Posts Tagged ‘malaysia’

Impian Seorang Pemimpin

Sebelum kau orang membaca entry ni, aku minta kau orang kosongkan fikiran kau orang dari sebarang fahaman politik untuk seketika sahaja. Baca sebagai seorang insan yang bertuah menjadi rakyat Malaysia.

Impian sorg pemimpin

Aku tuliskan semula apa yang tertulis dalam gambar diatas.

“Saya mencita-citakan sebuah negara yang tiada seorang pun yang papa. Setiap orang adalah memadai cukup makan minumnya, cukup pakaiannya, sambil menikmati usia lanjut yang sihat. Sebuah negara yang setiap anak kita menikmati pelajaran yang secukupnya, agar nanti apabila tiba masanya, mereka akan berkemampuan mengambil alih tanggungjawab daripada ibu bapa mereka. Lebih lebih lagi, saya mencita-citakan sebuah negara yang akan dihormati dan dicontohi oleh setiap negara lain di dunia ini.”
Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad,
Perdana Menteri Malaysia,
23 Ogos 1982

Sekarang aku nak kau orang jawab soalan-soalan ni dengan jujur :

  1. Sebagai seorang anak Malaysia, apa perasaan kau lepas membaca bait-bait ayat di atas?
  2. secara jujur dan ikhlas, adakah kata-kata diatas telah pon di kotakan?
  3. Pernah kau terfikir jika kau menjadi seorang pemimpin, adakah kau akan mengimpikan seperti mana yang di impikan oleh Tun?
  4. Berapa ramai pemimpin di dunia ini yang mempunyai impian semurni ini?

Bagi aku, sangat bersyukur menjadi rakyat Malaysia. Dahulu pemimpin kita berjiwa murni dan berkorban demi rakyat. Alhamdulillah kita pernah dikurniakan dengan pemimpin yang mempunyai impian murni seperti Tun Mahathir dan Tun Abdul Razak.

P/s : Dinding didalam gambar ini terletak di Muzium Negara. Luangkan masa anda untuk menghayati semula apa yang ada di sana.

The Zestful IcedNyior
GambarHehe
Wazy84
Ariff Shah
WeddingKami
Sembang Komputer
Qiilans87
Special
Klik untuk menjadi kacak