Archive for November, 2009

Impian Seorang Pemimpin

Sebelum kau orang membaca entry ni, aku minta kau orang kosongkan fikiran kau orang dari sebarang fahaman politik untuk seketika sahaja. Baca sebagai seorang insan yang bertuah menjadi rakyat Malaysia.

Impian sorg pemimpin

Aku tuliskan semula apa yang tertulis dalam gambar diatas.

“Saya mencita-citakan sebuah negara yang tiada seorang pun yang papa. Setiap orang adalah memadai cukup makan minumnya, cukup pakaiannya, sambil menikmati usia lanjut yang sihat. Sebuah negara yang setiap anak kita menikmati pelajaran yang secukupnya, agar nanti apabila tiba masanya, mereka akan berkemampuan mengambil alih tanggungjawab daripada ibu bapa mereka. Lebih lebih lagi, saya mencita-citakan sebuah negara yang akan dihormati dan dicontohi oleh setiap negara lain di dunia ini.”
Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad,
Perdana Menteri Malaysia,
23 Ogos 1982

Sekarang aku nak kau orang jawab soalan-soalan ni dengan jujur :

  1. Sebagai seorang anak Malaysia, apa perasaan kau lepas membaca bait-bait ayat di atas?
  2. secara jujur dan ikhlas, adakah kata-kata diatas telah pon di kotakan?
  3. Pernah kau terfikir jika kau menjadi seorang pemimpin, adakah kau akan mengimpikan seperti mana yang di impikan oleh Tun?
  4. Berapa ramai pemimpin di dunia ini yang mempunyai impian semurni ini?

Bagi aku, sangat bersyukur menjadi rakyat Malaysia. Dahulu pemimpin kita berjiwa murni dan berkorban demi rakyat. Alhamdulillah kita pernah dikurniakan dengan pemimpin yang mempunyai impian murni seperti Tun Mahathir dan Tun Abdul Razak.

P/s : Dinding didalam gambar ini terletak di Muzium Negara. Luangkan masa anda untuk menghayati semula apa yang ada di sana.

Terima Kasih

Macam biasa, entry aku biasa ditulis dengan keadaan terlewat. Sudah sebulan lebih aku bergelar suami, baru la aku ada kesempatan nak tulis entry “Terima Kasih” ni.

Aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak pada semua kawan-kawan yang banyak wish aku sempena perkahwinan aku sebulan lepas. Banyak sangat ucapan. Dekat twitter, Facebook, YM, SMS dan merata-ratalah. Terima kasih banyak. Aku tak sempat nak reply satu sebab banyak sangat. Terima kasih juga pada QueenLyana, Yonna dan Megat yang siap buat entry khas ucapan selamat pengantin baru. Megat siap letak nama penuh aku lagi tu. Haha. Kalau ada sesiapa yang buat entry khas, tapi aku tak perasan, aku minta maaf. Mungkin boleh tinggalkan komen kat sini dengan link sekali dan aku akan update entry ni. :)

dalam keta

17 Oktober 2009, majlis resepsi di Seremban. Terima kasih pada kawan baik wife aku, Fareeza & Didie. Sentiasa menemani wife aku dari hari pernikahan sampai la waktu menuju ke dewan untuk majlis. Kalau 2 orang ni tak ada, agak susah gak la kita orang. Tak pasal-pasal pulak pengantin kena drive sendiri pergi majlis. Haha.

with Fareeza & Didie

Ada juga kawan-kawan aku yang datang ke majlis di Seremban. Tapi tak ramai. Special case. Hehe. Thanks banyak-banyak pada Sham Hardy dan wife, kawan-kawan APL (hanya kita saja yang tau. Haha), Sob dan husband (Selamat Pengantin Baru!) dan err.. itu je kot? Ada yang aku terlupa ke?

