Impian Seorang Pemimpin

Sebelum kau orang membaca entry ni, aku minta kau orang kosongkan fikiran kau orang dari sebarang fahaman politik untuk seketika sahaja. Baca sebagai seorang insan yang bertuah menjadi rakyat Malaysia.

Impian sorg pemimpin

Aku tuliskan semula apa yang tertulis dalam gambar diatas.

“Saya mencita-citakan sebuah negara yang tiada seorang pun yang papa. Setiap orang adalah memadai cukup makan minumnya, cukup pakaiannya, sambil menikmati usia lanjut yang sihat. Sebuah negara yang setiap anak kita menikmati pelajaran yang secukupnya, agar nanti apabila tiba masanya, mereka akan berkemampuan mengambil alih tanggungjawab daripada ibu bapa mereka. Lebih lebih lagi, saya mencita-citakan sebuah negara yang akan dihormati dan dicontohi oleh setiap negara lain di dunia ini.”
Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad,
Perdana Menteri Malaysia,
23 Ogos 1982

Sekarang aku nak kau orang jawab soalan-soalan ni dengan jujur :

  1. Sebagai seorang anak Malaysia, apa perasaan kau lepas membaca bait-bait ayat di atas?
  2. secara jujur dan ikhlas, adakah kata-kata diatas telah pon di kotakan?
  3. Pernah kau terfikir jika kau menjadi seorang pemimpin, adakah kau akan mengimpikan seperti mana yang di impikan oleh Tun?
  4. Berapa ramai pemimpin di dunia ini yang mempunyai impian semurni ini?

Bagi aku, sangat bersyukur menjadi rakyat Malaysia. Dahulu pemimpin kita berjiwa murni dan berkorban demi rakyat. Alhamdulillah kita pernah dikurniakan dengan pemimpin yang mempunyai impian murni seperti Tun Mahathir dan Tun Abdul Razak.

P/s : Dinding didalam gambar ini terletak di Muzium Negara. Luangkan masa anda untuk menghayati semula apa yang ada di sana.

Penafian!


  • Semua pendapat/pandangan yang tertulis di blogpost adalah pandangan peribadi pemilik blog melainkan jika diterangkan pendapat/pandangan tersebut datang dari pihak lain.
  • Semua pendapat/pandangan yang tertulis di komen adalah pendapat peribadi pemiliknya dan tiada kaitan dengan pemilik blog.
  • Segala apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan majikan atau clients pemilik blog.

Sponsor




Comments

  1. says

    1. Rase nye Ben Franklin pernah ckp mende same cume dalam bahase inggeris (ataupun presiden AS yg awal2 dulu, jauh sebelum Mahathir).
    2. Tak. Ramai mati awal sebab Proton + Perodua macam tin milo.
    3. Saya impikan negara yg tidak akan menyesakkan generasi akan datang, terutama dari segi pencemaran alam.
    4. Semua pemimpin akan kempenkan CHANGE atau kate2 manis lain contoh, anjakan paradigma dsbg. Tak pernah plak cakap, kite MAINTAIN system sedia ada. Tak yah upgrade, save duit. Gune duit tu utk tolong golongan fakir.

    Nak kate saya anti Mahathir tak jugak. Sokong pon tak jugak. Cume rasa bertuah la die yg jaga negara.

    Tetapi harus diingatkan, pemimpin dan ahli politik adalah 2 entiti berbeza tapi fungsi yg sama. Bila mati nanti, pandai-pandailah mereka menjawab dengan Tuhan.

    [Reply]

  2. holocoustine says

    aku raser yang ko maksudkan tuh martin luther king ek encik noktahHitam? speech dier –> “I have a dream”.. tu pasal racial equality.. kalau tak silap aku la…

    [Reply]

  3. says

    1. tipikal. tidak lari dari ucapan dasar seorang pemimpin.
    2. sekurang-kurangnya banyak yang berubah! dari mata kasar.
    3. sudah tentu. apatah lagi semakin dekat dengan suara rakyat!
    4. semua pemimpin, ekceli semua orang inginkan impian sebegitu. yang mebezakan antara impian itu datang dari manusia biasa atau pemimpin.

    dalam barisan pemimpin di negara kita, tun mahathir adalah yang terbaik dan jurang-jurang ekonomi banyak yang telah dapat diatasinya.

    [Reply]

  4. says

    1. Sebagai seorang anak Malaysia, apa perasaan kau lepas membaca bait-bait ayat di atas? – Ayat di atas memang bagus.. Tapi kalau dilaksanakn lebih bagus. Aku suka ayat ‘ Setiap orang adalah memadai cukup makan minumnya, cukup pakaiannya, sambil menikmati usia lanjut yang sihat’.. Tapi akhirnya kapitalisme yang menguasai. Jadi masing2 mengejar kebendaan.. Bukan seperti yang diharapkan memadai cukup sekadarnya
    2. secara jujur dan ikhlas, adakah kata-kata diatas telah pon di kotakan? – tak berani nak jawab.. tapi cam aku tulis di atas ayat memadai tak menepati konsepnya..
    3. Pernah kau terfikir jika kau menjadi seorang pemimpin, adakah kau akan mengimpikan seperti mana yang di impikan oleh Tun? – Aku tak sanggup menjadi pemimpin setinggi itu. Cukup memimpin keluarga. Mungkin aku tak bercita2 tinggi tapi aku tak sanggup menanggung tanggungjawab yang besar..
    4. Berapa ramai pemimpin di dunia ini yang mempunyai impian semurni ini?
    - Ramai rasanya tapi bila telah berada di dalam kotak sebagai pemimpin, matlamatnya telah berubah.. Percayalah…

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge