Archive for December, 2005

Soal hati, Soal perasaan… Antara Guys & Girls…

Aku pelik… aku cukup pelik… setiap kali girl patah hati dgn mana2 lelaki, mesti akan terdengar “LELAKI SEMUA SAMA!” keluar dari mulut that girl. Bukan sorg, bukan 2 org, tapi dah ramai yg aku dgr ckp mcm tuh… tp aku jarang, jarang sgt2 dgr guy ckp “PEREMPUAN SEMUA SAMA!” keluar dari mulut sorg lelaki yg patah hati…

Kenape? Lelaki mmg dijadikan ALLAH kat muka bumi ni sama jerk ke semua? Dan girl semua baik2 ke? Bagi aku, takleh nak samakan setiap org. Kalau aku buat salah pada mana2 girl, aku tak suka that girl salahkan semua lelaki just sbb salah aku. Dan aku tak ske bile lelaki lain buat salah, lelaki2 lain termasuk aku dituduh sebegitu rupe. Sape buat salah, DIA tanggung arrr!!! Pasal plak nak salahkan semua org??!!

:-D Huhuhuhu… mcm emo plak ayat aku tadi tuh kan? Tapi itu lar hikikat nye… Selama ni mmg takde org terpk pasal ni (kalo ade pon maybe tak ramai) sbb rase nyer blom ade lagi girl yg tgh sakit ati ngan balak die, gi ckp kat lelaki lain yg lelaki ni semua sama, ske sakitkan ati perempuan… Utk lelaki lar kan, cuba korang bygkan, tgh korang jalan2 kat shopping complex, nape ade couple yg tgh masam2 muka.. gaduh arr ape lagi… tetiba korang lalu dkt2 ngan dierang, awek tuh dtg depan korang, jerit kat muka korang “KORANG NI LELAKI SEMUA SAMA JERK”… agak2 nye lar kan, ape yg korang buat? Tampar awek tuh? Angkat awek tuh campak ke level bawah?(kalo korang kat tingkat atas lar) Atau korang blasah balak die? hehe.. Kalo aku tak tau lar nak ckp mcm mana kan. Tak penah kene.. cuma pernah terpk.. hehe…

Satu lagi yg pompuan slalu salahkan lelaki, soal EGO. Aku slalu kalo couple mmg akan letakkan ego aku pada tahap yg serendah-rendahnye.. kalo lelaki lain mesti ckp aku bodo kan? Sbb mmg ego ni penting.. tp takleh lar sampai melampau giler EGO tuh.. Tp mmg diakui oleh seorg xgf aku yg aku dah kenal dkt 7 tahun… Dia tak penah tengok ego aku tinggi kecuali ade 1 malam beberapa hari lepas…

Kenape agak nye dalam entry aku kali ni tetiba bercerita ttg perasaan? Tetang ni semua? Sebab aku pelik nape pompuan ske blame lelaki kalau satu2 percintaan tuh tak menjadi… Ape? Igt lelaki ni tak de perasaan? Kalo awek die yg buat hal, die tak sakit ati? Lelaki tak pernah kecewa sbb perempuan?? Aku penah jumpe lelaki yg tension gile sbb awek die buat hal… bukan 1, bukan 2 org yg aku jumpe.. tapi dah ramai… Aku sendiri, penah down 3 bulan… dari seorang yg talkative, Happy go lucky, hyper aktif, tetiba jadik seorg yg pendiam, tak bergaul dgn org, berada dalam dunia aku sendiri macam sekeliling ni tak de orang lansung just sbb sorg pompuan. Korang nak cakap aku ape? bodoh? Come on la… Ini soal perasaan… semua org ade perasaan… kalo betol2 tak de perasaan, tu bukan org lar tuh…

