Archive for October, 2007

Saya pelajar jurusan Teknologi Keselamatan, Universiti Multimedia Kampus MANCHESTER ingin mengucapkan selamat hari raya aidil fitri maaf zahir dan batin pada kawan2, sanak-saudara dan juga pembaca blog tak kira berada dimana. Dengan ucapan, makan ayam tu ingat-ingat la aku.

 

Hahaha. Saja nak feeling2 belajar kat oversea. Padahal kat Melaka je. Gi tuka jadi Manchester. Okeh, ini ada satu pengumuman. Bersempena cutinya tuan punya blog ini (tidak kira ape juga nama panggilan yang anda berikan pada beliau) maka blog ini akan bercuti sekali. Mungkin sehingga awal Novermber atau sehingga beritahu kelak.

Memandangkan tahun ni aku tak sempat nak edit2 kad raya, jadinya, tahun ni recycle kad tahun lepas tu dah la kan? hehe.

Sekian…

Kad utk kronikus…

Kad utk kengkawan…

Pejam celik, pejam celik je dah nak raya. Dah lama aku tak balik kampung. Rasanya dah dekat lima tahun sejak aku sambung belajar ke luar negara. Tahun ni, dapat gak aku beraya di kampung, jumpa mak abah dan adik-adik kawan-kawan yang dah lama hilang tanpa khabar berita. Apa cerita Naim ye? Dah lama aku tak contact dia. Kalau jumpa mesti dia marah gile kat  aku pasal aku tak reti-reti nak hantar surat kat dia. Dulu masa kecik main sama-sama. Bila dah belajar…  lupa kawan! Raiz senyum sendirian. Terkenang zaman riang kanak-kanaknya bersama Naim.

Bas yang terhenyak-henyak dek jalan yang berlubang terasa bagai membuai sambil melayan kenangan. Mesti semua orang terkejut dengan kepulangannya. Mesti ramai awek kempung menyesal kerana mengejek dia dahulu. Maklumlah dulu Raiz ‘nerd’! Selalu kena buli. Naimlah yang selalu jadi ‘bodyguard’nya. Tapi sejak belajar di luar negara, dia dah berubah. Jadi kacak dan pandai bergaya. Naim juga
mesti terlopong melihat perubahan dirinya. Bas yang membawa Raiz dari pekan tadi berhenti di bahu jalan. Untuk sampai ke rumah, Raiz kena berjalan kaki hampir sepuluh minit. Ketika turun dari bas, Raiz lihat ada seseorang duduk mencangkung di bawah tiang lampu. Seakan macam dikenalinya orang itu. Raiz menghampiri. Orang itu terkebil-kebil memandangnya sambil menggigit anak kemuncut. “Wey! Siut! Aku ingat orang darat mana tadi! Engkau rupanya! Apa kau buat tepi jalan malam-malam camni?” Razi bersuara sambil memeluk Naim yang terkekeh-kekeh ketawa. “Aku tunggu kau baliklah! Wah! Orang UK! Balik Malaysia jadi camni kau yek.. hensem nampak?” Naim menepuk-nepuk bahu Raiz. Kegembiraan jelas terbayang diwajahnya. “Biasa la! zaman bersedar, manusia
pun kena berubah! Mana kau tau aku nak balik?” Naim tidak menjawab soalan Raiz, cuma tersengih-sengih. Raiz memerhatikan Naim dari atas hingga ke bawah. Ada perubahan ketara pada sahabatnya. Nampak berserabut, selekeh dan kakinya sedikit tempang. “Apa kena dengan kau ni? Apasal kaki kau tu? Lagi satu aku tengok kau ni macam ada masalah je…” tegur Raiz. Naim kelihatan murung.