Seminggu lepas tu, 25 Oktober 2009, Majlis resepsi di Segamat pula. Sangat-sangat teruja dan berterima kasih pada Pakatan Khariah Taman aku sebab menolong dari semua segi untuk persiapan dan perjalanan majlis. Boleh kata hampir SEMUA diuruskan oleh mereka.

rewang

Terima kasih pada kawan-kawan yang datang. Aku tak pasti siapa yang datang sebelum dan semasa aku bersanding. Apa yang aku ingat, Ikoko dan suami datang ke rumah bersanggah sebab nak jumpa aku. Terima kasih dan aku mintak maaf sangat-sangat sebab tak kenal dan tanya secara direct ya, ikoko. Yalah, tak pernah jumpa. Lebih-lebih lagi aku susah nak ingat muka orang. Hehe.

kek kahwin Geek

Masa aku bersanding, aku perasan beberapa orang kawan. Nashreq, Syaff (satu keluarga datang), Fadhli, Alif dan Azreena. Terima kasih banyak-banyak sebab datang. Sahabat aku pulak, Skipskool sampai lepas bersanding. Geng-geng Aflexian sampai masa aku tengah makan beradap. All the way from KL. Thanks a lot! Dan antara tetamu terakhir yang sampai tak lain si Syafrin, Anot dan Bell. Tahniah Anot sebab berjaya berpura-pura kecewa tidak dapat menjadi pengantin perempuan di depan mak aku sampai dia rasa bersalah. Sangat sengal lakonan mu. Oh ya, kalau tak silap aku ternampak 2 orang kawan sekolah aku, Mawar dan Huda datang masa aku tengah bersanding.

aflexian anot dan bell

Terima kasih banyak-banyak kepada semua. Terima kasih kerana datang dan memeriahkan majlis aku. Terima kasih pada yang memberi ucapan yang berkoyan-koyan. Terima kasih banyak-banyak.

P/s : Kepada semua blogger yang letak button link ke blog ni, sila buang button tu. Just text link je. I`ll do something to put back all the link kat blog ni. Thanks!

P/p/s : Aku nak kurangkan hal peribadi di blog ni. Hal peribadi cerita saja di Kay@kronikus. ;)

Cuci The Musical – Ulasan

Aku tau entry ni sikit terlambat. Err.. Terlambat sangat-sangat sebenarnya. Sampai banyak idea-idea nak menulis ulasan ni terbang.

Aku pergi tonton CTM ni hari Sabtu, 7 Nov 2009. Hari kedua terakhir. Tiket dah beli masa bulan puasa lagi. Bukan apa, takut melepas. Lagi pon aku kipas-susah-mati Afdlin Shauki, mesti kena pegi support cip kodok.

poster

Jalan cerita CTM tak banyak beza dengan CUCI versi filem. Pelakon pula, cuma 4 orang tunggak utama yang masih dikekalkan. Nama-nama watak masih dikekalkan seperti dalam filem, tetapi diteraju oleh pelakon yang berbeza.

Dari segi lagu, aku terasa seperti lagu-lagu yang didendangkan dalam pementasan ini seperti dipengaruh oleh Puteri Gunung Ledang The Musical. Boleh dikatakan aku agak hafal dengan lagu-lagu PGLTM. Dan semasa pementasan CTM ni telinga aku dapat tangkap ada rentak-rentak muziknya ada pengaruh PGLTM. Aku tak berapa minat dengan lagu-lagu dalam pementasan ni.

Dari segi lakonan, memang tak payah nak cakap la. Tengok barisan pelakonnya pon dah boleh agak. Boleh dikatakan semua otai-otai belaka. Yang paling seronok bagi aku, dia orang ni banyak ad-lib. Lawak tak payah cakaplah. 4 orang hero tu pon boleh tergelak atas pentas tu. Aku tak tahan bila Afdlin Shauki tersalah que tutup pintu van sampai Awie, Hans Isaac dengan AC tak tahan tergelak atas pentas. Agak banyak line yang dituturkan dia orang secara muzikal tak berapa dengar sebab dia orang cuba tahan gelak. Tapi bagi aku tak penting sangat sebab aku masih boleh paham apa yang cuba disampaikan.

Dalam pementasan ni, ada gimik yang sangat mengejutkan semua penonton. Gimiknya, Hans Isaac dan Vanida Imran menaiki gondola mencuci bangunan tinggi dan gondola tu dinaikkan agak tinggi (aku tak pandai nak agak jarak/ketinggian). Aku sehingga aku sendiri tertanya-tanya “Er.. selamat ke ni?”.