So, utk girls semua, igt lar… bukan stakat girls yg ade perasaan.. lelaki ni pon ade… kadang2 ape yg berlaku, tak de sape yg mintak… tp benda dah nak jadi… Nak salahkan takdir? Igt… tak de org yg 100% Perfect dalam dunia ni selain Nabi Muhammad S.A.W. Tak de org yg dapat lari dari buat kesilapan… so, yg terbaik adalah memaafkan…

Hah, sebut plak pasal MAAF, bagi aku, lebih elok kalo kite mintak maaf bile kite betul2 insaf… tak guna kalo kite mintak maaf kat org tapi pastuh buat salah lagik… MAAF, semua org boleh sebut… Kalo berbakul2 ucapan maaf korang sebut pon, tp kalo dok buat salah lagik.. tak guna… Bg aku, aku lebih suka mengekspresikan maaf tu dgn perbuatan… org kan cakap Action Speaks Louder Than Words… betul tak?

Haha.. aku semakin blur bile menaip semua ni.. tak tau naper.. makin pening lak kepala..

P/s : Entry ni tak ditujukan pada sesape… benda ni open ok.. tp, kalo ade sesape yg terasa, aku mintak maap bebyk lar yerk…

What Everr!!

Melawat Bandaraya Mall

Hari sabtu ari tuh, aku, munir, fariz ngan shahir (my lil bro) gi lepak2 kat Bandaraya Mall. Sejak adik aku dtg sini (rabu lepas kalo tak silap) aku tak de bawak die gi mana2.. Kesian tgk die kebosanan… so aku follow arr si Munir ngan Fariz gi Bandaraya Mall.. saja amik angin.. Untuk mereka yg tak tau lagi kat mana Bandaraya Mall ni, sbnr nye satu taman yg baru siap kat dpn bangunan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah. Kerajaan Melaka buat lanskap ni sempena Majlis Mesyuarat Raja-raja Melayu. Dengar kata RM4.5 Juta dibelanjakan utk buat Bandaraya Mall. Kalau tak silap aku lar. Kalo aku silap aku mintak maaf yerk.. Aku pon pelik naper dierang letak nama Bandaraya Mall.. sbb die bukan Mall pon.. hehe..

Aku ade snap beberapa pic masa lepak kat Bandaraya Mall ni.. So aku letak kat sini.. Jgn kutuk yerk.. sbb aku just pakai kamera Palm Treo 600 (PDA Phone) aku yg dibeli 2nd hand beberape bulan lepas.. kamera die problem sket.. tak brape elok.. lagik satu aku tak de skill.. hehe..

What Everr!!

Hari Malang Bagi Aku…

Semalam aku ngan Bapak dok plan nak tgk Narnia… check punyer check.. semua Full house… so bapak bg cadangan pi beli je tiket awal2 pagi utk hari ni.. Mmg awal2 pagi bapak call aku.. kata yg ade cuma kol 7.55 pm. Aku kata tak kesah.. janji dapat tgk.. dah bosan giler…

So, dalam kol 6.30pm seisi rumah aku bersama bapak bertolak ler gi MP… konvoi 2 moto, 1 keta… sampai kat dpn GSC tah brape minit, Hall pon open.. kiterang pon melangkah masuk… tgk punye tgk, amik ko… dpt seat dpn skali… speacial punye… kiterang pon layan jerk lar Narnia tuh.. mmg best.. aku bagi 3.5 star dari 5 star…

Mase nak balik, kiterang cdg nak pi amik moto ngan keta kumpul 1 tempat… Munir naik skali ngan aku… sampai2 kat moto, tu dia… kunci moto aku ilang… merakas aku pi carik kunci tuh… pi lari balik masuk GSC… mintak tolong ngan staf die.. pi kat seat yg aku duduk… carik kat celah2 seat.. tp xjumpe gak… Nak tak nak, aku terpaksa mintak pertolongan tajul & ken utk buat jumper kat starter aku.. at last dpt gak moto tuh idup… terus bawak balik umah…

Nampak nye, esok kene gi kedai moto tuka kunci… utk tajul & ken, tima kasih lar bebanyak sbb tolong… utk semua yg ikut, tima kasih atas ketabahan dan kesabaran dalam usaha mencari kunci moto aku dan menghidupkan moto aku tanpa kunci…

What Everr

AWAS!! Teknik Terbaru Merompak Kereta Dan Pemandunya!

