Ngeri! - orang buta guna atm
Tolonglah dia. Jangan pula kau curi duit dia. - preempuan
Kau menaip sambil menggigil? Typo tu dik. - ptptn atau ptptipu?
PTPTipu! - ptptn code for mmu
Aku tak ingat. Tanya Admission Unit MMU. - rawatan rambut patah
Rambut patah? Rambut gugur pernah la aku dengar. - sebab pak lah nak turun harga petrol
Sebab harga petrol dunia dah turun. - seorang pekerja mati terkejut
Serangan sakit jantung mungkin? Kau sergah dia ke? - siapa makan cili dia terasa pedasnya
Betul! Jadi siapa takut pedas, jangan makan cili. - teknik buka kereta tanpa kunci
Jangan curi kereta! - tempat romantik kat kl
Ada sesiapa tahu? Aku pun nak tau juga. - bermadu bermaksud?
Err, Poligami?
71 keyword yang larat aku senaraikan dari 1,971. Aku pelik. Kenapa banyak sangat keyword berunsur jenayah masuk ke sini? Aku tak ada sediakan apa-apa tips untuk melakukan jenayah. Aku tak mahu check-in ke Kem Tahanan Kemunting. Keyword berunsur lucah sangat banyak. Ini masalah kritikal negara kita. Patutkah aku klasifikasikan blog aku sebagai 21SG?
Chika pun senaraikan keyword ke blog dia. Pergilah bergelak ketawa disana pula.
chika says
KAH KAH KAH.
Sakit perut aku gelak sejak malam tadi. aku dok perhati satu pertsatu keyphrasess yg ko email. menjahanamkannnnn
kkakahahaha
chika says
jap heh satgi aku nak kira berapa kali nama aku ada dalam entry ni. bangga aku. haha. seronok
yonna says
adoii td baca keyword kat blog chika.
ni blog bro pulak!
hahahahakalau blog chika byk org google fahrin ahmad.
ni pulak byk org google pasal bunuh diri wahahahah.
seramm :p
padahal blog ni sgt comel dengan ke-orenannya
ast3 says
gaduh dlm lrt tu aku tau satu..
tp gaduh dlm telepon je la.. har har har..
tp mmg klaka kan..dlm banyak2 die tulis..sampai ke blog korang gak.. er.. k ngan chika la.. hoho
Mr. Kay Em Why says
tapi otak manusia2 yang guna keyword2 ni lagi dah jahanam..
Mr. Kay Em Why says
ceh!
Mr. Kay Em Why says
hahaha.. itulah.
tp sebenarnye byk keyword berunsur blue.. tp malas nak listkan byk2 yg unsur blue tu.. masalah moral tol budak2 zaman skang.. ade ke carik blue sampai ke blog orange ni.. ampeh!
Mr. Kay Em Why says
aku rasa gaduh dalam telepon tak thrill pada org yg mencari tu.. mungkin die cari yang sampai berdarah2.. tak mustahil org yg sama yang guna keyword “pecah kepala”, “mayat wanita mati kena bunuh” dengan “kesan bunuh diri..
kat sini kite boleh jadikan cerita bahawa si X (bukan nama sebenar) ingin/telah melakukan aksi bergaduh dalam LRT, kemudian ingin/telah memecahkan kepala pihak lawan.. die carik gambar mayat wanita kena bunuh sbb die nak tgk ngeri atau tak dan kalo die berdepan dgn mayat tu, die bleh tahan atau tak.. kemudian die takut dipenjarakan, die cuba bunuh diri.. tp die tak tau ape kesan bunuh diri..
hah! siap satu jalan cerita.. hahaha..
*sebenarnye ade satu lagi keyword.. perempuan gaduh dalam lrt.. malas aku nak listkan.. haha
lindosh says
pernah keje tpm? department mana?
totinx says
tengokkan la i punye blog plak apaaa
Zul says
adus.. punye gelak aku baca satu2.. chika punyela popular sampaikan kat blog kay pun ade..
Fadh says
tak sangka keyword2 yg pelik tu boleh link ke blog ko eh huhu
menteil says
haha… banyak gak yang kelaka…
psstt… aku sebenarnya dah lama kumpul.. siap wat snapshot.. haha..
tinggal publish..
semuanya kelakar2.. huhu…
abdfatah says
hahahaaa… lawak dan kelakar sekali cariannya…
itu baru 71 keyword. berapa banyak entry yang boleh dihasilkan dengan keyword2 yang lain lagi… maka gunakan keyword dengan lebih mantap dan bergaya dan tersendiri…
Mr. Kay Em Why says
aku dah agak mesti ada salah faham.. hehe..
aku cuma keje kat one of company yg ada kat inkubator tuh.. bukan under TPM.. ko keje TPM ke? ada keje kosong tak? huhu
Mr. Kay Em Why says
u punye blog tak mesra google.. list less than 10.. nnt i bg..
Mr. Kay Em Why says
blog aku mmg mengumpul nama2 mereka ni.. cuba ko tgk betol2.. byk giler nama kawan2 aku yg jd keyword.. haha
Mr. Kay Em Why says
kalo ko faham mcm mana search engine berfungsi, ko takkan ckp tak sangka.. huhu
Mr. Kay Em Why says
publish arr cepat.. aku nak tgk.. huhu
Mr. Kay Em Why says
bukan setakat lawak, tapi sampai tahap “tak tercapai dek akal ku”.. haha
farhana. says
haha..baru jumpe blog ni…bole tahan la keyword ko ek…hahahaha 😀
juju says
kely says
ahahahahah aq nk tumpang gelak gak la…