“Aku memang ada masalah pun. Eh! kau ni terus balik rumah ke?” Naim mengubah topik.
“Cadangnya gitulah!”
“Ala! singgahlah rumah aku dulu! Aku dah lama tak borak dengan kau. Banyak benda aku nak cerita. Bukan senang aku nak jumpa kau!” pujuk Naim lalu menarik tangan Raiz, dan tanpa membantah, Raiz mengikut sahaja.
“Tak apalah, malam ni aku temankan Naim! Pagi esok aku balik la! boleh terus siap untuk sembahyang raya!” kata Raiz dalam hati.
“Eh? Kau duduk sorang je ke? Mana mak ayah kau? Raiz kehairanan apabila mendapati suasana rumah Naim sunyi sepi. Malah rumah itu hanya diterangi cahaya pelita minyak tanah! Naim menarik nafas panjang.
“Inilah! nasib aku malang betul Iz,lepas kau pergi UK dulu, macam-macam terjadi kat aku! Mak ayah aku sakit, aku tak dapat sambung belajar sebab nak jaga diorang.Terpaksalah aku buat kerja kampung. Tapi mulut orang jahat betul, aku dituduhnya buat kerja-kerja mencuri. Kaki aku ni, tempang dibalun dek orang kampung la!” Terkejut Raiz mendengar cerita Naim.
“Setahun lepas tu mak ayah aku meninggal. Kau tau, takde sapa yang datang nak uruskan jenazah, kecuali mak abah kau dengan pak imam je!” Naim terisak-isak. Dia mengesat airmata dengan lengan bajunya yang lusuh. Raiz  tergamam. Tidak disangka-sangka nasib Naim sebegitu malang.
“Lepas mereka meninggal, hidup aku jadi tak tentu arah. Aku tak ada tempat nak mengadu. Tiap-tiap malam raya sampailah ke hari raya, aku tunggu tepi jalan, manalah tau kot-kot kau ada balik! Pasal aku tau kau sorang je boleh dengar masalah aku. Semua orang cakap aku gila. Minah-minah kilang pulak tuduh aku nak mengenen diorang. Hishh! Aku cuma tunggu kau balik! Salah ke? Kau kawan aku dunia akhirat. Diorang apa tau? Tak peduli aku makan ke, minum ke! sakit ke! matipun diorang mesti tak ambil peduli!” Suara Naim sedikit tinggi. Menunjukkan “Aku mintak maaf Naim, aku betul-betul tak tau hidup kau susah sampai macam tu sekali!” Raiz menyuarakan rasa bersalahnya.
Naim cuma tersenyum. “Tu la kau, pergi belajar jauh-jauh tu kenapa? Dah langsung tak dengar berita. Tengok-tengok balik dah jadi camni bergaya kau ye! Eh! Minumlah! rumah aku takde apa boleh dimakan. Ni je la!”. Naim menyorong gelas berisi teh sejuk dan sepiring biskut kering. Hati Raiz sebak. Sampai begini susah hidup Naim! “Aku mintak maaf Naim, sedih sungguh aku tengok kau ni!” Suara Raiz sayu dan pilu. Naim senyum tawar. “Buat apa kau mintak maaf? Aku jadi macam ni pun bukan kau punya angkara. Dahnasib aku, nak buat camana. Kau dah balik ni, selalu-selalu la jenguk aku kat sini! ye. Esok dah nak raya,aku mintak ampun maaf dengan kau dari
hujung rambut sampai hujung kaki. Halalkanlah makan minum aku selama kitaberkawan. Raya ni datanglah rumah aku ye!” Mereka berbual hingga larut malam. Raiz tak sedar hingga pukul berapa.  Ketika matanya terasa berat, Naim menghulurkan bantal kecil dan tilam nipis sambil tersenyum. Terus Raiz tertidur.

“Astaghfirullah! Budak ni kat sini rupanya! Puas kita tunggu dia balik!”
Satu suara kuat menyebabkan Raiz tersentak dari tidur.Terpisat-pisat Raiz bangun.”Eh? Mak!” terkejut Raiz lihat ibunya berdiri di depan bersama ayah dan ahli keluarganya yang lain. Berpakaian cantik dan kemas. “Yang kau tidur kat sini pagi-pagi raya ni kenapa? Dah takde rumah nak balik?” jerkah ayahnya.
“Eh? Kenapa pulak diorang marah ni?Raiz memerhatikan sekelilingnya. Tiada gelas berisi teh… tiada biskut kering! Hanya daun-daun kering yang bertaburan! Di tepinya terpacak batu nisan! Raiz melompat bangun. Raiz pandang sekeliling. Bukan satu sahaja batu nisan,ada dua, tiga, malah berpuluh-puluh lagi. Raiz mengelabah.
“Eh? Semalam saya pergi rumah Naim, mak… ayah!
“Kenapa?? Kau tengok… dekat kubur siapa kau tidur tu!” Raiz segera mengamati tulisan jawi yang tertulis pada batu nisan. Abdul Naim bin
Malik.16 September 1975 - 27 Oktober 2003! Raiz terpelangah.
“Mak! Malam tadi saya jumpa Naim mak!! Kalau dia takde, sapa yang saya jumpa malam tadi? Bulan puasa pun ada hantu ke?”
“Budak ni…bulan puasa mana ada hantu! Naim dah tak ada! Dia meninggal hari pertama menyambut puasa. Masa tu ribut, dia duduk dekat kubur arwah mak ayah dia. Ada pokok tumbang tertimpa dia. Esoknya baru orang jumpadia, dah tak ada..”terang ibunya dengan suara pilu. Raiz tambah terkejut. Terfikirkan pengalaman malam tadi! ‘bertemu’ arwah Naim di malam menjelang raya.Kalau betul bulan puasa tak ada hantu! apakah yang Raiz temui semalam? Petunjuk apakah yang Allah ingin sampakan padanya terduduk disisi pusara
Naim, lantas dia teringatkan kata-kata arwah malam tadi.