Dari espek lain seperti lighting dan tarian aku tak pandai nak komen. Aku tak ada pengetahuan dalam benda-benda sebegitu. Tapi apa yang penting, CTM memang betul-betul superb. Kalau ada musim kedua, aku nasihatkan kau orang rebutlah tiket cepat-cepat. ;-)

P/s : Dengar kata AC Mizal ada krisis dengan Hans Isaac. Aku harap dia orang boleh selesaikan masalah dengan baik. Tak payahlah guna media. Kalau ada musim kedua CTM, aku harap AC Mizal masih dalam team CUCI.

P/p/s : Bila tengok teater ni, rasa rindu pulak nak balik berlakon teater. Rindu zaman dulu-dulu. Kalau ada kawan-kawan lama yang tau lubang-lubang job utk teater sekitar KL ni, inform la aku ya.

Lebih besar buah dada, lebih pandai?

Panas topik hari ini. Sangat-sangat jarang aku tulis topik sebegini. Tapi apa salahnya kalau kongsikan benda-benda macam ni kan? :D

Big Breast Chicks

Tak lama dulu aku pernah terbaca satu artikel (atau buku?) yang mengatakan perempuan yang pandai lebih cenderung memiliki buah dada kecil kerana mereka lebih menumpukan perhatian kepada pelajaran berbanding saiz buah dada mereka.

Tapi kajian terbaru yang di jalankan di Chicago, Amerika Syarikat menunjukkan perempuan yang memiliki buah dada besar lebih pandai. Cuba baca artikel pendek kat bawah.

A STUDY conducted in the United States showed that women with big breasts are not necessarily less intelligent than those who are less endowed.

Quoting a Singapore newspaper article, Sin Chew Daily said women with bigger breasts were found to be smarter instead.

It said the study was conducted in Chicago to find out whether the size of a woman’s bust affected her brain power.

The study, involving 1,200 women, was conducted by a female researcher. The subjects were divided into five groups, from extra small to extra big.

The report said it was possible such women were smarter due to the higher level of female hormones that could result in better development in the brain.

Habis la lepas ni semua pakat-pakat dok besarkan pulak. Haha. Tapi tunggu dulu! Aku jumpa satu lagi artikel yang mengatakan “Perempuan yang memiliki buah dada besar lebih cenderung menghidap Diabetes”.

TORONTO: Girls with big breasts have a 68% higher chance of developing diabetes by middle age than their small-breasted counterparts, according to a new study published in the Canadian Medical Association Journal.

breasts fake huge large big gigantic enourmousThe decade-long study to find link between big breasts and diabetes development among nurses in the US shows that those with bigger breasts at 20 are at 68% higher risk of developing the disease in later years.

Joel Ray, professor of medicine at the University of Toronto and a clinician-scientist at the local St Michael’s Hospital, said this was “the broad conclusion” of his research team on the basis on the study that was published on Tuesday.

“Our findings are based on data from the Nurses Health Study II project in 14 American states. In a nutshell, 92,102 nurses were studied for link between their breast size and their chances of developing diabetes by the age of 35. The bigger their breasts are at the age of 20, the bigger their chances of developing diabetes,” Ray said.

However, Ray was quick to add that the breast size could be one of the factors, apart from smoking, family history,
diet and ethnicity that trigger diabetes in women.

“Obesity remains a big factor. Obese women tend to have larger breasts, thereby becoming more prone to diabetes,” he said.

From these findings, he said, it will be interesting to study how breast fat influences insulin resistance. Ray emphasized that their research was preliminary at this stage and should not be taken at its face value. Women should not think about breast surgeries to minimize their chances of developing diabetes.

Aku harap korang yang masuk ke sini atas carian google yang tak elok dan korang yang sampai ke sini sebab tertarik dengan tajuk post ni akan tetap dapat sedikit info dan tambahkan pengetahuan am. Hehe.

hyprobulksms
Wazy84
Ariff Shah
Special
The Zestful IcedNyior