Kebelakangan ini terdapat dua taktik terbaru yang digunakan untuk merompak anda dan kereta anda.

1) Selit kertas/cardboard/akhbar di wiper cermin belakang

Satu kejadian telah berlaku dimana seorang pemandu masuk kedalam keretanya; buka gear lock, steering lock, start engine dan bersedia untuk memandu apabila ia melihat melalui back mirror dan ternampak satu keratan akhbar yang diselit di wiper cermin belakang. Beliau keluar dari kereta untuk membuang keratan akhbar itu dan diwaktu itu tiga orang lelaki bersenjatakan pisau menyerbu pemandu tersebut. Pemandu itu dipukul, dirompak dan keretanya dirampas (perhatikan bahawa engine kereta tersebut sedang running). ..

Tambahan pula perompak telah merampas wallet dan beg pemandu tersebut (yang mengandungi kunci rumah) dan mereka boleh terus kerumah pemandu malang itu untuk seterusnya merompak rumah beliau pula..!!! Pemandu malang itu pastinya tidak dapat melakukan apa-apa kerana ia hanya terbaring kesakitan dan tiada handphone untuk membuat panggilan kerana sudah dirampas perompak .

Bayangkan jika ia terjadi kepada pemandu WANITA!!! Kemungkinan untuk dirogol dan dibunuh lebih tinggi… Dari itu, sebelum anda meneruskan pemanduan, pastikan:

· Anda membuang terlebih dahulu apa-apa kertas/cardboard/ akhbar dsbgnya yang diselit pada wiper cermin depan dan belakang kereta anda

· Apabila masuk kedalam kereta, perkara pertama yang MESTI dilakukan ialah tutup semua pintu dan tekan Central Lock . Selepas itu barulah hidupkan enjin dan buka cermin sebelah pemandu hanya sekadar dua inci sahaja (untuk pengaliran udara)

· Pastikan Handphone “on” sentiasa dan ada cukup credit untuk membuat panggilan. Pastikan terdapat nombor panggilan kecemasan dan nombor balai polis didalam handphone anda.

2) Kertas suratkhabar /risalah di jalan raya

Satu lagi teknik terbaru ialah dengan meletakkan kayu yang telah diletakkan banyak paku tajam ditepi jalanraya yang kemudiannya ditutup dengan suratkhabar/kertas lain. Jika boleh, janganlah anda melanggar kertas tersebut. Apabila ia berlaku, biasanya tayar kereta anda akan pancit dan sebentar sahaja akan sampai satu kereta/trak/van yang menawarkan untuk menolong menggantikan tayar. Biasanya pemandu akan keluar dari kereta untuk melihat keadaan tayar tersebut. Diwaktu itulah mereka akan merompak atau merampas kereta anda atau kedua-duanya sekali. Jika pemandu tersebut adalah wanita ; maka bayangkanlah apa yang boleh terjadi !!!!

Oleh itu antara tips penting ialah :

· Jika anda telah terlanggar kertas tersebut dan tayar pancit, cuba hentikan kereta anda ditempat yang ramai orang contohnya berdekatan dengan bus-stop, kedai, sekolah, tempat hentian (kalau di highway) dll. JANGAN melulu keluar dari kereta .