“Kau dah balik ni, selalu-selalu la jenguk aku kat sini! ye. Esok dah nak raya, aku mintak ampun maaf dengan kau dari hujung rambut sampai hujung kaki. Halalkan makan minum aku selama kita berkawan. Raya ni datang lah rumah aku ye!” Serta-merta Raiz kembali duduk di sisi pusara arwah Naim lalu menadah tangan. Kalimah-kalimah ayat suci disedekahkan kepada arwah.

“Terima kasih kerana mengingatkan aku! semoga kau tenang dan aman di sana!”

moralnya: jgn lupa kawan dan rajin2lah bertanya kabar

Aku dapat tips ni dari e-mail. Baca dan amalkan. Semoga kita sama-sama dapat manfaat. InsyaAllah.

Tatacara makan & minum

Sebelum tidur, maafkan semua orang tak kira siapa
Insya-Allah, Allah lipat gandakan rezeki.

Sebelum tidur, berdoa, depends on apa yg kita hendak
sepanjang tidur, otak akan generate kan all of our wish & Insya-Allah,
kita akan work towards it (ada semangat) di keesokan harinya.

Makan buah sebelum breakfast, lunch & dinner
ikut Sunnah & dapat pahala & also boleh rujuk kpd pakar pemakanan, vitamin C dari buah2an yg dimakan selepas breakfast, lunch & dinner yang akan diperolehi adalah approaching 0%.

Jangan minum air semasa sedang makan (breakfast,lunch & dinner).
Minum air selepas 15-30 minit selesai makan.Untuk minum, bagi teguk
yg pertama sahaja, biarkan air dlm mulut about 10s then baru telan.
Teguk kedua & seterusnya boleh minum terus
sebab air liur ada enzyme yg boleh membunuh kuman dlm pankreas, perut,
& so on yg akan dibawa oleh air tegukan pertama.

Seelok2nya makan malam sebelum maghrib
ikut sunnah (Rasullullah makan sblm maghrib kecuali bulan Ramadhan saja
ie masa maghrib), sebab, bagi yang tegah study (or anak2), otak akan berfungsi excellently
(senang absorb ilmu) around 2 hrs selepas makan so, if makan at 8:30pm,around 10:30pm baru start study and most probably hanya boleh bertahan hingga jam 12 tegah malam saja, jadi, tak banyak yang boleh dipelajari berbanding kalau makan pukul 6:30 (org Cina take dinner around this hour). Juga, kita tak tidur dalam kekenyangan (yg mana boleh menghindar dari membuat sembahyang malam)

Tatacara di bilik air

Selepas buang air kecil, berdehem 3x (teran sikit)
boleh elak daripada dapat batu karang

Semasa buang air besar, mengiring sedikit ke kiri
ikut sunnah sbb bila mengiring ke kiri, perut akan tekan bladder and senang buang air besar

 

Tatacara didik anak

Antara tips untuk dapat anak bijak/genius, ajar anak
(baby) tidur mengiring ke kanan ~ sebab jantung (yg terletak sblh kiri)akan
lebih “lapang”/”lega” dan mudah berdegup (perjalanan darah okay) and otak
anak akan develop excellently.

* Bagi anak2 yang dah azalinya active or hyper-active, kurang (or jangan)
pakaikan baju warna orange
sebab warna ini boleh merangsang secara actifnya tindak tanduk anak

Tatacara didik diri sendiri

Rasullullah (saw) bersabda, sesuatu amalan yg diamalkan sekitar 21-30 hari, continuously, akan menjadi tabiat and kalau tak, ilmu itu akan mati.

Buang segala rasa hasad dengki, dendam & lain2 yg negatif
emosi2 ini akan membenarkan otak release excessive adrenaline,
cortisone & toxine yg mana boleh membawa kepada beberapa penyakit cepat letih, wajah cepat nampak tua (tua sebelum waktunya), selalu sakit perut & etc

 

Ada 3 kategori manusia :-

 

1. BERJAYA: Hari ini lebih baik daripada semalam
2. TERPEDAYA : Hari ini sama seperti semalam
3. CELAKA : Hari ini lebih teruk daripada semalam

 

Apabila kita kejar dunia, dunia akan lari; tetapi apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita” Just to ambil iktibar untuk mendidik diri & family. Usia dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya, terlalu! So, it’s good if we can remind each other because in Rasulullah’s last sermon, baginda pun did mention that all those who listen to him (on that day) shall pass on his words to others, and those to others again; and may the last ones understand his words better that those who listen to him directly…

 

Yang baik datang dari Allah & yang kurang itu is from my weaknesses. Do impart this knowledge & you’ll lose nothing.

Akhir-akhir ini, ya, sejak ramadhan bermula, katil ku yang dulunya terasa tidak begitu selesa menjadi begitu empuk dan nyaman. Pantang saja badan aku dihempas ke katil tersebut dan kepala dialaskan dengan bantal. Pasti sukar untuk bangkit dan akhirnya tertidur berjam-jam lamanya. Begitu kuat seruan TnB bulan ramadhan ni. Ya, seruan Tilam ‘n’ Bantal. Lebih-lebih lagi bila terlalu banyak masalah yang datang menerpa dan meminta untuk akal bekerja kuat mencari penyelesaian. Badan lebih cepat terasa penat dan seruan TnB semakin kuat.

Sebut tentang masalah dalam kehidupan. Kebelakangan ini sering saja masalah datang melanda. Masalah-masalah yang datang aku sering anggap sebagai ujian. Tapi ujian yang datang kebelakangan ni sangat perit dan menyeksakan. Keputusan harus dibuat segera. Tetapi keputusan perlu dibuat dengan teliti. Satu keputusan yang bakal menentukan masa depan aku dan orang sekeliling aku!

Ya Allah, terasa amat berat ujian yang Kau turunkan kepada diriku ini. Seperti tak terdaya untuk aku menggalasnya. Tapi aku sedar, Kau tidak akan turunkan ujian kepada hamba-Mu jika hamba-mu itu tidak mampu menanggungnya.

Kali ini aku tidak terasa seperti nak menceritakan masalah aku pada sesiapa seperti yang aku biasa lakukan. Apa yang berlaku beberapa minggu lepas benar-benar mengajar aku. Untuk apa aku ceritakan masalah pada orang kalau orang tak faham apa yang aku rasa? Untuk apa aku ceritakan masalah aku pada orang kalau orang tidak mampu mengerti situasi aku? Untuk apa aku ceritakan kalau jalan penyelesaian yang dicadangankan lansung tidak ada dalam option yang aku boleh pilih? Dan lebih perit kalau respon yang diterima lebih ke arah membunuh semangat aku yang tinggal nyawa-nyawa ikan ini dan seterusnya membuatkan aku lebih lemah untuk berhadapan dengan masalah dan terasa seperti ingin menyelesaikan segala masalah dengan menghentikan kehidupan aku serta merta. Ya! Bunuh diri. Tapi aku masih lagi waras. Aku tahu itu dilarang keras dalam Islam.

Kerana kesedaran itu, aku masih disini. Didalam ruang berbentuk segi empat, duduk atas kerusi berhadapan dgn LCD LG kesayanganku ini. Dan terus memerah otak, cuba mencari penyelesaian bagi masalah ini. Terus mencari sambil hati menangis tanpa sendu kerana terasa begitu berat ujian ini.

Dalam otak bekerja mencari penyelesaian, dalam hati menangis tanpa sendu, emosi aku mudah terganggu. Aku tidak begitu jejak dibumi. Sedikit silapnya, pasti aku berada atas angin. Ya, aku mudah naik angin. Tapi aku cuba juga kawal. Supaya orang keliling tidak begitu terasa. Aku tahu sudah beberapa orang yang begitu terasa. Tapi percayalah, aku lebih terasa!

Kesian pada dia. Orang ckp, orang yang paling hampir, paling kita sayang, adalah orang yang paling mudah terkena tempias apa saja mood kita. Sebab itu aku kesian pada dia. Dia yang paling banyak terkena tempias setakat ini. Tidak mustahil jika dia melangkah pergi. Aku tidak akan menyalahkan dia sekiranya itu berlaku.

Ya Allah, Ya Fattah, Kau lah Yang Maha Pembuka. Kau bukakanlah jalan bagiku. Kau bukakanlah penyelesaian bagiku. Kau bukakanlah pilihan yang terbaik bagiku. Sesungguhnya amat berat ujian ini ya Allah. Aku tidak mampu untuk menyelesaikannya tanpa bantuan-Mu Ya Allah. Amin.

P/s : Tiket balik raya dah habis. Padan muka aku. Tapi kalau beraya kat melaka pon tak salahkan? Seronok tak beraya sorang-sorang? Ni la sebab aku mengimpikan sebuah kereta. aih :-<