1. Terlebih dahulu telefon POLIS .
2. Kemudiannya call husband/ wife/ tunang/abang/ adik/ ayah/ ibu/ kawan/jiran/saudara-mara dsbgnya .
3. Beritahu polis dan mereka tentang dimana lokasi anda berada sekarang. Jika terdapat kenderaan yang tiba-tiba datang dan menawarkan pertolongan; berkomunikasilah dengan mereka melalui cermin pemandu sahaja.
4. Jangan sesekali keluar dari kenderaan anda !! Buka cermin sedikit dan minta IC mereka.
5. Kemudian tuliskan nombor plat dan jenis kenderaan mereka.
6. Call polis sekali lagi untuk memberi mereka butiran tersebut (nama dan IC orang itu beserta jenis dan nombr plat kenderaan mereka). Pada setiap masa tersebut pastilkan kereta anda di dalam CENTRAL LOCK

· Tetapi kalau anda bernasib baik dan selepas menunggu seketika tiada sesiapa yang mencurigakan datang untuk “menghulurkan bantuan” maka anda terus call pihak bantuan kenderaan anda (Sahabat EON / AAM / AIM dsbgnya untuk membantu anda). Duduk didalam kereta sambil menunggu mereka sampai. Menelefon mereka sekadar untuk menggantikan tayar mungkin kedengaran seperti remeh namun ia mungkin dapat menyelamatkan nyawa dan harta benda anda. Kita perlu berusaha sebaik mungkin dan menyerahkan nasib kepada Tuhan.

· Jika pihak yang mencurigakan itu tidak mahu memberikan IC mereka dan mereka mula mengancam anda dan memaksa anda keluar dari kereta, maka tekanlah hon sekuat hati secara berterusan tanpa henti dan naikkan sepenuhnya cermin sebelah pemandu tadi. Mudah-mudahan ia akan menarik perhatian orang ramai.

Ini bukan rekaan atau spekulasi. Kejadian -kejadian ini telah dan akan berlaku lagi. Anda atau keluarga anda mungkin mangsa seterusnya. Berilah peringatan kepada diri sendiri dan orang yang anda kasihi terutamanya kepada isteri, kakak,adik perempuan, tunang, girlfriend,ibu dan rakan/kenalan wanita yang lain.

Artikel ini di ambil sepenuhnya dari Portal WebKL

Aku Sayang Dia…

Aku sayang dia…

Aku cuba beri yang terbaik utk dia…

Aku cuba jadi yang terbaik utk diri dia…

Aku cuba buat dia gembira sentiasa…

Aku sayang dia…

Apa saja aku sanggup buat utk dia…

Aku sentiasa cuba buat dia rasa bahagia…

Aku sayang dia…

Tapi mungkin bukan jodoh aku dengan dia…

Aku terpaksa berpisah dengan dia…

Walau macam mana aku sayang dia…

Aku tak boleh paksa dia…

Aku sayang dia…

Walau ape pon terjadi…

Aku tetap sayang dia…

What Everrr!!

Low energy…

Lecturer yg comel... Yuzi yg menghijau.. hehe
lecturer yg comel… Yuzi yang mengHIJAU ari nieyh.. hehe…

Malam tadi aku tido dalam kol 3 lebih.. Yg pelik nye, kol 10pagi aku masih terasa mengantuk… may be sbb 2 malam lepas aku tak tido lansung kot…. tp energy aku ari ni, betol2 low.. dah macam ultraman yg tgh berkelip2 lampu kat dada tuh…

Calculus yg menggegarkan kepala...
Calculus yang menggegarkan kepala…

Aku dok salin contoh yg Kak Yuzi ni bagi pon lembab nak mampos… pelik.. tak pernah aku selembab itu… otak aku pon rasa bergegar… satu ape yg Kak Yuzi ni ajar selama 4 jam ari ni aku tak paham… aih.. mcm mana lar nak lulus nieyh…

erkkk.. ape nieyh???
Errkk??!! Ape nieyh??

Scorer sedang tekun buat exercise.... hehe..
Scorer sedang tekun buat exercise… Dari kejauhan, Aphesz, Nuke & Prof….

What Everr!!!

Ariff Shah
The Zestful IcedNyior
Wazy84